Wednesday, September 21, 2011

Padan muka orang Shah Alam!

(Saya nak bertanya sahabat-sahabat saya di PKNS: 
Betulkah Kompleks PKNS Shah Alam sudah dijual?
Tulisan seterusnya di bawah di ambil sepenuhnya daripada ruangan Cuit oleh Zaini Hassan dalam akhbar Utusan Malaysia, Rabu 21 September 2011, muka 13. Datuk Zaini Hassan ialah Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia)

Padan muka orang Shah Alam!

SAYA hampir-hampir menitis air mata apabila diberitahu Kompleks PKNS Shah Alam, sebuah pusat beli-belah orang Melayu ala Pekan Rabu sudah dijual.

   Sesiapa yang membesar bersama-sama kota raya Melayu Shah Alam ini juga pasti akan menangis jika berita itu benar.

   Walaupun pihak PKNS menafikan berita yang tersiar di akhbar Sinar Harian semalam, namun saya diberitahu oleh sumber-sumber dalaman, perjanjian jual beli (Borang 14A) telah pun ditanda tangani.

   Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar yang diikat hidung oleh DAP kini kucar-kacir.

  Isu PKNS dan Yayasan Selangor yang merupakan institusi kebanggaan Melayu Selangor kini di ambang kehancuran.

   Ya Allah! Selamatkanlah Selangor.



5 comments:

  1. Kalau zh yg tulis berita tu, saya 1000% xpercaya. Sebab dia penyangak yg suka bt tulisan berbau perkauman dan suka memudaratkan keamanan orang lain.

    ReplyDelete
  2. Kalau UTUSAN MELOYAKAN tulis bende bende melibatkan negeri SELANGORKU aku sikit pun tak caya..... sekadar cakap... yang jual PKNS Petaling Jaya tu ye laaa MB dulu....

    ReplyDelete
  3. Sdr Abuyaa dan Aku adalah hamba Allah: anda memang bebas menulis apa saja pandangan anda di sini, walaupun bertentangan dengan ZH atau saya sendiri!

    Memang ada perkembangan terbaru berkaitan isu
    penjualan Kompleks PKNS ni. Mestilah juga ada 'pro' dan 'cons' nya..

    ReplyDelete
  4. memang dh jual pown.
    jika sewa dinaikkan,
    mari melihat ke bangunan MARA di belakang sacc.
    kawasan situ perlu suntikan juga. bustop pun dh di hala ke belakang maybank.

    ReplyDelete