Wednesday, May 25, 2011

Keuntungan Hadir Dalam Majlis Zikir dan Ilmu


1.

Faedah Kepada Penganjur

Sabda Rasulullah SAW:

“Bahawasanya dengan sebabmu diberi petunjuk oleh Allah akan seseorang,

lebih baik bagimu daripada dunia dan isinya.”

(HR Ahmad dari Mu’adz)


2.

Kesempatan Untuk Membaca al-Quran

Sabda Rasulullah SAW:

"Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat

sebagai syafaat kepada pembacanya.”

(HR Muslim)


3.

Menghapuskan Dosa Melalui Bersalam-salaman

Sabda Rasulullah SAW:

”Tiada seorang Muslim yang bersalaman antara keduanya

kecuali Allah akan mengampunkan keduanya sebelum ia berpisah.”

(HR Abu Daud, Tirmidzi)


4.

Saling Berkasih Melalui Ucapan Salam

Sabda Rasulullah SAW:

“Kamu tidak akan memasuki syurga sehingga kamu beriman

dan saling berkasihan (antara Muslim) dan adakah kamu ingin aku menunjukkan

kepada satu perkara yang jikalau kamu melakukannya nescaya kamu akan saling

berkasihan, sebarkanlah ucapan salam di antara kamu.

(HR Muslim, Abu Daud)



5.

Saling Menyokong Dalam Kebaikan

Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk berbuat kebajikan dan taqwa

dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan

aniaya (pencerobohan).”

(Surah al-Maidah (5): 2)


6.

Memberi dan Menerima Nasihat serta Peringatan

Firman Allah SWT:

“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya

peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”

(Surah Adz Dzariat (51): 55)


7.

Peluang Untuk Menambah Amalan – Bekalan Untuk “Kembali”

Sabda Rasulullah SAW:

“..Allah memberikan ganjaran bagimu dalam membacanya

setiap huruf sepuluh kebaikan. Ketahuilah, aku tidak mengatakan bagimu

Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif-Lam-Mim.”

(HR al-Hakim dari Abdullah bn Mas’ud RA.)


(Dalam kitab ”Mencapai Ma’rifat (Satu Pendekatan) karangan Ibnu Abdullah Al-Naqshabandi (mukasurat 353) di nyatakan: Tentang pahala membaca Al-uran bolehlah diambil

kata-kata Saiyidina ’Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ’anhu, sebagaimana berikut:

· Tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran di dalam sembahyang akan mendapat pahala

50 kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.

· Membaca Al-Quran di luar sembahyang dengan berwudhu’ pahalanya 25 kebajikan

bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.

· Dan membaca Al- Quran di luar sembahyang tanpa berwudhu’, maka pahalanya

sepuluh (10) kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.


Fikirkanlah betapa besarnya pahala membaca Al-Quran. Allah memberi ganjaran kepada tiap-tiap huruf yang dibaca. Sebagai contoh, satu perkataan ”Alhamdulillah” sahaja

mengandungi lapan perkataan.

· Kalau dibaca di dalam sembahyang mendapat 400 kebajikan.

· Jika dibaca diluar sembahyang dengan betrwudhu’ akan mendapat 200 kebajikan.

· Dan dibaca di luar sembahyang dengan tiada berwudhu’, maka pahalanya 80 kebajikan.

Bandingkanlah jika kita baca satu surah, dua surah atau lebih lagi tentulah pahalanya dan

rahmatNya berganda-ganda.)



8.

Memperelokkan Gumpalan Daging Dalam Tubuh - Hati

Sabda Rasulullah SAW:

“Bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik,

baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan.

Ingatlah ia adalah hati kamu.”

(HR Bukhari dan Muslim)


9.

Seperti Berada di Taman Syurga

Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah.

Maka bertanya para sahabat. Apa itu taman syurga? Jawab baginda, majlis zikir.”

(HR at-Tirmidzi)


10.

Dinaungi Malaikat, Dilimpahi Rahmat dan Diturunkan Ketenangan

Sabda Rasulullah SAW:

“Tidaklah berhimpun suatu kaum kerana mengingati Allah,

melainkan mereka akan dinaungi oleh para Malaikat, dilimpahi dengan rahmat

serta diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah menyebut mereka

(meningkatkan darjat) di kalangan orang yang berada di sisi Nya.”

(HR Muslim)


11.

Semuga Allah Mengingati Kita Di Waktu Kita Kesusahan

Sabda Rasulullah SAW:

“... kenali Allah semasa senang nescaya Dia akan mengenalimu ketika susah.”

(HR Imam Ahmad melalui Hansy Al San’ani daripada Ibnu Abbas)





No comments:

Post a Comment