Saturday, November 12, 2011

Kelas Ke -18_2011: Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya

Tarikh : 16 Zulhijjah 1432H / 12 November 2011
Hari / Masa : Sabtu / 8.30 malam

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Bismillahir rohmaanir rohim.
Selamat hadir ke Kelas Ke - 18!

                  












INI KELAS YANG TERAKHIR!!!

Alhamdulillah, kita akan sampai juga ke 'garisan penamat' bagi Kelas  Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya. Diulangi: bahan-bahan kelas ini adalah ringkasan dari buku bertajuk sama yang telah ditulis oleh Ustaz Hj. Othman Hj. Ibrahim. Buku tersebut diedarkan oleh Suhbah Enterprise, Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Dengan itu sudah selayaknya semua pahala daripada kelas pengajian ini kita niatkan untuk disedekahkan kepada Ust. Hj. Othman. Semuga ada manfaatnya kepada beliau dan kita semua.

Kita akhiri Kelas sebanyak 18 siri ini dengan doa dan harapan tulus dari Ustaz Hj. Othman dan kita semua:


DOA AKHIR 
USTAZ HJ. OTHMAN HJ. IBRAHIM

Untuk ibuku, ayahku dan semua guru-guruku...sebenarnya aku tidak mampu untuk membalas jasa-jasamu kecuali ku tadahkan tanganku ke hadrat Ilahi dan ku paparkan doa ini:

"Ya Allah! 
Hamba kenali ibu ayah dan guru-guru hamba yang tidak terlepas dari dosa dan maksiat kepada Mu. 
Oleh itu Kau ampunilah dosa-dosa mereka dan Kau sucikanlah ya Allah hati-hati mereka dari sebarang penyakit yang telah hamba paparkan agar mereka mampu berhadapan dengan Munkar Nakir Mu, 
lebih-lebih lagi di hadapan Mu nanti dengan kesucian dan ketenangan.

Ya Allah! 
Sekiranya Engkau ampunkan dosa ibu, ayah dan guru hamba...ampunilah juga anak-anak hamba, isteri hamba serta anak-anak murid hamba dan siapa yang membaca risalah kecil ini. 
Dan peliharalah kami ya Allah dari penyakit yang merosakkan jiwa dan hati kami dan janganlah ya Allah Kau matikan kami dalam keadaan hati kami masih memiliki habuk-habuk riak, hasad, sombong, futhur dan cenderung kepada hawa nafsu.

Jangan ya Allah...janganlah...janganlah....

Dan sekiranya kami pernah terjebak dengan penyakit-penyakit tersebut, 
Kau ampunilah dosa-dosa kami dan janganlah Kau hapuskan amalan yang baik yang pernah kami lakukan.


Kasihanilah kami, ya Allah...ya Allah...
Ya Allah....Ya Allah....


Hanya Engkau tempat kami mengadu, agar Kau selamatkan kami di dunia yang fana ini. Lebih-lebih lagi ketika kami berada di kubur Mu dan ketika kami berdiri di hadapan Mu nanti.


Ampuni kami ya Allah
Ampuni lah ya Allah
Ya Allah....Ya Allah.....
    
                    +++++++++++++++++


Kata-Kata Akhir Penganjur


Dengan doa itu tamat sudahlah siri Kelas kita.
Sehingga kita bertemu di kesempatan lain yang dizinkan oleh Allah SWT. saya ucapkan kepada semua:


Terima kasih di atas sambutan, penglibatan dan sokongan yang telah diberikan. Tak kiralah samada anda termasuk di kalangan lebih kurang 10 orang yang memang saya tahu mengikuti Kelas ini secara tetap ataupun ramai lagi anda di luar sana yang juga telah mengikuti kelas ini secara tetap, tetapi anda tidak mahu mengishtiharkan diri anda. Angka pengunjung blog ini yang melonjak setiap kali bahan Kelas ini di 'publish' membuktikan anda juga mengikuti bahan pengajian ini secara 'senyap'. Tapi iti semua tidak menjadi sebarang persoalan. Saya tetap bersyukur dan mengharapkan kesan yang terbaik kepada  semua.


Keduanya, saya meletakkan setinggi harapan agar penglibatan kita dalam kelas ini telah mendapat ganjaran baik daripada Allah SWT, Yang terpenting, segala yang telah dipelajari dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian, sekuat usaha kita.


Tidak lupa juga saya memohon kemaafan atas segala kekurangan atau salah silap dari semua aspek snemasa proses mengendalikan Kelas ini secara maya. Sesungguhnya sebahagian bahan Kelas ini telah disediakan dalam keadaan 'sedikit kepayahaHarap jika ada yang terasa, janganlah ianya disimpan di dalam hati. Maafkan dan lupakanlah. Ingat lah yang baik-baik sahaja untuk dijadikan kenang-kenangan kita bersama..


Dan pesanan terakhir: jangan ada lagi yang memanggil atau membahasakan saya 'Pengetua' lagi selepas ini ye. Supaya saya tidak terus terasa seperti warga emas... Kasi 'chan' lah pada saya untuk 'muda' semula...(ada ke istilah 'Pengemuda'? Kalau ada, I Like! hehehe...)


Sehingga itu sahaja.
Wabillahitttaufiq wal hidayah.
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Alhamdulillah!


SYUKRAN JAZIILAN KEPADA ANDA SEMUA DAN SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI KESEMPATAN LAIN.  

ILLIQOK MAAS SALAAMAH!!


- memburuganjaranilmubermanfaat -

1 comment: