Thursday, September 15, 2011

Jika Anda Ada Sesuatu Untuk di Sumbangkan, Ayuh, Berikanlah!

Hanya orang yang 'ada' yang boleh 

memberi..

















Ada wang, ada ilmu, ada kemahiran, ada kebolehan, ada masa dan ada selainnya. Sejak sekian lama falsafah ini telah diyakini dan diamalkan. Tapi pagi Ahad lalu (26 Julai 2011), Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin, TKP IKIM (kini beliau ialah Rector IIUM) menambahnilai kepada falsafah tersebut dengan ungkapan berikut:


  ".... Orang yang tidak ada (hak) memang tidak boleh       memberi (hak tersebut) kepada orang lain... 


Maksud Datuk, lelaki yang tidak mempunyai hak untuk mewalikan  pernikahan 'anak'nya (di atas alasan-alasan tertentu) tidak boleh menyerahkan pula tanggungjawab tersebut kepada jurunikah/pendaftar nikah untuk menikahkan anaknya bagi pihak dirinya. Moral ceritanya: sangat penting diteliti wali kepada wanita yang akan melangsungkan perkahwinan.

Bagi anda yang 'ada sesuatu' untuk disumbangkan kepada khalayak, ayuhlah beri sebahagian apa yang anda ada untuk kebaikan manusia lain.

Kerana:

...orang yang paling baik di kalangan kamu


 ialah orang yang paling banyak memberi


 manfaat kepada manusia lain..




(Wad 9B Hospital Selayang, 08-150911 sementara menunggu 'discharge')




No comments:

Post a Comment