1. Ke hadapan Cik Lailatul.. Aku sangat teruja untuk bertemu denganmu malam tadi. Mata pun bimbang untuk lelap, takut-takut terlepas bayanganmu. Seperti sang pungguk merindukan bulan..
2. Kami berkumpul beramai-ramai tertunggu-tunggu kedatanganmu kerana kau bakal membawa keberkatan dan ganjaran yang lebih baik daripada amalan 83 tahun, melebihi usia biasa kami. Dan kehadiranmu bersama malaikat dan Jibrail, dengan izin Allah jua, bakal mensejahterakan malam yang diberkati itu sehingga terbit fajar.
3. Kau kah gerangannya yang cuba ku dakap malam 27 Ramadhan tadi melalui solat taubat, tasbih, hajat dan munajat bersama pimpinan qiammulail terbilang? Tapi sudikah kau menerima dakapanku? Kerana ku sedari betapa lemahnya iman ku, sangat kurangnya amal ku, banyaknya dosaku kepada Tuhan dan insan dan lalainya diriku memenuhi banyak tuntutan Ramadhan. Lalu layakkah diriku mengidamkan dirimu Cik Lailatul?
4. Memang diriku yang hina, lemah dan daif ini tidak layak mendampingimu. Tapi sebagai hambaNya yang sentiasa mengharap, ku tetap memohon redhoNya dan mendoakan kehadiranmu bakal memberikan manfaat kepadaku.
5. Tapi kau hadirkah malam tadi Lailatul? Aku tak kisah tentang beribu, malah berjuta insan lain yang juga mengharapkan dakapanmu di masa yang sama. Yang aku dambakan kau hanya memandangku dan mengharapkan keberkataan dan keredhaan dari Nya. Kerana mungkin sekali ini Ramadhan dan peluang terakhir untuk ku bertemu denganmu.
6. Tapi sungguh! Fajar tadi hingga pagi ini, alam rasanya sangat damai dan sejahtera..
7. Hanya kepada Allah Rabbul Jalil ku panjatkan doa dan meletakkan segala ketentuan tentang nasib dan masa depan ku. Perkenankanlah Ya Allah!
beb..nice blog :)
ReplyDeleteTqvm. Wanna be friends? Add me at fb. Most probably I can share something from you!
ReplyDelete