Catatan ini ialah perkongsian Kuliah Subuh di Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam pada pagi Ahad, 18 September 2011 yang telah disampaikan oleh Ustaz Ghazali Omar menggunakan kitab "Tanbihul Ghafilin" bermula muka surat 38:
A. Tanda-tanda Orang Yang Berakal:
1. Mengatur urusan dengan tenang dan merasa masih banyak lagi waktu - urusan dunia boleh di 'adjust';
2. Mengerjakan urusan akhirat dengan cermat dan bersungguh-sungguh seolah-olah tidak kecukupan masa - akhirat 'first'. Urusan akhirat baginya tidak boleh ditangguh. Kata Aisyah: "sedang Nabi s.a.w. bermesra denganku, apabila masuk sahaja waktu solat, baginda seolah-olah tidak mengenaliku." ;
3. Orang yang pandai mengatur urusan agama dengan mencari ilmu agama. Mesti ada jadual untuk menuntut ilmu. (ada orang yang 'goblok' sampai mati..Shah Alam seperti Universiti, seperti satu pondok - dengan berbagai jenis pengajian di mana-mana sahaja. Tiada alasan untuk tidak hendak belajar. Mempelajari ilmu agama boleh jadi alim disebabkan kesungguhan. Tapi perbezaan orang yang telah tua dan orang yang masih muda dalam mempelajari agama ialah seperti perumpamaan: "Orang tua belajar seperti batu besar yang jatuh ke dalam air. Kocakan airnya besar tetapi cepat hilang. Orang muda belajar seperti mengukir di batu, ingatannya kekal lama."
4. Bergaul dengan sesama makhluk dengan saling menasihati dan penuh kesabaran. Tanda akhlak seseorang yang baik ialah dia tidak redho dengan perangai kawannya yang tidak baik. (Istilah "rabun ayam' bagi orang yang tidak nampak jalan ke masjid. Tapi kalau ada 'kenduri lauk ayam', mereka tidak pula rabun. Ish, ish, ish..)
B. Sifat-sifat Orang Yang Terutama/ Bijaksana:
1. Orang yang tekun beribadah kepada Allah (walaupun sudah tua dan banyak penyakit, masih lagi tekun);
2. Sangat berguna / bermanfaat kepada sesama manusia (walaupun berperanan sebagai siak yang menjaga kebersihan tandas masjid);
3. Semua orang aman dari gangguannya (dia tidak menzalimi, menyakiti atau menganiaya orang lain);
4. Tidak irihati kepada orang lain (kecuali dalam dua keadaan, iaitu orang yang mempunyai ilmu dan mengajarkannya dan orang yang mempunyai harta dan membelanjakan hartanya kepada jalan kebajikan); dan
5. Bersiap sedia untuk menghadapi mati (dengan membuat persediaan seperti berikut:
- Perlu mengumpul sebanyak mungkin pahala;
- Mesti mendapatkan maghfirah (keampunan) dari Allah SWT.;
- Melakukan taubat nasuha;
- Memohon kemaafan dari manusia lain; dan
- Melunaskan segala hutang piutang.
(kuliah subuh tamat pada jam 7.35 pagi)
No comments:
Post a Comment