Saturday, August 06, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan al-Mubaraq


1. Ramadhan adalah penghulu bagi semua bulan:

Sabda Rasulullah SAW. sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir:

"Penghulu bulan ialah bulan Ramadhan dan penghulu hari ialah hari Jumaat."

2. Dibuka pintu syurga:

Sabda Rasulullah SAW. daripada Abu Hurairah ra. yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

"Apabila datang ramadhan, dibuikakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu."


3. Diampunkan dosa sehingga Ramadhan yang akan datang:

Sabda Rasulullah SAW. daripada Abu Hurairah ra. yang diriwayatkan oleh Muslim:

"Solat fardhu lima waktu, Jumaat kepada Jumaat dan Ramadhan kepada Ramadhan akan diampunkan di antara keduanya sekiranya seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar."


4. Ganjaran daripada Allah:

Sabda Rasulullah SAW. daripada Abu Hurairah ra. yang diriwayatkan oleh Muslim:

"Allah berkata: "Setiap amalan anak adam adalah baginya melainkan puasa dan Aku yang akan membalasnya. Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan berjumpa dengan Tuhannya. Dan perubahan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah berbanding haruman kasturi."
5. Diampunkan dosa terdahulu:

Sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh sebilangan ahli hadis termasuk al-Bukhari dan Muslim:

"Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan ikhlas (kepada Allah), diampunkan dosanya (yang terdahulu)."


6. Diturunkan al-Quran:

Sabda Rasulullah SAW. (terkandung dalam al-Mu'jam al-Kabir):

"Diturunkan suhuf Nabi Ibrahim pada awal malam bulan Ramadhan dan diturunkan Taurat pada 6 Ramadhan dan diturunkan Injil pada 13 bulan Ramadhan dan diturunkan Zabur pada 18 Ramadhan dan diturunkan al-Quran pada 14 Ramadhan."


7. Bulan keberkatan:

Sabda Rasulullah SAW. daripada Ubadah bin Samit (terkandung dalam Musnad al-Syamiyin al-Tabarani):

"Datang pada kalian bulan Ramadhan bulan berkat, di dalamnya Allah membuka untuk kalian kebaikan-kebaikan, Allah menurunkan rahmatNya, menghapuskan dosa-dosa, mengkabulkan doa, Allah memperhatikan usaha-usaha kalian (berlumba-lumba dalam kebaikan) dan Allah begitu membanggakanmu di hadapan para malaikat, Allah menampakkan daripada diri kalian kebaikan-kebaikan kerana sesungguhnya diharamkannnya (sesuatu yang halal di bulan Ramadhan) di dalamnya terdapat rahmat Allah Azzawajalla."


8. Malam Lailatulqadar:

Sabda Rasulullah SAW. daripada Abu Hurairah ra. yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan redho Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu dan sesiapa yang Qiamullail pada malam Lailatulqadar dengan penuh iman dan mengharapkan redho Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu."


9. Dibebaskan daripada api neraka:

Sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Ahmad:

"Sesungguhnya bagi Allah hamba-hamba yang bebas (daripada api neraka) setiap berbuka, dan demikian itu pada setiap malam."


















No comments:

Post a Comment