Tarikh Kelas: 9 Syawal 1432H / 7 September 2011
Hari / Waktu : Rabu / 8.15 mlm.
Hari / Waktu : Rabu / 8.15 mlm.
Pengenalan Saya - HAT
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh. Bismillahir Rohmanir Rohim.
1. Atas permintaan rakan-rakan FB, asalnya dari hanya 3 orang, saya cuba gagahkan juga upaya (yang semakin terhad) untuk meringkaskan buku tulisan Ustaz Hj. Othman Hj. Ibrahim bertajuk Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya, yang diedarkan oleh SUHBAH ENTERPRISE, Pokok Sena, Kedah Darul Aman, cetakan kedua Ogos 2009.
2. Berkenaan permintaan asal daripada hanya 3 orang, bukan 30 orang itu, tiada sedikitpun menjadi isu ataupun halangan, berdasarkan dalil-dalil pegangan saya seperti berikut:
i. Firman Allah SWT. dalam Surah al-Maidah (5), ayat 2:
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniya (pencerobohan)."
ii. Sabda Rasulullah SAW. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:
"Bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah, ia adalah hati kamu."
iii. Sabda Rasulullah SAW. dalam hadis dari Mu'adz yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:
"Bahawasanya dengan sebabmu, diberi petunjuk oleh Allah akan seseorang, lebih baik bagimu daripada dunia dan isinya."
iv. Sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh al-Hakim, dan beliau menyatakan "Isnad hadis ini adalah sahih":
"Seandainya salah seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan untuk menunaikan hajat keperluannya maka ianya (perbuatan ini) adalah lebih afdal daripada beriktikaf di masjid-ku ini untuk tempoh dua bulan."
(hadis ini terkandung dalam "Mukadimah Tuan Guru", ms. xi dalam buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab" oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa')
iv. Sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh al-Hakim, dan beliau menyatakan "Isnad hadis ini adalah sahih":
"Seandainya salah seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan untuk menunaikan hajat keperluannya maka ianya (perbuatan ini) adalah lebih afdal daripada beriktikaf di masjid-ku ini untuk tempoh dua bulan."
(hadis ini terkandung dalam "Mukadimah Tuan Guru", ms. xi dalam buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab" oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa')
Di samping itu, saya juga tahu terdapat ramai sahabat-sahabat yang telah membaca status fb saya atau semua entry dalam blog saya tanpa memaklumkan yang telah membacanya. (sepertimana juga saya membaca status fb dan entry blog orang lain, biasanya saya tidak memberikan ulasan atau memaklumkan mereka) Sebab itu sehingga jam 8.00 malam, hari ini 7 September 2011, blog ini telah dibaca sebanyak 1966 kali sedangkan saya hanya dapat mengesan seramai lebih kurang 8 orang sahaja yang meninggalkan 'tanda' mereka telah membacanya!
Semoga mereka yang tidak menjadi 'murid' secara rasmi dalam 'Kelas Secara Maya' ini juga akan mendapat manfaat dan diberi hidayah oleh Allah SWT.
Semoga mereka yang tidak menjadi 'murid' secara rasmi dalam 'Kelas Secara Maya' ini juga akan mendapat manfaat dan diberi hidayah oleh Allah SWT.
Biodata Ringkas Ustaz Haji Othman Haji Ibrahim
1. Di lahirkan pada 17.5.1954 di Kg. Batu, Jalan Sanglang Kodiang, Kedah.
2. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin hingga tahun 1980. Kemudian beliau mendalami pengajiannya di dalam bidang Pendidikan Islam di Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir pada tahun 1981.
3. Beliau pernah mengajar di Kolej Islam Klang pada tahun 1982-1985, di Sekolah Menengah al-Irsyad Seberang Perai (1985) dan Sekolah Menengah Serdang Kedah (1988-1989).
4. Kemudiannya beliau mengundurkan diri secara sukarela dari menjadi guru agama di sekolah dan menjadi pendakwah bebas dan dijemput oleh pelbagai lapisan masyarak Islam dan jabatan-jabatan kerajaan untuk menghidupkan amalan Qiamulail melalui program Bina Insan dan Khemah Ibadah hingga ke Sabah, Sarawak dan Singapura.
5. Terkini, sebelah kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit yang dihidapinya dan Ustaz Hj. Othman Ibrahim bergerak menggunakan kerosi roda. Tapi itu semua tidak menghalang beliau meneruskan kerja-kerja dakwah di merata tempat dan memimpin qiamulail dan mengalunkan zikir-zikir munajat melalui suara beliau yang masih kuat, segar dan mendayu-dayu.
6. Terakhir pertemuan dengan beliau ialah semasa Ustaz Hj. Othman dijemput memimpin qiamulail sempena program Sahur Perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada pagi Sabtu 27 Ogos 2011 bersamaan 27 Ramadhan 1432H. Mengikut 'firasat' saya, Lailatulqadar telahpun terjadi semasa beliau memimpin solat-solat malam dan merintih memohon keredhaan Illahi di pagi hening 27 Ramadhan tersebut.
WallAllahhu aklam.
WallAllahhu aklam.
Muqaddimah Ustaz Hj. Othman Dalam Buku Beliau: Penyakit-Penyakit Rohani Dan Cara-Cara Mengubatinya
1. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia dariNya, saya dapat menyempurnakan sebuah lagi buku kecil yang saya namakan "PENYAKIT-PENYAKIT ROHANI DAN CARA-CARA MENGUBATINYA" di mana dalam buku ini saya cuba menganalisa beberapa penyakit yang selalu menimpa manusia seperti penyakit-penyakit:
1. Hasad dengki
2. Riak
3. Takbur
4. Mengikut Hawa Nafsu
5. Bakhil
6. Futhur
2. Mudah-mudahan dengan kelahiran buku kecil ini menjadi sedikit penawar bagi hati saya sendiri dan kepada semua yang terjebak dengannya.
3. Dan saya juga berharap kepada ulama-ulama agar dapat kiranya membetuli sekiranya terdapat kesilapan di dalam buku kecil ini.
Al-Faqir illallah
Ustaz Hj. Othman b. Hj. Ibrahim
+++++++++++++++
Di Lampiran A buku beliau, Ustaz Othman melampirkan sebanyak 40 hadis untuk di hafal dan diamalkan, dengan kata-kata beliau seperti berikut:
HAFALLAH 40 HADIS DARI 40 TAJUK BAGI MENGUBATI PENYAKIT ROHANI KERANA NABI S.A.W. BERSABDA:
"BARANG SIAPA MENGHAFAL 40 HADIS LEPASLAH DIA DARI API NERAKA."
Dengan itu, pada setiap kelas, di akhir ruangan seperti ini akan diperturunkan beberapa hadis-hadis tersebut mengikut kesesuaian ruang. Kita mulakan dengan hadis-hadis berikut:
1) NIAT IKHLAS
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk badan dan rupamu tetapi Allah melihat kepada hatimu." (Muslim)
"Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk badan dan rupamu tetapi Allah melihat kepada hatimu." (Muslim)
2) TAUBAT
Al-Agharr bin Yasar al-Muzany r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Wahai manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah, dan beristighfarlah kamu kepadaNya, sesungguhnya aku beristighfar 100 kali setiap hari." (Muslim)
"Wahai manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah, dan beristighfarlah kamu kepadaNya, sesungguhnya aku beristighfar 100 kali setiap hari." (Muslim)
@Tamat Kelas Ke - 1
(Kelas akan datang ialah pada malam hari Sabtu, 10 September 2011, masa yang sama. Jangan tak datang ye..)
(Kelas akan datang ialah pada malam hari Sabtu, 10 September 2011, masa yang sama. Jangan tak datang ye..)
Assalamualaikum wrt wbt.
ReplyDeleteTuan, Ustaz Haji Othman Ibrahim ne, kalau tidak silap saya, saya pernah dengar ceramah-ceramahnya melalui kaset zaman belajar di Universiti. Sayangnya kaset tu semua dah xde.
Topik beliau banyak sekitar tasauf, penyakit hati. Saya kena dengar suaranya untuk cam suaranya, adakah ustaz ini ke yg saya mainkan kasetnya (masa u dulu). Rupa orgnya, ada lebih kurang. Dah 16 tahun perkara tu berlalu.
Anyway, ilmu tetap kena cari dan diulangkaji selalu.
Bila saya jumpa CD ceramah beliau nanti saya beli dan pinjamkan kepada Sdr Abuyaa. Sekarang ni saya hanya ada CD bacaan-bacaan zikir beliau.
ReplyDeleteTuan, xyah susah2 cari CD ceramah. CD Zikir tu pun OK. Terima kasih banyak.
ReplyDeleteNanti saya kirim melalui wakil saya di sana ye..
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSaya tercari2 zikir ustaz Othman Ibrahim ni. Saya menangis setiap kali mendengar alunan suaranya.. saya pun dah kehilangan kaset beliau...sbb masa tu sy di bangku sekolah lg. Saudara masih ada menyimpan CD bacaan2 beliau? saya nak sgt copy if ada. jzk. :)
Maaf, kalau ada, hubungi sy di 011 21120121 ya. Salam.
ReplyDeleteblog ni begitu bermanafaat....patut terus diaktifkan
ReplyDeleteada sesiapa tahu bagaimana saya boleh hubungi tn guru ustaz hj othman ibrahim....sy terpisah lama dgn guru saya ni...boleh wassup no tel beliau ke tel saya 0143882789