Wednesday, August 31, 2011

Jiwa merdeka dengan bahasa Melayu

Saya tahu sebahagian Sahabat tidak membaca akhbar Utusan Malaysia kerana ia dikatakan 'akhbar Kerajaan dan lidah UMNO!'. Sambil tidak mahu menyatakan pendirian saya tentang perkara tersebut (kerana ia akan memerlukan beberapa ayat ataupun perenggan untuk memperjelaskan tentang isu tersebut, jika tidak ia akan mengundang kekeliruan kepada pembaca). Tapi hari ini saya ingin ishtiharkan saya telah mula membaca Utusan Malaysia secara 'serius' untuk kira-kira lebih 30 tahun daripada usia saya, boleh di katakan pada setiap hari. Fakta sedih dan malangnya ialah saya tidak pula boleh mengatakan saya membaca kitab suci al-Quran, kitab "petunjuk bagi orang-orang bertakwa" setiap hari. Alahai...

Bagaimanapun walaupun sebagai pembaca 'fanatik' akhbar UM, saya sekali-kali tidak akan membenarkan pandangan saya dicorak 100% oleh arus pemikiran dan kepentingan 'tersembunyi' akhbar tersebut. Saya pun rasanya telah kenal 'sepak terajang dan luar dalam isi hatinya.." Ini dapat dilakukan dengan membaca juga dari sumber alternatif lain dan dengan sentiasa mengingati dan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah SAW. iaitu:


     Daripada Umm Salamah, katanya: Nabi tidak pernah keluar dari rumahnya sama sekali
     melainkan baginda mengangkat matanya ke langt dan bersabda: "Ya Allah, aku berlindung
     dengan-Mu daripada aku sesat atau disesatkan, gelincir atau digelincirkan, menzalimi atau
     dizalimi, bodoh atau aku diperbodohkan." 
     (HR al-Nasa'i, Abu Daud, al-Tirmidzi dan Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani)


Baiklah, itu muqaddimahnya. Tapi kepada saya, ianya sangat penting untuk para sahabat ketahui sebelum meneruskan pembacaan. Mauduk (cerita/bahan) yang hendak saya sampaikan ialah rencana dalam akhbar UM pada hari ini sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke -54, Rabu 31 Ogos 2011 di halaman 14 dalam kolum Perspektif. Artikel dengan tajuk di atas ditulis oleh ARIF ATAN. Saya tidak kata saya bersetuju 100% dengan isikandungannya, tapi bolehlah dikatakan 'message'nya sama yang saya 'idamkan' berlaku di negara merdeka ini. Itupun kalau para sahabat belum menyedarinya.


Seterusnya dimaklumkan saya akan memetik sebahagian artikel tersebut mengikut bahasa asal penulisnya. Tak mungkin pula saya menyalin keseluruhan artikel tersebut. Ulasan saya akan diletakkan dalam kurungan (  ), itupun kalau ada. Oh, saya juga akan menyenaraikan isi yang saya rasa penting dalam bentuk 'points'. Saudara pun tahu, rencana asal dalam akhbar bukan seperti itu persembahannya. Dan saya 'bold'kan ayat-ayat atau ungkapan yang saya fikir penting untuk direnungi, atau dikesali. Tidak perlulah, rasanya, sampai ditangisi..


Amma bakdu, begini penulis melontarkan ideanya dalam 'akhbar Kerajaan', akhbar arus perdana, bukan akhbar hiburan, picisan, akhbar ataupun portal 'pro-pembangkang'. Harap sangat para sahabat maklumi fakta tersebut:


1. Kita lazim mendengar keluh-kesah kononnya kemerdekaan tanah air sudah tidak membekas dalam kalangan generasi hari ini. Benarkah mereka bersikap sedemikian tanpa disedari bahawa langkah atau tindakan kita selama inilah punca lunturnya nilai patriotisme mereka?


2. Akibat sebahagian golongan dewasa yang menjadi pimpinan badan-badan penting di negara ini tidak patriotik melalui dasar atau tindakan yang diambil maka tidak hairanlah majoriti generasimuda menjadi 'buta' nilai kemerdekaan apatah lagi perjuangan.


3. Lihatlah dalam kebanyakan keputusan atau dasar yang dilakukan. Kerap kali kepentingan nasional tidak didahulukan. Paling ketara adalah soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bermaruah di Malaysia.


4. Semua orang tahu di mana letak duduk bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara yang telah 54 tahun merdeka ini tidak ubah bagai Quran buruk. Dibuang tidak boleh, digunakan segan pula. Semuanya menjadi serba-salah bagi mereka yang belum benar-benar merdeka jiwanya.


5. Tambah memburukkan keadaan apabila ada pertubuhan bukan kerajaan yang sering mendesak supaya bahasa Inggeris diberi keutamaan. Desakan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) misalnya supaya bahasa Inggeris dikembalikan untuk pengajaran Sains dan Matematik di sekolah amatlah keterlaluan. (Ini ulasan saya: Hahh!!! JMM pun buat desakan juga? 'Melayu' apa ini? Perkara sebeginilah yang terus melunturkan kepercayaan saya, dan mungkin orang Melayu lain juga, terhadap NGO-NGO Melayu. Ada banyak lagi sebenarnya 'NGO Melayu' yang dilihat tidak berfungsi memperjuangkan isu-isu Melayu dan lebih dilihat berpolitik. Ini persepsi saya. Ataukah mereka sedang 'menjual diri' mereka dengan melihat ke hadapan kepada PRU 13 dengan 'satu tujuan tersembunyi' yang hanya mereka yang mengetahuiya? Bukan saya telah mengatakan saya meragui mereka? Tak kisahlah kalau anda tidak bersetuju dengan pandangan saya..) 


6. Hal ini kerana kerajaan telah pun berjanji (tidak mustahil janji akan tinggal janji, ataupun janji akan dikompromikan) untuk memansuhkan dasar itu menjelang tahun 2012 sebagai reaksi terhadap permintaan Gerakan Mansuhkan PPSMI yang berarak pada 7 Mac 2009 lalu. (kemungkinan besar akan berlaku perarakan lagi, andaian saya).


7. Jadi, bagaimana penghargaan generasi muda terhadap erti kemerdekaan tidak subur jika apa yang dilihat dan didengarnya adalah suara-suara yang galak mahu kembali ke dasar yang menyanjung bahasa milik bangsa lain sebaliknya bahasa sendiri didakwa 'hodoh' dan ketinggalan zaman?


8. Renteten daripada sanjungan minda terjajah kepada bahasa Inggeris seterusnya mempengaruhi pertimbangan dalam sesuatu keputusan apabila kerap kali faktor orang asing serta pengiktirafan dari luar didahulukan melampaui agenda kepentingan nasional dan rakyat sendiri. (penulis seterusnya menghuraikan pernyataan tersebut dengan mengaitkannya dengan isu yang berlaku di Universiti Malaya dan tindakan-tindakan Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon. Tapi rasanya saya tidak perlulah saya salin semula. Kelak 'entry' ini akan menjadi lebih panjang dari sepatutnya.)


9. Dalam masa sama, nilai kemerdekaan negara ini juga pasti lebih dihargai oleh generasi muda hari ini andainya para pemimpin kita dapat melontarkan pendapat atau reaksi kepada media massa dalam bahasa kebangsaan. (Governor Bank Negara yang kelas A di dunia? Alahai.... Hormat sangat saya kepada bapanya)


10. Tindakan sebahagian pemimpin yang lebih selesa berbicara dalam bahasa Inggeris dalam khalayak rakyat sebenarnya secara tidak langsung satu bentuk 'asuhan' kepada generasi hari ini untuk meninggalkan bahasa Melayu.


11. Oleh itu, golongan muda tidak harus terus dijadikan kambing hitam (kasihan golongan muda, walaupun saya telah tidak termasuk dalam kelompok itu!) dalam mendakwa mereka tidak patriotik atau gagal menghayati erti kemerdekaan.


12. Jiwa yang merdeka bukan terletak pada sejauhmana kita bersemangat mengibar bendera sebaliknya terletak pada sejauhmana golongan dewasa dan berpengaruh memberi tauladan yang baik dalam soal pembudayaan bahasa kebangsaan kepada generasi muda sebagai ciri utama bangsa yang merdeka.


                                                                - tamat -

Tuesday, August 30, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Kepada Sahabat FB dan Rakan Bloggers

1 Syawal 1432 Hijriyah

Ucapan Selamat Hari Raya Kepada Kenalan FB dan Semua Sahabat Bloggers:

Salam Aidil Fitri, Di mohon Maaf, Zahir dan Batin dengan doa -

"Takabbalallahu minna wa minkum" - Semoga Allah memakbulkan dan menerima semua amalan sepanjang Ramadhan lalu dari saya dan anda semua.

Beberapa pesanan pendek di pagi 1 Syawal ini:

1. Manusia sering terlupa untuk memanfaatkan kesempatan -kesempatan yang telah diberikan oleh Allah SWT. Mereka hanya tersedar dan menyesal setelah kesempatan itu berlalu dengan sia-sia. Contoh terdekat yang telah berlalu dari kita ialah ganjaran-ganjaran hebat yang telah ditawarkan oleh Allah sepanjang Ramadhan al-Mubaraq 1423H yang telah berlalu. Adakah kita telah merebutnya, semampu tenaga kita?

2. Bagaimanapun untuk mengetahui tentang apa dia ganjaran hebat dan bagaimana merebutnya semaksima dan 'sehikmah' mungkin (sudahkah para sahabat mengetahui mengenai apa yang dikatakan 'hikmah' dan bagaimana memperolehinya?), memerlukan ilmu, bukan ikut-ikutan apa yang dilakukan ataupun yang difahami oleh orang lain. Kerana itu orang tua-tua meletakkan ilmu di tempat tertinggi dengan pesanan mereka:

Jika ada wang beli emas. 
Jual emas, beli berlian.
Jual berlian, beli manikam.
Jual manikam, beli ilmu.

3.Sebab itu Sayyidina Ali bin Abu Talib k.w.h pernah berkata:

Teman manusia yang sebenar ialah akal,
musuhnya yang celaka ialah jahil.

4.Dengan itu pesanan saya di pagi Syawal ini kepada diri sendiri dan para sahabat ialah supaya kita menjadi mukmin yang ghairah mencari dan menambahkan ilmu dan kita beramal dengan yakin hasil ilmu yang kita perolehi.

5.Sempena sambutan Aldil Fitri pada hari ini, sebagai tanda kemenangan kita menempuh dugaan Ramadhan selama sebulan, diperturunkan beberapa kata hikmah berkaitan untuk renungan dan pegangan bersama:

Kata Al-Ghazali:

Yang jauh itu waktu, 
Yang dekat itu mati,
Yang besar itu nafsu,
Yang berat itu amanah,
Yang mudah itu berbuat dosa,
Yang panjang itu amal soleh,
Yang indah itu saling bermaafan.

Benar seperti sms yg diterima menjelang Syawal, antaranya: 
Kerana ada ketikanya:

MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir dan
HATI silap menduga. 

6.Dengan itu, dengan rendah hati saya memohon maaf kepada semua, kepada isteri @Naeimah Hassan dan anak-anak (MJ, TZ, IA, MA, AN, AS dan NM) , ahli keluarga dan saudara mara, rakan-rakan yang bekerja satu pejabat di BDE LG16151718, kenalan jauh yang jarang berjumpa ataupun sahabat dalam fb dan bloggers yang tidak pernah dikenali secara pribadi, mungkin ada kesilapan di mana-mana tanpa disedari melalui perkataan atau tulisan yang mungkin telah mencederakan hati anda:

Dalam kelembutan lidah
           Ada ketelanjuran kata.
Dalam gurau dan senda
                              Ada khilaf dan  dosa.
               Harap anda semua maafkan segalanya.

Dengan ucapan: Minal aidil wal faizinn.

Saturday, August 27, 2011

Adakah Anda Bertemu Dengan Lailatulqadar Malam 27 Ramadhan Semalam?

#138-27R:

1. Ke hadapan Cik Lailatul.. Aku sangat teruja untuk bertemu denganmu malam tadi. Mata pun bimbang untuk lelap, takut-takut terlepas bayanganmu. Seperti sang pungguk merindukan bulan..

2. Kami berkumpul beramai-ramai tertunggu-tunggu kedatanganmu kerana kau bakal membawa keberkatan dan ganjaran yang lebih baik daripada amalan 83 tahun, melebihi usia biasa kami. Dan kehadiranmu bersama malaikat dan Jibrail, dengan izin Allah jua, bakal mensejahterakan malam yang diberkati itu sehingga terbit fajar.

3. Kau kah gerangannya yang cuba ku dakap malam 27 Ramadhan tadi melalui solat taubat, tasbih, hajat dan munajat bersama pimpinan qiammulail terbilang? Tapi sudikah kau menerima dakapanku? Kerana ku sedari betapa lemahnya iman ku, sangat kurangnya amal ku, banyaknya dosaku kepada Tuhan dan insan dan lalainya diriku memenuhi banyak tuntutan Ramadhan. Lalu layakkah diriku mengidamkan dirimu Cik Lailatul?


4. Memang diriku yang hina, lemah dan daif ini tidak layak mendampingimu. Tapi sebagai hambaNya yang sentiasa mengharap, ku tetap memohon redhoNya dan mendoakan kehadiranmu bakal memberikan manfaat kepadaku.

5. Tapi kau hadirkah malam tadi Lailatul? Aku tak kisah tentang beribu, malah berjuta insan lain yang juga mengharapkan dakapanmu di masa yang sama. Yang aku dambakan kau hanya memandangku dan mengharapkan keberkataan dan keredhaan dari Nya. Kerana mungkin sekali ini Ramadhan dan peluang terakhir untuk ku bertemu denganmu.

6. Tapi sungguh! Fajar tadi hingga pagi ini, alam rasanya sangat damai dan sejahtera..

7. Hanya kepada Allah Rabbul Jalil ku panjatkan doa dan meletakkan segala ketentuan tentang nasib dan masa depan ku. Perkenankanlah Ya Allah!

Thursday, August 25, 2011

10 Tips How To Be A Successful Wife - www.iluvislam.com

(Para isteri semua, terutamanya isteriku, bacalah dan laksanakanlah seperti dianjurkan. Anda hendak kepuasan hati anda, atau KEBAHAGIAN yang anda cari?Fikir-fikirkan!)


1. *Make Dua to Allah to make your marriage and relationship successful.*

All good things are from Allah. Never forget to ask Allah ta’ala for the blessing of having a successful marriage that begins in this Dunya and continues on - by the Mercy of Allah ta’ala - into Jannah

2. *Listen and Obey!*

Obeying your husband is Fard! Your husband is the Ameer of the household. Give him that right and respect.

3. *Always seek to please your husband, for he is your key to Jannah.*

Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - taught us that any women who dies in a state where her husband is pleased with her, shall enter Jannah. So .. please him.

4. * An argument is a fire in the house.*

Extinguish it with a simple ‘I’m sorry’ even if it is not your fault.When you fight back, you are only adding wood to the fire. Watch how sweetly an argument will end when you just say sincerely, “Look, I’m sorry. Let’s be friends.”

5. *Thank your husband constantly for the nice things he does.*

Then thank him again. This is one of the most important techniques, as the opposite is a characteristic of the women of hellfire.4. An argument is a fire in the house.

6. *Joke and play games with your husband.*

A mans secret: they seek women who are light-hearted and have a sense of humor. As Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - told Jabir to marry someone who would make him laugh and he would make her laugh.

7. *Always wear jewelry and dress up in the house.*

From the early years, little girls have adorned themselves with earrings and bracelets and worn pretty dresses - as described in the Qur’an. As a wife, continue to use the jewelry that you have and the pretty dresses for your husband.

8. * Review the characteristics of the Hoor Al-Ayn and try to imitate them*

The Qur’an and Sunnah describe the women in Jannah with certain characteristics. Such as the silk they wear, their large dark eyes, their singing to their husband, etc. Try it, wear silk for your husband, put Kohl in your eyes to ‘enlarge’ them, and sing to your husband.

9. *When your husband comes home, greet him with a wonderful greeting*

Imagine your husband coming home to a clean house, an exquisitely dressed wife, a dinner prepared with care, children clean and sweet smelling, a clean bedroom - what would this do to his love for you? Now imagine what the opposite does to him.

10. *Use your ‘beauty’ to win the heart of your husband*

All women have the ornaments that Allah blessed them with. Use the beauty Allah - Azza wa Jal - has bestowed you with to win the heart of your husband.


Himpunan Tazkirah FB Sepanjang Ramadhan 1432H



#140-29R: (Hari Isnin bersamaan 29 Ogos 2011 -hari terakhir Ramadhan 1432H) Tetamu yang agung dan membawa keberkatan akan meninggalkan kita hari ini! Adakah kita bersedih? Ataukah kita sangat bergembira menyambut kedatangan "Hari Sentral" ? (Puduraya telahpun ditukar namanya kepada Pudu Sentral..Apalah hebatnya istilah Inggeris itu. Yang pastinya, 'kita' memang tidak hebat dan semakin mundur!). Ingat lagi matlamat puasa Ramadhan, iaitu: 'laallakum tattaqun'?


Seperti kata sahabat Nabi SAW. yang mulia, taqwa itu kamu berjalan berhati-hati supaya kamu tidak terpijak duri-duri di jalanan. Begitulah sepatutnya sikap kita berhadapan dengan dunia dan berbagai dugaan dan ujjiannya..Izinkan saya mengakhiri siri 'peringatan pendek' (sebenarnya lebih untuk memperingatkan diri sendiri) sepanjang Ramadhan 1432H ini dengan 2 hadis berikut:


1. Dari Mu'az bin Jabal ra. berkata Rasulullah SAW kepadanya: "mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?""Mahu ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadam api." (HR Tirmidzi. Hadis Sahih)


2. Rasulullah SAW bersabda: "Bagi orang yang berpuasa, dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbukanya dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi." (HR Syaikan dan al-Nasa'i). Para sahabat yang berminat untuk membaca keseluruhan tazkirah pendek sepanjanng Ramadhan ini, sila rujuk dalam mutiara4dekad nanti ye..semuga saya dan anda mendapat sedikit manfaat darinya! "Memburu Ganjaran Ilmu Bermanfaat" .


+++++++++++++++



Family Ties and Ramadan

by Azman Talib on Sunday, 28 August 2011 at 04:58


#139-28R: Sebelum mengakhiri bulan Ramadhan 1432H ini, kita renungi bagaimana Ramadhan boleh mempereratkan hubungan kekeluargaan. Itupun kalau kita menyedarinya dan berusaha secara sedar untuk menjayakannya..Tapi kali ini petikan dalam bahasa Inggeris:


1. Strengthening relationship - This is a time when every family member is united by food or lack of it. Family members are brought together during breaking of fast and pre-dawn meals. Even if the family have found it difficult to have meals together during the other months due to busy schedule, they make an effort to enjoy the food together when the evening prayer sounds.


2. A family who eats together stays together. There is no bettertime to enjoy a meal after along day of fasting. The food and the enjoyment of being together can strengthen the family bond.


3. Learn to be patient - To fast properly, one must follow certain rules. Ramadan is not only about refraininng from food and drinkks. It's als about purifying one's mind from negative thoughts and behaviours.


4. Spreading the love - Ramadan is the best time to put our differences behind us and focus on what unites us.It is the best time for family members to mend broken relationships while friends ang neighbours can help spread the message of around.


(Zaid Mohamad - Smart Parenting, NST Sunday August 7, 2011)


+++++++++++++++



#138-27R: Adakah Anda Bertemu Dengan Lailatulqadar Pada Malam 27 Ramadhan Semalam?

www.mutiara4dekad.blogspot.com


+++++++++++++++

#137-26R: Malam ini malam ke 27 Ramadhan. Walaupun para ulama' mencadangkan malam al-Qadar dicari di antara malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan, pendapat yg masyhur menyatakan bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke 27! Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa yg ingin mendapatkan al-Qadr, dia hendaklah mencari pd mlm ke-27 (HR Ahmad). Ayuh para sahabat, apa ditunggu lagi..


+++++++++++++++


#136-25R: Para sahabat pernahkah mendengar istilah 'rabbaniyyun' dan 'ramadhaniyyun'? Ruang ini terlalu kecil untuk menerangkan konsepnya secara jelas. Tapi secara ringkasnya beginilah:


1. Rasulullah SAW. dan para sahabat baginda , hidup mereka tidak pernah sepi dengan ibadah dan perjuangan. Hati mereka ikhlas menyembah dan mengabdi diri kepada Allah SWT dengan sepenuh jiwa, doa, airmata, dan menghadapi ujian perjuangan. Puasa mereka juga ikhlas semata-mata kerana Allah. Mereka hamba pada setiap ketika. Merekalah Rabbaniyyun..


2. Kita pula? Sebahagian besar kita hanya begitu komited dan bersungguh-sungguh melaksanakan amal ibadat hanya pada bulan Ramadhan untuk tempoh sebulan sahaja dan tidak dapat mengekalkan momentum ini sebaik sahaja Syawal menjelma, ataupun lebih awal dari itu..Benarlah ungkapan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi bahawa ada di kalangan umat Islam yg menjadi hamba Ramadhan dan bukannya hamba Allah SWT. Sedangkan Ramadhan akan berlalu apabila sudah sampai tempohnya. Manakala Allah SWT sahaja yang kekal dan tidak sekali-kali akan lenyap. Lalu adakah saya dan anda termasuk golongan Ramadhaniyyun itu?..


‎3. Justeru, jadilah Rabbaniyyun, bukannnya Ramadhaniyyun. Pusatkan tumpuan peribadatan kita di baki 5 hari bulan Ramadhan ini mutlak kepada Allah SWT. Lakukan dengan penuh ketaatan semata-mata kerana Allah. Bukannya untuk memenuhi acara rasmi tertentu di bulan Ramadhan ini! (petikan, olahan semula dan tambahan dari artikel "Jadi rabbaniyyun bukan Ramadhaniyyun" oleh Wan Jemizan W. Deraman dan Ahmad Termizi Mohamed dari Takaful Ikhlas dalam akhhbar UM Rabu, 24 Ogos 2011).


+++++++++++++++


#135-24R: Hari ini ringan saja, kita baca doa hari ke 24 Ramadhan ye..: "Ya Allah, kami memohon kepada Mu hal-hal yang mendatangkan keredhaan Mu, dan kami berlindung dgn Mu drpd hal-hal yg mendatangkan kemarahan Mu, dan kami memohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahaiTuhan Pemberi Para Peminta." Amiin ya rabbal aalamin! Semoga Ramadhan anda tahun ini diterima Nya dan diberkati!


+++++++++++++++


#134-23R: Para Muslimat sahabat fb semua, status hari ni didedikasikan untuk anda! Mahu kah ibu2, kakak2 dan adik2 mengetahui hukum mengambil pil penahan haid kerana ingin berpuasa penuh pada bulan Ramadhan? Seperti yg disiarkan di bawah sub topik Isu Perubatan dan Puasa di dalam rencana bertajuk "Pengertian Ramadhan" dalam Buletin Masjid Negeri Bil.3/2011 (www.mssaas.gov.my), hukumnya "ADALAH DIBOLEHKAN"! Baca lanjut..


‎..NAMUN lebih molek kiranya tidak menganbil pil tersebut dan kekal mengikut takdir Allah kepada wanita. Ini adalah pendapat Syeikh Uthaimin. Pendapat ini juga merupakan pendapat Dr. Yusuf al-Qardhawi yang berkata: Pada pendapat saya, sebaik-baiknya wanita itu mengikut sifat kejadian semula jadinya. Haid adalah sesuatu yanng tabi'ie dan tidak dapat dielakkan. Ia datanng daripada Allah. Sekiranya wanita itu hendak memakan ubat untuk melewatkan haid agar ia tidak datang dalam bulan Ramadhan, hukumnya TIDAK MENGAPA, DENGAN SYARAT UBAT ITU TIDAK MEMUDARATKAN DIRINYA (nota: saya yang taip dalam huruf besar). Mereka boleh meminta nasihat orang-orang alim dan pakar, atau nasihat doktor mengenai ubat itu. Menelan pil tersebut akan membolehkannya berpuasa genap sebulan pada bulan puasa dan akan diterima Allah, Insya Allah. (ms. 14-15) Petanyaan saya: macamana pertimbangan para sahabat Muslimat (kalau Muslimin nak menyebok sekalipun tiada halangan!) sekelian?


+++++++++++++++


#133-22R: Antara "bertadarus untuk khatam Quran" dan "tadabbur al-Quran"? Panjang cerita ni (nanti saya masukkan dlm blog ye..). Saya dan sahabat2 telah sejak sekian lama, sebagai penganjur dan peserta kumpulan tadarus pada Ramadhan setiap tahun. Tapi rakan2, hati2: takut2 kita mendpt kerugian ml al-Quran kelak kerana kita hanya membaca sahaja al-Quran tetapi tidak memahami dan seterusnya tidak beramal dengannya.. Nauzubillahi min zalik! (tunggukan kisah selanjutnya..)


+++++++++++++++


Pecutan Pada Hari-Hari Terakhir Ramadhan

(by Azman Talib on Sunday, 21 August 2011 at 07:17)


#132-21R: Bagi orang yang sedang berlumba lari, pecutan akhir itulah yang terpenting dan akan menentukan kemenangan. Sebagaimana kita telah tahu, di malam-malam terakhir Ramadhan, Rasulullah SAW. telah mengajar Aisyah Ummul Mukminin, doa yang perlu dibaca pada malam Lailatulqadar (sebenarnay perkataan 'malam',tidak perlu ditulis lagi sebab telah ada perkataan 'Laila' yang bererti 'malam'- satu pengajaran yang mungkin baru, kepada mereka yang belum tahu) iaitu doa berikut: "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku." (HR al-Tirmidzi)


Di samping itu Baginda SAW. juga turut berdoa dengan doa ini yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan Mu kelak." Amiin, kabulkanlah Ya Allah!


Marilah bermuhasah diri dan merenung kembali sebanyak mana pengisian dan penglibatan kita dalam 'pesta ibadah' sepanjang 20 hari yang lalu..


+++++++++++++++


Moga Ketemu Lailatulqadar Pada Tahun Ini

(by Azman Talib on Saturday, 20 August 2011 at 09:15)


#131-20R: Malam ini bermulalah 'perburuan' untuk mendapatkan pertemuan dengan Lailatulqadar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW.: "Carilah malam Lailatuilqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan." (HR al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis lain seperti yang terkandung dalam Musnad Ahmad, Ibn Umar r.a. berkata. Sesungguhnya seorang daripada sahabat Rasulullah SAW bermimpi bertemu Lailatulqadar dalam tidurnyar pada hari 7 terakhir daripada bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku melihat mimpimu dan sungguh Lailatulqadar itu turun pada 7 hari terakhir pada bulan Ramadhan. Sesiapa yang sengaja mencarinya, carilah pada 7 hari terakhir pada bulan Ramadhan."


+++++++++++++++


#131-20R: Malam ini bermulalah 'perburuan' untuk mendapatkan pertemuan dengan Lailatulqadar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW.: "Carilah malam Lailatuilqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan." (HR al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis lain seperti yang terkandung dalam Musnad Ahmad, Ibn Umar r.a. berkata. Sesungguhnya seorang daripada sahabat Rasulullah SAW bermimpi bertemu Lailatulqadar dalam tidurnyar pada hari 7 terakhir daripada bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku melihat mimpimu dan sungguh Lailatulqadar itu turun pada 7 hari terakhir pada bulan Ramadhan. Sesiapa yang sengaja mencarinya, carilah pada 7 hari terakhir pada bulan Ramadhan."


Sehubungan itu, para sahabat dan ulama' telah bersepakat dengan hadis Rasulullah SAW. yang dilapurkan oleh Aisyah, malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadhan.


Firman Allah SWT. dalam Surah ad-Dukhan, ayat 3:


"Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan."


Persoalan utamanya ialah: Apakah perancangan tindakan kita untuk bertemu dengan 'malam kemuliaan' (Surah al-Qadr, ayat 1) itu pada bulan Ramadhan 1432H ini? Renung-renungkan dan bertindaklah!


+++++++++++++++



Munajat Di Pagi Hari Yang Berkat Dibulan Yang Diberkati

by Azman Talib on Friday, 19 August 2011 at 07:25


#130-19R: Allah SWT Maha Mendengar bisikan hati kita, walaupun tiada sepatah perkataan pun yang kedengaran oleh orang lain disekeliling kita atau oleh telinga kita sendiri. Allah sangat suka kepada orang yang meminta-minta berulangkali permintaan yang sama atau berlainan, merayu dan menagih cintaNya! Kerana apa yang ada padaNya lebih dari mencukupi untuk sesiapa sahaja yang berhajat..'So it goes like this':


"Ya Allah ya Tuhan kami...inilah bulan Ramadhan MU yang di dalamnya ENGKAU telah menurunkan al-Quran. Aku berlindung dengan kekuasaan MU yang mulia, Wahai Pemilik fajar yang terbit dari malam-malamku dan Pemilik bulan Ramadhan yang akan berlalu sedikit masa lagi. Sungguh pantas rasanya, Ya Allah.. Tetamu yang mulia mahu meninggalkan kami, sebelum puas kami bermesra erat dengannya.


Ya Allah...kami memohon kepada MU untuk memberikan kami jalan kebaikan yang ENGKAU redhai dan menghindarkan kami dari jalan keburukan yang ENGKAU murkai, wahai Tuhan yang Maha Mengasihani dan yang Maha Pengampun.


Ya Allah...perbaikilah untuk kami agama kami, yang merupakan penjaga urusan kami. Dan perbaikilah untuk kami dunia kami, yang di dalamnya adalah kehidupan kami. Dan perbaikilah akhirat kami, yang kepadanya kami akan kembali. Dan jadikanlah kehidupan ini untuk kami berbuat kebaikan, dan kematian menghentikan kami daripada setiap kejahatan.


Ya Allah...bebaskanlah kami daripada seksa api neraka, dan lapangkanlah untuk kami rezeki yang halal. Dan palingkanlah daripada kami kefasikan jin dan manusia, wahai Zat Yang Hidup dan terus menerus mengurus makhluk NYA.


Kepada MU kami mengadu akan kesalahan dan dosa-dosa kami yang denganya ENGKAU akan menyeksa kami pada hari perjumpaan dengan MU kelak. Ya Allah, janganlah EANGKAU jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya ENGKAU menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagaiibadah yang dirahmat dan dilipatgandakan ganjarannyai, bukan puasa yang sia-sia.


Ya Allah...Jadikanlah puasaku di dalamnya mendapatkan pahala serta diterima sebagai amalan yang mendatangkan keredhaan MU dan daripada Rasul MU serta dihubungkan cabang-cabangnya dengan pok ok, dengan hak kemuliaan Nabi Muhammad SAW. dan ahli keluarga baginda SAW. yang mulia. Perkenankanlah, Ya Allah!"


(doa ini diolah semula dari buku Ramadan Al-Mubarak yang diedarkan secara percuma oleh Krangkraf. Semoga penerbit akan mendapat pulangan yang lebih baik dari sebahagian keuntungan yang telah mereka infaqkan. Amin ya rabbal aalamin.)


+++++++++++++++


#127-18R: Tazkirah hari ini ditujukan kpd diri sendiri, hrp jgn pula ada org lain yg terasa: Kalau bgn sahur, hati gembira kerana dpt makan! Tetapi qiamulail dan bacaan al-Quran tidak menjadi keutamaan. Yg penting, bersahur dan niat puasa. Tak solat sunat pun tak mengapa..Yg penting puasa. Begitu juga ketika pd siang hari. Sanggup menahan lapar sehingga keletihan dan tertidur! Tetapi solat dan amalan lain selali diremeh, dilambat2kan dan diabaikan..Kasihannya saya dan kita..Ampunilah, Ya Allah!


+++++++++++++++


#121-14R: Berlapar dan dahaga dalam bulan Ramadhan ini boleh menjernihkan fikiran, mendorong utk mengerjakan lebih byk amalan dan memperoleh al-hikmah (kebijaksanaan). Luqmanul Hakim pernah menasihati anaknya: "Wahai anakku, jika perut terisi penuh, fikiran akan tidur, hikmah tidak akan muncul dan anggota tubuh akan malas melaksanakan ibadah."


+++++++++++++++


#120-13R: "Perintah puasa, spt juga perintah Allah yg lain, bukanlah satu perintah yg kaku dan kering kerana ibadah puasa berupaya mengetuk hati, iman dan akidah. Amalan puasa dapat menyatukan akal dan perasaan, jiwa dan sanubari." (Allahyarham Profesor Dr. Hamka). Dua sudut utama amalan puasa ialah sudut kerohanian (agama) dan sudut sosial..


+++++++++++++++


#118-12R: Assalamualaikum dan 'sobahul khair' para Muslimin dan Muslimat. (jawabnya: 'Sobahun nuur') Salam pagi Jumaat di hari yang berkat dalam bulan yang penuh keberkatan! Hari ini kita renungi salah satu hikmah pusa iaitu dapat mendidik jiwa dan roh kita supaya berpegang teguh kepada segala suruhan dan tegahan syariat Islam. Persoalannya: Adakah dgn didikan sepanjang 'Madrasah Ramadhan' ini jiwa kita sentiasa meruntun ke arah kebesaran dan keagungan Ilahi? Renung-renungkan..


+++++++++++++++


#117-11R: Bulan Ramadhan datang hanya setahun sekali dan ia sebaik2 bulan. Penuh keberkatan dan pengajaran. Mendidik insan supaya mempunyai ketahanan dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SAWt. Juga tidak kurang pentingnya amalan-amalan perhubungan di antara manusia. Semoga Madrasah Ramadhan tahun 1432H ini mampu mengubah sikap kita kearah yang lebih baik. Hasratnya kita sedikit sebanyak bergerak ke arah matlamat insan takwa!


+++++++++++++++

窗体顶端


#116-10R: Dengan tibanya waktu berbuka pada hari ini, selesailah fasa sepertiga pertama

tetamu Ramadhan datang berkunjung dengan membawa kerahmatan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW.: "Mulanya (bulan Ramadhan) rahmat, tengahnya pengampunan (maghfirah) dan akhirnya merdeka dari api neraka." Ayuh, usahakan kerahmatan Allah SWT milik kita sebelum berakhirnya hari ini!


+++++++++++++++


#115-9R: Tawaran Dibuka Hanya Pada Bulan Ini, Rugilah Siapa Yang Tidak Mahu Merebutnya

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya. Telah datang bulan puasa membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu." (HR At-Tabarani)


Antara yang sedang ditawarkan hanya pada bulan ini ialah:


1. Di bulan ini, nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amal-amal diterima dan doa-doa dimakbulkan;


2. Barangsiapa yang solat sunat, Allah akan menuliskan baginya pembebasan dari api neraka;


3. Siapa yang solat fardhu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan yang lain;


4. Siapa yang membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW.. di bulan Ramadhan, Allah SWT. Akan memberatkan timbangannya;


5. Siapa yang membaca satu ayat al-Quran, ganjarannya sama seperi al-Quran pada bulan-bulan lain;


6. Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan;


7. Allah SWT. sendiri yang akan membalas ganjaran amalan puasa yang dilakukan;


8. Diampunkan dosa-dosa yang terdahulu bagi orang yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan ikhlas;


9. Telah di turunkan al-Quran, sebagaimana telah diturunkan suhuf Nabi Ibrahim, Taurat, Injil dan Zabur;


10. Allah SWT, membanggakan amalan-amalan hambaNya di hadapan para malaikat;


11. Dianugerahkan malam Lailatulqadar yang amalan yang dikerjakan di malamnya lebih baik dari 1,000 bulan; dan


12. Allah SWT. membebaskan hamba-hambaNya daripada api neraka pada setiap waktu berbuka di setiap malam sepanjang bulan Ramadhan.


Lalu apabila ditanya kepada baginda oleh Amirul Mukminin k.w.h., Rasulullah SAW. menjawab bahawa amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.


Kalau anda tidak mahu merebut ganjaran hebat yang ditawarkan hanya pada bulan ini, ramai orang lain yang sedang merebutnya. Yang nyata rugi ialah anda sendiri dan jangan harap orang lain akan membantu 'mendermakan' pahala amalan mereka kepada anda apabila anda berseorangan di alam barzah nanti. Fikir-fikirkan,renung-renungkan dan selamat beramal!


(Sila rujuk entry di bawah tajuk "Khutbah Rasulullah SAW. Ketika Menyambut Bulan Ramadhan" dan "Kelebihan Bulan Ramadhan Al-Mubaraq" dalam www.mutiara4dekad.blogspot.com)


+++++++++++++++


#114-8R: Ramadhan Bulan Kesucian. Dari Mu'az bin Jabal r.a.bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?""Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan, sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadam api." (Hadis Sahih-Riwayat Tirmizi. Petikan hadis dari iklan Bank Islam pada 010811)


+++++++++++++++


#113-7R: Syariat puasa mula diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke 2 hijrah. Sejak itu, kaum Muslimin menyambut Ramadhan dgn berpuasa pada siang harinya. "Saum" dalam bahasa Arab bermaksud 'menahan diri daripada sesuatu'. Antaranya kita haruslah menahan diri daripada perkara2 yg membatalkan ataupun mencacatkan kesempurnaan puasa yg dikerjakan. Juga menahan diri dari memperkatakan keaiban orang lain atau kita sendiri mengerjakan sesuatu yang 'aib'.


+++++++++++++++


#112-6R: Marilah bersungguh melaksanakan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. semampu yang mungkin, kerana Baginda SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku ketika umatku telah rosak, maka baginya pahala seratus syahid."


+++++++++++++++


#111-5R: Di antara kelebihan bulan Ramadhan ialah diampunkan dosa sehingga Ramadhan yg akan datang seperti yg dilaporkan oleh Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Solat fardu lima waktu, Jumaat kpd Jumaat dan Ramadhan kpd Ramadhan, akan diampun

kan di antara keduanya sekiranya seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar." (HR Imam Muslim)


Cuma perlu direnungi ialah samada kita layak termasuk di kalangan orang yang mendapat pengampunan? Mudah-mudahan, Ya Allah..


+++++++++++++++


#110-4R: Doa Ramadhan hari ke 4: "Ya Allah, berikan kekuatan kpd ku bagi menegakkan perintah Mu dan kurniakan kpd ku nikmat berzikir mengingati Mu. Berikan kpd ku kekuatan utk menunaikan syukur kpd Mu, dgn kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dgn penjagaan Mu dan perlindungan Mu, wahai Zat Yang Maha Melihat."


+++++++++++++++


#109-3R: Bulan Ramadhan ini merupakan masa utk kita berfikir dan bermuhasabah diri, bersolat, membaca al-Quran dan menambahkan berbagai amal kebajikan utk mengumpul sebanyak mungkin 'mata wang' yg hanya bernilai di akhirat. Dgn berpuasa di harap kita akan dpt mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dgn mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yg miskin dan papa.


+++++++++++++++


#108-2R: Pd Ramadhan, bulan ke 9 dan paling mulia dlm kalender Islam, al-Quran diturunkan & diwajibkan amalan puasa. Firman Allah SWT, bermaksud: "Bulan Ramadhan yg pdnya diturunkan al-Quran sbg petunjuk bg manusia dan keterangan2 yg menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara yg benar dan salah). Oleh itu, sesiapa antara kamu hadir pd bln itu, maka hendaklah dia berpuasa pd bln itu.." (Surah al-Baqarah (2):ayat 185).


+++++++++++++++


#107-1R: Ramadhan berasal drpd bahasa Arab yg bermaksud panas terik. Ramadhan digunakan utk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendpt lain mengatakan kata Ramadhan digunakan kerana pd bln itu, dosa2 dihapuskan oleh perbuatan baik sebgmana matahari membakar tanah. Moga kita di antara umat Islam yg serius utk menghapuskan dosa2 kita di bln yg penuh berkat ini.


+++++++++++++++


Doa ketika menyambut kedatangan bulan Ramadhan:

31 July at 15:38 ·

窗体底端

‎"Dgn nama Allah yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puja dan puji bagi Allah yg telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yg turun pdnya malaikat2 dan roh2 yg mulia. Selawat dan salam atas junjungan kami Mhammad SAW. dan atas keluarga dan sahabatnya yg mulia. Kami mohon ya Alah , pemeliharaan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkanlah kami berpuasa di bulan Ramadhan dan perbaikilah segala keadaan kami dan akhlak kami dan sekelian amal kami dalam bulan Ramadhan. Ya Allah, lanjutkan usia kami dgn berkat Ramadhan dan jadikanlah puasa kami ini mengkuti segala puasa yg dipuasakan oleh Nabi kami Muhammad SAW. dgn rahmat Mu, Ya Tuhan yg Maha Pengasih dan Maha Penyayanng. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad SAW. dan segala puja dan puji bagi Allah SWT. seru sekelian alam."


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq kepada semua para sahabat. Moga ini Ramadhan terbaik buat kita, kerana mungkin ia Ramadhan yang terakhir..


Tetamu Agong, Ramadhan al-Mubarak bakal tiba lagi. Marilah buat persiapan mental, spiritual dan emosi untuk menyambut dan bermesra erat dengannya. Jangan lepaskannya dari pelukanmu nanti. Ramadhan Kareem!