Friday, September 09, 2011

Tanggungjawab Siapakah Ini, Akibat Tindakan Siapakah Ini?

Saya bukannya marah. Saya bukannya geram. Saya seorang penyabar dan masih boleh bersabar.. 

Hospital ini kawasannya sangat luas, bangunan luar dalamnya sangat indah, sangat 'spacious', para doktor, jururawat dan petugas lainnya sangat baik dan mesra. Tiada cacat celanya yang hendak disentuh.



Datang atau melawat ke mana-mana hospital, malah di masukkan ke dalam wad, atas apa juga alasan, adalah perkara biasa, no big deal about it! 

Tetapi berkunjung ke hospital yang ini memang akan memperkayakan pengalaman kehidupan anda. Yang pastinya ianya akan menguji kesabaran anda. Isu besarnya, untuk mendapatkan hanya satu TLK, walaupun untuk kereta yang 'kecil' bukan saja menyeksakan, tapi "sangat giler". Ish, ish, ish..mungkin 'terlampau' sedikit bahasa kali ini..

Tanggungjawab dan akibat tindakan siapakah ini? Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) kah - yang mempunyai 'piawaian' TLK nya yang tersendiri (tetapi pelaksanaan dan penguatkuasaanya pula bagaimana ya bang?), Kementerian Kesihatan kah atau JKR kah yang memandai-mandai? 


Datanglah, bukan untuk melawat pesakit atau bangunan indahnya, tapi untuk melihat pemandangan lautan kereta di mana-mana saja. Memang sangat memalukan perkataan "perancangan". Hospital tersergam, tercanggih dalam Negeri maju dalam negara yang sedikit masa lagi akan maju kah ini? 


Anda semua jangan salah anggap ye. Saya bukannya marah. Saya bukannya geram. Saya seorang penyabar dan masih boleh bersabar. Tapi saya menulis ini bagi pihak 'rakyat marhein' yang terpaksa  menerima dan 'redho' saja akibat 'perancangan, kelulusan dan pelaksanaan' yang telah dilakukan oleh pihak anda. Ada sesiapakah di antara anda yang ambil peduli dan sanggup 'menolehkan kepalanya' memandang ke sana, dan juga tempat-tempat lain yang menghadapi isu yang sama?


Apa pandangan para sahabat yang berkemungkinan besar telah melalui situasi yang sama?

6 comments:

  1. Nampaknye memang sah terlalu sedikit yang kisah atau berani memberi ulasan/pandangan atas isu ini, walaupun saya telah 'tag' (dan peringatkan) kepada orang-orang yang tugasnya di antaranya ialah 'menjaga' piawaian mengenai TLK dan 'menerajui' perancangan bandar dan perancangan negara kita (centre of excellence? Apa bendanya tu?)Kemungkinan perkataan ini satu bebanan besar kepada pihak yang terbabit, dengan itu sememangnya tidak mampu di pikul. Saya umumkan saya agak kecewa dengan 'ketidakberanian' mereka. Kepada mereka teruskanlah guna medium fb ini untuk bersosial, berkata hi, hello, saya lapar nak makan ni dan 'friend' dengan orang itu dan orang ini. Jadi sebagai orang kecewa, saya tarik balik hasrat untuk membuat 'killer statement' dan seterusnya cukuplah saya membuat kesimpulan yang lemah: Memang tiada siapa pun bersalah atau patut dipertanggungjawabkan dalam isu kekurangan TLK di Hospital Selayang ini atau di mana-mana sahaja. Dan masalah ini pasti akan berterusan walaupun selepas 9 tahun lagi..Semoga Malaysia yang 'merdeka' ini akan terus makmur.

    ReplyDelete
  2. haji,

    sy pun takleh nk komen sagt. tp, sy pun agak segan sbnrnya memegang nama perancang bandar. bila berlaku byk kesilapan/kesalahan/kesulitan...mesti en pemandu di sebelah akan ckp "ni mesti salah perancangan bandar ni" "abang rasa abang pun boleh jadi perancang bdr tak bertauliah...lagi terer. tahu apa y boleh atau tak". hahaha sape nk jwab tu? tp, apa2 pun penguatkuasaan la penting.

    (semalam, tengok dokumentari highland towers di national geographic rasanya...sehingga kini masih terngiang2 soalan en. peneman tgk tibi... "dah tau bahaya buat bgunn kt situ, kenapa skrg mcm makin byk lagi..tak takut ke") konklusinya, pelaksanaan la. ada gigi atau tiada utk pastikan penguatkuasaan dan keberkesannnya :)

    ReplyDelete
  3. betullah seperti yang disuarakan oleh saudari farhana..."jawatan perancang bandar" lay man ingat tentulah kita yang buat semua tuhh.."perancangan macam nihh...sy pun boleh buat" kata lay man..

    kepada planners yang mungkin hanya terlibat dengan kerja2 rancangan pemajuan atau sebagainya mungkin dengan mudah mengakui statement "lay man" di atas

    tapi hakikatnya....kepada planners yang terlibat dengan membuat keputusan pastinya lebih arif kenapa sesuatu perkara yang tak sepatutnya dibenarkan atau tidak sesuai dari aspek perancangan tetap mendapat kelulusan....Planners dalam konteks negara kita lebih kepada "penasihat dari aspek perancangan" ......kita suarakan sekadar termampu..namun...dalam hal membuat keputusan kita seharusnya faham akan kedudukan kita...

    cuba sedaya yg boleh...sebagai planner pertimbangan terhadap alam sekitar dan kepentingan masyarakat perlu kita utamakan...

    ..hadi...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum haji, saya harap haji bertambah sihat. saya melihat pekara ni dari sudut perkaitannya antara piawaian perancangan dan juga bab caj pembangunan..

    kita ade piawaian untuk pekiraan tlk namun pada masa yang sama kita ade caj pembangunan yang menbenarkan jumlah tlk yang tidak disediakan dibayar dalam bentuk sumbangan..

    saya ambik cth tempat saya skang di muar..cth satu projek komersial yang mengikut kiraan tlk memerlukan 87 petak parking tetapi pemaju hanya dapat menyediakan 8 petak sahaja tak sampai 10% pun..tp projek ini diluluskan kerana dia mampu utk byar kekurangan tlk tersebut...

    kenapa pekara ini berlaku? saya melihat ini berlaku kerana piwaian dan akta membenarkan begitu..jadi ade sesuatu yg perlu kita buat untuk mengemaskini piwaian ataupun akta..at least kita boleh ambik dr piwaian kawasan lapang...iaitu perlu menyediakan 10% peratus k.l....kiraan 7% mstilah k.l fizikal manakala 3% boleh dikira dr infra..jd klau dlm penyediaan tlk mewajibkan pemaju at least menyediakan 70 or 80% tlk yg patut disediakan dan yang selebihnya baru boleh dikenakan caj pembangunan....

    cuma pandangan dr planner yg masih baru..mungkin ade betul dan salah..kalah salah tolng tegur..hehehe

    hafiz

    ReplyDelete
  5. kalau boleh membawa perubahan yang nyata saya komen panjang sikit,hal macam terlalu kompleks nak bincang dalam blog,kalau masa mengizinkan mungkin kemudian...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kepada semua. Tapi Sdr Hafiz dari Muar, saya sangat terkejut! Kekurangan TLK anda boleh kenakan caj pemajuan? Anda menggunakan peruntukan mana dalam Akta 172? Kalau pelaksanaan Caj Pembangunan di DBKL memang membenarkan perkara tersebut. Kalau boleh Sdr Hafiz, anda perincikan sikit bagaimana anda melaksanakannya (itupun kalau mengikut peruntukan undang2 kecil tertentu?) atau harap dapat Sdr menalifon saya ye..

    ReplyDelete