Ucapan Selamat Hari Raya Kepada Kenalan FB dan Semua Sahabat Bloggers:
Salam Aidil Fitri, Di mohon Maaf, Zahir dan Batin dengan doa -
"Takabbalallahu minna wa minkum" - Semoga Allah memakbulkan dan menerima semua amalan sepanjang Ramadhan lalu dari saya dan anda semua.
Beberapa pesanan pendek di pagi 1 Syawal ini:
1. Manusia sering terlupa untuk memanfaatkan kesempatan -kesempatan yang telah diberikan oleh Allah SWT. Mereka hanya tersedar dan menyesal setelah kesempatan itu berlalu dengan sia-sia. Contoh terdekat yang telah berlalu dari kita ialah ganjaran-ganjaran hebat yang telah ditawarkan oleh Allah sepanjang Ramadhan al-Mubaraq 1423H yang telah berlalu. Adakah kita telah merebutnya, semampu tenaga kita?
2. Bagaimanapun untuk mengetahui tentang apa dia ganjaran hebat dan bagaimana merebutnya semaksima dan 'sehikmah' mungkin (sudahkah para sahabat mengetahui mengenai apa yang dikatakan 'hikmah' dan bagaimana memperolehinya?), memerlukan ilmu, bukan ikut-ikutan apa yang dilakukan ataupun yang difahami oleh orang lain. Kerana itu orang tua-tua meletakkan ilmu di tempat tertinggi dengan pesanan mereka:
Jika ada wang beli emas.
Jual emas, beli berlian.
Jual berlian, beli manikam.
3.Sebab itu Sayyidina Ali bin Abu Talib k.w.h pernah berkata:
Teman manusia yang sebenar ialah akal,
musuhnya yang celaka ialah jahil.
4.Dengan itu pesanan saya di pagi Syawal ini kepada diri sendiri dan para sahabat ialah supaya kita menjadi mukmin yang ghairah mencari dan menambahkan ilmu dan kita beramal dengan yakin hasil ilmu yang kita perolehi.
5.Sempena sambutan Aldil Fitri pada hari ini, sebagai tanda kemenangan kita menempuh dugaan Ramadhan selama sebulan, diperturunkan beberapa kata hikmah berkaitan untuk renungan dan pegangan bersama:
Kata Al-Ghazali:
Yang jauh itu waktu,
Yang dekat itu mati,
Yang besar itu nafsu,
Yang berat itu amanah,
Yang mudah itu berbuat dosa,
Yang panjang itu amal soleh,
Yang indah itu saling bermaafan.
Benar seperti sms yg diterima menjelang Syawal, antaranya:
Kerana ada ketikanya:
MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir dan
HATI silap menduga.
6.Dengan itu, dengan rendah hati saya memohon maaf kepada semua, kepada isteri @Naeimah Hassan dan anak-anak (MJ, TZ, IA, MA, AN, AS dan NM) , ahli keluarga dan saudara mara, rakan-rakan yang bekerja satu pejabat di BDE LG16151718, kenalan jauh yang jarang berjumpa ataupun sahabat dalam fb dan bloggers yang tidak pernah dikenali secara pribadi, mungkin ada kesilapan di mana-mana tanpa disedari melalui perkataan atau tulisan yang mungkin telah mencederakan hati anda:
Dalam kelembutan lidah
Ada ketelanjuran kata.
Dalam gurau dan senda
Ada khilaf dan dosa.
Harap anda semua maafkan segalanya.
Dengan ucapan: Minal aidil wal faizinn.
No comments:
Post a Comment