A. Samad Said - Sasterawan Negara, PTS Pop Sdn. Bhd. 2011
Doa Nabi terlalu syahdu,
dalam dan khusyuk memintanya,
kemenangan perlu bagi Islam,
penghantar pesan umat manusia,
penghebah janji bahagia.
++++++++++
Al-Amin 11: Terharunya Halimah, Muhammad SAW. perlu dipulangkan semula kepada ibunya Aminah, lalu di mohon untuk melanjutkan penjagaan di tangannya, digambarkan oleh SN seperti berikut:
Deras berganda musim inti melusuh khemah-khemah dalam kafilah...Mega-mega jauh, angin deras menemani debu, serentak bersuara Muhammad SAW dewasa di tengahnya, diam yang berfikir, dan pada ketika syahdu Halimah amat terharu, anak kelana perlu dikembalikan. Dan pasti gurun akan lengang, angin tak bercerita, kerana pada Muhammad SAW, baginya, serasa ada yang sentiasa bersuara.
Kasih terlalu dalam, kehilangan tak tertanggung, Halimah ke Makkah bercakap dengan bahasa belas, mengharap dengan hati tulus dipinta Muhammad SAW berkhemah lagi menghirup alam gurun, ..Kelana kafilah tak sia-sia, Halimah pengasuh amat mesra, waspada, banyak udara boleh dihirup, ..semakin direstui anaknya lebih lama di khemah menjengah dalam diri. Tangan Halimah semakin bertuah di sisi Muhammad SAW lebih dewasa.
++++++++++
Al-Amin 10: Tentang 'keberkatan' yang dibawa oleh Muhammad SAW. sebaik di jaga oleh ibu susunya Haimahtus Saadiah dari suku Bani Saad, 'penghuni daerah dahaga', sambungannya digambarkan begini:
Kafilah adalah ujian dalam ragu dan suka di sisi anak luar biasa, Halimah penyaksi beberapa peristiwa tanda-tanda semuanya; anggotanya susut, bayi sendiri tak tersusu, dahaga sentiasa setahun lara menuju ke Makkah, menjadi amat berubah selepasnya. Seelok Baginda didakap susu badan mewah alirnya, dan Halimah terkejut unta yang lesu ketuka dipicit amat kaya susunya tanda anugerah, memang daripada Muhammad SAW puncanya; berkelana pulang lebih ghairah dan sihat dari berkelana datang.
Tersentak teman-teman.., terkejut mereka keldai Halimah yang letih amat bertenaga pula. .... Keluarga Halimah sangat bertuah pilihnya di tengah mereka, di atas bumi Bani Saad, termula satu sejarah.
++++++++++
Al-Amin 9: Tentang 'keberkatan' yang dibawa oleh Muhammad SAW. sebaik di jaga oleh ibu susunya Haimahtus Saadiah, digambarkan begini:
Putera yang ketika dikandung terpercik sinar dari rahim ibunya..dan ketika diasuh Halimah, kontang makanan merata, susu melimpah di tengah mereka. Putera yang menjadi yatim sebelum lahirnya, menjadi lebih piatu ketika enam usianya, tenang bersama datuk, matang di sisi pak cik, merenung alam dengan mata hati, menilai iinnsan dengan hati budi jujur, akrab seserasi nama; bijak, padu, cekal tindakannya cemerlang bintang di tengah gurun benih anugerah turun menurun.
++++++++++
Al-Amin 8: Tentang keadaan Nabi SAW. yang 'belajar dewasa' dengan cepat dan hasil didikan alam, begini digambarkan oleh SN (ms. 34-35):
Warna musim pekat tersimbah, gersang, kuning, merkah biasanya. Tertakdir, dakap ayah tak dirasa, susu ibu nikmat tak juga lama. Telinganya lebih terasuh raung unta, rengek kambin dan jerit kuda..dan dia belajar dewasa, mencari teman pada angin, bercakap kepada awan, burung dan pohon...Jazirah Arab menyaksi anak yang terpaksa cepat berlari, mentafsir hikmah alam, yakin ragu insan, dan ternyala api yang padam.
.....di sisi Abu Talib, Muhammad SAW anak yang peneliti semakin berteman pada angin, burung dan pohon kurma, semakin merenung hemah dari kafilah dan memetik erti dari resam hari. Zaman punya batin sendiri, dari luas cakerawala disaring peribadi. Zaman juga gusar sesekali, memerhati watak, rakus dan gelojoh dalam timbunan hari, mendidik Muhammad SAW sebagai insan sejati.
++++++++++
Al-Amin 7: Kita 'melompat' ke ms. 34 di mana SN A. Samad Said mula memberi latar kepada kelahiran Rasulullah SAW. dengan kata-kata berikut:
Bakal bermula gemilang sejarah, bakal hadir pemimpin ummah. Dari bibir seluruh nabi, akur yang yakin, berseri mentari menyiram kudus zaman. Isyarat maruah mula harum pada sembilan Rabiulawal, bahang tahan serangan gajah, takjub, gamam dan terpesona, sudah awal diramal pendeta dari Syria. Aminah melahirkan, putera Abdullah ayah yang arwah...
++++++++++
Al-Amin 6: Zaman gelap padang pasir di mana kelahiran anak perempuan dibenci dan perilaku warga jahiliah digambarkan oleh SN melalui rangkap-rangkap berikut:
1. Melalui jendela khemah, keluarga yang degil dan bayi-bayi wanita sama dibakar bara. Anak perempuan bukan maruah, lahir dalam mentera bahaya, terpinggir sejak mula, tersingkir dari tapak dan batuk pertama..Kelahiran itu amat bahaya, bayi wanita, ketibaan itu amat neraka..Wanita itu beban dan harta, diserapkan oleh nafsu, dikunyah dan dijentik seluruhnestapa, dicekau, dicengkam, diseret ke tengah, ditimbus di sisi kafilah, tengkorak unta dan keleng tua. Arahan yang palinng durja; elang, serigala sedia saksinya.
2. Mereka adalah warga Jahiliah pemuja kuasa, penghirup arak dan dalam arus nikmat sentiasa ghairah...Mereka pemuja berhala, bercakap penuh sesat, bongkak dan yakin, bertarung penuh kejam, dan sentiasa menunggu kelompok penyengat sebagai kawan, berdiri sama kuat, berhasrat sama dengki untuk hanya memusnah.
++++++++++
Al-Amin 5: Sangat sukar sebenarnya untuk mencarikata-kata yang jelas dan mudah difahami. Apa yang akan saya buat seterusnya ialah memilih rangkap-rangkap tertentu untuk menggambarkan suasana zaman yg sedang diceritakan. Contohnya begini gambaran SN tentang kehidupan di padang pasir sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.:
Tapak-tapak kaki rekah di sini, kenangan kerlip sesenja dua, ingatan sentiasa tak terarah. Pasir-pasir purba zaman bara bermula memercik bau dan debu dari purbakala, dari segala prasangka. Bahagia bukan ceritera untuk anak Adam memilihdunia...Serbu angin seram mendera. Kafilah sepi dibakar amarah dalam gelombang busut-busut pasir. Unta mengangguk, kaleng berlaga, setiap mata bening rahsia. Bahagia bukan ceritera. Seketika setaraf hewan dan manusia.
++++++++++
Al-Amin 4: Tentang 'keperitan' memulakan sesuatu karya yang hebat, SN A.Samad Said menulis: 'Seperti biasa, paragraf atau rangkap pertama memang menyulitkan. Ada sahaja yang disangka kurang indah atau kurang tepat. Tetapi, sebaik-baik rangkap pertama itu menjadi, larik - dan kemudian rangkap - yang menyusul menjadi lebih 'mengalir'. Akhirnya rangkap yang SN kira 'munasabah dan mengisi' adalah rangkap pertama seperti berikut:
1. Syahdu awal kata, suci awal hasrat, khidmat awal hajat, mentari teman pagi terbit, sasau inti diri yang mencari. Rindu benih cinta, sayu sisa rebah, lidah batin suara, dari jantung purbakala gedung khazanah bertanya jiwa hingga ke inti dicari, sampai ke akar digali, antara hilang dan sua, bermimpi atau berjaga, resah sejarah manusia dijejak jalan pulang, disedia jalan datang, nurani kemudi. Inilah lembar, renyuk dan terbiar, carik paling sukar. (ms. 1)
++++++++++
Al-Amin 3: Masih pada prakata SN A. Samad Said bertajuk Cetusan yang Mengilhamkan Al-Amin. Dalam bahasa yang mudah difahami, beiau menulis:
1. Dan empat tahun lalu,..untuk mengerjakan puisi panjang mengenai kehidupan Rasulullah SAW. Dan, hampir saya tidak percaya selepas sepi setahun, tiga tahun kemudiannya, dari hari ke hari, dengan tekun saya mengerjakan puisi panjang itu, dan pada 29 Jun 1999 yang lalu saya sempat menyudahkan manuskripnya. Saya seperti tidak percaya, tetapi penuh syukur, bahawa saya telah sempat menyelesaikan satu kerja yang terlalu bererti dalam hidup saya. Pengalaman inilah yang ingin saya catatkan di sini, kerana saya ingin agar teman-teman lain akan lebih cepat menyedari dan terdorong untuk menulis sesuatu seperti ini.
2. Dan akhirnya tentu saja tidak lengkap jika tidak dapat dirakamkan kisah sedih saat akhir hayat Nabi - ...Pada saat-saat begini, tidak saya sedar bahawa saya sendiri turut berasa terlalu amat pilu, cuba mencari kata-kata yang setimpal untuk merakamkan kepiluan itu.
3. Mengenal perjalanan hidup Baginda, daripada yang sekecil-kecilnya kepada serahsia-rahsianya, kita dapat beransur ke arah sempurna sebagai manusia, lebih-lebih lagi apabila kita meneliti al-Quran, satu khazanah luar biasa yang diwariskannya kepada umat Islam di seluruh dunia.
4. Betapa pun, saya berharap percubaan saya ini akan bakal berguna. Saya sendiri berasa matang olehnya, dan saya harap bahawa akan begitu juga dirasakan oleh mereka yang sempat membacanya. Mudah-mudahan.
A. Samad Said 31 Julai 1999. (tamat bahagian yg tidak memeningkan! Semuga anda tidak 'muntah' mengikuti perjalanan panjang sirah junjungan seterusnya..)
++++++++++
Al-Amin 2: Masih pada mukaddimah SN A. Samad Said di ms.vii..
1. Segala penderitaan dan kemudiannya segala kebahagiaan tidak datang tanpa suatu makna dalam kehidupan seseorang. Ditenung jauh ke dalamnya, saya mulai yakin bahawa setiap insan yang datang - betapa pendek pun usianya - sebenarnya telah diberikan suatu kesempatan luar biasa dalam hidupnya. Sering saya bertanya apakah pula balasannya kepada satu nikmat kehidupan yang teranugerah kepadanya itu?
2. Empat tahun lalu, dalam usia enam puluh tahun, saya tersedar betpa sia-sianya kehidupan saya jika tidak saya ciptakan sesuatu yang bakal mendekatkan saya kepada Nabi kami yang besar. Sebenarnya saya takut untuk memulakannya, kerana saya sedar bahawa tugas itu bukan sesuatu yang mudah..
++++++++++
Al-Amin 1: Maaf, malam Ramadhan ni, jiwa seni meronta-ronta untuk keluar. Tapi SN A. Samad Said berkata: Walaupun ada kalanya saya cuba memaksa diri, tetapi, pengalaman lalu 'menunjukkan' bahawa kerja seni tidak boleh dipaksa-paksa - jika ia tidak lahir, ya, ia tidak lahir.
Lalu yang lahir dari kerja seni yang hebat dari sang sasterawan dalam rangkap pembukaan puisi panjang Al-Aminnya ialah seperti berikut:
Syahdu awal kata, suci awal hasrat, khidmat awal hajat, mentari teman pagi terbit, sasau inti diri yang mencari. Rindu benih cinta, sayu sisa rebah, lidah batin suara...
('keperitan' SN dalam usahanya menyanjung Rasulullah SAW. dgn pemilihan kata-kata yang selayaknya utk menggambarkan kehebatan Baginda moga2 akan membuahkan syafaat Baginda dikala ianya sgt2 diperlukan kelak. Amiin ya Rabbal aalamin)
++++++++++
Pendahuluan Saya Sebelum Memetik Al-Amin:
1. Buku terbaru SN A. Samad Said berjudul: Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah sgt hebat! Hanya mempunyai 1 tajuk saja di dlm prakata pengarang dari ms. v - xviii iaitu: Cetusan yang Mengilhamkan Al-Amin. Kemudian penulisan diteruskan tanpa tajuk para demi para mulai ms. 1 - 317! Para sahabat yang berjiwa seni (walaupun berkelulusan teknikal atau professional), silalah dptkan segera..
2. Penulisan dimulai dengan para pertama (persepsi saya macam cerita kanak2 di Palestin saja): Perit dan pedih sungguh hidup saya ketika masih kanak-kanak. Dalam usia belum pun tujuh tahun, sebahagian rumah saya telah dibom, dan selama tiga tahun lebih selepas itu, saya sentiasa hidup dalam ketakutan.. Para terakhir buku hebat sang 'sasterawan rakyat' di ms.317 memaparkan kisah sedih yg mampu menitiskan airmata (bagi yg memahami dan menghayati kisah tersebut): Hari panas ketika itu,..Nabi meminta bejana air..Di pangkuan isteri kepalanya, berkata ia sukar diterka, dan tengah hari Rabiulawal tahun 11 Hijrah Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya. Hari panas ketika itu, mentari mempunyai kisahnya sendiri, dan langit masih penuh rahsia. Hari panas ketika itu, aduh Nabi sudah tiada.
3. Oh, saya juga tersilap terlalu cepat menyangka situasi para pertama ialah kanak-kanak di Palestin. Rupanya itulah kisah benar beliau di zaman Jepun," ..yang terpaksa turun ke longkang, mencari sisa makanan - apa sahaja - untuk melanjutkan kehidupan.." seawal umur beliau belum pun tujuh tahun! Betapa pengalaman dan kesusahan telah benar-benar mematangkan sasterawan yang sanggup berjuang bersama rakyat!
4. Para sahabat, saya sebenarnya terkhilaf! Buku hebat SN A. Samad Said sebenarnya ialah puisi panjang beliau (tersangat panjang sebenarnya) mengenai kehidupan Rasulullah SAW. yg diberi judul: Al-Amin Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah. Setelah 4 tahun dan lebih 20 buku rujukan, Alhamdulillah siap untuk santapan jjiwa kita pada 31 Julai 1999. Apa kata sang sasterawan hebat dalam prakatanya?..
i. Saya sedar bahawa kehidupan Nabi yang mulia itu amat luhur..Khuatir kalau2 yg ditulis nanti tidak sampai kpd yyg luhur.
ii. Segala penderitaan, dan kemudiannya segala kebahagiaan, tidak datang tanpa suatu makna dalam kehidupan seseorang.
Iii. Mengenal perjalanan hidup Baginda,...kita dpt beransur ke arah sempurna sbg manusia, lebih2 lagi apakala kita meneliti al-Quran..
Iv. Betapa pun, saya berharap percubaan saya ini akan bakal berguna. Saya sendiri berasa matang olehnya, dan saya harap bahawa akan begitu juga dirasakan oleh mereka yang sempat membacanya. Mudah-mudahan.
27 July at 23:51 ·
Hadith "...SAMPAIKAN OLEHMU DARIPADAKU WALAU SEPOTONG AYAT...." saranan Nabi.
ReplyDeleteDan SN telah menjadikannya satu puisi panjang.
Jadi sama-samalah menyampaikan puisi terpanjang di dunia itu. Good job SN A. Samad Said.
Ingat, simpan baik-baik dan abadikan di dalam kotak minda anda kata-kata SN A. Samad Said di ms.viii:
ReplyDeletePengalaman inilah yang ingin saya catatkan di sini, kerana saya ingin agar teman-teman lain akan lebih cepat menyedari dan terdorong untuk menulis sesuatu seperti ini.
Juga pada penutup mukaddimahnya yang tidaklah panjang, 13 1/2 mukasurat yang 'padu' saja, di ms. xviii:
Betapa pun, saya berharap percubaan saya ini akan bakal berguna. Saya sendiri berasa matang olehnya, dan saya harap bahawa akan begitu juga dirasakan oleh mereka yang sempat membacanya. Mudah-mudahan.
Ade tak orang nak hadiahkan buku ni percuma dekat saya?saya still form 3 tapi sangat2 berminat nak baca buku ni tapi tak berpeluang kerana ada sebab2 tertentu.kalau ada hantarlah email dekat saya.saya ucap terima kasih banyak2..
ReplyDelete