Wednesday, September 21, 2011

Kelas Ke - 5_2011: Penyakit-Penyakit Rohani Dan Cara-Cara Mengubatinya







Tarikh Kelas : 23 Syawal 1432H / 21 September 2011



Hari / Waktu : Rabu / 9.40 mlm.






Assalamualaikum warohmatullahi wabarkatuh.
Bismillahir rohmaanir rohiim.
Kita sambung pengajian mengenai penyakit rohani kedua,
iaitu RIAK. Kali ini tentang punca atau sebab-sebab berlakunya riak.

 

2.0 RIAK (sambungan...)

2.9 Punca atau sebab-sebab timbulnya penyakit riak ialah
seperti berikut:

 

i. Tempat manusia itu membesar (rumah / keluarga);
ii. Sahabat yang buruk;
iii. Lemahnya roh muroqobah dengan Allah;
iv. Suka dipuji oleh manusia; dan
v. Gilakan pangkat dan tamakkan dunia.


2.9.1 Tempat Manusia Itu Membesar

Ibu, ayah sentiasa mempengaruhi peribadi anak-anak.
Sekiranya peribadi ibu dan ayah sememangnya ahli-ahli riak,
sombong dan lain-lain peribadi yang buruk tidak dapat tidak
dia akan memberi kesan terhadap jiwa anak-anak. Dan
lama kelamaan penyakit itu akan menguasai jiwa mereka
sehingga mereka dewasa; ketika itu amat sukar sekali
untuk mengubatinya.

Sebab itu tidak hairanlah di mana Islam meletakkan asas
pembinaan dan pembentukan rumahtangga berdasarkan
agama di mana Nabi s.a.w. pernah bersabda yang
bermaksud:

"Apabila datang kepada kamu orang yang diredhai
akhlaknya dan agamanya maka kahwinilah dia."

Sekarang tidak demikian lagi di mana pilihan utama dalam
mengahwini anak-anak adalah pangkat dan harta
kekayaan bukan lagi berdasarkan kepada agama, akhlak
dan keturunan yang baik. Ini bermakna pembinaan
rumahtangga umat tidak lagi berdasarkan
mencari keredhaan Allah tetapi
dibina di atas kepentingan dunia dan hawa nafsu;
dibina atas dasar riak dan sombong. Maka lahirlah
selepas itu zuriat yang bangun di atas riak dan kesombongan.



2.9.2 Sahabat Yang Buruk


Sekiranya ibu dan ayah memberi kesan dalam peribadi
anak-anak, maka sahabat juga tidak terlepas dari yang
demikian. Sebab itulah Nabi s.a.w. bersabda:


"Seseorang itu di atas agama saudaranya."

Tepat sekali misalan yang diberikan oleh Nabi s.a.w.:


"Orang yang berkawan dengan pembuat minyak wangi,
kalau sekiranya sekiranya minyak wangi tidak diberikan
kepadanya pun, bau wangi akan sampai juga kepadanya.
Begitu juga orang yang berkawan dengan
tukang besi, sekiranya bajunya tidak terbakar pun
disebabkan percikan
api, bau busuk dari gebuk api itu sampai juga kepadanya."


2.9.3 Lemahnya Roh Muroqobah Dengan Allah


Ketidakmampuan merasi Allah melihat setiap langkah
yang dilangkaj oleh manusia; ketidakmampuan
merasai Allah melihat cetusan hati dan
pemikiran manusia menjadi sebab utama riak
mencakup jiwa-jiwa seseorang.
Riak tidak akan mampu bertapak lama dalam hati
seseorang yang merasai
Allah sedang melihatnya. Riak tidak akan mampu
menguasai jiwa seseorang
sekiranya jiwa tersebut merasai Allah sedang
merakam dalam catatanNya
setiap gerak hati dan niat yang diniatnya.


Riak tidak akan mampu menguasai ahli ibadat
sekiranya mereka memahami
firman Allah S.W.T:firman Allah S.W.T:


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia
dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,
dan Kami lebih dekat kepadanya
daripada
urat lehernya, (iaitu) ketika dua orang malaikat
mencatat amal perbuatannya,
seorang duduk si sebelah kanan
dan yang lain
duduk di sebelah kiri. Tiada
suatu ucapan pun yang diucapkannya
melainkan ada berhampirannya
malaikat pengawas yang selalu hadir."
(Qaf: 16 - 18)

Petugas-petugas Islam tidak mampu untuk riak
sekiranya mereka bersama
sama Allah dengan firman-Nya:


"Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam
hatimu atau kamu
menyembunyikannya, nescaya Allah akan
membuat perhitungan denganmu tentang perbuatanmu itu."
(Al-Baqarah : 284)


2.9.4 Suka Dipuji Oleh Manusia

Sifat suka dipuji biasanya membawa kepada
riak dalam beramal. Sebenarnya
sifat sebegini datang dari lupa diri sendiri dan
lupa amalan yang dilakukan
hanya dinilai oleh Allah. Amalan yang dilakukan itu
hendaklah kerana Allah
dan bukan kerana untuk dipuji. Ataupun
sifat tidak mahu langsung dicaci
menyebabkan tindakan riak baginya lebih baik
daripada mendapat cacian.

Berkata Arabi kepada Nabi s.a.w.: Lelaki berperang
kerana untuk mendapat
harta rampasan dan lelaki berperang untuk
disebut-sebut dan berperang dipuji
untuk memperlihatkan kedudukannya.
Siapakah yang berada di jalan Allah?
Nabi menjawab: Barangsiapa yang
berperang kerana untuk mengangkat
"kalimah Allah". dialah yang berada
di jalan Allah S.W.T.


Saudara, Apa gunanya kamu riak dan dipuji oleh
manusia sedangkan di sisi
Allah dan malaikatNya kamu dihina?


2.9.5 Gilakan Pangkat dan Tamakkan Dunia


Riak sudah menjadi sahabat yang begitu
lama dengan pencinta-pencinta
pangkat dan dunia. Tidak ada orang yang
gilakan pangkat tidak menonjol-
nonjolkan diri dan mempamerkan amalan
yang disukai oleh ketuanya
walaupun amalan serupa itu tidak pernah
dilakukan ketika keseorangan.


Pencinta-pencinta dunia akan cuba
mempamerkan kebaikannya untuk
mendapat kepercayaan orang bagi
memudahkannya mendapat hajat
manusia.


Tidak hairanlah saudara sekiranya Nabi s.a.w. bersabda:


"Cintakan dunia kepala semua kesalahan (dosa)."


Oleh itu saudara! Apa ertinya pangkat dan dunia
sekiranya kedua-duanya
akan hilang? Kenapa kita gilakan
sesuatu yang hilang? Kenapa kita tidak
mencari dan memiliki sesuatu yang kekal
iaitu Allah? Kenapa kita terpaksa
riak untuk mendapatkan pangkat dan dunia?


(Bahan Kelas akan datang: Alamat-alamat dan
kesan-kesan riak.)

(Tamat Kelas Ke - 5_2011. Walaupun terpaksa
menghadapi masalah teknikal dan
"halangan-halangan kecil",
usaha tetap dilakukan agar Kelas ini tetap akan
di teruskan. Dengan itu besar lah
harapan saya agar tiada anak murid
yang tiba-tiba hilang fokus dan mula
merasa 'bosan'. Peribadi-peribadi seumpama inilah
yang akhirnya menjadi
"insan-insan yang gugur" di pertengahan
medan perjuangan. Moga tiada
seorang pun anda tergolong dalam kumpulan yang
'tewas' itu. Itulah harapan
saya kepada anda semua..)


Kelas Ke - 6_2011 akan datang ialah pada malam
hari Sabtu, 24 September 2011. Doa sama-sama ye..

                          ++++++++++++++++

Di Lampiran A buku beliau, Ustaz Hj. Othman
melampirkan sebanyak 40 hadis
untuk di hafal dan diamalkan, dengan kata-kata
beliau seperti berikut:


HAFALLAH 40 HADIS DARI 40 TAJUK BAGI
MENGUBATI PENYAKIT ROHANI KERANA
NABI S.A.W. BERSABDA:


"BARANG SIAPA MENGHAFAL 40 HADIS
LEPASLAH DIA DARI API NERAKA."


Dengan itu akan diperturunkan
beberapa hadis-hadis tersebut mengikut
kesesuaian ruang. Kita sambung
dengan hadis-hadis berikut:


14) MENCEGAH MUNGKAR


Abu Bakar as-Siddiq r.a. berkata: Hai sekelian manusia,
kamu membawa
ayat ini: (Hai sekelian orang yang beriman,
jagalah dirimu, tidak
membahayakan kamu kesesatan orang yang
sesat, asalkan kamu
mendapat hidayah) dan kamu letakkan
pengertiannya tidak pada tempatnya
sedang saya telah mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya
jika orang-orang melihat orang zalim berbuat kejam
jahat dan tidak mereka
cegah (tahan tangannya) mungkin sudah hampir
Allah akan meratakan
kepada mereka seksaNya."
(Abu Daud, Tirmizi dan Nasa'ie)


15) MENYURUH KEBAIKAN DAN
MENCEGAH KEMUNGKARAN


Abu Zaid (Usamah) bin Zaid bin Harith r.a.
berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:


"Seseorang dihadapkan di hari kiamat kemudian
dilemparkan ke dalam neraka, maka keluar usus
perutnya, lalu berputar-putar di dalam neraka
bagaikan himar yang berputar di sekitar penggilingan.
Maka berkerumun ahli neraka padanya sambil
bertanya: Hai Fulan, mengapakah
engkau, tidakkah engkau dahulu menganjurkan
kebaikan dan mencegah kemungkaran?
Jawabnya: Benar, aku dahulu menganjurkan
kebaikan, tetapi tidak aku kerjakan, dan
mencegah kemungkaran tetapi
aku kerjakan." (Bukhari dan Muslim)

2 comments:

  1. Nak tambah lg 1 punca riak:

    vi. Megah dengan kereta.

    lagi besar kereta, lagi riak.
    lagi import kereta, lagi riak.
    lagi laju, lagi laju beriak!

    Tulah perangai 90% pengguna jalanraya di Malaysia (yg tak pernah dijajah)

    Sesungguhnya jalan raya di 1Malaysia adalah tempat paling tak selamat untuk memandu. Banyak manusia yg riak dan takbur dengan keimanan masing2 dan undang-undang negara !!

    ReplyDelete