Tulisan kali ini cuba di buat Ala-ala 'Travelog'..
(dalam kurungan ialah 'pengaruh persekitaran'. Isi sebenar yang hendak disampaikan ialah di luar kurungan)
Pagi Jumaat 30 September 2011:
(05:57 pg.: Tempat: DSU MSSAAS)
Kita letak tajuk dulu..
Kita letak tajuk dulu..
Alternatif-alternatif tajuk yang terfikirkan pada awalnya ialah:...
(06:00 pg.: Iqamah..
06:16 pg.: Tamat solat bersama Imam Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Mukri, seperti biasa, beliau membaca Surah Sajdah di rakaat pertama dan Surah Al-Insaan di rakaat kedua. Terlupa pula bacaan ayat sujud tilawah, menunjukkan lamanya telah ditinggalkan..
06:26 pg.: Tamat doa
06:27 pg.: Jamaah mula membaca al-Quran di ms. 454; Surah Yaasin dan terjemahan ayat 56 - 70.
Doa setelah membaca al-Quran dan Asmaul Husna.
06:40 pg.: tamat acara
06:47 pg: Saved dan Publish Post 1 dulu!)
Pagi Ahad 2 Oktober 2011 : di MSSAAS
06:57 pg:
Alternatif-alternatif tajuk yang terfikirkan pada awalnya ialah seperti berikut:
1. Pemburu Masuk Perangkap Sendiri? (Hahaha..)
2. Apakah Hebatnya Aura DSAI? Dengan Segala 'Kedurjanaan' Beliau, Masih Ramai 'Top Level' Yang Masih Ingin Menyokong?

3. Orang-Orang DSAI Dalam Badan-Badan Strategik Kerajaan? Biar Betul? Apa Hebatnya Mantan TPM Anwar Berbanding PM Najib?
A. Beritanya 1:
Utusan Malaysia, Rabu 28 September 2011 Muka 12 - Rencana; Kolum Cuit tulisan Zaini Hassan (Penolong Ketua Pengarang I akhbar Utusan Malaysia) bertajuk "Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?"
Saya tak kisahlah kalau ada sahabat-sahabat, antaranya Sdr "Abuyaa" dan "Aku adalah hamba Allah" yang hendak melabelkan akhbar arus perdana ini "Utusan Meloya", tidak percaya 1000% dengan ZH dan lain-lain, tapi dalam kes ini saya fikir lebih berautoriti saya ambil 'from the horses mouth' - 'dari mulut kuda itu sendiri' berbanding jika saya memetik dari akhbar Harakah, Keadilan, Roket, Malaysiakini atau dari berita dan portal pro-pembangkang lain.
Beberapa isi tulisan Datuk Zaini Hassan saya perturunkan semula dalam bentuk 'points':
1. APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini? Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya?
2. Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.
3. Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata. Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.
4. Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang unntuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.
5. Kata maklumat itu lagi: "Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.
6. Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: "...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?
7. Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?
8. Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu.
(tamat rencana Cuit)
(07:59 pg: Publish Post kali ke 2 dulu! Ada lagi kisahnya..)
(05:40 ptg:
B. Beritanya 2:
Apa lagi dengan pantasnya dalam akhbar yang sama, dengan 'bola tanggung' itu, DSAI mengeluarkan kenyataan:
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan kolumnis Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan bahawa terdapat badan yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang beliau, adalah satu pujian.
Ketua Pembangkang itu yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menyatakan, ia secara tidak langsung menunjukkan 'kekuatan' dirinya.
C. Persoalan saya:
1. Dengan pertuduhan-pertuduhan berat yang dihadapi oleh DSAI dan dakwaan berbagai salahlaku politik, 'pengkianatan' dan salahlaku seks dan moral, sepatutnya kes DSAI bolehlah dianggap 'gone case'.
2. Bagi pencatat ini sendiri pun, sebaik sahaja DSAI memasuki parti politik tertentu lama dulu, dia telah hilang langsung title 'idola' dan kelayakan memimpin ummah ini. Semua yang berlaku berkaitan DSAI seterusnya semua telah dimaklumi dan beliau, sehingga kini, masih mengukir sejarah.
3. Dengan segala 'kecatatan besar dan kemungkaran' yang didakwa dilakukan oleh DSAI, masih ada pegawai-pegawai tinggi di badan-badan strategik yang masih hendak menyokong beliau. Kenapa ini terjadi? Kalau benar ia berlaku bagai yang didakwa.
4. Kalau benar pimpinan yang ada jauh lebih baik dari DSAI untuk terus menerajui negara ini, dan tiada apa-apa 'penyelewengan atau kepelikan' yang perlu disorokkan daripada pengetahuan rakyat, baiklah para strategis dan para ahli psikologi menjelaskan mengapakah masih ada pegawai di peringkat atasan yang bukan merupakan aktivis parti poltik pembangkang yang bersedia untuk menaikkan semula DSAI untuk menerajui semula kepimpinan negara ini? Mesti ada sesuatu penerangan logik yang boleh diterima akal..
Apa-apa pun tidak dapat dinafikan, aura DSAI masih berbisa...
(06:09 ptg)