DUA NIKMAT YANG JARANG DIHARGAI
(kecuali setelah ketiadaannya)
Daripada Ibnu Abbas RA katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Dua nikmat yang menjadi leka dengannya oleh ramai manusia, itulah nikmat sihat dan kelapangan hidup.”
(HR Bukhari)
Huraian
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menyatakan, ramai manusia yang leka dalam dua nikmat ini iaitu nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan hidup. Dan mereka akan sedar apabila dua nikmat itu sudah hilang daripadanya dan pada waktu itu mereka akan tahu bagaimana nilai nikmat tersebut setelah terlambat dan kehilangan segala-galanya.
Kesimpulan
Hargai dan syukurilah dua nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang itu sebelum ianya ditarik balik. Inilah satu-satu cara untuk menambat dan menambah kedua-dua nikmat tersebut.
No comments:
Post a Comment