Thursday, January 05, 2012

ENTRY FB BULAN DISEMBER 2011 (pilihan)

1.
Sabda Rasulullah SAW:
“..Allah memberikan ganjaran bagimu dalam membacanya setiap huruf sepuluh kebaikan.
Ketahuilah, aku tidak mengatakan bagimu Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif-Lam-Mim.”
(HR al-Hakim dari Abdullah bn Mas’ud RA.)

Dalam kitab ”Mencapai Ma’rifat (Satu Pendekatan) karangan Ibnu Abdullah Al-Naqshabandi (mukasurat 353) di nyatakan: Tentang pahala membaca Al-Quran bolehlah diambil kata-kata Saiyidina ’Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ’anhu,
sebagaimana berikut:

1. Tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran di dalam sembahyang akan mendapat pahala 50 kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.

2. Membaca Al-Quran di luar sembahyang dengan berwudhu’ pahalanya 25 kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.

3. Dan membaca Al-Quran di luar sembahyang tanpa berwudhu’, maka pahalanya sepuluh (10) kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.

Fikirkanlah betapa besarnya pahala membaca Al-Quran. Allah memberi ganjaran kepada tiap-tiap huruf yang dibaca.

Sebagai contoh, satu perkataan ”Alhamdulillah” sahaja mengandungi lapan perkataan.
- Kalau dibaca di dalam sembahyang mendapat 400 kebajikan.- Jika dibaca diluar sembahyang dengan betrwudhu’ akan mendapat 200 kebajikan.
- Dan dibaca di luar sembahyang dengan tiada berwudhu’, maka pahalanya 80 kebajikan.
Bandingkanlah jika kita baca satu surah, dua surah atau lebih lagi tentulah pahalanya dan rahmatNya berganda-ganda.
Fkir-fikirkan dan selamat beramal!

------------------------------------------------------------------------

2.
Always remember:

It is far more important to do the right thing (effective)
than to do the things right (efficient).
Of course it is best if you can be efficient and effective
at the same time.

-------------------------------------------------------

3.
Tepat sekali misalan yang diberikan oleh Nabi s.a.w.:

"Orang yang berkawan dengan pembuat minyak wangi,
kalau sekiranya sekiranya minyak wangi tidak diberikan kepadanya pun,
bau wangi akan sampai juga kepadanya.
Begitu juga orang yang berkawan dengan tukang besi,
sekiranya bajunya tidak terbakar pun disebabkan percikan api,
bau busuk dari gebuk api itu sampai juga kepadanya."

-------------------------------------------------------

4.
The Person Who Doesn’t Make Mistakes Is Unlikely To Make Anything
......failures and false starts are precondition of success.
Be patient, don't give up and keep on trying..

------------------------------------------------------------------------

5.
Jadilah Orang Yang Iri Hati:
Tidak boleh iri hati, selain pada dua keadaan:
Pertama – pada orang yang dianugerahi Allah Taala ilmu,
maka ditegakkannya keadilan dengan ilmunya dan diajarkannya manusia.
Kedua – pada orang yang diberikan oleh Allah Taala harta,
maka dipergunakannya pada jalan kebajikan.
Hadis Rasulullah SAW. diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud)

-------------------------------------------------------

6.
Sabda Rasulullah SAW:

“Bahawasanya dengan sebabmu
diberi petunjuk oleh Allah akan seseorang,lebih baik bagimu daripada dunia dan isinya.”(HR Ahmad dari Mu’adz)

-----------------------------------------------------------------------

7.
Di Mana Kedudukan Kita Dari Segi Ilmu?

Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud):"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmuatau orang yang selalu mendengar pengajaranatau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut)dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Hadis Riwayat Al-Bazzar)

Jadilah orang berilmu yang seumpama padi, semakin berisi semakin tawaduk, tunduk merendah diri.

------------------------------------------------------

8.
"Patah sayap bertongkat paruh,
gunung nak didaki di daki jua.

Tanamkan dalam diri anda keazaman itu.

------------------------------------------------------------------------

9.
Jika terasa penat dengan ujian akibat kerenah manusia, anda belajarlah dengan haiwan dan alam:

Kalau mahu tahu luasnya padang, kena tanya belalang.
Kalau mahu tahu dalamnya hutan, kena tanya burung puyuh.
Kalau mahu tahu panjangnya pantai, kena tanya bebarau; dan
Kalau mahu tahu dalamnya laut, kena tanya kepada ketam.

Jika anda renungi dan bersahabat rapat dengan mereka,
pasti anda akan temui jawapannya.
Mereka pun makhluk Allah juga.
Dan mempunyai kelebihan tersendiri.

------------------------------------------------------

10.
Hati itu kerajaan di dalam tubuh.
Jikalau zalim segala anggota pun rubuh.

(Pasal 4: Gurindam 12 Raja Ali Haji)

------------------------------------------------------------------------

11.
Hikmah Ke-14: Ibn Athaillah Iskandary dalam Syarah Al-Hikam, ms. 123 - 130:

"Alam semuanya gelap dan sesungguhnya yang menerangkannya ialah kebenaran Tuhan yang Haq padanya. Maka sesiapa yang melihat alam tetapi tidak dapat menyaksikanNya padanya atau disisinya atau sebelumnya atau selepasnya, maka sesungguhnya tertutup mata hatinya daripadanya dan cahaya matahari makrifah terlindung daripadanya oleh awan (kabus)kezaliman kesan-kesan makhluk."

(disyarahkan oleh Ustaz Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri di MSSAAS pada 211211:

Maka amat malanglah orang-orang yang hanya mampu melihat benda,
tetapi mampu melihat hakikat yang di sebalik benda itu..)

-------------------------------------------------------

12.
Di akhir Surah Ibrahim dan akhir Juz ke 13, Allah SWT. berfirman:

"(Quran) ini suatu yang disampaikan kepada manusia, supaya mereka mendapat peringatan dengan dia dan supaya mereka mengetahui, bahawa Allah Tuhan Yang Esa dan supaya mendapat peringatan orang-orang yang berakal."

(Surah 14: Ayat 52)

-------------------------------------------------------

13.
At-Tirmidzi meriwayatkan dari Abdullah bin Mubarak tentang ciri akhlak mulia, dia berkata:

"Iaitu bermuka manis,
berbuat kebajikan
dan menahan diri dari perbuatan jahat"

------------------------------------------------------------------------
14.
Masa terlalu suntuk untuk dirugikan.

-------------------------------------------------------

15.
"Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaan Mu,
dari kemurkaaan Mu,
dari siksaan Mu,
dan aku berlindung dengan Mu
dari tidak mampu memuji Mu
seperti Engkau memuji diri Mu."

------------------------------------------------------------------------

16.
Doa Dari Kesesatan, Tergelincir, Kezaliman dan Kebodohan (bekalan untuk esok hari)

Daripada Umm Salamah, katanya:

Nabi saw. tidak pernah keluar dari rumahnya sama sekali melainkan baginda mengangkat matanya ke langit dan bersabda:

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada aku sesat atau disesatkan,gelincir atau digelincirkan, menzalimi atau dizalimi, bodoh atau aku diperbodohkan”

(Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani).

-----------------------------------------------------------------------

17.
"Orang yang dermawan itu dekat dengan Allah Yang Maha Haq
dan dekat dengan sesama makhluk,
orang yang kikir itu jauh dari Allah Yang Maha Haq
dan dengan sesama manusia."

(al-Hadis)

-------------------------------------------------------

18.
Istiqamah;

Berjuang walaupun terpaksa merangkak
tetapi sampai,
adalah lebih baik dari berlari
tetapi lelah dan terhentidi pertengahan jalan.

-------------------------------------------------------

19.
Bukanlah kecantikan dan keindahan itu
pakaian yang menghiasi diri manusia,
tetapi yang menjadikan kecantikan dan keindahan itu
ialah ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang mulia.

(Pepatah Arab)

------------------------------------------------------------------------

20.
Akhlak atau budi pekerti yang mulia itu
adalah seperti sejambak bunga
yang memikat hati sesiapa yang memandangnya.
"Bunga Akhlak" inilah yang menjadi daya penarik
dalam diri seseorang itu.

---------------------------------------------------------------

21.
Orang yang tidak pandai menunjukkan kasih sayang,tidak akan disayangi.
Orang yang tidak tahu menghargai,akhirnya tidak akan dipedulikan oleh sesiapapun.
Orang yang tidak bijak menilai kepentingan ilmu,ianya akan berlalu begitu saja,
tanpa memberi sebarang manfaat dunia akhirat kepadanya.
Termasuklah dalam fesbuk ini!
Segalanya akan menjadi saksi dan bahan bukti
di kampung abadi kita kelak.

"Dunia tempat beramal.
Akhirat tempat menerima pembalasan."

-------------------------------------------------------

22.
DAKWAH ITU CINTA
DAN CINTA AKAN MEMINTA SEMUANYA DARIMU.

------------------------------------------------------

23.
DUA perkara yang perlu kita INGAT:

1. Kejahatan kita terhadap orang lain; dan
2. Kebaikan orang lain terhadap kita.

DUA perkara yang perlu kita LUPAKAN:

1. Kebaikan kita terhadap orang lain; dan
2. Kejahatan orang lain terhadap kita.

-------------------------------------------------------

24.
YOU CANNOT HIRE PEOPLE
TO DO YOUR PUSH-UPSFOR YOU.

- Jim Rohn

-------------------------------------------------------

25.
Fadhilat Istighfar:

Barangsiapa yang biasa melazimi istighfar, memohon keampunan pada ALLAH,
maka ALLAH memberinya jalan bagi setiap kesempitan,
memberi kegembiraan pada setiap kesulitannya,
dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangkainya.


-------------------------------------------------------

26.
Kekayaan hati dan jiwalah
yang boleh memberi manfaat kepada kekayaan harta.

------------------------------------------------------------------------

27.
Orang yang mempunyai matlamat dan berkeazaman
akan sentiasa menunjukkan hasil.
Sementara orang yang tidak mempunyai cita-cita
akan selalu memberi alasan
atas perkara yang tidak dilakukan oleh mereka.

------------------------------------------------------------------------

28.
"Hidup jasad kerana ruh,
Hidup ruh kerana akal,
Hidup akal kerana ilmu,
Hidup ilmu kerana amal,
Hidup amal kerana ikhlas."

(Imam al-Ghazali)

------------------------------------------------------------------------

29.
Nikmat yang berbaki
Manfaatkanlah sebaik mungkin
Sebelum ianya ditarik kembali.
Bagi mereka yang hidup penuh kenikmatan,
sememangnya tidak mengerti apa-apa pun.
Kerana mereka sedang tenggelam dan lemas
dengan apa yang mereka ada.
Mereka hanya akan tersedar
apabila kehilangan nikmat itu.

Bagi anda,
apa yang anda hendak lakukan
dengan segala nikmat yang sedang dan masih anda miliki?

-------------------------------------------------------

30.
SN Dato' A. Samad Said telah menulis dalam muqaddimah Al-Amin:

"Segala penderitaan dan kemudiannya segala kebahagiaan tidak datang tanpa suatu makna dalam kehidupan seseorang. Ditenung jauh ke dalamnya, saya mulai yakin bahawa setiap insan yang datang - betapa pendek pun usianya - sebenarnya telah diberikan suatu kesempatan luar biasa dalam hidupnya. Sering saya bertanya apakah pula balasannya kepada satu nikmat kehidupan yang teranugerah kepadanya itu?

Empat tahun lalu, dalam usia enam puluh tahun, saya tersedar betapa sia-sianya kehidupan saya jika tidak saya ciptakan sesuatu yang bakal mendekatkan saya kepada Nabi kami yang besar. Sebenarnya saya takut untuk memulakannya, kerana saya sedar bahawa tugas itu bukan sesuatu yang mudah.. "

-------------------------------------------------------

31.
Allah SWT. berulangkali bertanya kita:

"Lalu nikmat Tuhan kamu
yang mana satukahyang hendak kamu dustakan?

"Apakah agaknya jawapan kita?

------------------------------------------------------------------------

32.
To ahieve great things,
we must not only act
but also plan.
ot only dream,
but also BELIEVE.

- Anatole France

------------------------------------------------------------------------

33.
ANDA CUBALAH JADI INSAN YANG PALING BERMANAFAAT
WALAU DI MANA SAHAJA ANDA BERADA:

Di campak ke tengah laut – jadi PULAU
Di benam ke dasar laut – jadi MUTIARA
Di lontar ke langit tinggi – jadi BINTANG
Di tanam ke perut bumi – jadi PERMATA
Di buang ke hutan belantara – jadi GUNUNG!

------------------------------------------------------------------------

34.
Mohon dan Merayulah Kepada Nya

Wahai saudaraku, rayuilah dalam do'a serta bersungguh2 memohon keampunan dan keperluan hajatmu - kerana apabila dikehendaki Nya menjadikan sesuatu itu, dikataNya 'kun' (jadi) maka jadilah ia.

Darpada 'Amru bin Ishaq r.a. bahawasanya beliau telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda:

"Paling hampir di antara seorang hamba dengan Allah adalah di kala tengah malam. Seandainya engkau mampu hendak menjadi dari orang yanng mengingati Allah pada waktu tersebut, maka lakukanlah." (HR Tirmidzi).

Berbeza dengan manusia yang tidak suka apabila kita meminta-minta sesuatu daripadanya, Allah SWT sebaliknya menuntut kita memohon kepadaNya:

"Sesiapa yang tidak meminta (berdo'a) kepada Allah nescaya Allah murka kepadanya."
(sabda Rasulullah SAW. dari Abu Hurairah r.a. dan diriwayatkan oleh Tirmidzi).

Sehubungan itu contoh do'a yang ma'thur ialah doa Rasulullah SAW. (seperti yang dipetik dari Abu Hurairah r.a.) yang berkata dalam doa baginda:

"Wahai Tuhanku! Perbaikilah bagi agamaku yang menjadi pegangan urusanku dan perbaikilah bagiku akhiratku yang di sana aku kembali. Jadikanlah hidup bagiku tambahan dalam segala perkara kebajikan dan jadikanlah mati itu kerehatan bagiku dari setiap kejahatan." (HR Muslim).

------------------------------------------------------------------------

35.
Seperi biasa, saya tahu Mak Wa mengerti yang saya sedang kecewa dan bersedih. Mak Wa berkata,

"Hidup ini ibarat batu giling. Perlu ada alu dan alas.
Kedua-duanya perlu berganding bagi menggiling lada kering.
Air pula peranannya bagi menjadikan gilingan lada ini lebih lembut dan halus.
Lada pula mudah hancur. Tengok, Allah jadikan sesuatu itu ada gunanya."

(Travelog Cinta Abadi, ms. 67)

No comments:

Post a Comment