Thursday, September 29, 2011

Kelas Ke - 7_2011: Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya

Tarikh : 30 Syawal 1432H / 28 September 2011
Hari / Waktu : Rabu / 9.30 malam

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh.
Bismullahir rohmaanir rohim.
Selamat hadir ke Kelas Ke - 7.

Malam ini kita sambung ringkasan buku bertajuk "Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya" yang ditulis oleh Ustaz Hj. Othman Hj. Ibrahim. Bagi anda yang baru saja mengikuti kelas secara maya ini, anda dinasihatkan supaya mulakan pembacaan dari Kelas Ke - 1_2011. Bagi rakan belajar lama, anda juga dimunta membaca semula bahan kelas-kelas lama berulang-ulang kali supaya pengajarannya 'membekas dan mendarah daging', InshaAllah... Pada kesempatan kali ini, kita akan membincangkan penyakit rohani ke 3 dari 6 penyakit rohani yang dibincangkan dalam buku tersebut, iaitu: Takabbur


3.0 TAKABBUR


3.1 Yang dimaksudkan dengan takabbur di sini ialah: MEMBESAR-BESARKAN DIRI DI SAMPING MERENDAH-RENDAHKAN ORANG LAIN.


3.2 Allah S.W.T. berfirman:


"Dan berikanlah kepada mereka satu perumpamaan di mana dua orang laki-laki; Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua buah kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara dua kebun itu Kami buatlah ladang. Kedua buah kebun itu menghasilkan buahnya dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikitpun dan Kami alirkan sungai di celah-celah dua kebun itu. Dan dia mempunyai kekayaan besar lalu ia berkata kepada kawannya ketika ia bercakap-cakap, "Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat."       (Al-Kahfi: 32-34)


3.3 Dalam surah Al-A'raf, ayat 146, Allah berfirman:


"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar."  (Al-A'raf : 146)


3.4 Ayat 60  surah Al-Ghafir, Allah berfirman:


"Orang-orang yang takabbur dari beribadat kepada Kami akan dimasukkan ke dalam Neraka."  


3.5 Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa  Nabi s.a.w. bersabda:


"Tiga golongan di mana tidak akan dibicara oleh Allah dengan mereka di hari kiamat dan sedikitpun tidak melihat kepada mereka dan mereka mendapat azab yang dahsyat iaitu; orang tua yang berzina, raja yang berdusta dan orang miskin yang menyombong diri."


3.6 Dari Yahya bin Ju'alah berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda:


"Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang ada di dalam hatinya sebesar zarah dari kesombongan. Seorang laki-laki bertanya: Ya Rasulullah, aku merasa senang dengan pakaianku dan juga sandal tali pecut kudaku, apakah itu termasuk sombong? Nabi menjawab; sesungguhnya Allah itu cantik, suka kepada yang cantik-cantik dan suka apabila memberi nikmat kepada hambaNya maka nampak kesan nikmat kepada hambaNya itu. Allah benci merempat dan orang buat-buat melarat, tetapi sombong itu mempermainkan kebenaran dan menghina orang lain."


3.7 Nabi Musa a.s. ketika bermunajat kepada Allah sambil berkata: "Siapakah makhluk yang sangat Engkau benci" Allah menjawab, "Ya Musa, siapa yang sombong hatinya, kasar lidahnya, lemah keyakinannya dan bakhil tangannya."


3.8 Abu Laits As-Samarqandi berrkata:


"Ketahuilah, sombong itu sifat orang-orang kafir dan peribadi orang-orang munafiqin."


3.9 Setelah kita meneliti ayat-ayat Allah, hadis-hadis Nabi dan pandangan-pandangan ulama tentang takabbur (sombong), mari kita melihat pula apakah sebab-sebab timbulnya sifat tersebut. Di antara sebab-sebabnya ialah (disenaraikan tajuk sahaja untuk kelas kali ini):


i.    Rosaknya nilai dan neraca kelebihan di kalangan manusia;


ii.   Membanding-bandingkan nikmatnya dengan nikmat orang lain dan melupai pemberi nikmat itu sendiri;


iii.   Dahulu di segi kelebihan atau lebih banyak kelebihan dari orang lain;


iv.   Lalai terlupa atau jahil dari kesan takabbur; dan


v. Lupa asal kejadian - dari mana ia datang, apakah tujuannya dam ke mana ia arah kembali;




(Bahan akan datang: penerangan setiap sebab timbulnya penyakit takabbur dan meneliti tanda-tanda takabbur).


            +++++++++++++++++++++++++++++++++








Di Lampiran A buku beliau, Ustaz Othman melampirkan 






sebanyak 40 hadis untuk di hafal dan diamalkan,






dengan kata-kata beliau seperti berikut:











HAFALLAH 40 HADIS DARI 40 TAJUK BAGI MENGUBATI 








PENYAKIT  ROHANI KERANA NABI S.A.W. BERSABDA:






"BARANGSIAPA MENGHAFAL 40 HADIS LEPASLAH 








DIA DARI API   NERAKA."








Dengan itu pada setiap kelas, di akhir ruangan seperti ini akan 






diperturunkan  beberapa hadis-hadis tersebut mengikut 








kesesuaian ruang. Kita sambung dengan  hadis-hadis berikut:












19) HAK SUAMI KEPADA ISTERI





Abu Hurairah r.a. dari Nabi s,a,w, bersabda:




"Andaikata saya dapat menyuruh seorang bersujud 








kepada kepada  orang, nescaya saya suruh 






wanita sujud kepada suaminya."   (At-Tirmidzi)
                                                 









20) HAK JIRAN







Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w.:












"Demi Allah tidak beriman. demi Allah tidak beriman,








demi Allah tidak beriman. Ditanya: Siapakah ya 










Rasulullah? Jawab Nabi: 








Ialah orang yang tidak aman tetangganya 








dari gangguannya."










(Bukhari dan Muslim)












21) TAAT IBU BAPA





Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Saya bertanya kepada 






Rasulullah s.a.w.:











Apakah amal perbuatan yang lebih disukai oleh Allah? 








Nabi bersabda: 












"Berbakti kepada kedua ayahbonda. Saya bertanya, 






kemudian apa lagi? Jawabnya: Jihad (berjuang dalam 






jalan Allah / untuk agama Allah)."










(Bukhari dan Muslim)












@Tamat Kelas Ke -7_2011. Kelas akan datang ialah pada 








malam hari Sabtu. Harap anda seorang yang istiqamah 








dan seorang yang cintakan ilmu pengetahuan.














































































































































































































































No comments:

Post a Comment