Sunday, July 11, 2010

1990-1999


MUTIARA-MUTIARA TIGA DEKAD

(Hadiah Untuk Para Arwah)

1990 - 1999

1

Penceramah

:

Ustaz Dr. Mohd Amin bin Abdul Rahman

Pensyarah/Mantan UiTM

Tarikh

:

18 Oktober 1998

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Kekuatan dan Kemenangan Orang Mukmin

Perkara

:

Mukmin

1.

Orang mukmin berhadapan dengan 5 kesusahan/cabaran, iaitu:

  • Orang mukmin lain;
  • Orang munafik;
  • Orang kafir;
  • Syaitan; dan
  • Jiwa/nafsu.

Syarat-syarat kemenangan:

2.

Syarat 1: Dalam kehidupan mukmin harus ada keimanan dan megamalkan amalan yang soleh. Agama mesti dizahirkan, bukan disorokkan.

4.

Orang mukmin yang dijanjikan kemenangan mempunyai sifat-ifat berikut:

i. Bila disebut nama Allah – gentar hati mereka.

ii. Bila dibaca ayat Allah, bertambah keimanan mereka dan menyerahkan diri kepada Allah. Buktinya dengan mendirikan solat, menafkahkan apa yang direzekikan oleh Allah dan sebagainya.

5.

Syarat 2: Orang yang memenangkan agama Allah di muka bumi.

6.

Dengan:

  • Kata-kata – menyebutkan.
  • Iktikad – mempercayai.
  • Amalan – menggerakkan.
  • Seruan – menyampaikan.

7.

Tanda-tanda orang memenangkan agama Allah:

i. Orang yang diberi kuasa/kekuatan, mereka:

Mendirikan solat (solat – syariat, masjid/surau – syiar).

Mengeluarkan zakat.

Menyuruh kepada kebaikan.

Mencegah kemungkaran.

Kembalikan semua kepada Allah.

8.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu memenangkan (agama) Alla, nescaya Allah akan membela kamu.”

9.

Sabda Rasulullah SAW:

“Jika kamu bertawakaal kepada Allah dengan sebenarnya, nescaya allah memberi rezeki kepadamu seperti seekor burung yang keluar dari sarangnya dengan perut yang kempis tetap pulang dengan perut yang penuh.”

10.

Syarat 3: Tawakkal – yakin kepada Allah, percaya kepada janjiNya dan percaya kepada kemenangan yang dijanjikan di samping menjalankan tindakan-tindakan (yang dibenarkan oleh syarak) untuk sampai kepada tujuan perjuangan.

11.

Syarat 4: Perlu ada syura (perbincangan). Rujuk peristiwa peperangan Uhud – ayat tentang syura.

12.

Syarat 5: Tetap pendirian – tidak mengaku kalah dan lari dari medan perjuangan.

Sabda Nabi SAW:

“…Ketahuilah syurga itu di bawah bayangan pedang-pedang.”

(iaitu syurga itu diberi kepada orang yang mati syahid)

13.

Syarat 6: Bila bertemu seteru, mesti ada keberanian dan pengorbanan (kerana maut boleh datang bila-bila masa sahaja). Dengan itu perlunya persediaan fizikal dan persiapan kejiwaan.

14.

Syarat 7: Perbanyakkan doa dan zikir dalam perjuangan. Contohnya solat hajat, bacaan yaasiin, doa dan majlis-majlis zikir. Dengan itu bantuan Allah akan diturunkan – contohnya dalam peran Badar 319 oran Islam dibantu oleh 1,000 malaikat.

15.

Syarat 8: Orang yang memperjuangka Islam mesti melaksanakan Islam dan menjadi model kepada oran awam.

16.

Syarat 9: Mesti ada persepakatan, bukan pertelingkahan.

Permuafakatan merupakan kekuatan yang menggerakkan kekuatan yang lain. Jika berlaku pertelingkahan, rujuk Allah (al-Quran) dan Rasu (hadis/sunnah) iaitu hokum-hukum syariat.

17.

Syarat 10: Perlu ada kesabaran. Sabar dalam 3 bentuk:

i. Sabar dalam mentaati Allah;

ii. Sabar dari melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah; dan

iii. Sabar atas qada dan qadar Allah yang menyakitkan.

(bala – ke atas orang jahat

Ibtila’ – ujian kepada orang beriman.

Firman Allah SWT:

Beriman, bersabar, kuatkan kesabaran dan kuatkan ketaqwaan kepada Allah. Bersedialah dengan kekuatan..

18.

Syarat 11: Perlu ada keikhlasan kepada Allah.

Orang yang berjuang sebenarnya merupakan orang yang ingin melihat kalimah Allah (al-Quran dan syariat Islam) paling tinggi dan diagungkan.

19.

Syarat 12: Orang yang mengharapkan sesuatu dari Allah – orang yang tamak kepada kelebihan Allah dan tamak mendpatkan faedah kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Semasa peperang Badar, semasa Rasulullah SAW bercerita tentang syurga, Umar al Khattab berkata: “Bahin, bahin” – yakni membesarkan sesuatu (syurga) kerana dia ingin memasukinya.

20.

Syarat 13: Kepimpinan hendaklah disandarkan kepada orang yang beriman – orang-rang soleh yang bijak dan berani.

21.

Syarat 14: Memperkukuhkan diri dengan berbagai kekuatan dalaman – bertaubat, beristigfar, melakukan tuntutan fardhu dan ibadah-ibadah sunat. Juga menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

22.

Rumusan : Dalam berjuang mesti menyempurnakan syarat-syarat dan kekuatan rohani, fizikal serta berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

7.45 pagi.

2

Penceramah

:

Ustaz Asmungi bin Mohd Sidek (Allahyaham)

Tarikh

:

8 November 1998

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Orang yang Dayus

Perkara

:

Manusia - dayus

1.

Dalam peristiwa Isra’, di pintu syurga tertulis:

“Engkau diharamkan kepada orang-orang yang dayus.”

2.

Yang akan memasuki syurga, dengan rahmat dan kasih saying Allah, ialah dari golongan:

- Para Nabi.

- Kumpulan 10 sahabat Nabi yang dijamin akan memasuki syurga.

- Orang yang akhir kalamnya menyebut ”la ilaha illalah”.

- 1 kumpulan daripada 73 kumpulan yang masuk syurga iaitu ”ahli sunnah wal jamaah”. Tapi betulkah kita mengikut ahli sunnah?

3.

Siapakah dayus?

4.

Jika orang bawahan melanggar perintah orang atasan – derhaka.

Tapi bila orang atas melakukan kesalahan dan membiarkan atau cuai tanggungjawabnya kepada orang bawah – ini dikatakan dayus.

6.

Kata ijmak ulama’:

Dayus ialah :

  1. Lelaki yang diam sahaja isterinya berzina dengan lelaki lain.
  2. Lelaki yang membiarkan perempuan/anak-anaknya mrngambil upah menyanyi.
  3. (Kata sebahagian ulama’) Lelaki yang tunduk mengikut sahaja kehendak isteri.

(beliau mencadangkan diamalkan bacaan ”doa haikal 7” selepas solat subuh)

Tamat: 7.15 pagi.


3

Penceramah

:

Imam MSSAAS

Tarikh

:

11 November 1998

Hari (Masa)

:

Rabu

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Latihan Untuk Puasa Ramadhan

Perkara

:

Ramadhan

1.

Latihan untuk puasa Ramadhan – puasa mulai bulan Rejab dan Syaaban (sebagaimana ahli sukan giat berlatih untuk sukan Komanwel) supaya puasa sempurna dalam bulan Ramadhan.

2.

Bulan Rejab – Allah gandakan 70 kali

Bulan Syaaban – Allah gandakan 700 kali

Bulan Ramadhan - Allah gandakan 1,000 kali hingga tiada had.

3.

Dalam bulan Rejab dan Syaaban, haruslah belajar semula:

- cara berpuasa

- berbuka

- makan dan minum

- solat

- bersabar

- baca al-Quran (Imam Syafie – pada bulan lain beliau khatam pada tiap hari, tetapi pada bulan Ramadhan beliau khatam sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam).


4

Penceramah

:

Ustaz ..

Tarikh

:

12 November 1998

Hari (Masa)

:

Khamis

Tempat

:

Dewan Solat Utama, Masjid Bukit Aman

Program

:

Kuliah Zohor

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Anjuran Membaca Surah al-Mulk & Sajdah

Perkara

:

Al-Quran

1.

“Syahid Hasanah”:

- Amal/baca 40 ayat al-Quran

- Baca surah Sajdah dan surah al-Mulk

5

Penceramah

:

Ustaz Asmungi bin Mohd Sidek (Allahyaham)

Tarikh

:

10 Januari 1999

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Hari-hari Terakhir Ramadhan

Perkara

:

Ramadhan

1.

Tangisi berakhirnya Ramadhan. Tarbiah Ramadhan paling lama (30 hari) berbanding solat (paling lama 2 jam sehari) atau haji (7 hari: 8-14 Zulkaedah).

2.

Ketua keluarga harus menggalakkan keluarga menambah ibadahdi sepuluh terakhir Ramadhan (minum air karot merah – untuk segar, supaya boleh berjaga malam).

3.

Malam al-qadar atau lailatul qadar– bermula selepas waktu berbuka sehingga sebelum fajar. Untuk itu, perlu memastikan:

- solat maghrib, Isyak, tarawih dan subuh berjemaah.

- Solat tahajud 2 rakaat sahaja dan baca al-Quran (ayat kursi, surah Baqarah – amanarasul.., al-Zalzalah, al-Kafirun, al-Iklas dan Yaasin.

- Orang perempuan haid: baca zikir-zikir terutama zikir khusus.

- Orang muda: solat tahajjud, hajat, tasbih, taubat, istiharah, zikir.

4.

Kerjasama antara keluarga:

- Menghormati orang yang berpuasa, mendapat pahala.

- Sahur: 45 minit sebelum imsak suatu ”syiar Ramadhan”.

- Doa dan ucapan ”Selamat Tinggal Ramadhan” selepas tarawikh terakhir Ramadhan.

Tamat: 7.45 pagi.

6

Penceramah

:

Ustaz Osman Hamzah al-Hafiz

Tarikh

:

28 Ogos 1999

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Adab-adab Dalam Kepatuhan

Perkara

;

Fikah

1.

Tugas manusia – taat, patuh kepada semua ketentuan/perintah Allah.

2.

Perintah Allah hanya ada 2:

Perintah Suruh : Kuat – wajib

Tidak kuat - sunat

Perintah Tinggal ; kuat – haram

Tidak kuat – makruh

2.

Adap 1 – Bermula bangun tidur, doa - bersyukur Allah sambung semula nyawa kita.

4.

Adap 2 – Berpakaian, niat – untuk memenuhi perintah Alla menutup aurat, jangan berniat sombong. Untuk ke masjid, pilih pakaian terbaik.

5.

Adap 3 – Masuk tandas – masuk : kaki kiri, keluar : kaki kanan.

Doa – mohon perlindungan dari syaitan jantan dan syaitan betina.

Tutup kepala.

Jangan menghadap kiblat (terutama tandas yang tidak bertutup/ berpintu.

Istibrak (berdehem), urut selepas buang air beserta doa: ”wahai Tuhan, sucikan hatiku dari penyakit nifak dan jaga kemaluan ku dari perkara keji.”

6.

Adap 4 – Masa berwuduk – jangan tinggal bersiwak (menggunakan kayu siwak atau berus gigi) (sembahyang dengan bersiwak pahalanya 70 kali ganda dari sembahyang biasa tanpa siwak).

Baca doa-doa semasa wuduk dan selepas berwuduk.

7.

Tujuh (7) perkara perlu dielakkan semasa berwuduk:

i. Jangan renggang tangan sampai air turun – membazir (syaitan ”wilhan” akan memasukkan keraguan);

ii. Jangan tepuk air ke muka;

iii. Jangan ulang lebih 3 kali semasa membasuh;

iv. Jangan membazir air lebih dari keperluan;

v. Jangan bercakap (makruh); dan

vi. Jangan berwuduk dengan air yang terdedah matahari dalam bekas yang ditempa.

7


Penceramah

:

Ustaz ...

Tarikh

:

7 Jun 1998

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Cara Mencapai Kebahagiaan

Perkara

:

Umum

1.

Rujuk Surah Maryam : 59 – 60.

2.

Krisis : manusia perlu kembali kepada yang memberi – Allah.

Taubat – Beriman – Beramal soleh

3.

Menjaga solat : hadis – orang yang tidak memelihara solat akan bersama:

Fir’aun - orang yang menyalahgunakan kekuasaan;

Qarun – orang yang menyalahgunakan harta;

Hamaan – orang yang menyalahgunakan ilmu; dan

Ubai bin Khalaf – orang yang menyalahgunakan agama.

4.

Hadis : orang yang tidak memberatkan solat berjamaah – balasan Allah :

Siksaan di dunia (3):

  1. Allah tarik keberkatan;
  2. Allah cabut cahaya (keceriaan, kesolehan, kecermelangan, ketenangan); dan
  3. Dibenci oleh orang-orang beriman (tiada “membership” – hubungan batin/rohani).

Ketika meninggal dunia (3):

  1. Rohnya dicabut dalam keadaan dahaga;
  2. Merasakan kesakitan yang hebat; dan
  3. Dikuatiri krhilangan iman.

Di dalam kubur (3):

  1. sangat sedih atas pertanyaan munkar nakir (yang menjawab bukan mulut tetapi bergantung kepada amalan/perbuatan;
  2. Kubur yang gelap (untuk menjadikan kubur terang, 5 amalan:

- solat tahajud

- puasa

- baca al-Quran

- solat berjamaah); dan

3. Kubur sempit sehingga tulang rusuk hancur.

Di hari kiamat (3):

  1. Hisab menjadi berat dan diteliti;
  2. Allah murka kepadanya; dan
  3. Disiksa Allah dengan api neraka.

5.

Ingin bahagia? Tanda-tanda orang yang bahagia (11):

  1. Menjauhkan diri (hati) dari urusan dunia;
  2. Kuat kemahuan untuk beribadah dan suka membaca al-Quran;
  3. Sedkit bercakap atas perkara yang tidak berguna;
  4. Memelihara solat 5 waktu (dan solat sunat – sunat rawatib, witir, tahajud, dhuha);
  5. Menjaga diri dari perkara haram dan syubhat;
  6. Bersahabat hanya dengan orang-orang soleh;
  7. Merendah diri – tawaduk;
  8. Bersifat dermawan – suka memberi pertolongan;
  9. Sifat kasih saying sesame makhluk;
  10. Bermanfaat kepada orang lain; dan
  11. Selalu ingat kepada kematian.

6.

Ilmu : tahu, yakin, istiqamah, cara hidup.

Tamat : 7.25 pagi.

8


Penceramah

:

Ustaz Dr. Mohd Amin bin Abdul Rahman

Pensyarah/Mantan UiTM

Tarikh

:

21 Jun 1998

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Sifat-sifat Orang Mukmin

Perkara

:

1.

Sifat-sifat oaring mukmin ke atas:

- Bala’ : ke atas orang yang dibenci oleh Allah;

- Ujian (Ibtila’) : ke atas hamba yang di kasihi Allah;

- Kafarah : hukuman ke atas orang yang terlupa.

2.

Bala’ – rujuk Surah al-Baqarah ayat 49:

- Zaman Fir’aun (umat Nabi Musa AS) : bunuh anak lelaki, lalu Allah turunkan bala’;

- Zaman Nabi Muhammad SAW : bunuh anak perempuan;

- Zaman sekarang : bunuh kedua-duanya, jadi lebih layak diturunkan bala’ yang lebih besar.

3.

Saidina Ali KWH berkata: Hafaslah dari aku 5 perkara:

  1. Jangan salah seorang dari kamu takut, melainkan dosanya;
  2. Jangan kamu mengharapkan, melainkan Tuhan mu;
  3. Jangan kamu merasa malu apabila ditanya mengenai sesuatu, sedangkan kamu tidak tahu, maka terus kamu berkata: ”Maaf, saya tidak tahu.”;
  4. Ketahuilah kamu, kesabaran itu sama kedudukannya (serupa) di antara kepala dan tubuh badan. Apabila terpisah kepala dari badan, rosaklah binasalah badan tersebut; dan
  5. Mana-mana lelaki (orang) yang ditawan (dipenjarakan) oleh pemerintah secara zalim (”zolman”) maka dia mati dalam tawanan tesebut, matilah dia sebagai seorang syahid.

4.

Saidina Abu Bakar apabila dibaca oleh Rasulullah SA ayat dari surah an-Nisa’ : 123, beliau berkata: “Ya Rasulullah, nampaknya kita tidak boleh berseronok (bermain-main) lagi.

5.

Kenapa bala’ dan ibtila’ berlaku?

Hadis : ”Manusia itu sama sekali tidak akan binasa sehingga tidak terbilang dosa-dosa dan keaipan-keaipan mereka.”

6.

Hadis dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Akan keluar pada akhir zaman satu kaum yang menuntut dunia dengan kerja-kerja akhirat (iaitu mempergunakan akhirat untuk mendapat pulangan keduniaan). Mereka memakai pakaian yang dibuat dari bulu-bulu kambing muda (pakaian mahal – lembut), lidah-lidah mereka lebih manis dari gula. Hati-hati mereka lebih keras/bengis dari hati-hati serigala. Maka di kala itu Allah berfirman:

”Dengan aku pun kau hendak menipu? Dan ke atas Aku pun kamu hendak menyerang?

Maka Tuhan bersumpah / membuat ketetapan:

:Nescaya Aku akan turunkan kepada mereka fitnah dan berbagai ujian sehingga orang-orang yang lembut/ baik juga tidak dapat berbuat apa-apa.”

7.

Hadis dari Al Hasan RA: ”Kalau manusia itu menzahirkan ilmu banyak tetapi mereka dengar sahaja (tetapi tidak bertambah amalan), mereka tunjukkan kebaikan mereka melalui lidah mereka tetapi hati mereka benci dan mereka memutuskan silaturahim (orang-orang munafik) maka Allah akan melaknat atas mereka. Mereka tidak akan mendapat hidayah daripada Allah.”

8.

Hadis dari Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda: ” Nabi beritahu 5 perkara (tapi Nabi SAW kata: Aku berlindung dari Allah semuga perkara-perkara tersebut tidak mengenai kamu):

  1. Tidak akan lahir kejahatan keatas sesuatu kaum melainkan dicanang-canangkan. Maka mereka akan diturunkan bala’ dengan penyakit ”taun” dan penyakit-penyakit yang belum pernah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu dari mereka (cth: aids).”

  1. Tidak akan kaum yang tidak mengeluarkan zakat melainkan Allah akan tahankan hujan. Kalau tidak ada binatang-binatang yang memerlukan air untuk diminum, hujan sekali-kali tidak akan turun.

  1. Tidak ada perjanjian yang dipecahkan/dinafikan (perjanjian dengan Allah, manusia dan lain-lain) maka Allah akan membiarkan seteru-seteru kita menguasai mereka (politik, ekonomi).

  1. Kalau imam//pemimpin tidak melaksanakan seperti apa yang diturunkan oleh Allah (seperti sifat adil, syura, bantu membantu) tetapi mereka pilih-pilih apa yang ada dalam al-Quran, maka Allah akan jadikan di antara mereka kemarahan Nya di antara manusia.

(HR Ibnu Majah dan Hakim)

9.

Daripada Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW: ”Akan tiba pada satu zaman hati orang mukmin cair (tiada kekuatan) seperti cairnya garam dalam air. Disebabkan oleh kemungkaran-kemungkaran dan tidak dapat mengubah kemungkaran-kemungkaran tersebut.

Tamat : 7.50 pg.

9


Penceramah

:

Ustaz Hj. Daud Che Ngah (kini Dato’)

Tarikh

:

5 Julai 1998

Hari (Masa)

:

Tempat

:

Surau Ar Rahimah Seksyen 8, Shah Alam

Program

:

Kuliah Maghrib

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Beberapa Keperibadian Rasulullah SAW.

Perkara

:

Sirah

1.

Rasulullah SAW adalah “khudwah hasanah”, contoh tauladan yang baik.

2.

Esok 1472 tahun sejak kelahiran Rasulullah (1419 H + 53 tahun).

3.

Dalam al-Quran: sifat-sifat pengikut Rasulullah SAW:

- Tegas kepada orang-orang kafir. Kadang kala orang Islam lebih teruk perilakunya daripada orang-orang kafir (contoh: pergi pasar malam memakai seluar pendik dan di waktu maghrib);

- Kasih sayang sesama mereka (sesama Islam);

- Mereka rukuk dan sujud;

- Mereka rajin mencari keredhaan Allah; dan

- Ada kesan sujud di dahi mereka.

4.

Rumusan: Jangan jadi “mujrimun” (orang-orang yang berdosa) tetapi jadilah orang-orang “mukminun”.


10


Penceramah

:

Ustaz Asmungi bin Mohd Sidek (Allahyaham)

Tarikh

:

22 Julai 1998

Hari (Masa)

:

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Beberapa Akhlak Rasulullah SAW

Perkara

:

Sirah

1.

Dalam Surah An Nahl : 90 (dibaca pada setiap hari Jumaat): 6 nasihat yang diberikan oleh Allah:

i. Allah menyuruh berlaku adil;

ii. Allah menyuruh berlaku ihsan;

iii. Beri bantuan kepada keluarga terdekat;

iv. Cegah kemungkaran – yang meransang nafsu (fahsyak);

v. Dosa besar (mungkar); dan

vi. Kedurhakaan (wal bagh).

2.

Dalam Kitab Sahih Muslim:jangan makan dan minum dengan tangan kiri kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri. Juga jangan mengambil dan memberi dengan tangan kiri.

(catatan: kanan dulu – kebaikan. Kiri – tempat yang tidak elok seperti tandas, pasar dan lain-lain.

3.

Dalam Surah Yusuf, Allah membuat perumpamaan:

- Bintang-bintang : anak-nak

- Matahari : lelaki/suami

- Bulan : perempuan/isteri

4.

Akhlak akan baik, jika aqidah dan syariah baik.


11


Penceramah

:

Ustaz (dari Seksyen 6)

Tarikh

:

25 Julai 1998

Hari (Masa)

:

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Solat Dhuha

Perkara

:

Umum

1.

Sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang mengamalkan ilmu-ilmu yang telah diketahui, Allah akan berikan ilmu-ilmu yang belum diketahui.”

2.

“Al-Amal” – bila sesuai dengan syariat, dikira amal soleh.

Jahat – jika bertentangan dengan syariat, ianya ”amal dosa”.

3.

Solat-solat yang istimewa:

i. Dhuha

ii. Istikharah

iii. Hajat

iv. 2 rakaat wuduk

v. Tasbih

4.

Kelebihan Solat Dhuha :

i. Untuk mendapatkan rezeki – kesenangan.

ii. Waktu dhuha – waktu diperkenankan doa.

iii. Allah ampunkan dosa (minima 2 rakaat. Maksima 8 rakaat) walaupun sebanyak buih di laut (hadis). Hadis dari Abu Ya’la: Akan diampunkan dosa-dosanya semua seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya.

iv. Termasuk orang yang selalu bertaubat kepada Allah (Riwayat Tabarani).

v. Pahala umrah.

vi. Termasuk orang-orang yan ”abid”.

vii. Pintu ”dhuha” di syurga (pintu ”rayyan” untuk orang yang berpuasa) untuk orang yang mengekalkan dhuha.

No comments:

Post a Comment