Wednesday, October 12, 2011

Kelas Ke - 10_2011: Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya

Tarikh : 14 Zulkaedah 1432 H / 12 Oktober 2011
Hari / Masa : Rabu / 9.30 malam

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Bismillahir rohmaanir rohim.

Apa kabar rakan-rakan belajar semua? Sedar tak sedar kita telah pun memasuki Kelas Ke -10. Pencatat ini pun tak pasti bila kelas ini akan tamat membincangkan tentang penyakit-penyakit rohani ini. Di doakan semua dalam keadaan sihat wal afiat dan sentiasa ghairah untuk menambah ilmu baru di samping berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamalkan ilmu yang telah diperolehi sekuat tenaga dan usaha kita.

Sedikit mukaddimah dari saya ye..Bolehlah..Kasilah chan..

Para rakan belajar, telah sampai perkabarannya kepada saya, bahawa orang-orang tua dahulu kala sangat  mementingkan ilmu, sehingga tercipta kata-kata indah seperti berikut:

                    Jika ada wang beli emas,
                    Jual emas, beli berlian.
                    Jual berlian, beli manikan.
                    Jual manikam, beli ilmu.

Menjelaskan tentang kata-kata ini, seorang mantan Ketua Pengarah IKIM pernah menulis di sebuah akhbar dalam bahasa Inggeris:

"It is plain to see from the profound saying that the Malays have always regarded ilmu (knowledge) as the highest form of wealth. However, this has somehow been neglected as the community is in the rat race to be successful solely based on material terms."

Dengan itu, para rakan belajar, marilah kita menggunakan kesempatan yang masih ada kepada kita yang diberikan oleh Allah SWT. Ini kerana manusia secara umumnya sering terlupa untuk memanfaatkan kesempatan yang ada kepada mereka tetapi hanya akan tersedar dan menyesal setelah kesempatan itu berlalu dengan sia-sia.

Berkaitan, ialah kata-kata hikmah yang ditulis di dinding sekolah anak pencatat, iaitu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor, Seksyen 18, Shah Alam dengan kata-kata sangat bermakna seperti berikut:

" BERSEDIA DAN BERUSAHALAH
SEMENTARA MASIH ADA KESEMPATAN,
SEBELUM ANDA KESEMPITAN  "

Cukuplah tu ye..Lebih-lebih nanti bosan pula. Lagipun pencatat bukannya ada tauliah untuk menyampaikan ilmu agama yang ada hanya sekelumit di dalam dada...Jadi anggap je la ni pesanan atau nasihat dari pakcik atau orang tua dan berpenyakit (kerana banyak makan garam terlebih dahulu..)

Sambungan Ringkasan Buku Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya

Kali ini kita mula membincangkan penyakit rohani yang keempat iaitu: Mengikut Hawa Nafsu.

4.0 MENGIKUT HAWA NAFSU

4.1 PENYAKIT yang sentiasa menjalar di dalam kehidupan umat Islam, memerangkap banyak petugas-petugas Islam, menghancurkan roh dan tenaga jihad seeta melemahkan keiltizaman seseorang mukmin ialah penyakit mengikut hawa nafsu.

4.2 Bahaya penyakit ini kepada rohani petugas-petugas Islam amat besar sekali. InsyaAllah kita akan menghuraikan nanti setelah kita mendefinasikan apakah hawa nafsu itu sendiri. Mengikut hawa nafsu bererti berjalan dengan mengikut apa yang sesuai dengan hawa nafsu, dengan lain perkataan tunduk kepada runtunan hawa nafsu dan perasaan di samping menolak hukum-hukum Allah dan hukum-hukum akal yang sejahtera.

4.3 Daripada definasi di atas, jelaslah kepada kita bahawa bukan semua mengikut hawa nafsu itu tercela tetapi yang tercelanya ialah mengikut hawa nafsu sehingga menolak tuntutan-tuntutan Allah dan RasulNya.

4.4 Sebab itu Allah berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 135:

"Jangan engkau mengikut hawa nafsu sehingga kamu tidak berlaku adil."

Di dalam surah Shad ayat 26 Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu nanti ia menyesatkan engkau dari jalan Allah."

Allah berfirman lagi dalam surah An-Naziat ayat 49:

"Adalah orang-orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya dari mengikut hawa nafsu maka Syurgalah tempat tinggalnya."

Dalam surah Al-Qasas ayat 50 Allah menjelaskan lagi dengan firmanNya:

"Siapakah yang lebih sesat dari orang-orang yang mengikut hawa nafsu tanpa petunjuk dari Allah? Sesungguhnya Allah tidak akan memberi hidayat kepada kaum yang zalim."

Nabi s.a.w. juga bersabda bagi menjelaskan tentang hawa nafsu:

"Orang yang pintar ialah orang yang mampu menguasai dirinya dan beramal untuk selepas mati dan orang-orang yang lemah ialah yang mengikut hawa nafsu dan berangan-angan kepada Allah." 
(HR Tirmizi dan Ibnu Majah)

4.5 Setengah-setengah para sahabat berkata: "Aku telah diuji dengan empat perkara:

1. Dengan Iblis
2. Dengan Dunia
3. Dengan diriku sendiri
4. Dengan hawa nafsu

Ya Allah, Engkaulah sahaja yang dapat melepaskan kami daripadanya."

4.6 Setelah kita mengetahui bagaimana ancaman Allah, peringatan Nabi s.a.w. dan ucapan para sahabat tentang hawa nafsu, marilah pula kita melihat sebab-sebab yang menyebabkan banyaknya di kalangan manusia yang terjabak dan terperangkap serta tergelincir bersama-sama dengan hawa nafsu. Di antara sebab-sebabnya yang mampu saya papar di sini ialah (disenaraikan tajuk sahaja untuk kelas kali ini. Sedikit huraiannya akan diperturunkan pada kelas akan datang):

1. Tidak dilatih dari semenjak kecil untuk bersusah payah dan menahan hawa nafsu;

2. Masyarakat mengabaikan terhadap ahli dan pengikut hawa nafsu; dan

3. Cintakan dunia lupakan akhirat.

@Tamat Kelas Ke - 10. Kelas Ke - 11_2011, InsyaAllah akan menghuraikan sedikit mengenai ketiga-tiga sebab mengapa ramainya manusia tergelincir, terperangkap dan terjebak bersama-sama dengan hawa nafsu tersebut dan ajakan serta langkah-langkah menjauhi penyakit mengikut hawa nafsu.

                              ++++++++++++++++++++

40 Hadis untuk hafalan:

25) Kelebihan Bergaul Dengan Orang Soleh

Abu Musa Al-Asy'ary r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sebenarnya perumpamaan sahabat yang baik dan sahabat yang buruk itu bagaikan pembawa misik (kasturi) dan peniup api. Maka padanya, atau kau mendapat bau harum daripadanya. Adapun peniup api, kalau  tidak  membakar pakaianmu, maka kau akan mendapat bau busuk daripadanya." (Bukhari dan Muslim)

26) Keutamaan Cinta Kerana Allah

Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Pada hari kiamat nanti Allah akan berfirman: Di manakah orang yang kasih sayang kerana kebesaranKu, kini aku naungi di bawah naunganKu, pada saat di mana tiada naungan kecuali naunganKu."  (Muslim)

3 comments:

  1. Kalau mcm ne, kelas sepanjang hayat pun xpe. banyak ilmu dan peringatan boleh diperolehi.

    Tauliah? Xpayah tauliah-tauliah. itu untuk jabatan bodoh sahaja yg pakai...

    Nabi Muhammad S.A.W smpikan agama Allah pun xde sijil tauliah pun. Tauliah hanya dr wahyu Allah sahaja. Itu sudah cukup memadai...
    Dari Nabi Muhammad SAW turun ke para khalifah, para sahabat, para ulamak dan para solihin. Dan Nabi dah pesan: "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat".... Memang nak sampaikan ilmu agama perlu "tauliah" seperti kelayakan atau ijazah dari Universiti seperti Al-Azhar. Akan tetapi kalau kita ada ilmu yg sedikit, apa salahnya kalau berkongsi? Kan dapat jugak amal jariah.

    [Sori terkomen lebih bab tauliah, sebab kat malaysia ne ada jabatan yg bodoh guna sijil tauliah tuk smpikan agama Islam. Tapi agama lain sebarkan "dakwah" masing2, xde sijil tauliah pun!!! Boleh murtadkan org Islam plak tu... Seperti kata DrMaza.com, sedihnya di Malaysia, untuk sebarkan agama Islam perlu tauliah...]

    Hawa nafsu nelah jadi punca kerosakan dan kerosakan manusia dimuka bumi ini. Antara natijahnya, tidak dapat bezakan dosa dan pahala. Kesannya, apa yg kita lihat pada masyarakat yg ada pada hari ini... Senaraikan semua jenis dosa dari sekecil-kecil dosa sehingga sebesar-besar dosa, semuanya orang Islam yang lakukan. Sebab nafsulah, tidak dididik, xde faham makna dosa dan pahala, syurga dan neraka... Iman umat Islam di Malaysia sudah sudah jauh terpelanting terkeluar dari orbit Islam!!!

    Siapa yang patut didik umat Islam ini? Perlukah tauliah?.... Wallahualam....

    ReplyDelete
  2. Bagus Abuyaa, anda memang murid yg gemilang!
    Tentang tauliah tu, saya pun hairan: kalau apa yg disampaikan oleh sesiapa pun selaras dengan ajaran dan kefahaman Islam, apa masalahnya?

    Ustaz Khairuddin, bekas guru bahasa Arab dan kenalan saya yg sekarang bertugas di JAIS, bolehkah tolong jelaskan kekeliruan saya?

    Bagaimana pula dgn org2 yg mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum hudud (lihatlah video yg Ustaz Azhar Idrus menjawab penghinaan seorang Timbalan Menteri yang dulunya seorang Ustazah hebat dan popular seantero negara!). Tiada siapa yang berani mengambil tindakan?

    Ish, ish, ish..
    Ayuh Sdr Abuyaa, kita terus sampaikan apa saja yg kita tahu. Kerana yang akan menjawab di hadapan Allah Rabbul Jalil nanti ialah diri dan anggota kita sendiri, bukannya pemimpin atau jabatan berkuasa tertentu..

    ReplyDelete