Sungguh cepat masa berlalu. Makan, minum. Kemudian makan-makan dan minum-minum lagi di mana sahaja ada peluang dan kesempatan! Sedar-sedar telah seminggu kita menyambut Aidil Fitri. Hari ini hari ke 8 Syawal 1432H / 6 September 2011. Mari kembali semula kepada alam realiti! Telah sampai masanya untuk bermuhasabah. Sedarlah wahai diri:
Aidil Fitri yang disambut riuh rendah, melebihi 'pesta ibadah' sepanjang Ramadhan, telahpun berlalu. Renungi semula, di hari raya baru ini, adakah telah terlaksana anjuran Rasulullah SAW sepertimana yang dilapurkan daripada Anas ra.:
"Hiaskanlah kedua-dua hari raya itu dengan memperbanyakkan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis."

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahilham!!
Tindakan ini, jika diamalkan pada malam dan hari raya lalu, selaras dengan anjuran melalui Surah al-Baqarah (2), ayat 185,
Allah SWT telah berfirman, maksudnya:
Allah SWT telah berfirman, maksudnya:
"Dan supaya kamu sempurnakan bilangan puasa dan mengagungkan Allah atas petunjuknya kepada kamu supaya kamu bersyukur."
Ataukah secara sedar, musim perayaan lalu lebih banyak kita isi dengan acara makan dan minum sahaja? Telah lupakah kita dengan pesanan Pak Yazid di rumahnya yang sederet dengan Masjid Kampung Bharu, setiap hujung minggu, melalui pantunnya sejak lama dulu?
Kalau berniaga janganlah rugi,
Kalau berkayuh janganlah patah,
Kini kita di atas bumi
Esok kita di kandung tanah.
Jangan suka banyak berdalih
Hidup asyik minum dan makan,
Jika tidak beramal soleh
Rugilah kita sepanjang zaman.
Mari renung semula, adakah sambutan mulai malam hari Isnin minggu lalu telahpun memenuhi 2 unsur ini?
1. Ianya mesti disambut dalam 'suasana' ibadah; dan
2. Ia semestinya dimeriahkan dgn 'amalan-amalan kesyukuran dan taqwa'.
Tapi adakah sesiapa yang saja hendak bertanya soalan ini:
Baiklah Tuan Haji, tapi kalau telahpun berlaku terlampau banyak 'ketelanjuran' dalam bentuk hiburan dan dikacauganggu pula oleh 'hantu-hantu' yang muncul di kaca-kaca TV, di sebabkan tindakan-tindakan oang lain (salahkanlah saja 'kerajaan', TV3 dan Astro, antara lainnya) apa lagi yg boleh dibuat? Bukankah nasi telahpun lama menjadi bubur?

Jawapannya mudah saja, soalan seharusnya dijawab semula dengan soalan: Tidak seperti Allahyarham Noramfaizul, jurukamera BernamaTV yang gugur 'syahid' di Mogadishu, Somalia Jumaat lalu, anda masih mampu bernafas dengan baik bukan? Anda masih waras dan sedar bukan, bahawa semua tindakan anda akan disoal dan dipertanggungjawabkan? Lalu, bersedialah dengan jawapan-jawapan anda. Atau bertaubatlah dan segeralah melipatgandakan amalan. Sebelum tiba giliran nama anda dipanggil..
Perkongsian kali ini diakhiri dengan nostalgia mengenangkan Ramadhan al-Mubaraq 1432H yang semakin jauh meninggalkan kita. Tetamu agung itu mungkin akan datang berkunjung lagi tahun depan, kalau dunia belum kiamat. Tapi yang tidak pasti ialah samada kita masih ada di sini, di atas muka bumi Allah ini, untuk menyambut dan mendakapnya semula. Kerana mungkin sekali, kiamat telah 'menangkap dan membaham' kita terlebih dahulu..
Wahai Ramadan bulan ukhrawi,
Engkau pergi, ku harap engkau akan kembali,
dengan sinar yang menerangi diri ini,
dengan amalan yang diberkati,
dengan ibadat yang diredai,
dengan rezeki yang dilimpahi,
dengan usia yang dipanjangi,
dengan kemuliaan Lailatulqadar-Mu yang dijanji,
Sampaikan Ramadan-Mu buatku untuk sekian kali.
(kata-kata di atas dipetik dari ms. 102, buku Adap Ramadan oleh Absyar Fuad dan Suzana Ismail, PTS Islamika Sdn. Bhd. 2010)
(Oh, kalau anda nak tahu, sesi ini juga boleh dinamakan: "Sesi Dialog Dengan Diri Sendiri, Akal Bertanya Kepada Hati Sendiri..)

No comments:
Post a Comment