Sunday, July 11, 2010

Fadhilat Surah al-Mulk

SURAH AL MULK – PENGHALANG AZAB KUBUR

1.

Daripada Abu Hurairah RA (Radhiallahu ‘anhu), Nabi SAW (Shallahu ‘alaihi wasallam) bersabda:

Jambatan Ke Akhirat, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned – Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ms. 86

(matan)

“Sesungguhnya dalam al-Qu’ran itu terdapat satu surah mengandungi tiga puluh ayat tabarakallazi biyadihil mulk. Ia memberi syafaat (pertolongan) kepada seseorang sehingga orang itu diampunkan (dosanya oleh Allah)”

HR al-Arba’ah, Ibnu Hibban dan al-Hakim.

2.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW baginda bersabda:

Surah Al-Mulk- Terjemahan & Huraian, PPZ 2006, ms. 5

(matan)

“Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.”

HR Imam Ahmad.

3.

Daripada Ibnu ‘Abbas RA. Nabi SAW bersabda:

Jambatan Ke Akhirat, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned – Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ms. 86

“Ia (Surah tabaraka atau al-Mulk) adalah penghalang daripada azab Allah, penyelamat daripada azab kubur.”

HR at-Tirmidzi.

4.

Daripada Ibnu Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda:

Jambatan Ke Akhirat, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned – Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ms. 87

“Barangsiapa membaca tabarakallazi biyadihil mulk pada tiap-tiap malam, nescaya Allah memeliharanya dengan (berkat) surah ini daripada azab kubur.”

HR an-Nasa’i.

5.

Riwayat Abu ad-Darda’ RA pula menyebutkan, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Jambatan Ke Akhirat, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned – Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ms. 87

“Barangsiapa membaca tabarakallazi biyadihil mulk, nescaya jadi pembela ia kepada tuannya di dalam kubur.”

6.

Daripada Ibn Abbas RA katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah SAW memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tiba-tiba (terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

Surah Al-Mulk- Terjemahan & Huraian, PPZ 2006, ms. 5-6

(matan)

“Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.”

HR al-Tirmidzi.

7.

Daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Jambatan Ke Akhirat, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned – Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ms. 87

(matan)

“Tiada satu surah daripada al-Quran (yang terdiri daripada) tiga puluh ayat, melainkan melawan ia untuk tuannya, sehinggalah (berjaya) ia memasukkan tuannya itu ke syurga, iaitulah tabaraka.”

HR ath-Thabarani.

8.

Daripada Jabir RA bahawa Rasulullah SAW tidak tidur melainkan baginda membaca alif lam min tanzil (surah al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).

Surah Al-Mulk- Terjemahan & Huraian, PPZ 2006, ms. 6

(matan)

HR al-Tirmidzi.

9.

Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

Surah Al-Mulk- Terjemahan & Huraian, PPZ 2006, ms. 7

(matan)

“Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk.”

HR al-Tabarani.

10.

Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar iaitu:

Surah Al-Mulk- Terjemahan & Huraian, PPZ 2006, ms. 7-8

(matan)

“Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. Rasulullah SAW bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.”

HR Abd bin Humaid dalam Musnadnya.

No comments:

Post a Comment