Saturday, October 01, 2011

Kelas Ke - 8_2011: Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya

Tarikh : 3 Zulkaedah 1432H / 1 Oktober 2011
Hari / Masa : Sabtu / 8.15 malam

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Bismillahir rohmaanir rohim.
Selamat hadir ke Kelas Ke - 8.
Tazkirah dari saya dulu ye..

Rasanya banyak yang telah kita pelajari melalui 7 siri kelas-kelas yang lalu tentang penyakit-penyakit rohani. Tinggal lagi untuk kita benar-benar memahaminya dan cuba melaksanakannya dalam kehidupan harian. Seharusnya kita sedar setiap saat kita sebenarnya diuji, dengan kesukaran atau kesenangan, sesuatu yang menyusahkan atau dianggap gangguan ataupun sesuatu yang mengembirakan.

Rakan-rakan, sebagai motivasi diri, kita ulangi tentang kelebihan kita menjadi orang yang berilmu. Contohnya kita lebih berilmu dengan penyertaan kita dalam kelas ini, walaupun secara maya. Kalau  kita tersilap, kita masih boleh berfikir semula dan mengambil langkah sepatutnya, hasil ilmu yang kita perolehi melalui kelas ini. Kalau anda menyedarinya, anda akan tahu saya sedang mendidik diri sendiri lebih daripada rakan-rakan..

Apa dia kelebihan orang-orang yang berilmu? Antaranya:

1. Dalam Surah az-Zumar ayat 9, Allah SWT. berfirman dengan pertanyaan (seolah-olah Dia tidak tahu, sedangkan Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu): "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak  berilmu?"

2. Isi langit dan bumi meminta ampun untuk orang yang berilmu - hadis dari Abi Hurairah r.a.

3. Bagaimanapun haruslah sentiasa kita ingati firman Allah SWT dalam Surah Fathir, ayat ke 28: "Hanya orang-orang yang berilmu yang takut kepada Allah.." Bagaimana kalau sebagai orang yang berilmu sehingga sampai kepada darjat "ulama" , tetapi tidak menunjukkan sifat-sifat 'takut' kepada Allah SWT?

Cukup la tu ye..

Sambungan ringkasan buku Penyakit-Penyakit Rohani

Baiklah, kita sambung ringkasan buku Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya oleh  Ustaz Hj.  Othman Hj. Ibrahim pada bab 3.0 Takabbur.

3.0 TAKABBUR (sambungan..)

3.9 Sebab-sebab timbulnya penyakit takabbur, di antaranya ialah:

3.9.1 Rosaknya Nilai dan Neraca Kelebihan 
Di Kalangan Manusia 

Oleh kerana kejahilan telah menguasai umat sehingga membawa kepada rosaknya timbangan dan neraca dalam menentukan nilai terhadap sesuatu. Kita lihat berapa banyak orang yang mengagung-agungkan ali-ahli dunia walaupun mereka itu pemaksiat dan perosak  agama..Menghina orang yang lemah dan miskin..Orang-orang yang boleh bercakap orang putih dipuja dan disanjung walaupun kaki botol dan kaki betina. Imam, siak atau lebai-lebai dipandang remeh walaupun mereka itu pendukung syariat dan penghias masjid. Dari rosak neraca ini  timbulnya golongan-golongan takabbur.


3.9.2 Membanding-bandingkan Nikmatnya Dengan Nikmat Orang Lain Dan Melupai Pemberi Nikmat  Itu Sendiri


Dengan nikmat yang Allah sahaja mengetahui di mana ada orang-orang yang Allah anugerahkan nikmat kepadanya dan tidak diberi kepada orang lain seperti sihat, anak, isteri, harta dan pangkat,  status dalam masyarakat, iilmu petah berbicara, baik penulisnya, banyak  pengikutnya dan lain-lain. Apabila mereka meneima nikmat-nikmat tang sedemikian lalu tenggelam di dalamnya dan mula melupai Allah sebagai pemberi nikmat, timbulnya perasaan takabbur dan mulalah merendah-rendahkan orang  lain.


Marilah kta merenunng berapa banyak pegawai-pegawai bila pangkat dinaikkan mulalah berubah sikap cara hidup dan pandangan. Lalu merasai bahawa pandangannya seolah-olah maksum tiada siapa mampu menyangkal lagi dan mula merasai pandangan orang bawahannya hanya layak menjadi pak turut sahaja. Pandangannya mesti dilaksanakan walaupun berlawanan dengan Islam..


3.9.3 Dahulu Di Segi Kelebihan Atau Lebih Banyak Kelebihan Dari Orang Lain


Kadang-kadang lahirnya kesombongan hasil dari dahulunya seseorang dalam satu-satu hal seperti ilmu (belajar lama), dakwah, jihad ataupun kerana lama ditarbiyah..Oleh itu ada setengah-tengah orang amat suka untuk mengungkit-ungkit tentang lama dan mendahului orang lain di segi kebajikan yang dilakukan sehingga merendah-rendahkan orang lain oleh kerana barunya mereka berada dalam perjuangan; walaupun mereka bersungguh-sungguh dan ikhlas  dalam khidmat dan sumbangan serta pandangan yang diberikan.


Ya! Timbangan lama dan baru inilah membawa penyakit sombong yang cukup merbahaya, lebih-lebih lagi apabila sampai ke taraf menghina dan mencari-cari keaiban  orang-orang keaiban orang-orang baru sambil mempertahankan kebatilan serta sukar melakukan perubahan.



3.9.4 Lalai, Terlupa Atau Jahil Dari Kesan Takabbur


Kejahilan, kelalaian, kealpaan akibat buruk dari takabburlah menyebabkan banyak yang tenggelam dengan sifat-sifat tersebut. Mereka melupai bahawa sifat takabbur yang bersemadi di dalam hidup mereka itu dibenci Allah, Nabi dan orang-orang yang ikhlas. Mereka melupai azab yanng dahsyat yang bakal mereka tempuh serta penghinaan yang dahsyat dari Allah, malaikat-malaikatNya di hari kiamat nanti dan terus sahaja ke Neraka sebelum lagi dihisab.


3.9.5 Lupa Asal Kejadian - Dari Mana Ia Datang, Apakah Tujuannya Dan Ke Mana Ia Akan Kembali


Lupa asal kejadian, tugas, amanah dan hakikat 'Hayah' (hudup) menjadikan seorang itu 'takabbur' , Sekiranya dia sedar bahawa dia hanya dari  titisan air mani yang tidak lalu dihidu oleh sesiapa pun, dijadikan oleh Allah adalah untuk beribadat kepada-Nya dan untuk diuji, segala gerak-gerinya akan dihisab dan ditimbang di depan Allah serta diberi balasan oleh Allah dengan Syurga atau Neraka mengikut amalan yang dilakukannya, tiada siapa yang mampu untuk takabbur. Lebih-lebih lagi perasaannya merasai bahawa segala nikmat akan disoal di depan Allah nanti, tentang pangkatnya, hartanya, anak-anaknya dan apa saja yang dianugerahkan oleh  Allah.


Alangkah hina sekali orang yang takabbur sedangkan apa yang ditakabburkannya itu semua milik orang lain (Allah).


@Tamat Kelas Ke - 8. Bahan kelas akan datang: Meneliti tanda-tanda takabbur, kesan-kesan takabbur dan cara-cara mengubatinya.


          +++++++++++++++++++


Rasanya dah banyak  sangat ni. Kita tanggguhkan sambungan 40 hadis seperti yang disenaraikan dalam lampiran A buku tersebut. Akan datang, insyaAllah kita akan perturunkan hadis-hadis berikut:


22) Haram Derhaka Kepada Kedua Ibu Bapa


23) Menghormati Dan Mengutamakan Ulama


24) Kelebihan Ziarah


Kelas akan datang ialah pada hari Rabu, 5 Okktober 2011, InsyaAllah. Datang awal sikit ye...

5 comments:

  1. Wahh.. carita pasal ilmu cikit... bagus ne.....

    Betul tu... tgk segelintir org yg baru naik pangkat (naik setakuk jer) dah mula menyombong...

    Biasanya yg kita dengar...
    "saya mkn garam dulu dr awak"...
    [komen: patut ler banyak penyakit]....
    Patutnya dgn pengalamn (yg dah lama) dan ilmu tu kongsikan bersama utk generasi baru.....

    Bab hadis tu xde masalah. ok je... kami ikut je... janji ada pelajaran untuk diamalkan....
    Maksud Hadis: "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat"

    ReplyDelete
  2. Komen ne, kira org yg banyak taye lah dalam kelas ye Tuan........

    ReplyDelete
  3. Tuan, selepas ayat terakhir tu, nampak ruang kosong byk sgt... ada tertekan 'Enter' byk kali ker?.....

    ReplyDelete
  4. Lain kali saya cuba hati-hati ye...Syukran atas teguran.

    ReplyDelete
  5. minat tajuk ziarah.
    ada kalanya ziarah perlu masa yang sesuai.
    mohon Tuan Hj. perincikan?
    ziarah, adab menjadi tetamu dan adab menerima tetamu.

    ReplyDelete