Saturday, June 18, 2011
Mohon dan Merayulah Kepada Nya
2. Dari Abu Hurairah r.a., bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW. bersabda: "Pada setiap malam Tuhan kita turun ke langit dunia ketika menepati sepertiga akhir malam, lalu bertitah: "Sesiapa yang berdoa kepadaKu akan Ku perkenankan baginya, sesiapa yang memohon kepadaKu nescaya akan Ku berikan kepadanya dan sesiapa yanng beristighfar kepadaKu akan Ku ampun baginya."(HR al-Bukhari, Malik, Muslim, dan Tirmidzi).
3. Daripada 'Amru bin Ishaq r.a. bahawasanya beliau telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Paling hampir di antara seorang hamba dengan Allah adalah di kala tengah malam. Seandainya engkau mampu hendak menjadi dari orang yang mengingati Allah pada waktu tersebut, maka lakukanlah." (HR Tirmidzi).
4. Berbeza dengan manusia yang tidak suka apabila kita meminta-minta berlebihan daripadanya, Allah SWT sebaliknya menuntut kita memohon kepadaNya. Sabda Rasulullah SAW. dari Abu Hurairah r.a.: "Sesiapa yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah nescaya Allah murka kepadanya." (HR Tirmidzi).
5. Firman Allah SWT. dalam Surah al-Baqarah (2), ayat 186: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah hampir. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu; maka hendaklah ia memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah ia beriman kepadaKu; mudah-mudahan mereka sentiasa berada di dalam petunjuk."
6. Dari al-Nu'man bin Basyir r.a., bahawa Rasulullah SAW. bersabda: "Doa adalah ibadah, kemudian baginda SAW. membaca ayat: "Dan telah berfirman Tuhan kamu: "Berdoalah kepadaKu, necsaya Aku perkenankan permintaan kamu itu." (HR Abu Daud).
7. Sehubungan itu contoh do'a yang ma'thur ialah doa Rasulullah SAW. (seperti yang dipetik dari Abu Hurairah r.a.) yang berkata dalam doa baginda: "Wahai Tuhanku! Perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi pegangan urusanku dan perbaikilah untukku akhiratku yang di sanalah aku kembali. Jadikanlah hidup bagiku tambahan dalam segala perkara kebajikan dan jadikanlah mati itu kerehatan bagiku dari setiap kejahatan." (HR Muslim).
8. Juga doa Rasulullah SAW.(dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As): "Ya Allah! Aku minta berlindung denganMu dari hati yang tidak khusyuk; dari doa yang tidak didengari (diperkenankan); dari nafsu yang tidak kenyang-kenyang; dari ilmu yang tidak bermanfaat dan aku minta berlindung denganMu dari keempat-empat yang tersebut itu." (HR Tirmidzi dan Nas'i)
(sesiapa yang inginkan matan doa-doa ini, maklumkan kepada saya)
Monday, June 13, 2011
Kemerduan Suara Rasulullah SAW. Membaca al-Quran
Bagaimana Islam Menanggani Kemudaratan
Sunday, May 29, 2011
Allah Mengurus Segala Kerunsingan
Abu Darda’ r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
”Barangsiapa yang membaca di waktu pagi atau petang:
(..Surah at-Taubah ayat 129 yang bermaksud:
“Allah cukup menjadi pemelihara untuk mu, tidak ada
Tuhan yang disembah melainkan Dia. KepadaNyalah aku
menyerahkan diri dan Dialah yang mempunyai ‘arash yang besar.”)
tujuh kali, nescaya Allah menguruskan segala
kerunsingannya tentang urusan dunia atau akhirat.”
Friday, May 27, 2011
Perkara-perkara Yang Menyebabkan Mati Hati
Kata Ibrahim bin Adham hati kamu mati kerana lapan sebab, iaitu:
1. Kamu mengetahui hak-hak Allah tetapi kamu tidak menunaikannya; | |
2. Kamu selalu membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkan kandungannya; | |
3. Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya; | |
4. Kamu mengatakan takut kepada kematian tetapi kamu tidak bersiap-siap menghadapinya; | |
5. Allah memberitahu kamu bahawa syaitan itu musuh bagi kamu tetapi kamu terus bersahabat dengannya; | |
6. Kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampakkan ke dalamnya; | |
7. Kamu mengaku suka masuk syurga tetapi kamu tidak berusaha melakukan amal-amal salih supaya kamu dimasukkan ke dalamnya; dan | |
8. Setiap hari kamu berusaha menutup aib diri kamu sendiri, sedang pada waktu yang sama kamu tidak bosan-bosan mendedahkan aib orang lain. |
Thursday, May 26, 2011
It's Not How Good You Are, It's How Good You Want To Be - Paul Arden
1. It’s Not How Good You Are, It’s How Good You Want To Be | ||
You can achieve the unachievable. Firstly you need to aim beyond what you are capable of. Make your vision of where you want to be a reality. | ||
If you are involved in something that goes wrong, never blame others. Blame no one but yourself. If you accept responsibility, you are in a position to do something about it. | ||
Somehow the more you give away (everything you know, ideas..) the more comes back to you. Ideas are open knowledge. Don’t claim ownership. | ||
2. Don’t Look For The Next Opportunity. The One You Have In Hand Is The Opportunity. Whatever is on your desk right now, that’s the one. Make it the best you possibly can. It may not be great, but at least you’ll have the satisfaction of knowing you did the best you possibly could, and you may learn something from it. | ||
3. Accentuate The Positive. Find out what’s right about your product or service and then dramatize it, like a cartoonist exaggerates an action. For example, you know a horse can jump a ditch, therefore you accept that it can jump the Grand Canyon. | ||
.., if you ask the right question, you get the right answer. | ||
4. Don’t Promise What You Can’t Deliver. .., pointing out the possible weaknesses and how to resolve them, should they occur, you are not only building a trusting relationship with your client but you’re able to solve any problems. | ||
5. Know Your Client’s Aim. Find out what the client’s real objective is. All clients aspire to status. .., but the politics that lay behind it. | ||
6. Don’t Take No For An Answer. | ||
When It Can’t Be Done, Do It. If You Don’t Do It, It Doesn’t Exist. A new idea can be either unfamiliar, or silly, or both. It can’t be judged by description. It needs to be done (made) to exist. I’ts exicitng. It’t difficult and it’s fun. If it was easy anyone could do it. | ||
7. The Person Who Doesn’t Make Mistakes Is Unlikely To Make Anything. ..failures and false starts are precondition of success. | ||
8. Don’t Be Afraid To Work With The Best. And if you are clear about what you want and strong about getting it, though there may be arguments, they will respect you (if not at the time, afterwards – I didn’t say it was going to be easy). | ||
Begin thinking and behaving like a winner. It will temporarily halt negative thinking and a defeatist attitude. Don’t expect top management to lead the way. They are too busy running he company. Realize that companies’ reputations are also built on one or two people. Aim to be that person or one of them. You are halfway there. You have made the decision to do it. Just do it. | ||
Every advertisement you show is another opportunity to print your idea in the client’s mind. | ||
Your priest is selling. He is selling what he believes in. God. The point is we are all selling. We are all in advertising. It is part of life. | ||
Creativity is imagination, and imagination is for everyone. | ||
Phaidon Press Limited,
London, 2003
Zikir Pelindung Daripada Neraka
Daripada al-Harith bin Muslim al-
Tamimi r.a, Nabi SAW. bersabda kepada ku:
”Apabila engkau selesai solat subuh, maka katakanlah sebelum engkau berbual:
Allahumma ajirni minannar
(kalau ramai: Allahumma ajirna minannar)
(Ya Allah, lindungilah daku daripada neraka)
sebanyak 7 kali. Jika engkau mati pada hari itu,
Allah akan menetapkan bahawa engkau
terlindung daripada neraka.
Apabila engkau selesai solat maghrib, maka katakanlah sebelum engkau berbual:
Allahumma ajirni minannar
(Ya Allah, lindungilah daku daripada neraka)
sebanyak 7 kali. Jika engkau mati pada malam itu,
Allah akan menetapkan bahawa engkau
terlindung daripada neraka.”
(HR Abu Daud dan al-Nasa’i)