Saturday, July 24, 2010

Fadhilat Surah Yaasin

SURAH YAASIIN

1.

Daripada Anas RA (Radhiallahu ‘anhu), beliau berkata: Nabi Rasulullah SAW (Shallahu ‘alaihi wasallam) telah bersabda:

Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 39

(matan)

“Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai hati, adapun hati al-Quran adalah Yaasiin. Barangsiapa yang membaca Yaasiin maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”

HR Tirmizi.

(hati al-Quran dan seumpama membaca al-Quran 10 kali)

2.

Daripada Ma’qil ibnu Yasar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

Warisan Suci – Doa-doa Imam Hasan al-Banna, ms. 58.

“Jantung al-Quran itu Yaasiin. Tidak membaca Yaasiin seseorang dengan mengharapkan Allah dan hari akhirat kecuali Allah ampuni dosanya; bacakan Yaasiin pada orang-orang yang akan meninggal di antara kamu.”

HR Ahmad, Abu Dawud, Nasaii dan lain-lain.

3.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 41

(matan)

“Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada malam Jumaat, maka ia akan mendapat keampunan.”

(mendapat keampunan)

4.

Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda:

Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 41

(matan)

“Barangsiapa yang masuk makam kemudian membaca surah Yaasiin, maka Allah meringankan seksaan kepada ahli kubur pada hari itu dan memberi pelbagai kebajikan.”

(meringankan seksaan ahli kubur)

5.

Nabi SAW telah bersabda:

Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 41

(matan)

“Barangsiapa yang membaca surah Yaasiin ikhlas kerana Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu, maka bacakanlah kepada orang-orang yang akan mati (atau orang yang telah mati).”

HR Baihaqi.

(meringankan bebanan orang yang sedang nazak)

6.

Daripada Aisyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 42

(matan)

“Di dalam al –Quran itu terdapat surah yang boleh memberi syafaat kepada orang yang membaca dan memberi pengampunan kepada orang yang mendengarnya. Ingatlah! Iaitu surah Yaasiin yang di dalam kitab Taurat dinamakan dengan surah al Mu’ammamah.” Rasulullah SAW ditanya: “Ya Rasulullah, mengapa surah Yaasiin dinamakan dengan surah al Mu’ammamah?” Nabi SAW menjawab: “Ya, sebab orang yang membaca itu akan mendapat kebajikan di dunia dan akan dihilangkan bencana di akhirat. Dan surah Yaasiin juga dinamakan dengan surah ad Daafi’ah dan al Qaadhiyah.” Nabi ditanya lagi: “Ya Rasulullah mengpa surah Yaasiin dinamakan dengan surah ad Daafi’ah dan al Qaadhiyah?” Nabi SAW menjawab: “Ini kerana surah Yaasiin apabila dibaca boleh menolak perkara yang buruk dan boleh menunaikan segala hajatnya.”

(mendapat kebajikan di dunia, dihilangkan bencana di akhirat serta ditunaikan hajat pembacanya)

7.

Rasulullah SAW bersabda:

Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 43

(matan)

“Barangsiapa yang membiasakan diri dengan membaca surah Yaasiin, kemudian dia mati maka dia tergolong bersama golongan yang mati syahid.”

(termasuk golongan yang mati syahid)

8.

Rasulullah SAW bersabda:

Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 44

(matan)

“Apabila ada orang yang akan meninggal dunia, kemudian dibacakankan surah Yaasiin, maka Allah memudahkan keluarnya roh dari jasadnya.”

(memudahkan keluar roh dari badan)

9.

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW :

Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 44

(matan)

“Sesungguhnya Allah Taala telah membaca surah Taha dan Yaasiin seribu tahun sebelum mencipta langit dan bumi. Apabila Malaikat mendengar bacaan tersebut, mereka berkata: “Seungguhnya beruntung umat yang diturunkan ke atasnya bacaan ini, sungguh beruntung hati yang membawa (menghafal bacaan) ini dan sungguh beruntung bagi lidah-lidah yang menuturkannya.”

Sunan Ad Darimi.

(Ucapan Allah 1,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi)

Latest 150409

No comments:

Post a Comment