2. Para sahabat, terbuka hijab hati mereka untuk akhirat.
3. Ikhlas ialah ibarat air yang kotor dalam bekas yang kotor. Caranya ialah dengan membersihkan gelas, buang air yang kotor tersebut dan gantikan dengan air yang bersih.
4. Hati yang bersih menggerakkan anggota lain kepada kebaikan.
5. Zunnun al-Misri berkata, pilihan Allah SWT. ada 4:
i. Meninggalkan rehat (pulun melawan nafsu);
ii. Memberikan apa yang ada;
iii. Tidak inginkan kedudukan (tiada kepentingan keduniaan); dan
iv. Tidak mengharapkan pujian dan tidak takut kepada cacian (bila dipuji tidak
terasa besar dan bila dikeji tidak merasa terhina atau kecewa).
6. Tanda-tanda riya' :
i. Malas bila bersendirian (melengahkan solat, tidak mengerjakan solat sunat, mengurangkan amalan);
ii. Tangkas di hadapan orang;
iii. Menambah amal bila dipuji; dan
iv. Bila dicela, mengurangkan amal dan kecewa.
7. Orang yang ikhlas, sama di hadapan orang ramai atau bersendirian.
Kuliah : Bicara Ad Din Masjid SSAAS
Masa/Hari : 6.47 - 8.10 pagi / Sabtu
Tempat : Dewan Seminar, Masjid SSAAS
Tarikh : 3 Julai 2010
Penceramah : Ustaz Jaiz bin Kamus
Jabatan Mufti Selangor
No comments:
Post a Comment