(Sumber berita: Utusan Malaysia, Rabu 07.09.2011 Muka 3, Tajuk: Saya tetap mahu Mat Sabu - Khairy)
1. KUALA LUMPUR 6 Sept. - Meskipun Mohamad Sabu enggan berdebat dengan Khairy Jamaluddin, namun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tetap mendesak Timbalan Presiden Pas tersebut supaya menyahut cabarannya.
2. Katanya, 'kebaculan' Mohamad atau Mat Sabu membuktikan pemimpin Pas itu hanya gemar 'mengacah' tanpa menunjukkan keikhlasan terhadap apa jua perkara terutamanya yang melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.
3. Beliau baru menerima e-mel daripada Kerajaan Pas Kelantan memaklumkan debat antara beliau dan Mat Sabu dibatalkan kerana Timbalan Presiden Pas itu enggan berdebat dengannya.
4. "Saya tidak mahu Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad mahupun Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat. Apa kurangnya saya? Saya Naib Presiden Biro Politik UMNO, saya berpengalaman berdebat dengan ramai pemimpin Pas seperi Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Khalid sebelum ini."
5. "Kesimpulannya, Pas sebenarnya telah panik setelah cabaran partti tersebut terhadap saya disahut dengan hati yang terbuka. Tanggapan Pas yang UMNO hanya akan berdiam diri telah tersasar jauh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
++++++++++
Wow, hebatnya KJ. Memang dia selalu menawan dan mempesonakan.
Diam.....terfikir sesuatu
Eh, betul ke dia hebat?
Mohon maaf ye para sahabat. Sebagai seorang 'blogger' saya sepatutnya berfikir panjang sikit sebelum menulis sesuatu yang 'serius' seperti ini.
Mungkinkah sepatutnya entry saya ini bertajuk: "Ini Kisah Tentang Orang Yang Fikir Dirinya Hebat".
Macamana? Lebih sesuai ke tidak? Apa pula pandangan para sahabat?
- tamat -
(Tajuk lain: KUALA LUMPUR 7 Sept. - Muslimat Pas pula cabar Khairy debat...)
Inilah beruk jalanan yang hebat! Lebih hebat dari Oxford!
ReplyDeleteOrg yg rasa dirinya hebat adalah tidak hebat sebenarnya...
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2409.
ReplyDeleteDari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Iblis membuat pusat kegiatannya di permukaan air (di lautan). Dari sana dikirimnya pasukan-pasukan untuk mengacau umat manusia. Maka yang paling berjasa di antara mereka ialah yang paling besar membuat kekacauan. Salah seorang di antara mereka datang melapor, "Aku telah berbuat begini dan begitu." Lalu dijawab oleh pemimpinnya, "Engkau belum berbuat apa-apa." Kemudian datang pula yang lain, lalu berkata, "Tidak ku tinggalkan dia sehingga aku berhasil memisahkannya dari isterinya." Lalu dijawab oleh pemimpinnya, "Engkaulah yang paling hebat."
So sape yg hebat? Nak ngaku ker?
Abdullah bin Umar r.a. mengabarkan, bahawa Rasulullah saw. bersabda:
ReplyDelete"Setiap kamu adalah pemimpin.
Dan setiap pemimpin bertanggung jawab atas kepemimpinannya.
Imam itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya.
Laki-laki itu pemimpin, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya.
Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepemimpinannya.
Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya, bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya.
Kata Abdullah, agaknya Nabi saw. juga bersabda:
"Laki-laki itu pemimpin bagi harta-benda ayahnya dan bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya.
Kamu seluruhnya adalah pemimpin, bertanggungjawab atas kepemimpinannya."
(Hadis Sahih Bukhari)
Soalan cepu emas: Bini hang tutup aurat tak?
Hebat sungguh ka hang?
Syukran Abuyaa. Secara tidak langsung saya mengakulah kesalahan saya! Memang sepatutnya entry saya bertajuk:
ReplyDeleteIni Kisah Tentang Orang Yang Mengaku Dirinya Hebat
Lain kali saya mesti renung dan fikir panjang dulu ye...
Tuan, tajuk tu xde masalah. Apa pun boleh!
ReplyDeleteMasalahnya org yg perasan hebat tu. Tang macam mana pun, tetap kena kat dia, sebab tak ikut syariat. Memang kompom "kena"!
Don't worry tuan.
Ala.Tuan Abuyaa, tuan pun tahu saya sebenarnya sedang cuba menangkap lebih daripada seekor ikan dengan satu joran yang sama..hehehe..
ReplyDeletesi kadok + si luncai = gambar seperti di atas.
ReplyDelete