Sunday, July 11, 2010

2000-2009

MUTIARA-MUTIARA TIGA DEKAD

(Hadiah Untuk Para Arwah)

2000 - 2009

1

Penceramah

:

Ustaz Dr. Mohd Amin bin Abdul Rahman

Pensyarah/Mantan UiTM

Tarikh

:

6 Julai 2007

Hari (Masa)

:

Jumaat (lepas maghrib)

Tempat

:

Dewan Solat Utama MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Maghrib

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Perkara Khusus Kepada Rasulullah SAW

Perkara

:

Rasulullah SAW

1.

Allah menerima yang baik sahaja dan Allah tidak menerima yang tidak baik.

2.

Tidak seharusnya terlalu menekankan kepada perkara-perkara sunnah (sunat).

3.

Perbuatan yang hanya khusus untuk Rasulullah SAW sahaja:

  • Kahwin tanpa mahar
  • Berpuasa tanpa berbuka (setiap hari)
  • Berkahwin lebih dari 4 orang wanita
  • Isteri rasulullah haram dikahwini oleh orang lain setelah kewafatan baginda


2

Penceramah

:

Prof. Dr. Mohd Zamri bin Zainuddin

Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UM

Tarikh

:

7 Julai 2007

Hari (Masa)

:

Sabtu (7.15 pagi)

Tempat

:

Dewan Seminar MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Pagi Sabtu

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Kepentingan Matahari dan Bulan Di Dalam Ilmu Falak

Perkara

:

Umum

1.

Matahari

- satu bintang, suhu di pusatnya 15 juta …..

- hidup dengan membakar dirinya, membakar hydrogen dan mengeluarkan helium kepada bumi

- lapisan matahari: phosphere/fotosfera, kromosfera dan corona/korona.

2.

Angin suria 470 km/saat.

3.

Terdapat 5,000 satelit di angkasa, satelit SOHO memantau matahari 24 jam.

4.

Suar Suria (Solar Flare) terjadi setiap 11 tahun sekali. Kali terakhir pada tahun 2000 dan akan datang pada 2011.

5.

Kali terakhir: Quebec bergelap 12 jam, China putus hubungan radio 12 jam.

6.

Gerhana Matahari Penuh: berlaku tengahari pada tahun 200.. di Shanghai – tengahari jadi suhu 9-10% selama 5-6 minit. Air laut tidak berombak, haiwan keliru (balik ke sarang) dan bunga-bunga yang sedang berkembang tiba-tiba kuncup.

7.

Matahari lebih besar dari bulan 400 kali. Masa gerhana penuh, bulan boleh menutupi matahari kerana jaraknya 400 kali jauh.

8.

Semasa itu bumi, bulan dan matahari dalam 1 garisan.

9.

28.8.2007 – akan berlaku gerhana bulan penuh di Malaysia.

10.

Fakta: bumi mengelilingi matahari. Persepsi: Matahari mengelilingi bumi.

11.

Arah qiblat di Malaysia 290 – 292 % (di KL).

12.

Azimut : 292% jatuh pada 10/6 dan 2/9 setiap tahun.

13.

Suhu dimatahari : 6,000 K di pusat matahari, 1,000,000 K di korona dan masih lagi dikaji sehingga kini….

3

Penceramah

:

Ustaz Uda Kassim

Lembaga Zakat Selangor

Tarikh

:

8 Julai 2007

Hari (Masa)

:

Ahad (6.25 pagi)

Tempat

:

Dewan Solat Utama MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Kemuliaan Para Ulama’

Perkara

:

Ilmu/Ulama’

1.

Hadis yang di riwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Muslim:

Dari Abdullah bin Umar RA, Nabi SAW bersabda: “Allah SWT tidak akan mencabut ilmu di atas muka bumi dkecuali dengan mengambil ulama’ sedikit demi sedikit (meninggal dunia) sehingga tiada orang alim. Pada masa itu orang awam (ustaz kata: perlu jaga ustaz-ustaz dan tuan guru jangan diberi makan malam) bertanya kepada orang yang tidak tahu hukum. Dia memberi fatwa tanpa ilmu. Dia sesat dan dia menyesatkan orang lain.”

2.

Hadis lain:

“Tiba satu zaman, pewaris-pewaris harta berperang sesama sendiri kerana tiada yang tahu mengenai hokum faraid (setelah ulama yang mahir faraid dimatikan satu persatu). Ustaz kata: Beri memimpin tahlil dan talkin kepada Dr, jurutera, kerana para ulama’ kena buat perkara yang lebih besar, hingga mampu jadi President! Ini kerana dalam politk Islam (fiqqus Siayasah) antara syarat asasi pemimpin mesti “mujtahid” seperti Harun al Rasyid, KhalifahUmar Ibni Abd. Aziz dan lain-lain yang alim dalam bab agama.

3.

Hadis: Matinya seorang alim merupakan satu malapetaka yang tiada tolok banding, seperti satu lubang yang tidak boleh di kambus, seperti bintang yang telah pudar.

4.

Matinya 1 kabilah (50 orang) lebih mudah dari matinya seorang alim.

5.

Ulama’ agung Ibnu Qayyim al Jauzi berkata: “apabila kita menyedari ulama’ sangat penting. Tiada ulama manusia akan menjadi seperti haiwan, malah lebih teruk dari haiwan. Matinya seorang ulama merupakan satu malapetaka kecuali dia meninggalkan seorang yang setaraf dengan dirinya (contohnya anaknya yang menyambung usahanya).

6.

Surah ….. patuh kepada ulil amri..” Mujahid (ulama tafsir yang terkenal menyatakan: ulil amri – para ulama dan orang yang fakih tentang hukum.

7.

Hadis: Orang yang berilmu – makhluk-makhluk di langit, di bumi, lautan, ikan-ikan sentiasa beristighfar untuknya.

8.

Hadis: Kelebihan orang alim (kembali kepada masyarakat), ke atas ahli ibadat (faedah untuk dirinya sendiri sahaja) ibarat kelebihan bulan purnama ke atas bintang-bintang lain.

9.

Hadis: Sesungguhnya ulama pewaris para ambiya’. Para ambiya’ tidak mewariskan dirham dan dinar tetapi mereka mewariskan ilmu. Yang mewarisi ilmu tersebut ialah para ulama.

10.

Hadis: Kelebihan orang alim ke atas ahli ibadah ialah seperti kelebihan ku ke atas orang yang paling rendah di kalangan kamu.

11.

Semua makhluk di dunia berselawat ke atas orang yang mengajar ilmu kepada manusia.

12.

Mesti menghormati ‘guru’. Jika tidak ditakuti ilmu yang diberi tidak berkat.

13.

Seorang alim lebih utama (ditakuti oleh iblis) dari 1,000 ahli ibadah.

14.

Hadis: Meninggal seorang, meninggalkan 3 perkara: sedekah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.

15.

Hadis: 3 jenis manusia yang direndahkan oleh manusia, sah lah dia munafik: 1. orang tua yang tidak mengamalkan Islam, 2. tidak hormat orang yang berilmu dan 3. tidak menghormati pemimpin yang adil.

16.

Hadis: Bukan di kalangan umat ku orang yang tidak memuliakan ulama (orang-orang yang alim) dan kanak-kanak.

17.

Hadis: Hai manusia, ketahuilah dunia di laknati oleh Allah kecuali 3 perkara iaitu 1. zikrullah, 2. orang yang alim dan 3. orang yan belajar dari orang alim.

(semakan dalil pada 020109: berkaitan Keutamaan Zikrullah, Orang Alim dan Penuntut Ilmu:

Abu Hurairah RA berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Ingatlah bahawa dunia terkutuk dan semua yang ada di dalamnya juga terkutuk, kecuali zikrullah dan segala yang serupa atau sederjat dengan itu dan orang alim yang mengerti dan orang yang mempelajari.”

(HR Attirmidzy)

Tamat: 7.15 pagi.

4

Penceramah

:

Ustaz Rashid Mahful

Imam MSSAAS

Tarikh

:

29 September 2002

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Tabiat dan Jenis Manusia

Perkara

:

Manusia

1.

Tabiat manusia:

Selalu berputus asa daripada rahmat / nikmat Allah, sedangkan rahmat Allah yang lain kepadanya masih banyak.

Kerana: Kurangnya kesabaran dan senang berputus asa.

2.

3 jenis manusia:

  • Orang yang susah menjadi senang – bangga;

  • Orang yang senang menjadi susah – berputus asa; dan

  • Orang yang mendapat kedua-duanya – bersabar.

Mereka yang mampu bersabar inilah yang akan mendapat keampunan dan pahala yang besar serta menghapuskan dosa yang telah ia lakukan.


5

Penceramah

:

Ustaz Dr. Musa Fathullah Harun

Bekas Pensyarah UTM

Tarikh

:

21 Januari 2003

Hari (Masa)

:

Selasa

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Maghrib

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Hati Manusia Di Bawah Kekuasaan Allah

Perkara

:

Manusia - hati

1.

Ayat “kun fa ya kun” merupakan kinayah yang menunjukkan kemuncak kekuasaan Allah SWT.

2.

“Hati manusia di antara 2 jari” – bermakna hati manusia di bawah kekuasaan Allah yang boleh membolakbalikkannya. Sebab itulah dianjurkan membaca doa: “ya muqollibal qulub, sabbit qolbi ala dii niq.”

3.

Adab bercakap: “yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri” sedangkan pada hakikatnya semuanya datang dari Allah.

6

Penceramah

:

Ustaz Husin Unang

( Pengarang kamus Bahasa Arab “at-Tullab”)

Tarikh

:

23 Februari 2003

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Rabun Akhirat

Perkara

:

Akhirat

1.

Jenis-jenis rabun mata: katerak, rabun dekat, jauh siang atau malam. Tetapi penyakit rabun akhirat lebih besar bahayanya.

2.

Contoh-contoh rabun akhirat:

  • Tidak ramai yang menyambut seruan azan dicorong-corong masjid yang indah-indah.
  • Pegawai-pegawai Tabung Haji menyelewengkan wang RM400 juta.
  • Orang-orang Islam melakukan berbagai dosa-dosa besar.

3.

Perjalanan/terowong ke akhirat – 5 peringkat:

“al-Mautu”, soalan kubur, hisab, mizan dan titian sirotul mustaqim – sebelum ke syurga atau neraka.

7

Penceramah

:

Ustaz Muhayat Hussin

Tarikh

:

6 Mei 2003

Hari (Masa)

:

Selasa

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Hadis – Anak dan Ibubapa

Perkara

:

Ibubapa

1.

Hadis : Penghapusan dosa – berbuat baik dengan kedua ibubapa, walaupun mereka telah meninggal dunia. Iaitu dengan berbuat baik dengan emak saudara atau kawan baik ibubapa.

2.

Hadis : Siapa yang hendak panjang umurnya dan bertambah rezekinya, berbuat baiklah kepada kedua ibubapa dan hubungkanlah silaturrahim (iaitu sambungkan/eratkan).

3.

Hadis : Tidak di kalangan anak yang berbuat baik melihat kedua ibubapanya dengan pandanan rahmah (belas kasihan) melainkan Allah menulis untuknya setiap kali dia memandang, pahala haji mabrur.

4.

Hadis : Apabila melihat anak kepada kedua ibubapanya dengan pandangan yang gembira, adalah bagi anak itu pahala memerdekakan seorang hamba.

Sahabat bertanya: Jika dilihat 360 kali?

Rasulullah SAW berkata: Akan dapat pahala memerdekakan 360 orang hamba.

5.

Hadis : Melihat kepada 3 perkara menjadi ibadah:

1. Melihat wajah kedua ibubapa;

2. Melihat al-Quran; dan

3. Melihat laut (rasa kebesaran/kehebatan Allah dan kerdilnya manusia yang didaratan).

6.

Hadis: Melihat kepada 5 perkara menjadi ibadah:

1. Al-Quran;

2. Kaabah;

3. Ibubapa;

4. Telaga zam-zam; dan

5. Wajah orang alim.

8

Penceramah

:

Ustaz Muhammad Uda bin Kassim

Lembaga Zakat Selangor

Tarikh

:

11 November 2003

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Tohmahan Musuh-musuh Islam Yang Mengatakan Nabi Mempunyai Syahwat Yang Kuat

Perkara

:

Rasulullah SAW – Isteri-isteri

1.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW: Abu Lahab – ahli neraka, penentang kuat Nabi begitu bergembira sehingga memerdekakan seorang hamba dengan kelahiran Nabi.

2.

Dengan itu kita sepatutnya mesti lebih bergembira daripada Abu Lahab den mesti mempertahankan Nabi Muhammad SAW.

3.

Isteri-isteri Nabi “Ummahatul Mukminin”, ibu-ibu orang mukmin – tidak boleh dikahwini. Seramai 12 orang, terdiri dari 6 berbangsa Quraish, 5 bukan Quraish, 1 dari Kibti (Mesir) dan 1 berbangsa Yahudi.

4.

Pada masa itu di kalangan orang Arab biasa beristeri ramai. Contohnya Saidina Uthman mempunyai 8 orang isteri dan Saidina Ali juga mempunyai 8 orang isteri.

5.

1. Saidatina Khadijah RA:

  • Berpisah mati – beliau meninggal dunia kerana penyakit.
  • Berkahwin ketika Khadijah berusia 50 tahun dan Nabi berumur 25 tahun.
  • Khadijah tertarik kepada Nabi setelah dilaporkan oleh Maisara. Nafisah dihantar untuk berjumpa Nabi untuk bertanya Nabi samada beliau sudi menerima Khadijah.
  • Khadijah terlalu kuat mempertahankan Nabi.
  • Kata-kata Khadijah di saat akhir:

Aku telah berikan semua hartaku kepadamu untuk perjuangan Islam. Ambillah tulang belulang dan rambutku untuk digadaikan jika boleh, untuk membantumu memperjuangkan Islam.”

6.

2. Saudah binti Zam’ah :

· Juga berusia tua.

· Berkahwin disebabkan Saudah kematian suami dan perlukan pembelaan daripada seorang lelaki.

7.

3. Saidatina Aisyah :

· Paling muda dan paling disayangi.

· Jubair bin Mut’im telah bertunang dengan Aisyah. Jubair seorang lelaki musyrik. Pertunangan dibatalkan kerana Jubair bimbang dia akan di Islamkan kerana bapa Aisyah (Abu Bakar) sahabat baik Muhammad. Lalu Nabi Muhammad SAW memnang Aisyah semasa Aisya masih kecil (Jubair meminang Aisyah semasa Aisyah semasa berumur 9 tahun).

· Nabi sangat sayang kepada Aisyah kerana dia isteri yang paling cerdik – banyak menghafal hadis dan menguasai ilmu sehingga dapat menjadi rujukan dan dapat membantu Nabi.

8.

4. Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar) :

· Kematian suami.

· Saidina Umur berjumpa Abu Bakar, Usman tetapi semuanya menolak sehingga Umar bersedih. Lalu Nabi bertanya Umar dan meminang Hafsah.

· Sebab Nabi berkahwin dengan Hafsah – menggembirakan Saidina Umar dan keuntungan dari sudut sokongan dan pengaruh kerana orang-orang yang duduk sekabilah dengan Umar ialah orang-orang yang berpengaruh (orang-orang besar dan ahli perniagaan).

· Muhammad di lihat : bukan hanya Nabi tetapi pembela.

(Prinsip Nabi: untuk melaksanakan Islam perlu banyak berkawan bukan banyak berlawan.)

9.

5. Sofiah binti Buyai bin Ahtab :

· Perempuan Yahudi (bukan Arab).

· Ayahnya lelaki Yahudi yang cukup berpengaruh.

· Buyai ditangkap dan dipancung lehernya, anaknya Sofiah juga ditangkap.

· Sofiah diambil sebagai hamba dan Nabi tawar sebagai isteri beliau.

· Tindakan Nabi serta merta telah merubah tanggapan Sofiah (anak pemimpin Yahudi yang berpengaruh) tehadap Nabi.

· Hasilnya ramai orang Yahudi yang telah memeluk Islam, apabila Nabi menyampaikan maklumat mengenai Nabi kepada orang-orang Yahudi.

10.

6. Ummu Habibah :

· Wanita terawal memeluk Islam.

· Beliau dan suaminya, Ubaidullah telah menerima berbagai dugaan dan penyeksaan.

· Sampai di Etiopia, suaminya telah murtad kepada kristian.

· Ummu Habibah hidup seorang diri di Etiopia (padang pasir yang terpaksa melalui Laut Merah)

· Nabi hantar utusan pergi ke Etiopia dan meminang Ummu Habibah untuk meredakan kedukaan Ummu Habibah.

· Selepas 2-3 tahun meminang dan bernikah dengab Nabi secara wakil baru Ummu Habibah dapat pulang bersama Nabi.

11.

7. Mariah al-Kibtiah :

· Bukan Arab tetapi kristian di Mesir.

· Hadiah dari Mukaukis – Raja Kristian, bersama adiknya.

· Ini menunjukkan Islam bukan milik orang Arab sahaja tetapi juga orang-orang di Mesir telah mempunyai pandangan yang tinggi/mulia kepada Nabi.


9

Penceramah

:

Ustaz Dr. Mohd Amin bin Abdul Rahman

Pensyarah/Mantan UiTM

Tarikh

:

18 Mei 2003

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Ciri-ciri Seorang Mukmin & Istiqamah

Perkara

:

Mukmin

1.

Ciri 1: Keimanan Yang Mendalam:

-diucapkan dengan lidah; dan

- diperkukuhkan dengan amalan.

Surah al-Fajr: 15 – 16

“Bila manusia diberi ujian yang baik dan dia dimuliakan dan diberi nikmat, dia kan berkata “Tuhan ku, Engkau telah memuliakan ku.” Sebaliknya bila dikenakan ujian-ujian, disempitkan rezeki, dia akan berkata: “Wahai Tuhan, Engkau telah menghina ku.”

Sifat ini tidak istiqamah.

2.

Ciri 2: Kefahaman Yang Mendalam:

- kenal diri – sebagi hamba Allah.

“Sesiapa yang kenal dirinya, barulah dia akan mengenali Tuhannya.”

3.

Ciri 3: Kerja (amalan) Yang berterusan :

- ini di namakan al iltizam atau al-istiqamah.

Iaitu komitmen yang bersifat konsisten.

Hendaklah mempunyai kelengkapan yang sempurna untuk menghadapi musuh:

- Musuh yang utama: diri sendiri (antara kebaikan dan keburukan diri);

- Isteri dan anak-pinak.

“Serulah kepada Allah dan kinsisten (“fastaqim”) dalam seruan mu.”

Rasulullah SAW seorang yang yakin kepada seruannya kepada Islam secara konsisten, tetap dan tegas.

Orang yang istiqamah : tiada perasaan takut kepada manusia, kedudukan, kuasa dan sebagainya.

Firman Allah SWT:

“Bahawasanya mereka yang mengatakan Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka istiqamah, maka tiada sebarang ketakutan kepada mereka dan mereka sedikitpun tidak bersedih.”

4.

ISTIQAMAH – Takrif: mengambil perjanjian seperti kita berada dalam alam arwah.

5.

Istiqamah pada zahir dan batin:

Pada zahir (orang awam) – melaksanakan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang.

Pada batin – keimanan dan kepercayaan yang berakar umi di hati.

6.

Bagi orang khawas (terpilih): meluluskan diri dari tuntutan dunia dan membebaskan diri dari runtunan syahwat dan nafsu dan segala perhiasan dunia.

Bagi orang khusus: Batinnya cuba sedaya upaya untuk meghampiri nikmat-nikmat syurga kerana begitu kepingin untuk bertemu Ar Rahman (Allah Taala).

7.

Kata Saidina Umar:

Istiqamah – hendaklah kamu konsisten terhadap apa yang Allah suruh dan tegah dan jangan kamu mencari helah seperti helah musang.

Kata Saidina Uthman Affan: Istiqamah itu ialah ikhlas.

Kata Saidina Ali KW: Istiqamah melaksanakan tuntutan-tuntutan.

Kata Para Ulama’: Istiqamah dalam 3 bentuk:

1. Dengan lidah (sentiasa sebut syahadah);

2. Dengan anggota (sentiasa membenarkankehendak yang datang dari Allah. Sentiasa menyediakan diri dengan ibadah dan ketaatan); dan

3. Dengan hati dan jiwa.

8.

Istiqamah boleh ditunjukkan dengan 4 perkara:

1. Ketaatan bila berhadapan dengan arahan / seruan Allah.

2. Bertaqwa bila berhadapan dengan tegahan Allah.

3. Bersyukur bila berhadapan dengan nikmat (dengan mengeluarkan zakat, mengadakan kenduri, sedekah dan sebagainya).

4. Bersabar bila berhadapan dengan syurga.

9.

Berkata Abu Laits: Petanda-petanda istiqamah – hendaklah meraikan 10 perkara berikut:

1. Hendaklah menjaga lidahnya dari mengumpat.

2. Jauhkan dari prasangka-prasangka buruk (khusnul zhon).

3. Jauhkan dari perlekehkan orang lain.

4. Hendaklah alihkan pandangan dari benda-benda yang diharamkan.

5. Lidah mesti bercakap benar.

6. Infaq fi sabilillah – sentiasa menafkahkan harta di jalan Allah.

7. Tidak membazir tetapi tidak kedekut – wang, ilmu dan tulang empat kerat.

8. Tidak menuntut ketinggian dan kebesaran utnuk dirinya.

9. Menjaga solatnya.

10. Istiqamah atas sunnah dan jamaah Islam.

Kata-kata Ibnu Mas’ud:

“Ikulah sunnah orang-orang yang telah mati (iaitu Rasulullah SAW dan para sahabat).”

- kerana orang yang masih hidup tidak boleh dipercayai, kemungkinan boleh berubah esok!.

10.

Bagaimana mewujudkan istiqamah dalam diri:

Mata yang keras (tidak mahu menangisi dosa / kesalahan yang dilakukan) adalah terbit dari hati yang keras.

Kerasnya hati disebabkan banyaknya dosa.

Banyaknya dosa kerana kita lupa kepada mati (maut).

Disebabkan panjangnya angan-angan (thulul amal)

kerana cintakan dunia.

11.

Kata Nabi :

“Cintakan dunia ini merupakan kepala segala kejahatan.


10

Penceramah

:

Tuan Guru Hj. Abdullah bin Lutfi

Tarikh

:

24 Mei 2003

Hari (Masa)

:

(9.00 mlm.)

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Maulidur Rasul

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Hakikat Maulidur Rasul

Perkara

:

Maulidur Rasul

1.

Filem Nabi – kena ambil daripada “tuan agama” itu sendiri, iaitu Allah SWT. Nabi hanya “messenger of God”.

2.

Hakikat MR – perlu lihat hakikat kerja nabi. Masalah agama jangan direka (dan hendaklah ditiru se maksimum mungkin) tetapi kerja dunia terpulang kepada kamu.

3.

Dari segi latar belakang, kita yang lahir sebagai seorang Islam lebih baik dari para sahabat yang dilahirkan sebagai seorang yang kafir. Tetapi di bawah didikan Nabi, mereka menjadi sehebat-hebat manusia.

4.

Kata saidina Umar:

“Matlamat kita tidak mungkin kita suluh dengan mata kasar tetapi dengan mata hati.”

- iaitu untuk mendapat keredhaan Tuan Agama dan menjadi “member” ahli syurga.

5.

Dunia semakin meninggalkan kita, sedangkan akhirat semakin hampir. Jadi hendaklah buat kerja di dunia dengan mengharapkan balasan akhirat.

6.

Orang yang meluangkan masa untuk beribadah kepada Allah, maka Allah akan menutupkan lubang kefakiran kepada kamu. Orang yang tiak meluangkan masa untuk beribadah, Allah akan beri sijil “busy” kepadanya, iaitu sentiasa ada kerja tetap tiada peningkatan.Yakni Allah tidak akan tutup lubang kefakiran kepadanya.

7.

Firman Allah SWT: Surah ali-Imran: 31:

“Katakanlah oleh mu (Muhammad), jikalau benar kamu kasih kepada Ku (Allah), maka ikutlah aku, nescaya Allah akan kasi kepad mu”


11


Penceramah

:

Ustaz Drs. Tunggul Wahidin Sukarno

Tarikh

:

1 April 2001 (7 Muharram 1422)

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Pengajaran Maal Hijrah

Perkara

:

Umum

1.

Orang yang untung : hari esok lebih baik dari hari ini

Orang Yang rugi : hari ini sama dengan semalam

Orang yang celaka : hari ini lebih buruk dari semalam.

Seharusnya setap hari di tahun baru 1422 lebih bertambah baik dan bertambah amalan berbanding tahun 1421.

2.

Sebelum Nabi SAW. Berhijrah, ada 4 perkara yang berlaku:

1. Melaksanakan dakwah dengan semangat yang tinggi – csecara rahsia dan terang-terangan.

2. Cabaran fikizal dan mental dengan tawaran-tawaran ”ta” (harta, tahta dan wanita) –dan Nabi SAW. menolaknya.

3. Konspirasi dilakukan untuk membunuh Nabi SAW. – baginda mohon kepada Alah dan menubuhkan AJK Hijrah (Abu Bakar – pendamping Nabi, Ali bin Abi Talib – 16 tahun, penjaga rumah dan tidur di atas katil Nabi SAW., Amir bin Fuhairah – pencari jalan, Abdullah bin Abu Bakar, Aisyah)

4. Nabi SAW. Pergi ke Jabal Thur (bersama Abu Bakar) – untuk mengaburi orang-orang kafir yang hendak menyerangnya.

3.

Sampai di Madinah , perkara yang Nabi SAW. lakukan:

1. Persatuan dan kesatuan.

2. Mendirikan masjid Quba’ – pusat ibadah dan pusat muamalah

3. Membina syahsiyyah Islamiyyah – seterusnya membentuk Perlembagaan Madinah.

4. Pembukaan/pembebasan kota Mekah.

Tamat : 6.35 – 7.40 pg.

12


Penceramah

:

Ustaz Asmungi bin Mohd Sidek (Allahyaham)

Tarikh

:

4 April 2001

Hari (Masa)

:

Ahad

Tempat

:

Dewan Solat Utama, MSSAAS, Shah Alam

Program

:

Kuliah Subuh

Tajuk Ceramah/Kuliah

:

Bagaimana Melahirkan Persekitaran Mengikut Perspektif Islam

Perkara

:

Perbandaran Islam

1.

Rasulullah SAW. Membentuk 3 perkara semasa hijrah:

1. Betulkan niat – hadis “hijrah”

Definisi hijrah : berpindah dari Negara kafir ke Negara Islam untuk

menyelamatkan agama dan iman dari fitnah dan syirik.

Dengan itu : Islam dan iman mesti dibawa dalam semua perubahan

yang di buat/dilalui.

2. Membentuk peribadi yang baik – walaupn telah mengucap syahadah. Perjanjian Aqobah pertama – 6 perkara :

- Jangan syirik

- Jangan mencuri

- Jangan berzina

- Jangan membunuh anak

- Jangan bercakap bohong

- Susah senang dalam Islam hendaklah ikut perintih Allah dan Rasul

3. Membentuk persekitaran, iaitu :

2.

1. Bumi ini amanah Allah – jangan dicemari dengan kekotoran sampah dan

kemaksiatan. Setiap masyarakat bertanggungjawab memeliharanya.

3.

2. Tempat perundangan – hendaklah mengikuti perundangan Allah dalam

majlis, pergaulan, jual beli dan dalam pejabat. Dengan itu, masyarakat

terdidik dengan suasana yang baik.

4.

3. Tempat keadilan – semua penghuni yang tidak sma rata (dari segi

pendapatan, susunan tempat kediaman, kemudahan dll) tetapi

mendapat hak yang sama dan keadilan (dari segi pakaian, pendidikan

dsbnya). Yang kaya/senang membantu yang miskin.

5.

4. Tempat yang ada ”tujuan” – tujuan sesuatu kawasan/perkampungan

hanya untuk kebaikan. Bukan kawasan yang berpenyakit dan

penghuni-penghuninya bersifat kasar dan penyakit-penyakit rohani

yang lain (dendam, ”nafsu nafsi” dll).

6.

5. Tempat yang bertenaga – bukan tempat lemah/malas. Masjid makmur

dan jamaahnya ramai.

7.

6. Tempat yang tenteram, harmoni – suasana yang hijau, tidak bising,

aman, tenteram. Tiada konflik jiwa.

8.

7. Tempat ilmu – melahirkan orang-orang yang berilmu, tidak jahil, di

kalangan isteri, anak-anak. Pengetahuan ilmu agama yang tinggi,

kemahiran yang tinggi (pertukangan, kesenian). Pusat tarbiah

rabbaniah, kelas-kelas agama, akedemik, ada perpustakan. (orang

yang berilmu senang diatur)

9.

8. Tempat sederhana, tawaduk dan taqwa – melahirkan penghuni yang

tidak sombong, bongkak, mengelakkan sifat-sifat penyayang, sopan

santun, berbudi mulia.

(dari buku Ziauddin Sadar – Bagaimana Melahirkan Kotaraya Islam.

No comments:

Post a Comment