Tarikh : 17 Zulkaedah 1432H / 15 Oktober 2011
Hari / Masa : Sabtu / 8.45 malam
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Bismillaahir rohmaanir rohiim.
Tahniah kerana anda istiqamah dan terus menghadiri Kelas Ke - 11 ini.
Kali ini kita sambung ringkasan buku Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya. Kita sedang membincangkan tentang penyakit rohani ke 4 dari 6 penyakit yang disenaraikan iaitu Mengikut Hawa Nafsu.
4.0 MENGIKUT HAWA NAFSU (sambungan...)
4.6 Di antara sebab-sebab yang menyebabkan banyaknya di kalangan manusia yang terjebak dan terperangkap serta tergelincir bersama-sama hawa nafsu ialah:
4.6.1 Tidak Dilatih Dari Semenjak Kecil Untuk Bersusah Payah Dan Menahan Hawa Nafsu
Ada anak-anak yang mendapat kasih sayang yang berlebihan dari ibu dan ayahnya lebih-lebih lagi yang hidup di bawah belaian nenek yang mewah dan berharta. Sehingga segala hajat dan permintaannya ditunaikan. Setiap tangisannya sentiasa mendapat pembelaan dan pujukan dari yang menyayanginya bahkan kadang-kadang yang tidak diminta pun diberinya. Walaupun perkara tersebut diharamkan oleh Allah SWT. Kesalahan anak atau cucu tidak dikecam bahkan kadang-kadang seolah-olah merestui demi menjaga kasih sayang dan kecintaan yang luar dari peradaban Islam itu. Berdasarkan inilah Islam telah membawa satu kaedah tarbawi iaitu dengan mengekang hawa nafsu semenjak dari kecil lagi.
Seorang muslim mestilah belajar dan melatih dirinya dengan mengekang hawa nafsu kerana Islam adalah agama jihad dan pengorbanan bukan agama berehat-rehat dan bersenang-senang. Kerana Syurga bukan tempat orang yang berehat-rehat dan bersenang-senang di dunia.
Sebab itu Nabi s.a.w. bersabda:
"Syurga dikelilingi dengan perkara-perkara yang dibenci dan Neraka diliputi dengan syahwat (hawa nafsu)."
Dari hadis di atas, jelaslah bahawa untuk menuju ke Syurga bukan dengan permaidani indah dan bunga-bunga mawar yang ditabur tetapi dengan jalan yang sukar dan penuh cabaran. Sesungguhnya pengikut-pengikut hawa nafsu tidak akan mampu menjalani jalan yang sedemikian.
4.6.2 Masyarakat Mengabaikan Terhadap Ahli Dan Pengikut Hawa Nafsu
Ahli hawa apabila melakukan kemungkaran dan mengikut hawa nafsu serta tenggelam dengan yang sedemikian lalu tidak dipedulikan oleh masuyarakat bahkan seolah-olah menyokong pula tindakannya. Maka akan semakin kuatlah tekanan hawa nafsunya sehingga menjadi kuda tunggangan kepada hawa nafsu yang sukar dikekang.
Sebab itulah Allah menentukan hukum menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.
"Hendaklah ada di kalangan kamu satu umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan merekalah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran: 104)
Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda:
"Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, hendaklah kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran atau kalau tidak, pasti Allah akan turunkan seksa kepadamu kemudian kamu berdoa maka doa kamu tidak akan diteruskan lagi." (Riwayat Termizi)
Memang ahli hawa sukar hendak diubah sekadar mengatakan, "Lakukanlah perkara-perkara yang baik-baik" tetapi mungkin boleh berubah dengan kecaman masyarakat dan tindakan-tindakan tertentu bagi melemahkan dan menyekat kerakusan hawa nafsu yang mencenkam jiwa-jiwa mereka.
4.6.3 Cintakan Dunia Lupakan Akhirat
Sudah sememangnya orang-orang yang mencintai dunia dan lupakan akhirat akan mudah terjebak dengan penyakit mengikut hawa nafsu. Kerana terlalu banyak perkara duniawi. Sekiranya tidak dihubungkan dengan akhirat dan pengabdian kepada Allah, akan menjadi pendokongnya tenggelam dengan aliran dan arus kebendaan serta mudah menjadi pengikut hawa nafsu. Sememangnya pencinta-pencinta dunia akan menjadi rakus serta sanggup menolak tuntutan-tuntutan Allah dan hukum-hukumNya walaupun dia seorang yang berilmu dan berkelulusan tinggi.
Sebab itulah Allah berfirman di dalam surah Yunus, ayat 7 dan 8:
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharap akan menemui Kami sedangkan mereka suka kepada kehidupan dunia serta rasa senang hati dengan yang demikian, begitu juga dengan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami maka tempat mereka api neraka, hasil dari apa yang mereka usahakan."
4.7 Lihatlah berapa banyak ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan alim ulama' yang menjual agamanya kerana dunia dan mengikut hawa nafsu. Mereka sanggup menghalalkan yang diharam dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah S.W.T. Tidakkah ini bererti alim ulama, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah menghalalkan apa yang diharamkan?
4.8 Ulama yang sedemikian itu juga disebutkan oleh Imam Ghazali r.a. dalam Ihya' Ulumuddin' sebagai ulama buruk.

4.9 Saudara!
4.9.1 Jauhilah penyakit mengikut hawa nafsu kerana ia amat merbahaya kepada sesiapa yang ingin mendekatkan diri kepada Allah.
4.9.2 Pendokong hawa nafsu akan sanggup mencabul hukum-hakam Alah dan peraturan-peraturan Nya.
4.9.3 Jauhilah ulama-ulama buruk dan dekatilah ulama-ulama Rabbani.
4.9.4 Ingatlah! Bersama dengan hawa nafsu bererti bersama kebencian Allah dan Allahbdan malaikat-malaikat Nya.
4.9.5 Bersama dengan hawa nafsu bererti bersama dengan syaitan di mana syaitan tidak pernah mengajak manusia kepada kebajikan:
"Syaitan adalah seteru yang nyata bagi kamu." (Yaasin: 60)
4.9.6 Kekangkanlah hawa nafsu, nescaya Allah pancarkan cahaya untuk hatimu sehingga kamu bertemu Allah Radiyatam Mardhiyah. Allah redha dan kamu redha.
@Tamat Kelas ke 11. Kelas akan datang akan membicarakan penyakit rohani ke 5 iaitu BAKHIL. InsyaAllah, kelas akan diadakan pada hari Rabu, 19 Oktober 2011.
++++++++++++++++++++
Sambungan 40 hadis untuk dihafal. Nabi s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa menghafal 40 hadis, lepaslah dia dari api neraka."
27) Menghukum Seseorang Pada Lahirnya Sahaja Dan Menyerah Masalah Batin Mereka Kepada Allah.
Abu Hurairah (Thoriq) bin Usyaim r.a. berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah bersabda:
"Siapa yang mengucapkan La Ila Ha Illallah dan kafir (ingkar) terhadap semua yang disembah selain Allah, maka telah haram darah, hartanya dan perhitunganya terserah kepada Allah." (Muslim)
28) Takut Kepada Allah
Anas r.a. berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah yang luar biasa, hingga seolah-olah saya merasa belum pernah Rasulullah s.a.w. berkhutbah semacam itu, maka di antara sabdanya:
"Andainya kamu mengetahui apa yang saya ketahui, nescaya akan lebih banyak menangis dan sedikit sekali tertawamu. Maka ketika itu saya melihat sahabat-sahabat Nabi sama-sama menutup muka sambil terisak-isak." (Bukhari dan Muslim)

Betul tu! Kerana hawa nafsulah, manusia telah rosak dan dirosakkan.... Jalan pembaikannya adalah kembali ke pangkal jalan....(kembali bertaut kpd Islam dan ajarannya....
ReplyDeleteAdakah beli cincin berlian berjuta kerana selera nafsu?
ReplyDeleteSekadar kepuasan memakainya.... kalau dapat kat saya cincin tu, saya jual!!!.
Hasil jualan bt sedekah dan amal jariah kepada fakir miskin, rumah org tua dan asrama anak-anak yatim... itu lebih baik...
Duit banyak... org susah pun makin banyak....
Duit zakat berjuta, tapi org susah makin ramai dan berlambak! Bantuan zakat makin sukar diperolehi... akhirnya 'terjebak' dengan dakyah kristian.... kesiannya org Islam tadbir agama sendiri....
Semuanya nafsu serakah yg kuasai... oleh org yg bernafsu besar... dan xde iman yg kuat....
kalau tak ada syaitan, maka nafsulah pengantinya. melawan asutan syaitan insyallah kita berjaya, tapi kehendak nafsu kadang kadang,,,,, bukan kadang kadang juga,,,,, selalunya mengikut nafsu. maka nafsu itu lagi bahaya kerana ia telah sebati ngan diri. Jadi bagai mana nak meleraikan nafsu jahat yang telah bersebati dengan diri ni wahai istaz?
ReplyDelete