Kalau berkayuh janganlah patah,
Kini kita di atas bumi
Esok kita di kandung tanah.
Kalau tiba saatmu mati
Rumah tinggal gedungpun tinggal
Jangan suka banyak berdalih
Hidup asyik minum dan makan,
Jika tidak beramal soleh
Rugilah kita sepanjang zaman.
(Sebahagian pantun Ustaz Yazid Jaafar
Pak Yazid) -pendakwah terkenal dari Kg. Baru pada tahun 1980'an dan 1990'an. Alhamdulillah dapat melihat beliau di atas pentas di Dewan Dato' Fadhil Nor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad baru-baru ini. Di doa Allah SWT. memanjangkan umur Pak Yazid dalam keberkatan dan kesihatan yang baik.)
Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands, 240611 Retreate BRP.
Esok kita di kandung tanah.
Kalau tiba saatmu mati
Tidak guna menangis darah
Tinggal harta, anak dan isteri
Tinggal harta, anak dan isteri
Tinggal segala emas pertatah.
Rumah tinggal gedungpun tinggal
Tinggal juga usaha yang gigih
Kita menghadap Tuhan yang tunggal
Hanya berguna amal yang soleh.
Hanya berguna amal yang soleh.
Jangan suka banyak berdalih
Hidup asyik minum dan makan,
Jika tidak beramal soleh
Rugilah kita sepanjang zaman.
(Sebahagian pantun Ustaz Yazid Jaafar
Pak Yazid) -pendakwah terkenal dari Kg. Baru pada tahun 1980'an dan 1990'an. Alhamdulillah dapat melihat beliau di atas pentas di Dewan Dato' Fadhil Nor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad baru-baru ini. Di doa Allah SWT. memanjangkan umur Pak Yazid dalam keberkatan dan kesihatan yang baik.)
Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands, 240611 Retreate BRP.
Salam. Saya antara anak2 murid Pak Yazid Jaafar yg rajin memberi kuliah di pejabat saya sekitar 1980an dulu. Setelah sekian lama meninggalkan Kuala Lumpur bekerja di daerah lain, saya sering2 tertanya2 bila sekalkala lalu dihadapan rumah beliau di Kg Baru, apakah beliau masih sihat dan berdakwah seperti dahulu...Alhamdulillah, berita dalam blog saudara ini sangat menggembirakan saya. semuga Allah SWT membalas jasa dakwah Pak Yazid kepada kami.
ReplyDeleteKami baru pulang dari menziarahi pak Yazid di kediamannya di Kampung Dato Keramat , Kuala Kumpur.Beliau tinggal di sebuah bangunan yang diberi nama 'Ikhwan".Menurut anaknya pak Yazid telah diserang strok. Keadanya sangat tidak memuaskan.Jadi pada saudara Ize jika berhajat untuk menziarahi Pak Yazid janganlah bertangguh.Ambillah kesempatan cuti Tahun baru Cina untuk datang menziarahi Pak Yazid.Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah memberikan kesembuhan padanya.
DeleteSdr Ize9, terima kasih. Semoga kita sama-sama mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga semua jasa Pak Yazid kepada kita dikira sebagai ilmu yang bermanfaat.
ReplyDeleteIkuti perkembangan blog ini. Keep in touch!