SURAH AL IKHLAS – TERLEPAS DARIPADA FITNAH KUBUR
1. | Daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: | Jambatan Ke Akhirat, ms. 88 |
| (matan) | |
| “Barang siapa membaca qul huwallahu ahad dalam masa sakitnya yang membawa kepada kematiannya, nescaya terlepas dia daripada fitnah kubur, aman daripada himpitan kbur dan malaikat pula membawanya dengan tapak tangannya sehinggalah berjaya dia melintasi as-Sirath terus ke syurga.” | HR ath-Thabarani dan Abu Nu’aim, dalam al-Itqan. |
| | |
2. | Hadis Anas RA, katanya “Kami pada masa itu bersama-sama dengan Rasulullah SAW di Tabuk. Matahari telah tebit dengan sinar dan cahayanya yang belum pernah kami saksikan seumpamanya sebelum ini. Adapun jarak antara tabuk dengan Madinah ialah perjalanan selama sebulan. Maka Jibrail ‘Alaihissalam pun turun. Lalu nabi SAW bersabda kepadanya: | Jambatan Ke Akhirat, ms. 89 |
| (matan) | |
| “Wahai Jibril, apa halnya ini, matahari berubah (tidak seperti keadaannya yang biasa)?” Menjelaskan Jibril ‘Alaihissalam: “Wahai Rasulullah, (ini ialah) kerana terlalu banyaknya sayap-sayap para malaikat. Perkara ini berlaku, kerana Mu’awiah bin Mu’awiah al-Laitsi (riwayat lain ada yang menyebut al-Muzani- penulis) telah meninggal dunia di Madinah pada hari ini, lalu Allah telah mengutus untuknya seramai tujuh puluh ribu malaikat untuk menyembahyangkannya.” Ditanya pula: “Kerana apakah perkara itu terjadi?” Menjawab Jibril: “Kerana banyaknya dia membaca qul huwallahu ahad pada malam dan siang hari, pada masa berjalan, berdiri, duduk, datang dan pergi, (pendeknya) atas semua keadaan.” Kemudian berkata pula Jibril: “Adakah akan aku sempitkan untuk Tuan bumi ini supaya dapat Tuan sembahyang ke atasnya?” Menjawab baginda: “ya” lalu dengan sayapnya dipukulnya bumi sehingga tidak tinggal sebatang pohon pun dan tidak juga sebuah tempat melainkan semuanya tumbang, lalu diangkatkan baginya katil mayat sehingga membolehkan Baginda melihatnya. Di belakang Baginda berbaris dua barisan malaikat, tiap-tiap satu barisan ada tujuh puluh ribu malaikat, Maka Baginda pun sembahyang ke atas mayat kemudian balik semula ke Tabuk.” Demikian dalam Tafsir al-kabir. | As-Sayyid Haqqi an-Nazili, Khazinah al-Asrar, ms. 164. |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| Latest 150409 | |
No comments:
Post a Comment