1.
The more you care
the more you share.
The more you share
the more you learn.
The more you learn
the more you earn.
The more you earn
the more choice you have.
So let us share
what we have.
--------------------------------------------------------------------------------------
2.
Jika anda kenal diri anda,
Jika anda kenal Pencipta anda,
Anda di landasan yang betul.
--------------------------------------------------------------------------------------
3.
Excellence is not an art
but a habit.
--------------------------------------------------------------------------------------
4.
Khabarnya Program Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan agenda golongan LGBT
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual) kononnya telah digagalkan? Khabarnya juga Elton John telahpun membuat persembahan di Genting Highlands minggu lalu. Anda tahukah Elton John itu bukan sahaja penyanyi tersohor tetapi adalah ikon gay dan pejuang perkahwinan sejenis dan telahpun berkahwin dengan teman lelakinya?
Jawatankuasa Kemasukan Artis Luar ke negara ini yang meluluskan konsert Elton John ini tidak tahu mengenai fakta ini kah atau sememangnya tidak peka dan hanya melihat Elton John pada lapis luar sebagai penyanyi sahaja? Mereka fikir Elton John akan memohon untuk menyampaikan ceramah atau kuliah di Program Seksualiti Merdeka kah? Jawatankuasa tersebut tidak nampak kah serampang banyak mata golongan yang memperjuangkan agenda golongan LGBT itu ke? Nampaknya begitu lah..
--------------------------------------------------------------------------------------
5.
(Maaf, malam ini bunga-bunga yang telah lama layu, tiba-tiba terasa meronta-ronta untuk mekar di taman hati...mungkin bahasa biasa tidak terungkapkan, atau tidak berkesan lagi..)
UNTUK APA KAU
Untuk apa kau pertahankan kata
kalau kata tak dapat dikota.
Untuk apa kau pertahankan maruah
kalau maruah disepak seperti sampah.
Untuk apa kau menjaja ribuan janji
kalau realitinya menghilang seperti kabus pagi.
Untuk apa kau perkasa bahasa
kalau setiap usaha dihantui prasangka.
Untuk apa kau dambakan kuasa
kalau setiap minda dikaburi rasa tamak haloba.
Untuk apa kau memperagakan keikhlasan
kalau setiap gerak berbaur riak.
Untuk apa kau canangkan lagu kedaulatan
kalau sekadar menyorok gunting dalam lipatan.
Untuk apa kau masih menjunjung langit ini
berpijak menapak di bumi ini
kalau setiap langkah dan bicara
mempamerkan kilasan durhaka.
MAZLI HUSMA
Kota Bharu, Kelantan.
--------------------------------------------------------------------------------------
6.
Let's go to the very basic:
Daripada 250 juta calon,
anda telah terpilih dan telah pun dilahirkan.
Lalu untuk apakah sebenarkan kita, manusia dilahir dan dicipkakan?
Melihat kepada status dalam fb ini,
ternyata masih ada yang tidak menemui jawapannya....
--------------------------------------------------------------------------------------
7.
Jangan di dalam kubur baru kita hendak mendapat hidayah,
seperti kata Sdr Sham... Alahai...
Tazkirah Dzuhur:
Hakikatnya, hidayah itu perlu dikejar dan dicari.
Bukan sekadar dinanti.
Namun tidak dinafikan, mereka yang menanti hidayah juga sebenarnya akan memperolehnya.
Apa tidaknya, kebanyakan mereka yg meninggal dunia mendapat hidayah di dalam kubur.
Sebab itu, mereka memohon kepada Allah untuk dihantar semula ke dunia dan berjanji sesungguh hati untuk beramal.
Renungkan bersama sahabatku semua.
by: Sham Kamikaze
--------------------------------------------------------------------------------------
8.
Setiap Perubahan Menuntut Suatu Penghijrahan:
Dalam hidup, setiap hari kita pasti diberi pilihan untuk membawa suatu perubahan......
mengajak anda untuk menebalkan azam, mengukuhkan tekad dan berhijrah kepada kebaikan ...
kerana hidup lebih bermakna apabila ia dimanfaatkan sepenuhnya.
(sebahagian iklan Bank Islam sempena Maal Hijrah)
Salam Maal Hijrah 1433 H buat semua rakan fb samada yang dikenali secara peribadi
atau hanya di alam maya..
--------------------------------------------------------------------------------------
9.
"Sekiranya dunia daripada emas yang binasa
dan akhirat daripada kaca yang kekal,
nescaya orang yang berakal
akan memilih yang kekal
daripada yang binasa."
(Syarah Al-Hikam, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ms. 485)
--------------------------------------------------------------------------------------
10.
LET'S READ AND UNDERSTAND THE QURAN:
"AND IF MY SERVANT ASK THEE ABOUT ME - BEHOLD,
I AM NEAR:I RESPOND TO THE CALL OF HIM WHO CALLS,
WHENEVER HE CALLS UNTO ME: LET THEM, THEN, RESPOND UNTO ME,
AND BELIEVE IN ME,
SO THAT THEY MIGHT FOLLOW THE RIGHT WAY."
- QURAN 2 : 186
--------------------------------------------------------------------------------------
11.
Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji
Permulaan:
Simpanan Indah,
Ialah ilmu yang memberi faedah.
Fasal pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat ,
tahulah Ia dunia melarat.
Fasal Kedua:
Apabila terpelihara mata,
sedikit cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tidaklah damping.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan membawa rugi.
(Gurindam tergolong kepada puisi bebas tetapi lazimnya terdiri dari dua baris.
Gurindam Dua Belas adalah nukilan Raja Ali Haji. Versi lengkap boleh dirujuk dalam
Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985. Puisi Melayu Tradisi, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, hlm. 177-180.)
------------------------------------------------------------------------------------------------
12.
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri
(iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya
sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
- Surah at-Taubah, ayat 128 dan 129.
--------------------------------------------------------------------------------------
13.
Sebelum anda kehilangannya,
sedari dan jangan mensis-siakan dua nikmat yang masih anda miliki:
Daripada Abdullah bin Abbas radhiallahu anhuma berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua macam nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia,
iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa."
(HR al-Bukhari)
Jadi apa perancangan anda untuk memanfaatkan sepenuhnya kedua-dua nikmat tersebut?
--------------------------------------------------------------------------------------
14.
"Dan adapun orang-orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya,maka syurgalah tempat tinggalnya. Adapun orang-orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya."
(Dari Surah an-Nazi'at Ayat 39 sampai 41 - sebahagian daripada tazkirah panjang lebar
oleh Ustaz Agil dalam cerpen "Tiga Kali Seminggu" dalam novel dengan tajuk yang sama,
oleh Dr. Faisal Tehrani (Penerima Anugerah Seni Negara), Nov. 2010)
--------------------------------------------------------------------------------------
15.
Di antara tanda orang yang berakal:
"(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata/berdoa),
"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia;
Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
- Surah Ali Imran (3) ayat 191.
--------------------------------------------------------------------------------------
16.
Anda adakah mempunyai amalan khusus yang sentiasa anda amalkan secara berterusan,
tetap dan istiqamah,di setiap kesempatan yang telah ditetapkan,
walaupun ianya hanya amalan ringan, doa atau bacaan zikir yang ringkas?
Itulah amalan yang paling disukai oleh Allah Azzawajalla.
Anda duduk dan fikirkan secara mendalam mengenainya.
Anda selidiki dan mulakan proses pemilihan. Terbaik dan paling bermanfaat,
mengikut ukuran ilmu anda.
Jadikan ia, anda punya.
Kerana anda juga patut mempunyainya.
--------------------------------------------------------------------------------------
17.
Sekiranya engkau berada dalam kenikmatan
maka peliharalah ia dengan melakukan ketaatan
kepada Tuhan Pemberi Nikmat.
Kerana sesungguhnya
kufur nikmatakan menghilangkan kenikmatan
dan akan digantikan dengan azab.
--------------------------------------------------------------------------------------
18.
Allah mengetahui bisikan kalbu,
Dia tahu segala yang nyata dan yang tersembunyi.
Kita memang tidak mampu menyembunyikan sesuatu apapun dari Nya.
Walaupun sekadar lintasan hati..
Firman Allah SWT.:
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui
apa yang dibisikkan oleh hatinya,sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya."
(Surah Al-Qaf: 16)
--------------------------------------------------------------------------------------
19.
If you want to be happy,
make other people happy.
--------------------------------------------------------------------------------------
20.
Pesanan Kepada Diri dan Anda:
Jadikan anak-anak aset di akhirat.
Jika tidak,di dunia lagi mereka telah menjadi liabiliti.
Baik anda mengambil langkah awal ke arah itu.
Supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.
Lalu anda memberi alasan:
Tiada apa yang boleh di buat lagi..
--------------------------------------------------------------------------------------
21.
Sesungguhnya kamu tidak akan menuai
daripada duri itu, buah anggur.
(Truly you will not reap grapes from thorns)
--------------------------------------------------------------------------------------
22.
Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil ikhtibar
daripada apa yang dilihatnya,
dan menerima nasihat yang didengarnya.
- HAMKA
--------------------------------------------------------------------------------------
23.
Always choose to heal,not to hurt;
to forgive,not to despise;
to persevere,not to quit;
to smile, not to frown;
and to love, not to hate.
- Maher Zain
------------------------------------------------------------------------------------------------
24.
LA TAHZAN. INNALLAHA MAANA.
(At - Taubah (9): 40)
--------------------------------------------------------------------------------------
25.
Azan.
Iqamah.
Kemudian baru solat didirikan.
Lama manakah jangkamasa di antara azan dan iqamah?
Tentunya singkat bukan?
Apabila kita lahir, ayah mengazankan di telinga kita.
Apabila kita meninggal dunia, bilal mengumandangkan iqamah.
Kemudian baru solat jenazah didirikan.
Lama manakah jangkamasa di antara azan di telinga kita dengan iqamah ke atas jenazah kita?Tentunya singkat bukan?
Tidakkah kita mahu mengambil peringatan dan iktibar, perbandingan antara keduanya?
------------------------------------------------------------------------------------------------
26.
Jika kita ada masa untuk Allah, Allah ada masa untuk kita.
Tapi jika kita tidak ada masa untuk Allah, Allah tidak akan ada masa untuk kita.
Jangan ditanya kedudukan kita di sisi Allah.
Tapi selidikilah sejauhmana kedudukan Allah di dalam hati kita.
Kerana Allah adalah menurut sangkaan hamba Nya terhadap diri Nya.
Dan Dia selalu bersama hamba Nya ketiika hamba Nya mengingati Nya.
Malah Allah lebih hampir kepada diri kita
dari urat leher kita sendiri!
Adakah kita menyedari kedudukan Nya yang begitu hampir?
Allahu Akbar!
------------------------------------------------------------------------------------------------
27.
Nafsu itu akan menjadi besar apabila kamu membesarkannya,
tetapi apabila kamu menggemarkannya kepada sedikit
ia akan merasa cukup.
(The desire will enlarge / increasewhen you enlarge it
but when you accustom it to a little
it will feel sufficient)
--------------------------------------------------------------------------------------
28.
Suburkan jasmani dengan makanan.
Suburkan rohani dengan zikir.
Suburkan minda dengan ilmu.
Suburkan iman dengan ibadah.
--------------------------------------------------------------------------------------
29.
Orang yang nampak benda,tetapi tidak nampak tuan benda.
Orang yang memuji keindahan alam,tetapi tidak memuji Pencipta alam.
Orang yang menggunakan sepenuhnya segala nikmat yang kurniakan kepadanya,
tetapi tidak mahu menyembah Pemberi nikmat.
Bijak ke bodoh?
Syukur ke kufur?
Patut ke tak patut?
--------------------------------------------------------------------------------------
30.
Though you cannot go back
and make a brand new start, my friend.
Anyone can start from now
and make a brand new end.
(Dr. John C. Maxwell)
------------------------------------------------------------------------------------------------
31.
"Yang setetes jadikan laut
Yang segengam jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru."
(Ungkapan yang terkeluar bila melihat alam yang cantik terbentangdalam tradisi 'merantau' kaum lelaki dan pemuda Minangkabau yang memperhaluskan jiwa dan menajamkan minda mereka. - Dari Bab Minangkabau Menjelang Kurun Ke-20 dalam buku: Perang Aceh (1873-1913) Dan Peranan Snouck Hurgronje oleh PM Dr. Hafidzi Mohd Noor
--------------------------------------------------------------------------------------
32.
Nabi Isa a.s. pernah berkata:
"Berbahagialah sesiapa yang kata-katanya merupakan zikir,
diamnya sebagai berfikir dan pandangannya sebagai pengajaran.
Sesungguhnya manusia yang paling cerdik ialah yang sentiasa muhasabah dirinya
dan melakukan persediaan bagi selepas kematiannya."
(Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri pada menghuraikan Hikmah 12:
Hati Tidak Dapat Manfaat Daripada Sesuatu Seperti Uzlah,
Syarah Al-Hikam, ms.109, MSSAAS 161111)
--------------------------------------------------------------------------------------
33.
Kembali bersama saya 3 dekad ke belakang .....
MASA :
adalah dunia yang berputar
adalah siang dan malam yang kejar mengejar
adalah hari-hari yang bertukar
adalah jarum jam yang berputar
adalah degup jantung dan denyut nadi
adalah untuk menunai janji
adalah sesuatu yang hanya sekali
adalah segala-galanya untuk mereka yang mengerti.
19.12.1980
Taman Keramat.
--------------------------------------------------------------------------------------
34.
Orang yang tidak mempunyai apa-apa,
memang tidak boleh memberi apa-apa.
(one who has nothing cannot give anything)
Tetapi anda yang pastinya mempunyai sesuatu,
Jangan hanya simpan untuk diri anda sendiri.
Ayuh, berikan segera apa yang anda ada!
------------------------------------------------------------------------------------------------
36.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesiapa yang memudahkan seorang yang susah,
Allah nanti memudahkannya di dunia dan di akhirat.
Allah sentiasa membantu hamba-Nya
selama hamba itu membantu saudaranya.
Sesiapa yang melalui satu jalan khusus untuk menuntut ilmu,
Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga."
(Daripada Abu Hurairah, Musnad Ahmad, Hadith nombor 7118)
------------------------------------------------------------------------------------------------
37.
Allah Sentiasa Membuka Pintu Taubat Nya,
Jangan Sesiapa Berputus Asa Dari Memohon Pengampunan Nya:
Firman Allah SWT.:
"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri
(dengan melakukan maksiat)kemudian dia memohon ampun kepada Allah,
nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Nisa': 110)
------------------------------------------------------------------------------------------------
38.
Leadership chance?
Team members have chance?
So far not so good
It's not convincing (at least not me)
So far, it looks the same.
Is it the same, my friends?
Why are we afraid to chance for the better?
To be the best,
At least be better.
Most probrably it's true,
It's the same system.
I am starting to believe it.
(94% of problems due to systems)
The system is not right, it needs to be change.
But, why are we still afraid to change the system?
Come on guys, we elected you!!
--------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment