Thursday, July 28, 2011

Marilah Kita Bersedia Untuk Menyambut Tetamu Yang Agung - Bahagian 2





Entry FB Sebelum Ramadhan dan awal Syawal 1431 H

(selepas 15 Ramadhan)



#30:16R

-Natijah berpuasa: moga

-moga kamu bertaqwa

(2:183). Abdullah bin Mas'ud r.a. mengatakan:

"Taqwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari."


#31:17R-Daripada Ibn Umar r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. telah bersabda: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak." (HR Ibn Majah dan al-Hakim).


Ibnu Amru apabila berbuka, dia akan berdoa: "Ya Allah Ya Tuhanku, dengan rahmat Mu yang Engkau limpahkan pada setiap kejadian, ampunilah aku." (Athar riwayat Ibn Majah).


#32:18R-Ramadhan dihiasi dgn al-Quran, tarawikh & berbagai amalan sunat lain dgn harapan akan meningkatkan ketakwaan. Tapi kata Ustaz Hj. Yussaine Yahya, Pengerusi/Mudir MATIN (dlm Program Bicara Ad-Din MSSAAS pd pg ini) "Takwa mustahil dijelmakan kecuali dgn ilmu." & "Kata Saidina Umar al-Khattab: Matinya seorg hamba Alllah yg fakih lebih disukai oleh syaitan berbanding matinya 70 orang ahli ibadat tanpa ilmu."


#33:19R-Dianjurkan berdoa (oleh Ustaz Rosmadi di Surau At Taqwa, Sek7 SA dlm kuliah subuh beliau) sebelum berbuka (mungkin ada kaitan dgn hadis mustajabnya doa semasa berbuka):"Allahummaj alna lil muttaqiina imaamaa" Ya Allah jadikanlah kami pemimpin kpd org yg bertakwa


#34:20R-Abu Dzar r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. tentang bilakah malam al-Qadr (kelebihan beribadah pd mlm tsb digandakan pahalanya bersamaan dgn 83 tahun 3 bulan) itu? Maka Nabi SAW. menjawab: "Carilah ia pd 10 malam terakhir (dari bulan Ramadhan)." (HR Imam Ahmad).


#35:21R-Cepat, cepat! 1 Syawal semakin tiba. Tempoh jualan (pahala) dgn harga yg sgt murah hampir tamat. Rebut sebanyak mungkin, sebanyak mana yg anda mahu. Cukup utk semua yg menghendakinya. Tawaran tinggal 10 hari saja lagi! Siapa yg paling tamak, dialah yg paling untung..


#36:22R-Daripada U'badah ibn al-Samit, bahawa Rasulullah SAW. bersabda: Malam al-Qadr berlaku pd 10 terakhir. Brgsiapa yg menghayati mlmnya dgn penuh kesungguhan, maka Allah akan mengampunkan segala dosa yg telah lalu dan akan dtg. Mlm al-Qadr berlaku pd mlm yg ganjil.." (HR Imam Ahmad).


#37:23R-Tentang pahala yg dijual murah oleh Allah SWT. Antaranya: setiap RM7 zakat fitrah seorang dibalas dgn nilai RM470 ('watashi' bayar utk 11 org!). Solat sunat subuh ganjarannya seolah-olah solat fardhu subuh. Dan jika kena ketikanya, amalan hanya pada sebahagian mlm mendpt ganjaran lebih baik dari amalan lebih 83 thn! Rugilah siapa yg tidak mahu..


#38:24R-Aisyah r.h. meriwayatkan bahawa dia bertanya: "Wahai Rasulullah, apa pendptmu jika aku mengetahui Lailatulqadar, apa yg harus aku ucapkan di dlmnya?" Baginda menjwb, katakanlah: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai pengampunan, maka ampunilah aku." (HR Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Majah).


#39:25R-Imam Ahmad tlh meriwayatkan sebuah hadis drpd Ibn Umar R.Anhuma yg bermaksud: "Sesiapa yg mencari Lailatul Qadar, dia hendaklah mencarinya pd mlm yg ke-27, carilah kamu Lailatul Qadar pd mlm yg ke-27. Dr. Wahbah al-Zuhaili dlm Tafsir al-Munir menyebut kebanyakan ulama menyatakan mlm al-Qadr berlaku pd mlm ke -27.


#40:26-Tentang anjuran ikhtikaf dan usaha mencari Lailatul Qadar: Rasulullah SAW. bersabda: "Dan terhadap apa yg aku suruh tentang sesuatu, maka lakukanlah ia sesuai dgn kemampuanmu" (Muttafaq 'Alaihi). Dan kaedah Ilmu Usul juga menyatakan: "Jika tidak mampu melakukan (suruhan) kesemuanya, maka janganlah pula ia ditinggalkan seluruhnya." Moga kita bersama berusaha sedaya mungkin.


#41:27R-Sabda Nabi SAW. "Puasa dan al-Quran memberi syafaat kpd hamba pd hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya drpd makan & syahwat pd siang hari. Maka berilah syafaatku pdnya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku menegahnya drpd tidur mlm, maka berilah syafaatku pdnya. Kemudian kedua2nya diberi syafaat." (HR Ahmad dgn sanad sahih).


#42:28R-Sebenarnya terdpt 3 matlamat/kesan dari puasa Ramadhan yg diharap2kan spt berikut: 1. 'laallakum tattakun' - agar kamu bertakwa (2:183); 2. 'wa laallakum tashkurun' - agar kamu bersyukur (2:185); dan 3. 'laallahum yar syudun' - agar mereka (iaitu org yg berdoa) memperoleh kebenaran. (2:186). Di akhir Ramadhan ini, mari bermuhasabah samada kita merasakan telah memperolehi ketiga-tiganya..


#43:29R-Allah SWT berfirman dalam hadis qudsi: "Barangsiapa yg mendekatkan diri kpd Ku sejengkal, maka aku akan mendekatinya satu hasta, .. barangsiapa yg mendekatkan diri kpd Ku dgn berjalan, maka aku akan mendekatinya dgn berlari." (HR al-Bukhari dan Muslim). Seharusnya disepanjang 29 hari yg lalu kita lebih byk 'mendakap' Allah SWT melebihi bulan2 yg lain..

#44:30R-Di akhir Ramadhan 1431H ini marilah kita bersyukur dan berdoa semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan pd thn depan. "Ya Allah, jgnlah Engkau jadikan puasa kami pd tahun ini puasa yg terakhir dlm hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa dan amal ibadat kami sepanjang bulan ini dirahmati dan dilipatgandakan ganjarannya, bukannya amalan adat yg sia-sia.."



Syawal 1432H



#45:1 Syawal 1431H - Saya memohon kemaafan kepada semua atas kekhilafan yg dilakukan samada sengaja atau tidak disengajakan. Sekiranya ada kesilapan pd coretan saya sepanjang Ramadhan lalu, diharapkan para Ustaz atau org yg lebih berilmu menegur dan memperbaikinya. Harap sgt ada yg telah mendpt manafaat, walau sedikit. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, "kullu 'amin wa antum bi khoir"..

#46: Meminjam satu sms yg diterima tahun lalu: "Ada ketikanya: MATA silap memandang, TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata, FIKIRAN khilaf menafsir dan HATI silap menduga" Lalu: "Dalam kelembutan lidah, ada ketelanjuran kata. Dalam gurau dan senda, ada silap dan dosa. Harap anda semua maafkan segalanya."


#47: Setelah melalui madrasah Ramadhan, marilah bersihkan hati-hat kita dgn:

1. Selalu berzikir kpd Allah;

2. Sentiasa merenung dan mengkaji ayat/tanda kekuasaan Allah; dan

3. Berusaha memaksa diri terus beribadat dgn ibadah terbaik. (rujuk juga Aa Gym: Menjadi Muslim Terbaik, ms. 32).

No comments:

Post a Comment