Kata Ibrahim bin Adham hati kamu mati kerana lapan sebab, iaitu:
1. Kamu mengetahui hak-hak Allah tetapi kamu tidak menunaikannya;  | |
2. Kamu selalu membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkan kandungannya;  | |
3. Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya;  | |
4. Kamu mengatakan takut kepada kematian tetapi kamu tidak bersiap-siap menghadapinya;  | |
5. Allah memberitahu kamu bahawa syaitan itu musuh bagi kamu tetapi kamu terus bersahabat dengannya;  | |
6. Kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampakkan ke dalamnya;  | |
7. Kamu mengaku suka masuk syurga tetapi kamu tidak berusaha melakukan amal-amal salih supaya kamu dimasukkan ke dalamnya; dan  | |
8. Setiap hari kamu berusaha menutup aib diri kamu sendiri, sedang pada waktu yang sama kamu tidak bosan-bosan mendedahkan aib orang lain.  | 
No comments:
Post a Comment