Tuesday, October 04, 2011

SS Tan Sri Mufti Pun Prihatin Tentang Nasib Bahasa Melayu. Anda Melayukah? Tapi Anda Masih Buat Tidak Kisah?

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bebas bercakap tentang berbagai perkara, 
bukan hanya mengenai perkara-perkara berkaitan Islam dan pelaksanaan hukum 
hudud di negara ini.

Tentang Bahasa Melayu dan perlunya diperkukuhkan perkara asas dalam 
Perlembagaan Persekutuan, Sahibus Samahah Tan Sri Mufti berkata: 

....beliau menggesa supaya perkara-perkara utama lain dalam Perlembagaan 
seperti kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, raja-raja 
Melayu dan bahasa Melayu mesti diperkukuhkan.

    "Sekarang, kebanyakkan surat perjanjian ditulis 
    dalam bahasa Inggeris, malah peguam 
    juga menggunakan bahasa Inggeris dalam 
    mahkamah seolah-olah Malaysia ini negara 
    orang putih.

    "Bahasa Melayu sudah tidak ada nilai 
    di negara ini sedangkan bahasa Melayu 
    dulu diguna pakai di seluruh Kepulauan 
    Melayu dan Asia. Kita sendiri yang 
    merendahkan bahasa," katanya.


Pertanyaan saya:

Di mana pemimpin-pemimpin parti politik yang namanya menggambarkan tentang 
perjuangan untuk orang-orang Melayu, United Malays National Organisation, umpamanya? 
Mana dia NGO, Pertubuhan Pribum Perkasa, umpamanya? 
Mana dia Dewan Bahasa dan Pustaka? 
Mana dia Persatuan Bahasa dan Linguistik?
Mana dia pejuang-pejuang bahasa, kalau kamu masih wujud lagi?
Mana dia Sasterawan-Sasterawan Negara dan Para Seniman? 
Mana dia peranan Kerajaan yang memerintah? 
Mana orang-orang Melayu? 
Mana harga diri dan maruah kita di bumi Melayu ini?

Lu pikirlah sendiri!!! (apa yang akan terjadi kepada nasib Bahasa Melayu,
10 tahun akan datang di Malaysia ini)

(sumber berita: Utusan Malaysia; Isnin 3 Oktober 2011, MUKA 6 dibawah tajuk: 
Hudud: Kukuhkan dahulu Islam agama Persekutuan)

No comments:

Post a Comment