Sunday, February 05, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H, Ahad, 12 Rabiulawal 1433H / 5 Februari 2012

Bukti Mencintai Allah s.w.t. Ialah Dengan Mengikuti Rasulullah s.a.w.:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
- Surah Ali Imran (3) : 31

Mentaati Rasulullah s.a.w. Bermakna Mentaati Allah s.w.t.:

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;
dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad),
kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."
- Surah An Nisaa' (4) : 80

Tugas Rasulullah s.a.w. Membawa Kebenaran dan Khabar Gembira Serta Memberi Peringatan

"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran,
(serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman)
dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau
sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab)
tentang ahli neraka."
- Surah Al-Baqarah (2) : 119

Perutusan Nabi Muhammad s.a.w. Menjadi Rahmat Kepada Sekelian Alam

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam."
- Surah Al-Anbiyaa' (21) : 107

MENGENALI RASULULLAH S.A.W

1. Nama:
Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib

2. Bapa:
Abdullah (meninggal dunia di Abwa' semasa nabi dalam kandungan ibunya Aminah Binti Wahab)
Bin Abdul Muttalib (gelaran: Syaibah) Bin Hashim (gelaran. Nama sebenar: Amru, berkahwin dengan Salmah, anak ketua kabilah di Yathrib (Madinah) dan meninggal dunia di Palestin, khususnya di Gaza)Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab Bin Murrah

3. Ibu :
Aminah Binti Wahab Bin Abd Manaf Bin Zuhrah Bin Kilab Bin Murrah

4. Tarikh dan Tempat Kelahiran:
Hari Isnin, sebelum terbit matahari, 12 Rabiulawal Tahun Gajah (50 hari atau 55 hari selepas serangan ke atas Kaabah oleh tentera Abrahah)iaitu tahun ke 53 sebelum Hijrah bersamaan 570 Masihi di Makkah al-Mukarramah, berhampiran Bukit Sofa (rumah Abu Talib - tempat tersebut telah dibangunkan sebagai perpustakaan Makkah dan masih wujud sehingga sekarang).
Pendapat lain tentang tarikh kelahiran: 2, 9, 10 dan 11 Rabiulawal.
Safiulrahman Al Mubarakpuri, pengarang Ar-Raheq Al-Maktum memilih tarikh 9 Rabiulawal sebagai tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w.

5. Ibi Susuan:
1. Tsuwaibah Binti al-Aslamiyah
2. Halimah Binti Abu Dzu'aib as-Sa'diyah

6. Di angkat Menjadi Rasul:
27 Ramadhan tahun ke-13 sebelum Hijrah / 609 Masihi di Gua Hira, Makkah al-Mukarramah.

7. Wafat:
Isnin, sebelum tengahari, 12 Rabiulawal tahun ke - 11 Hijrah / 632 Masihi di Madinah.

8.Isteri-Isteri:
1. Siti Khadijah Binti Khuwailid r.h.
(tarikh kahwin: tahun ke 28 Sebelum Hijrah); (tempoh berkahwin: 25 tahun); (6 anak - 1L, 5P)
2. Saudah Binti Zam'ah r.h.
(tahun ke-10 kenabian, ke- 3 SH di Mekah); (14 tahun)
3. Aisyah Binti Abu Bakar r.h.
(tahun ke-11 kenabian, ke- 2 SH di Mekah); (13 tahun)
4. Hafsah Binti Umar r.h.
(tahun ke- 3 H.); (8 tahun)
5. Zainab Binti Khuzaimah r.h.
(penghujung 3 H, awal 4 H di Madinah); (2-3 bulan)
6. Ummu Salamah Hindun Binti Abu Umayyah r.h.
(Syawal, tahun ke- 4 H di Madinah); (7 tahun)
7. Zainab Binti Jahsy r.h.
(Zulkaedah, tahun ke- 5 H di Madinah); (6 tahun)
8. Juwairiyah Binti al-harith r.h.
(Sya'ban, tahun ke- 5 H) selepas peristiwa peperangan Bani Mustalaq); (6 tahun)
9. Safiyyah Binti Huyai r.h.
(tahun ke- 7 H dalam perjalanan balik dari perang Khaibar); (4 tahun)
10. Ummu Habibah Ramlah Binti Abu Sufiyan r.h.
(tahun ke- 7 H selepas pulang dari Khaibar); (4 tahun)
11. Maimunah Binti al-Harith r.h.
(Zulkaedah, tahun ke- 7 H selepas peristiwa Umrah al-Qadha di Makkah); (4 tahun)
12. Mariah Binti Syam'un r.h.
(tahun ke- 7 H di Madinah); (4 tahun)

9. Anak-Anak Lelaki (3 orang) dan Perempuan (4 orang):
Lelaki:
1. Al-Qosim r.a.
2. Abdullah r.a.
3. Ibrahim r.a.
Perempuan:
4. Zainab r.h.
5. Ruqayyah r.h.
6. Ummu Khalthum r.h.
7. Fatimah r.h.

10. Cucu-Cucu Lelaki (6 orang) dan Perempuan (4 orang):
Lelaki:
1. Ali r.a.
2. Abdullah r.a.
3. Al-Hasan r.a.
4. Al-Husain r.a.
5. Yahya r.a.
6. Muhammad r.a.
Perempuan:
7. Umamah r.h.
8. Ummu Kalthum r.h.
9. Zainab r.h.
10.Ruqayyah r.h.

11. 10 Sahabat Rasulullah s.a.w. Yang Dijamin Syurga:
1. Abu Bakar As-Siddiq r.a.
2. Umar Bin Khattab r.a.
3. Uthman Bin Affan r.a.
4. Ali Bin Abi Talib r.a.
5. Thalhah Bin Abdullah r.a.
6. Zubair Bin Awwam r.a.
7. Sa'ad Bin Abi Waqqas r.a.
8. Sa'id BinZaid r.a.
9. Abdur Rahman Bin Auf r.a.
10.Abu Ubaidah Bin Jarrah r.a.

12. Sifat Wajib Bagi Rasulullah s.a.w.:
1. Siddiq (benar)
2. Amanah (dipercayai)
3. Tabligh (menyampaikan)
4. Fathonah (bijaksana)

13. Sifat Mustahil Bagi Rasulullah s.a.w.:
1. Kizbun (pendusta)
2. Khianat (berbuat curang)
3. Kitman (menyembunyikan wahyu)
4. Jahlun (bodoh)

14. Sifat Harus Bagi Rasulullah s.a.w.:
Memiliki sifat seperti manusia umumnya.

15. Peperangan Yang Disebut Dalam Al-Quran:
1. Ghazwah Badar (Surah al-Anfal)
2. Ghazwah Uhud (Surah ali Imran)
3. Ghazwah Khandak (Surah al-Ahzab)
4. Ghazwah Bani Quraidzah (Surah al-Ahzab)
5. Ghazwah Khaibar (Surah al-Ahzab, al-Fath)
6. Ghazwah Bani Nadhir (Surah al-Hasyr)
7. Ghazwah Hudaibiyyah (Surah al-Fath)
8. Ghazwah Fathu Makkah (Surah an-Nasr)
9. Ghazwah Tabuk (Surah at-Taubah)

Catatan: Dari 28 Ghazwah, 9 daripadanya berlaku pertembungan dengan pihak musuh iaitu:
Badar, Uhud, al-Muraisi', Khandak, Quraidzah, Khaibar, Fathu-Makkah, Hunain dan Taif.
19 pertembungan tidak berlaku kerana musuh melarikan diri.

No comments:

Post a Comment