Friday, September 30, 2011

Di Mana Datuk Zaini Hassan Berhenti, Di Sini Saya Bermula!

Tulisan kali ini cuba di buat Ala-ala 'Travelog'..

(dalam kurungan ialah 'pengaruh persekitaran'. Isi sebenar yang hendak disampaikan ialah di luar kurungan)

Pagi Jumaat 30 September 2011:

(05:57 pg.: Tempat: DSU MSSAAS)
Kita letak tajuk dulu..
Alternatif-alternatif tajuk yang terfikirkan pada awalnya ialah:...

(06:00 pg.: Iqamah..
06:16 pg.: Tamat solat bersama Imam Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Mukri, seperti biasa, beliau  membaca Surah Sajdah di rakaat pertama dan Surah Al-Insaan di rakaat kedua. Terlupa pula bacaan ayat sujud tilawah, menunjukkan lamanya telah ditinggalkan..
06:26 pg.: Tamat doa
06:27 pg.: Jamaah mula membaca al-Quran di ms. 454; Surah Yaasin  dan terjemahan ayat 56 - 70.
Doa setelah membaca al-Quran dan Asmaul Husna.
06:40 pg.: tamat acara
06:47 pg: Saved dan Publish Post 1 dulu!)

Pagi Ahad 2 Oktober 2011 : di MSSAAS

06:57 pg:
Alternatif-alternatif tajuk yang terfikirkan pada awalnya ialah  seperti berikut:

1. Pemburu Masuk Perangkap Sendiri? (Hahaha..)
2. Apakah Hebatnya Aura DSAI? Dengan Segala 'Kedurjanaan' Beliau, Masih Ramai 'Top Level' Yang Masih Ingin Menyokong?
3. Orang-Orang DSAI Dalam Badan-Badan Strategik Kerajaan? Biar Betul? Apa Hebatnya Mantan TPM Anwar Berbanding PM Najib?

A. Beritanya 1:

Utusan Malaysia, Rabu 28 September 2011 Muka 12 - Rencana; Kolum Cuit tulisan Zaini Hassan (Penolong Ketua Pengarang I akhbar Utusan Malaysia) bertajuk "Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?"

Saya tak kisahlah kalau ada sahabat-sahabat, antaranya Sdr "Abuyaa"  dan "Aku adalah hamba Allah" yang hendak melabelkan akhbar arus perdana ini "Utusan Meloya", tidak percaya 1000% dengan ZH dan lain-lain, tapi dalam kes ini saya fikir lebih berautoriti saya ambil 'from the horses mouth' - 'dari mulut kuda itu sendiri' berbanding jika saya memetik dari akhbar Harakah, Keadilan, Roket, Malaysiakini atau dari berita dan portal pro-pembangkang lain.

Beberapa isi tulisan Datuk Zaini Hassan saya perturunkan semula dalam bentuk 'points':

1. APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini? Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya?


2. Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.


3. Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata. Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang  boleh menjejaskan kerajaan semasa.


4. Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang unntuk menempatkan mereka  di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.


5. Kata maklumat itu lagi: "Inilah kemenangan Anwar  Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.


6. Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: "...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?


7. Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?


8. Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu. 
(tamat rencana Cuit)


(07:59 pg: Publish Post kali ke 2 dulu! Ada lagi kisahnya..)


(05:40 ptg:


B. Beritanya 2:


Apa lagi dengan pantasnya dalam akhbar yang sama, dengan 'bola tanggung' itu, DSAI mengeluarkan kenyataan:


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan kolumnis Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan bahawa terdapat badan yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang beliau, adalah satu pujian.


Ketua Pembangkang itu yang juga  Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menyatakan, ia secara tidak langsung menunjukkan 'kekuatan' dirinya.


C. Persoalan saya:


1. Dengan pertuduhan-pertuduhan berat yang dihadapi oleh DSAI dan dakwaan berbagai salahlaku politik, 'pengkianatan' dan salahlaku seks dan moral, sepatutnya kes DSAI bolehlah dianggap 'gone case'. 


2. Bagi pencatat ini sendiri pun, sebaik sahaja DSAI memasuki parti politik tertentu lama dulu, dia telah hilang langsung title 'idola' dan kelayakan memimpin ummah ini. Semua yang berlaku berkaitan DSAI seterusnya semua telah dimaklumi dan beliau, sehingga kini, masih mengukir sejarah.


3. Dengan segala 'kecatatan besar dan kemungkaran' yang didakwa dilakukan oleh DSAI, masih ada pegawai-pegawai tinggi di badan-badan strategik yang masih hendak menyokong beliau. Kenapa ini terjadi? Kalau benar ia berlaku bagai yang didakwa.


4. Kalau benar pimpinan yang ada jauh lebih baik dari DSAI untuk terus menerajui negara ini, dan tiada apa-apa 'penyelewengan atau kepelikan' yang perlu disorokkan daripada pengetahuan rakyat, baiklah para strategis dan para ahli psikologi menjelaskan mengapakah masih ada pegawai di peringkat atasan yang bukan merupakan aktivis parti poltik pembangkang yang bersedia untuk menaikkan semula DSAI untuk menerajui semula kepimpinan negara ini? Mesti ada sesuatu penerangan logik yang boleh diterima akal..


Apa-apa pun tidak dapat dinafikan, aura DSAI masih berbisa...






(06:09 ptg)

4 comments:

  1. is it sujud tilawah?or sujud sajadah?

    ReplyDelete
  2. Sama sahaja bacaannya. Di baca apabila sampai kepada ayat-ayat 'sajdah - sujud' dalam al-Quran. Tak ingat pula saya berapa ayat dalam al-Quran. Nanti kalau terjumpa bilangannya, saya maklumkan.

    ReplyDelete
  3. Komen saya:

    1. Kenapa penulis berniat untuk mendedahkan maklumat yg dia sendiri pun xpasti 100%? dan kenapa nak bgtau sekarang?

    2. Badan apa? Ada ke jabatan kerajaan bermula dengan Badan? Kalau Jabatan, nape tak je sebut "Jabatan"? Apa yg hendak dilindungkan?
    Jabatan kerajaan yg ada perkataan badan adalah:
    a. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka
    b. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
    c. Perbadanan Harta Intelek Malaysia
    d. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah
    e. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
    f. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
    g. Perbadanan Stadium Merdeka
    h. Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
    i. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA)
    dll yg sebadan dengannya.
    "Badan-badan" ini ke yang Anwar letak orang nya?

    3. Pendapat peribadi saya, dalam keadaan macam mana sekalipun, kerajaan tidak pernah terjejas dan tidak akan terjejas. Sebab yg terjejas adalah parti pemerintah. Apa yg terjejas saya tak tahu. Parti boleh bergilir untuk menerajui kerajaan, tetapi "KERAJAAN" tidak akan tumbang dan tidak runtuh. Sebab keRAJAaan dikuasai oleh Raja atau Sultan/Yang DIPertua Negeri. Ia didokong oleh kakitangan awam. Parti bertukar, kakitangan tetap org yg sama. Kita bukan mcm kat US. Fakta penulis ne kena betulkan dan kena masuk sekolah balik!

    4. Kalau dlm parti UMNO, memang ada orang Anwar. Sampaikan diberitakan, bahawa penyokong (pemimpin pro-Anwar) dalam UMNO nak ikut dia keluar, tetapi Anwar nasihat dia tidak keluar! Ini memang sah orang Anwar. Sape dia, lu sendiri fikirlah!!! Kalau dalam kerajaan, saya tak tahu. Tetapi saya rasa xde orang nak bersama Anwar, sebab periuk nasi. Sape nak periuk nasi nya terusik? Lg pun xde orang nak kerja smata-mata untuk Anwar. Semua orang fikir pasal tembolok sendiri.....

    5. Woi! Ini lg hebat! Orang yang apply nak masuk kerja adalah orang Anwar?! Lg hebat ne... Dahsyat sungguh tuduhan ne.... Budak-budak lepasan U skrg ne semua duk fikir cari kerja untuk sara diri masing-masing. xde masa nak jadi balaci orang lain... Kalau ada pun, yg top2 management je.... itu pun semua nak jaga periuk nasi jugak...

    6. Pasal pendedahan maklumat seperti ini, kenalah tanya siapa hendak jatuhkan siapa. Dia punya kerjalah... Umpama bekas pencuri yang dituduh mencuri, padahal orang lain yg curi dan sengaja kenakan pada bekas pencuri tu.... Jadi ada permainan politik disini....

    7. Anwar bangga dituduh mempunyai kekuatan seperti yang dituduh! Waduh! waduh!!! Lu orang fikir sendiri lah....

    8. Penulis ne dtgnya dari kilang kapas cap ayam! memang patut pun!

    Semua tuduhan ini mudah disangkal kerana tiada fakta yang diajukan. Hanya persoalan dan mungkin berdasarkan "hear say". Orang Malaysia ne, tidak suka menyelidik sesuatu berita. Terima je apa org cakap!!! ntah betul ntah tidak. Selidik lah dulu....

    ReplyDelete
  4. Amboi Abuyaa, banyaknya idea..Bila saya nak baca dalam blog Abuyaa pula?

    Saya fikir banyak lagi yang terselindung di sebalik tulisan ini. Kita yang perlu memikirkan apa yang tersirat...

    Walaupun rujukan utama saya Utusan, jauh sekali saya akan percaya semua yang dibaca...

    ReplyDelete