Wednesday, November 02, 2011

Kelas Ke - 16_2011: Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya

Tarikh : 6 Zulhijjah 1432H / 2 November 2011
Hari / Masa : Rabu / 8.00 malam.

                       MINGGU TUGASAN!!
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh.
Bismillahir Rohmaanir Rohim.
Selamat Hadir ke Kelas  Ke - 16, Kelas yang mendebarkan.
Minggu Tugasan!

Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh rakan belajar, minggu ini anda akan di minta melakukan tugasan yang mudah sahaja. Jangan stress, ianya lebih sebagai kenang-kenangan anda telah menghadiri kelas Penyakit-Penyakit Rohani dan Cara-Cara Mengubatinya ini, walaupun secara maya.

Di pendekkan celoteh 'Pengetua' tak bertauliah, berikut 3 tugasan yang perlu anda lakukan:

Tugasan 1: Menyampaikan Ucapan Salam Kepada Orang Yang Dikenali Ataupun Tidak  Dikenali Seramai Minima 5 Orang

Sabda Rasulullah SAW:

"Kamu tidak akan memasuki syutga sehingga kamu beriman dan saling berkasihan (antara Muslim) dan adakah kamu ingin aku menunjukkan kepada satu perkara yang jikalau kamu melakukannya, nescaya kamu akan saling berkasihan, sebarkanlah ucapan salam di antara kamu." 
(HR Muslim, Abu Daud)

Tugasannya: Anda di kehendaki memulakan ucapan salam: Assalamualaikum! kepada seramai 5 orang yang anda temui, samada anda mengenali orang tersebut dan yang lebih elok lagi memberi salam kepada orang yang anda tidak kenali.


Tugusan 2: Mengeluarkan sedekah Minima RM10.00

Tugasannya: Dalam tempoh 1 minggu sehingga hari Rabu akan datang, anda dikehendaki mengeluarakan sedekah dalam bentuk wang tunai sekurang-kurangnya bernilai RM10.00. Seelok-eloknya sekurang-kurangnya 50% daripadanya adalah dalam bentuk "sedekah jariah" yang pahalanya, InsyaAllah akan terus anda perolehi walaupun setelah anda meninggal dunia. 

Sila inbox saya (langkah terakhir) jika anda tidak tahu ke mana hendak disalurka sedekah tersebut.


Arahan Penting: Anda perlu melaksakan dahulu Tugasan 1 dan 2 sebelum anda dibenarkan melaksamnakan Tugasan 3. 
Bagi Tugasan 1 dan Tugasan 2, walaupun tidak diperlukan dan tidak diminta, jika anda mahu, anda digalakkan menceritakan pengalaman anda dalam melaksanakan tugasan tersebut.


Tugasan 3: Mengulas Mengenai Salah Satu Penyakit Rohani

Melalui kelas maya ini anda telah mempelajari mengenai 6 penyakit rohani dan bagaimana untuk mengubatinya. Tapi tugasan ini tidak terhad kepada 6 penyakit tersebut tetapi terbuka kepada apa sahaja yang anda anggap sebagai "penyakit rohani".

Tugasannya: Anda diminta memilih satu penyakit rohani dan menulis apa sahaja tentangnya dalam tidak kurang daripada 5 ayat. Anda diminta meninggalkan tugasan tersebut dalam 4 cara:

i.  Anda masukkan dalam ruangan komen di bawah bahan kelas ini, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa orang rakan belajar anda dalam kelas terdahulu; atau

ii. Anda menulis tugasan anda dalam komen fb yang memaklumkan tentang kelas ini; atau

iiii. Anda inbox saya dan saya akan masukkannya dalam kelas ini.

iv. Anda emel saya di alamat mantalib61@yahoo.com dan sata akan memasukkannya dalam kelas ini.

                        ++++++++++++++++++


@Tamat Kelas Ke-16. Kita akan ada 2 lagi kelas terakhir sebelum pengajian di bawah tajuk Penyakit Rohani ini kita tamatkan. Kelas yang akan datang ialah pada malam hari Rabu depan, 9 November 2011 bersamaan 13 Zulhijjah 1432H.

Sekian, selamat menyempurnakan tugas. Jangan merungut, jangan marah dan jangan mengumpat saya ye.. Ini sebahagian daripada latihan dan ujian dalam melawan dan melatih diri untuk menjadi PEMBANGKANG, iaitu Pembangkamg Hawa Nafsu (dan lain-lain penyakit rohani).

Sekian, wabillahit taufiq.
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

2 comments:

  1. Saya suka istilah PEMBANGKANG tu.
    Hidup kita mesti membangkang.
    Bangkang nafsu!
    Bangkang Yahudi!

    Bagus! Bagus! Pandai Tuan Pengetua!.

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Tugasan 1 - selesai diamalkan. Dan akan diamalkan berterusan, sebab sunnah!

    Tugasan 2 - Telah selesai.

    Tugasan 3 - Ulasan Penyakit Rohani

    1. Penyakit rohani semuanya berkait dengan hati.
    Hati adalah punca kepada sifat baik dan jahat manusia.

    2. Hati yang disirami dengan ayat-ayat Al-Quran dan zikir2, akan menjadikan manusia itu dipandang mulia oleh Allah dan sisi manusia.

    3. Sebaliknya hati yang sentiasa melakukan dosa, akan dinodai dengan titik hitam dan menyebabkan manusia mudah merosakkan alam, manusia dan merosakkan sistem yang diwujudkan oleh Allah SWT.

    4. Sifat-sifat Mahmudah lahir dari hati yg suci, bersih dan dibajai setiap hari manakala sifat mazmumah akan melahirkan insan yang hipokrit, munafik, dan dibenci sekalian manusia.

    5. Kita perlulah mengelakkan dari sifat hasad dengki, riak, takabur, mengikut kehendak hawa nafsu, bakhil dan futhur sebaliknya hendaklah kita menguasai diri kita dengan menjauhkan sifat hasad dengki, buang sebarang perasan riak dari dalam diri kita, banyak mengingati mati, melatih diri mengekang hawa nafsu yang serakah, banyakan menderma/sedekah jariah dan istiqamah dalam perjuangan Islam

    ReplyDelete