Saturday, May 19, 2012

Entry-Entry FB Sepanjang Bulan April 2012

47. 3 syarat untuk menjadi pemimpin yang baik:

1. Memiliki KEBERSIHAN HATI (ini dipanggil cerah spiritual);
2. Memiliki KECERDASAN (cerah intelek); dan
3. Memiliki KEBERANIAN (cerah mental).

Jadi kalau anda seorang yang pengecut, contohnya, baiklah anda berdiam diri tanpa memberi berbagai alasan, duduklah dalam rumah atau BERSIH kanlah saja kamar beradu dan tandas rumah anda! — at Sekyen 7 Shah Alam

-------------------------------------------------------
46. Bandaraya mampan tapi kurang selamat? Buatlah sesuatu sebelum yang dijangkakan, berlaku.. — at Seksyen 14 (27.04.2012)

-------------------------------------------------------
45. Memanglah jelas tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Sebab itu tidurnya seorang yang alim jauh lebih baik berbanding ibadah orang yang jahil. Tahukah anda mengapa pula begitu jadinya? Imam al-Ghazali dalam kitab "Minhajul Abidin" menjelaskan ia adalah kerana orang alim tidur dengan niat beribadah kerana Allah, tetapi ibadah orang yang tiada ilmu belum tentu dilakukan kerana Allah SWT. Jadi hendaklah kita berusaha menjadi orang yang berilmu, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar atau orang yang mencintai tiga golongan di atas. Jangan jadi kelompok kelima, yang menyebabkan kita tersesat dan binasa.. (26.04.2012)

-------------------------------------------------------
44. Terdapat dua adegan minum arak dalam klip video promosi 'Malaysia Truly Asia': lalu penulis bertanya kepada Malaysia Tourism: "Adakah minum minuman keras menjadi budaya Malaysia?" (25.04.2012)

-------------------------------------------------------
43. "NOT KNOWING is a terrible thing."

-------------------------------------------------------
42. Semoga ada yang mahu mengambil ikhtibar dan pengajaran dari pengalaman orang lain. Kata bijak pandai: "History repeats itself because no one is listening the first time." — at Restoran Hakim Sdn bhd, Seksyen 7, Shah Alam

-------------------------------------------------------
41. ..penonton kita macam budak kecil, disumbat apa pun semuanya makan termasuklah rancangan hiburan yang sampah...Kalau drama Melayu yang merapu dan meleret-leret tak payahlah menonton, buat buang karan saja. Itu Siti Jarum yang tulis, saya tolong salin semula saja. Yang pastinya, seperti SJ, saya tak suka menonton televisyen.. — at Sekyen 7 Shah Alam

-------------------------------------------------------
40. On a boring Tuesday afternoon, to idle away the time, Azrina Syazwani posted: "Saya xtau nk tulis ape, ni pon main tekan2 jew ni." in her Facebook status box and it generated 607 likes. A total of 99 people commented.... Itu cerita benar dalam fb. Anda tidak rasa pelik kah dengan 607 orang yang like dan 99 orang yang sanggup memberi komen kepada tulisan yang "kosong dan sangat remeh" seperti itu? Jika anda membaca lanjut tentangnya anda akan tahu, inilah realiti sebenar yang saya, antaranya, sedang bersaing dengannya. Mengikut adatnya, dan sebagai perbandingan, orang seperti saya tidak mungkin akan "menang" — at Jalan Krisoberil, Seksyen 7, SA (22.04.2012)

-------------------------------------------------------
39. Ustaz Shahril Long kata semua yang hadir pagi ini sangat beruntung kerana dia akan membocorkan soalan-soalan yang akan ditanya di alam kubur nanti, iaitu: 1. Man robbuka?; 2. Ma dinnuka?; dan 3. Man nabiyuka? Eh, mudahnya soalan dan jawapannya... Tapi tak perlulah kita semua menghafalnya, kerana yang akan menjawab nanti bukan lidah yang fasih bertutur dan 'berdebat' di dunia, tetapi pegangan Islam yang betul dan semua amalan baik dan buruk di atas bumi yang fana ini. — at Surau At Taqwa Seksyen 7 Jalan Jasper 7/15 (22.04.2012)

-------------------------------------------------------
38. Berkata Penyair: "Jika Allah tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk menolongnya, Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlah kamu sekalipun pakar yang menunjukkannya."

-------------------------------------------------------
37. Hikmah 26: Ibnu Athaillah Iskandary mengatakan: "Antara alamat atau tanda kejayaan sesuatu pada akhirnya adalah dengan kembali kepada Allah pada permulaannya." Ibn 'Ajibah berkata: "Sesiapa yang mengenali Alah SWT sudah pasti dia kembali kepada Nya dalam setiap urusan dan bergantung kepada Nya pada semua keadaan." Syeikh Zarruq berkata: "Cukuplah dengan cara ini iaitu kembali kepada Allah SWT merupakan tanda keuntungan. Sebaliknya kembali kepada nafsu ialah tanda kerugian." Ustaz Dr. Roslan Mohammad mensyarahkannya di dalam program PROMISE — at Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam (21.04.2012)

-------------------------------------------------------
36. Bob Lokman bertanya: "Anda mahu mati di atas kalimah syahadah atau di atas cara hidup anda? Adakah ada maknanya lafaz syahadah jika Allah SWT. tidak lagi anda kenali?" — at Seksyen 18, Shah Alam (20.04.2012)

-------------------------------------------------------
35. Al-Quran dinamakan juga Al-Furqan (menceraikan) kerana di dalamnya mengandungi beberapa hukum yang menceraikan di antara perkara-perkara yang hak (benar) dengan perkara-perkara yang batil (salah); sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Furqan ayat 1. Maha suci Tuhan yang telah menurunkan 'Al-Furqan' kepada hambaNya supaya adalah sekelian penduduk 'alam berasa takut.(ms. 9) — at Perpustakaan MSSAAS, Shah Alam

-------------------------------------------------------
34. Antara cerita tentang "Alam Barzah" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof Arbain ialah seperti berikut: Ibn Abi ad-Dunya telah menceritakan dalam kitab "al-Muhtadharin": "Ada seorang peniaga yang kaya raya yang akan meninggal dunia. Maka orang ramai yang ada di sekelilingnya mengajarkannya kalimah Laa Ilaha Illahah, namun dia tidak mahu mengucapkannya." Dia hanya berkata: "Berapakah hasil lima darab enam?" Pertanyaan tersebut diulangi-ulangi sehinggalah dia meninggal dunia." Allah SWT. berfirman dalam Surah al-Munafiqun, ayat 9: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). (Ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." — at Surau At Taqwa Seksyen 7 Jalan Jasper 7/15

-------------------------------------------------------
33. "Wahai MANUSIA,Aku jadikan dunia ini dan semua makhluk lain untuk kamu. Kamu tahukah untuk apa? Supaya kamu menegakkan agama Ku dan menggunakan agama itu untuk mentadbir dunia dan makhluk lain tersebut. Memang benar, golongan jin juga diminta mengabdikan diri mereka kepada Ku. Tapi adakah kamu, manusia mengharapkan mereka menubuhkan kerajaan di dunia dan melaksanakan Islam, satu-satunya agama yang telah Aku sempurnakan dan hanya itu saja agama yang Aku redhai?" Firman Allah SWT. dalam Surah Ali Imran, ayat 85: "Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam,maka tidak akan diterima daripadanya.Pada hari akhirat kelak, dia tergolong daripada orang yang rugi." — at Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam (18.04.2012)

-------------------------------------------------------
32. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 1 & 2 oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Syeikh Nuruddin telah mengumpulkan sejumlah 632 hadis-hadis yang menyentuh berbagai hukum dan aspek kehidupan, yang telah diriwayatkan oleh 10 orang sahabat Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

1. Saidina Uthman bin Affan r.a. (21 hadis);
2. Saidina Ali bin Abi Thalib r.a. (49);
3. Saidina Abdullah bin Mas'ud r.a. (67);
4. Saidina Jabir bin Abdullah (60);
5. Saidina Abdullah bin'Amru bin 'Ash r.a. (72);
6. Saidina Abu Sa'id Al-Khudri r.a. (55);
7. Saidina bdullah bin Ibnu Umar r.a.huma (110);
8. Saidina Anas bin Malik r.a. (80);
9. Saidina Ibnu Abbas r.a.huma (92); dan
10. Saidina Abu. Musa al-Asy'ari r.a. (26).

 Jilid 1 telah diterbitkan oleh Pustaka Darussalam, Alor Star dan
Jilid 2 oleh Halaqah Resources, Shah Alam. Sangat penting anda juga memilikinya sebagai rujukan dan dalil pegangan hidup. (16.04.2012)

-------------------------------------------------------
31. Orang yang memburu dan mencintai ilmu,akan menemui kebahagiaan. Kerana ilmu akan memandu mengenal Allah, mengenal Islam, menemui keselamatan. Sedangkan Islam itu berita gembira untuk sekelian manusia dan seluruh alam. Yang membebaskan manusia dari kegelapan kejahilan kepada cahaya kebenaran dan keimanan. Kebodohan dan kejahilan pula, adalah sesuatu yang membosankan dan menyedihkan. Orang yang berterusan dalam kejahilan memang menjadi 'makanan' dan mainan iblis dan syaitan. Anda boleh huraikan dengan lebih jelaskaitan antara ilmu dan kebahagiaan?

-------------------------------------------------------
30. Tentang keelokan dan kebagusan budi pekerti, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat melapangkan manusia dengan harta kamu. Sebab itu, maka lapangkan mereka dengan muka yang jernih berseri dan keelokkan budi. Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling elok budi pekerti." (15.04.2012)

-------------------------------------------------------
29. Dalam bukunya "Jumaat Bersama Tok Guru" di bawah tajuk 'Pelajaran daripada Tok Guru', Ann Wan Seng memulakan dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran (3), ayat 104: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." Saya kira itu antara pengajaran utama dan terpenting yang telah dipelajari oleh pengarang setelah mengikuti kuliah Tok Guru pada setiap Jumaat sejak lebih 20 tahun! Lanjutan itu, saya berpesan kepada diri sendiri supaya tidak terlalu asyik dan syok sendiri dengan sentiasa menyeru kepada amal makruf, termasuk melalui fb ini, sebaliknya meninggalkan sama sekali (atas apa juga alasan) tanggungjawab nahi munkar! Allahu Akbar!

 -------------------------------------------------------
28. Dalam akhbar MM, berita bertajuk: "Ahli PKR tidak puas hati Wan Azizah, Shamsidar batal sidang media" dua rangkap terakhir ialah seperti berikut: Ia dinantikan oleh seluruh penyokong pembangkang kerana mereka dijangka menjawab pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan mereka antaranya dakwaan bahawa Shamsidar mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Shamsidar juga seperti yang didakwa beberapa blog anti pembangkang mempunyai hubungan sulit dengan Anwar sehingga membawa kepada kelahiran seorang anak perempuan pada 1997. Amboi, amboi, sedapnya membuat dakwaan! Eh, eh, ada sesiapa yang nak buat tuduhan satu perzinaan telah berlaku sehingga melahirkan anak ke? Dahsyat sungguh tuduhan tu! Ayuh, kalau berani ke depanlah siapa anak jantan tu (atau anak betina) dan buatlah tuduhan secara rasmi.. Tapi sebelum tu, kalau mereka tidak tahu atau terlupa, baiklah diperingatkan tentang hukuman qazaf seperti firman Allah SWT. dalam Surah an-Nur (24): ayat 4; "Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka delapan pulih kali, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (15.04.2012)

-------------------------------------------------------
27. Khutbah Rasulullah Kepada Penghuni Kubur: Ketika Rasulullah SAW berada di kawasan kubur, dia berseru, "Wahai penghuni kubur, saya akan memberitahu kepada kamu apa yang akan berlaku selepas peninggalan kamu. Isteri kamu akan berkahwin lain, rumah kamu akan dijual, harta kamu akan dibahagikan. Apakah kamu dapat menceritakan apa yang kamu hadapi?" Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Sekiranya mereka dibenarkan menjawab, tentu mereka akan belaku, "Kami mendapat bekal yang paling baik, iaitu takwa." (Dicatatkan oleh az-Zamakhsyari dalam bukunya Muntakhab Rabi'ul-Asrar)

-------------------------------------------------------
26. Jika kamu menolong menaikkan dan mendaulatkan agama Allah, maka Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi dan kehidupan selepasnya. Dan saya kira ianya terpakai, walaupun melalui medium facebook ini. Walaupun ianya dicipta oleh Mark Zuckerberg, seorang Yahudi sekalipun! Eh, eh, tapi bukan ke ada seorang Sahibus Samahah, Mufti sebuah negeri di utara mengatakan kita tidak boleh berurusan dengan Yahudi, walaupun dia tidak berfahaman zionis? Ish, ish, ish....macamana tu? Saya sekadar bertanya saja.. (13.04.2012)

 -------------------------------------------------------
25. Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 2: Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Sahabat Ke 10 - Kutipan Dari Riwayat Sayyidina Abu Musa al-Asy'ari r.a. (26 hadits):  

(12) Mu'min Dengan Mu'min Yang Lain Seperti Bangunan
Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., dari Nabi s.a.w. baginda bersabda: "Seorang mu'min dengan mu'min yang lain seperti bangunan, saling menguatkan satu sama lain." Dan baginda s.a.w. menghimpunkan antara jari-jari tangan beliau. (Hadits riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Humaidi dan 'Abdu bin Humaid)  
(19) Bertemu Allah Yang Maha Agung
Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., dari Nabi s.a.w. baginda bersabda: "Barangsiapa ingin bertemu Allah, Allah juga ingin menemuinya danbarangsiapa benci bertemu Allah, Allah juga benci menemuinya." (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)  
(26) Syafaat Itu Untuk Umatnya Rasulullah s.a.w.
Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku diberi pilihan antara syafa'at atau setengah umatku masuk syurga, maka aku memliih syafa'at, kerana sesungguhnya ia lebih umum dan cukup. Adakah kalian mengiranya itu diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa? Tidak, akan tetapi aku akan memberikannya kepada orang-orang yang berdosa,yang bersalah, yang bergelumang dengan kesalahan."(Hadits riwayat Ibnu Majah) (13.04.2012)

-------------------------------------------------------
24. Talaqqi Tajwid Bersanad Bersama Imam Besar: Ilmu Tajwid wajib dipelajari antaranya untuk memelihara dan menjaga keaslian al-Quran. Sebaliknya para orientalis, ada di antaranya yang menjadi "musrif", 'supervisor' kursus Bahasa Arab di universiti-universiti di negara Barat 'menyelewengkan' BA. Ada pula yang menganjurkan dibenci orang Arab dan di tolak BA dan hanya menerima terjemahan al-Quran. Berhati-hatilah.. — at Masjid Negeri (12.04.2012)

 -------------------------------------------------------
23. Orang yang tidak pandai menunjukkan kasih sayang, tidak akan disayangi. Orang yang tidak tahu menghargai, akhirnya tidak akan dipedulikan oleh sesiapapun. Orang yang tidak bijak menilai kepentingan ilmu, ianya akan berlalu begitu saja, tanpa memberi sebarang manfaat dunia akhirat kepadanya. Termasuklah dalam fesbuk ini! Segalanya akan menjadi saksi dan bahan bukti di kampung abadi kita kelak. "Dunia tempat beramal. Akhirat tempat menerima pembalasan."

------------------------------------------------------
22. Istiqamah; Berjuang walaupun terpaksa merangkak tetapi sampai, adalah lebih baik dari berlari tetapi lelah dan terhenti di pertengahan jalan. (11.04.2012)

-----------------------------------------------------
21. HAH!! Sampai boleh menunjukkan kemaluan pelakon Emile Hirsch di TV3 dalam "Negara Islam" Malaysia? Ahli LPF tidurkah masa tu, lalaikah atau tak kisah? Saya cenderung untuk mempercayai pilihan yang terakhir. Anda pula? — at Federal Highway

-------------------------------------------------------
20. There's no one in this world that can take your place, Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, I will use every chance I get, To make you smile, whenever I'm around you, Now I will try to love you like you love me, Only God knows how much you mean to me. (do you know who is "Number One For Me"?)

-------------------------------------------------------
19. Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 2: Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Sahabat Ke 9 - Limpahan Rahmat Dari Tuhan Yang Maha Pencipta Dari Hadits-Hadits Riwayat Sayyidina Ibnu Abbas r.a. huma (92 hadits):

(22) Takutilah Neraka Walaupun Dengan Sebelah Kurma 
  Dari Ibnu Abbas r.a. huma, dari Rasulullah s.a.w. baginda bersabda: "Peliharalah diri kalian dari siksaan api neraka, sekalipun hanya dengan sebelah kurma." (Hadits riwayat Imam Ibnu Khuzaimah)  
(74) Siapa Teman Yang Paling Baik
Dari Ibnu Abbas r.a. huma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. ditanya: Siapakah di antara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah s.a.w. menjawab:"Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan pembicaraannya dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalnya." (Hadits riwayat Imam Abdu bin Humaidi)  
(77) Melazimi Beristighfar
Dari Ibnu Abbas r.a. huma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa melazimi beristighfar, maka Allah jadikan bagi tiap-tiap kesulitannya jalan keluar dan bagi tiap-tiap yang menyedihkan hatinya kelapangan serta memberikannya rezeki yang tidak dikira-kira." (Hadits riwayat Imam Abu Daud, Ahmad dan an-Nasa'i)  
(90) Kesihatan Dan Kelapangan
Dari Ibnu Abbas r.a. huma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu dengannya ialah kesihtan dan kelapangan."(Hadits riwayat Imam al-Bukhari, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad, ad-Darimi dan Abdu bin Humaid) (10.04.2012)

-------------------------------------------------------
18. Chorus: Kini ku tahu rasanya Hidup dalam cahaya kasih-Mu Kini ku tahu rasanya Menemukan damai di hati Seandainya semua tahu Indah mengabdi pada-Mu Seandainya semua tahu Kasih-Mu lepaskan belenggu Bebaskanku, kuatkanku. (lagu: Ku Milik-Mu, lirik oleh Maher Zain & Bara Kherigi & Bilal Haji; dalam album terbaru Maher Zain: forgive me) Mujur hanya ada 2 lagu dalam Bahasa Melayu dalam album tersebut. Kalau tidak MZ akan menjadi penyanyi Lagu Melayu sepenuhnya. Dia pun kedengaran sangat 'ikhlas'. Oh, sebaliknya bukankah ada penyanyi Malaysia yang bangga menyanyikan lagu dalam albumnya dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya?...

-------------------------------------------------------
17. Anda jangan silap sangka ye! Ini bukan kawasan setinggan, tapi satu kawasan penempatan orang Melayu di dalam kawasan Bandaraya, MBSA, dalam sebuah negeri maju. 8 tahun menjelang 2020, negara maju pula..... — at Padang Jawa Shah Alam.

-------------------------------------------------------
16. Firman Allah SWT:

 [128] : "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman. [129] : Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

(128) : "Now hath come unto you an Messenger from amongst yourselves: it grieves Him that ye should perish: ardently anxious is He over you: to the believers is He Most kind and Merciful. (129) : But if They turn away, say: "(Allah) sufficeth Me: there is no god but He: on Him is My trust,- He the Lord of the Throne (of Glory) Supreme!". (Surah At-Taubah)

------------------------------------------------------
15. Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 2, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Sahabat Ke 8 - Bekalan Seorang Salik Dari Hadits-Hadits Riwayat Sayyidina Anas Bin Malik r.a. (80 hadits):  

(1) Kedudukan Cinta
Artinya: Dari Anas Bin Malik r.a., dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda: "Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga dia menginginkan untuk saudaranya apa yang dia inginkan untuk dirinya sendiri. (Hadits rwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan ad-Darimi)  
(42) Bala Bencana Akan Membersihkan Dosa
Artinya: Dari Anas Bin Malik r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila Allah menimpakan suatu bala musibah di tubuh seorang muslim, Allah berfirman: Tulislah untuk hambaKu amal shaleh yang biasa dia lakukan, maka jika dia sembuh, Allah akan membersihkan dan menyucikannya, dan jika Dia mengambil nyawanya, Allah akan mengampuni dan merahmatinya." (Hadits riwayat al-Bukhari di dalam kitab 'al-Adab' dan Ahmad) (09.04.2012)

 -------------------------------------------------------
14. Politik, seperti juga peperangan adalah tipu daya. Anda baca dengan teliti dan pelajari kebijaksanaan pemimpin ulung dunia, Rasulullah s.a.w. melalui Perjanjian Hudaibiyyah yang pada zahirnya banyak mengalah dan memberikan terlalu banyak kelebihan kepada Abu Suffian dan orang kafir Quraish, tetapi akhirnya telah memberikan ruang dan kemenangan besar kepada Islam. Jadi jangan mudah dan lembut mulut dan lidah anda mengkritik para Tuan Guru dan ulama haraki yang lebih bijaksana. Ustaz Mohd Uda Kasim menyampaikan dengan panjang lebar tentang pengajaran dari Perjanjian Hudaibiyyah. — at Masjid Sultan Abdul Aziz Shah (08.04.2012)

-------------------------------------------------------
13. Hamba Allah yang beradap lebih baik dari hamba yang taat kepada perintah Nya. "Jadikan ilmumu seperti garam, jadikan adapmu seperti tepung." - Ustaz Yussaine Yahya dalam Forum Bicara Aqidah — at Surau At Taqwa Seksyen 7 Jalan Jasper 7/15

-------------------------------------------------------
12. "Tidak berhenti (terhalang) sesuatu permintaan yang engkau minta dengan bersandarkan kepada kurnia (kekuasaan) Tuhanmu, dan tidak mudah tercapai permintaan (pengharapan) yang engkau sandarkan kepada dirimu sendiri." Hikmah Ke 25 Al-Hikam, di syarahkan oleh oleh Ustaz Khairul Zaman Abdul Kadir — at Muzium Negeri Selangor, Shah Alam

-------------------------------------------------------
11. "Saya bukan ustaz, tapi saya fikir dalam tempoh kehidupan saya yang singkat ini, kalau saya tidak menyampaikan mesej-mesej ketuhanan, saya rasa saya sangat rugi. Kalau Allah SWT mengangap usaha saya ini satu usaha dakwah, itulah bahagian saya." - Ybhg. Sdr. Mohd. Nur Iman Ramli, penulis buku Fail Sulit Presiden Amerika dalam Bicara Addin MSSAAS 7 April 2012. (07:15 pg.) — at Masjid Negeri (07.04.2012)

-------------------------------------------------------
10. To achieve, first, we must believe in what we are doing. We must also have someone to lead us, a leader we trust and respect and obey.

-------------------------------------------------------
9. Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 2: Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.Sahabat Ke 7 - Bintang Yang Berkilau Dari Hadits-Hadits Riwayat Sayyidina Abdullah Ibnu Umar r.a. (110 hadits):  

(49) Pedagang Yang Jujur Dan Terpecaya
Dari Ibnu Umar r.a. huma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pedagang yang jujur lagi terpercaya pada hari kiamat nanti akan berserta para syuhada." (Hadits riwayat Imam an-Nasa'i)  
(78) Berbuat Baik Kepada Tetangga
Dari Ibnu Umar r.a. huma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jibrail senantiasa menasihatiku agar berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku menyangka bahwa aku dan dia saling waris-mewarisi." (Hadits riwayat Imam al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)  
(106) Pemimpin Yang Menipu Rakyatnya
Dari Ibnu Umar r.a. huma, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ketika baginda berada di kamar 'Aisyah: "Akan ditegakkan nanti pada hari qiamat bagi semua orang yang menipu dan tidak ada penipuan yang terbesar selain daripada penipuan seorang pemimpin kepada rakyatnya."(Hadits riwayat Imam Ahmad) (06.04.2012)

-------------------------------------------------------
8. Dulu khabarnya kita "gah" dan orang luar pun melihat kita ini satu bangsa besar yang hebat dan dipandang mulia....

 "I CANNOT BUT CONSIDER THE MELAYU NATION AS ONE PEOPLE SPEAKING ONE LANGUAGE THOUGH SPREAD OVER SO WIDE A SPACE, PRESERVING THEIR CHARACTER AND WISDOMS, IN ALL THE MARITIME STATES LYING BETWEEN SULU SEASAND THE SOUTHERN OCEANS."

Stanford Raffles (1816)@ Muzium Kesenian Islam Malaysia, 040412. Tapi kini, kita, orang Melayu, di mana? Di mana kita telah keciciran?....

------------------------------------------------
7. Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 2: Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Sahabat Ke 6 - Bintang Yang Bercahaya Dari Hadits-Hadits Riwayat Sayyidina Abu Sa'id Al-Khudri (55 hadits):  

(6) Paling Jelek Manusia Adalah Pencuri
Dari Abu Said al-Khudri r.a.beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya sejelek-jelek manusia adalah pencuri yang mencuri shalatnya." Para sahabat bertanya:Ya Rasulullah! Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan mencuri shalat itu? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Yaitu orang yang tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya." (Hadits riwayat Ahmad dan Abdu bin Humaid)  
(34) Majlis Zikir
Dari Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri r.a. huma, keduanya menyaksikan Rasulullah s.a.w. sesungguhnya bersabda: "Tidaklah duduk satu kaum serta berzikir kepada Allah, melainkan mereka dikelilingi oleh para malaikat dan mereka diliputi pula oleh rahmat dan turunlah atas mereka ketenangan dan Allah menyebut (membanggakan) mereka pada para malaikat." (Hadits riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Abdu bin Humaid)  
(48) Mendekatkan Diri Kepada Allah Dengan Perbuatan Taat
Dari Abu Said al-Khudri r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mendekatkan diri kepada Allah satu jengkal, Allah akan mendekat kepadanya satu hasta, dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepada Allah satu hasta, Allah akan mendekat kepadanya satu depa, dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan bejalan, maka Allah akan mendekatnya dengan berlari (kinayah kerana cepatnya)." (Hadits riwayat Ahmad) (05.04.2012)


-------------------------------------------------------
6. "Manusia hidup di dunia ini hanyalah sementara. Oleh itu carilah sebanyak mungkin keredaan Allah supaya ia dapat jadi bekalan di akhirat nanti. Janganlah hidup di dunia ini hanya untuk marah, tidak mahu memaafkan orang kerana ia adalah sifat mazmumah dan amat merugikan kita. Oleh itu kita perlu mudah memaafkan orang InsyaAllah orang lain juga akan mudah memaafkan kita dan hidup kita akan bahagia di dunia dan akhirat. "Kesimpulan Bab 1 - Maafkan Diri Anda dan Orang Lain dalam buku Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad; Bahagia & Membahagiakan, 2012. — at Sekyen 7 Shah Alam

------------------------------------------------------------
5. Siapakah yang telah memasuki syurga tetapi mereka lebih rela keluar darinya, supaya mereka dapat memasuki syurga semula berulang kali? Mereka lebih suka dibunuh sepuluh kali! Hebatnya para syuhada'. Jika anda tulus memohon Allah akan beri.

-------------------------------------------------------------
4. Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman. Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan. Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam. Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah kita cintakan Tuhan. Jika mereka dambakan dunia biarlah kita dambakan akhirat... (Ivan Loke semasa memberi respon kepada 'foto' Datuk Jem. Kedua-duanya bukan sahabat fb saya tapi saya doakan Allah SWT. merahmati anda berdua....)

-------------------------------------------------------------
3. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat, Jilid 1- Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. (sahabat ke-5) Pelajaran Yang Bermanfaat Bagi Orang Umum dan Khusus Dari Sebahagian Hadis-Hadis Saidina Abdullah Bin 'Amru Bin 'Ash (72 hadis):  

(5) - Ada Empat Sifat Orang Munafiq
Maksudnya: "Dari Abdullah bin 'Amar r.a. Huma, dari Nabi s.a.w. bersabda: Ada empat perkara, yang apabila ada pada diri seseorang, dia adalah seorang munafiq, atau seseorang yang ada salah satu dari empat, maka dalam dirinya ada sifat munafiq, kecuali dia meninggalkannya iaitu: apabila dia berbicara, dia berdustaa, apabila dia berjanji, dia menyalahi, apabila dia mengadakan perjanjian, dia khianat, dan apabila dia bermusuhan, dia berbuat buruk (jahat)." (Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad, At-Tiirmidzi, An-Nasa'i dan Abdu bin Humaid)  
(16) - Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat
Maksudnya: "Dari Abdullah bin 'Amar r.a. Beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, melainkan Allah akan memeliharanya dari fitnah kubur. (Hadis riwayat Ahmad dan Abdu bin Humaid) Dan dalam riwayat lain: "Barangsiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, dia akan terpelihara dari fitnah kubur." (Hadis riwayat Ahmad dan Abdu bin Humaid)

Ulasan ringkas saya: Macamana para sahabat fb semua? Mulai hari ini marilah kita berdoa agar Allah SWT. memerintahkan malaikat Izrail menarik nyawa kita pada hari Jumaat atau malamnya. Para sahabat setujukah? (03.04.2012)

---------------------------------------------------------
2. Dunia ini dikatakan "bangkai" dan orang-orang yang mengejarnya digelar "anjing-anjing"? Tapi bukankah dunia ini juga "mazroatul akhirah" dan "darul amal"? Apa pula kata rencana di muka 50 Solusi?

---------------------------------------------------------
1. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat - Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. sahabat ke - 4) - Curahan Rahmat Allah Dari Hadis-Hadis Saidina Jabir Bin Abdullah r.a. (60 hadis):  

(35) Makan Dengan Tangan Kiri
Maksudnya: Dari Jabir r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kalian makan dengan tangan kiri, kerana sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri." (Hadis riwayat Muslim, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)  
(41) Sakit Merupakan Penebus Dosa
Maksudnya: Dari Jabir r.a. bahawasanya beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Tidaklah sakit seorang mukmin dan mukminah, juga seorang Muslim dan Muslimah, kecuali Allah s.w.t. menghapuskan kesalahannya dengan sebab penyakit tersebut." (Hadis riwayat Ahmad)  
(60) Baik Sangka Kepada Allah
Maksudnya: Dari Jabir r.a. beliau berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tiga hari sebelum wafatnya: "Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kalian mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah." (Hadis riwayat Ahmad dan Abdu) (02.04.2012)

Monday, April 02, 2012

Entry-Entry FB Sepanjang Bulan Mac 2012

50.
Manusia lebih mempercayai matanya
(apa yang mereka lihat dengan 'mata kepala' mereka sendiri)
daripada telinganya
(kata-kata atau nasihat yang diberikan).
— at Dataran Takaful

-------------------------------------------------------
49.
"Apa erti semuanya ini Dong Zong?
Adakah anda tidak mahu bangsa asing di SJKC?"
Tanya Tan Sri Abdul Rahman Arshad, bekas KP Pelajaran. Beliau juga berkata:

"Dengan tuntutan Dong Zong ini, ia berertj perpaduan yang dilaung-laungkan tidak ada erti lagi oleh kerana perasaan kecinaan bertambah tebal. Kadang kala bila kita beri betis, mereka nak paha pula."

(Dong Zong - Gabungan Persatuan JK Sekolah Cina Malaysia dalam perhimpunannya di Kajang Ahad lalu antara lain menuntut pihak Kem. Pelajaran memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC yang tidak tahu berbahasa Cina. Ini termasuk guru-guru baahasa Melayu dan bahasa Inggeris)

rof. Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula mengingatkan kaumnya bahawa Bahasa Cina bukanlah bahasa kebangsaan, sambil berkata:

"Sekarang kita adalah orang Cina di Malaysia,bukannya kita berada di China. Kita sudah jadi orang Malaysiakan."

Komen saya: Kesian YAB. PM. Semua hendak ambil kesempatan menjelang PRU ni. Mentang-mentanglah dia seorang yang baik dan murah hati...

-------------------------------------------------------
48.
Apa yang kita
fikir, cakap atau tulis :
Itulah kita.

(pertanyaan:ada ke orang yang:tidak berfikir,
tidak bercakap dan tidak menulis?)

-------------------------------------------------------
47.
Pada zaman awal Islam, ...
umat Islam berlumba-lumba menuntut ilmu,
sehinggakan majlis ilmu para ulama mencapai ratusan,
bahkan ribuan orang pelajar dalam satu-satu masa pengajian.

Salih bin Muhammad Al-Baghdadi berkata:

"Muhammad bin Ismail duduk di Baghdad dan satu ketika saya menulis untuknya, waktu itu lebih daripada dua puluh ribu orang yang berada dalam majlis tersebut."

Kerana cintanya orang terdahulu kepada ilmu, mereka sanggup menempuh perjalanan yang memakan masa selama berbulan-bulan dan merentas gurun semata-mata bagi menuntut ilmu. Sebab itu umat Islam ketika itu berjaya mencapai kegemilangannya. Disebabkan oleh ketinggian ilmu yang mereka miliki...

Baca lanjut: Pesanan Buat Diri, Suhili Nain, ms. 2.

-------------------------------------------------------
46.
Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat, Jilid 1
- Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

(sahabat ke-3) Tangga Untuk Menuju Kedudukan Yang Tinggi Dari Sebahagian Hadis-hadis Saidina Abdullah Bin Mas'ud ra. (67 hadis):

(11) Tidak Ada Hasad Kecuali Pada Dua Perkara

"Dari Ibnu Mas'ud r.a. beliau berkata: Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak ada hasad, kecuali pada dua perkara: Seseorang yang Allah berikan harta, lalu dia habiskan hartanya itu dalam kebenaran, dan seseorang yang Allah berikan ilmu, lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain."
(Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Humaidi)

(46) - Keutamaan Surah Al-Mulk

Maksudnya: "Dari Ibnu Mas'ud r.a., beliau berkata: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah akan memeliharanya dari seksa kubur, dan pada masa Rasulullah s.a.w., kami menamakannya Al-Mani'ah (pemelihara), dan sesungguhnya dia adalah salah satu surah dalam kitab Allah, barangsiapa yang membacanya setiap malam, maka dia telah memperbanyak kebaikan."
(Hadis riwayat An-Nasa'i)

(62) - Orang Yang Diharamkan Atas Neraka

Maksudnya: "Dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak kalian ingin saya beritahukan siapakah orang yang diharamkan dari neraka, atau neraka diharamkan daripadanya; iaitu tiap-tiap orang yang dekat dengan manusia, sangat ramah dan lembut dalam pergaulannya."

Dan dalam riwayat lain: "Akan diharamkan dari api neraka, setiap orang yang sangat mudah, lemah lemah-lembut dan orang yang dekat dengan manusia."
(Hadis riwayat Ahmad dan At-Turmidzi)
(30.03.2012)

-------------------------------------------------------
45.
Abu Hurairah ra. berkata (dalam satu hadis sahih) bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Sesungguhnya Allah redha (suka) tiga perkara untuk kamu lakukan dan benci tiga perkara yang kamu lakukan.
Allah suka :
(1) kamu menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya,
(2) kamu berpegang teguh dengan tali Allah dan tidak berpecah belah serta (3) kamu menasihati pemimpin kamu.
Allah membenci:
(1) kamu bercakap-cakap kosong (bawa khabar angin),
(2) banyak bertanya (benda yang tidak berfaedah) dan
(3) membazirkan harta."
(HR Muslim)

-------------------------------------------------------
44.
Nasihat untuk siapa?
Untuk Allah,
kitab-Nya,
Rasul-Nya,
pemimpin Islam dan
umatnya.

Dalam konteks fb ini, terutamanya untuk diri saya sendiri, yang saya baca berulang-ulang kali. Para sahabat percayakah?

Tapi saya tertanya-tanya juga: kecuali 6-8 rakan fb yang begitu setia membaca setiap 'lontaran' dari Aasa4u, baki 396 rakan fb lain ada ambil kisah ke tentang Nasihat Agama itu?

Silalah beri respon sikit, para sahabat. Janganlah terus menjadi pembaca yang pasif...maaf.

-------------------------------------------------------
43.
Intai hamba sementara nampak
jangan kelak rindu rinduan
apa yang berlaku jangan tak nampak
kelak hidup tidak keruan

Raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah
hamba merayu di bumi berkah
ayuh rakyat cepat berubah

Kata tua lenguh belikat
kata muda akal cerdas
indeks rasuah masih meningkat
media pula tidak bebas

Adat bertemu bertanya khabar
adat bertamu berkirim bekal
maruah negara kian tercalar
demokrasi kabur di bumi glokal

Melafaz cinta di menara Taj Mahal
kasih sayang bertaut erat
keperluan asas semakin mahal
kos hidup terus menghambat

jauh berjalan banyak pengalaman
luas pandangan bijak perhitungan
negara berkebajikan satu tawaran
untuk rakyat buat pertimbangan

khabar indah berbanding rupa
penglipur lara mengubat resah
PRU 13 jangan dilupa
peluang rakyat untuk berubah

Kayuh basikal keliling negara
Jelajah Orang Muda untuk Perubahan
insan berakal sayang negara
tidak mungkin dibiar tanpa perubahan.

Hujan emas di negeri orang
tanah lombong tidak bertuan
ajak berubah bukan berperang
ayuh semua sahut seruan

Hasil nukilan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

-------------------------------------------------------
42.
Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat, Jilid 1
- Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.(sahabat ke-2)

Tujuan Yang Mulia Dari Sebahagian Hadis-Hadis Saidina Ali Bin Abi Thalib (49 hadis):

(2) - Iman Adalah Makrifat, Perkataan Dan Perbuatan:

Maksudnya: "Dari Ali bin Abi Thalib r.a. beliau berkata: Rasululllah s.a.w. bersabda:

Iman adalah makrifat di dalam hati, ucapan dengan lidah dan perbuatan dengan anggota.
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah).

(29) - Adab Dalam Memutuskan Perkara:

Maksudnya : "Dari Ali bin Abi Thalib r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku:

"Apabila dua orang laki-laki minta putuskan suatu perkara kepadamu, maka janganlah kamu memberikan keputusan kepada orang yang pertama, sehingga kamu mendengar perkataan orang yang kedua, maka kamu akan mengetahui apa yang akan kamu putuskan."

Ali berkata: "Maka aku pun sentiasa menjadi qadhi setelah itu."
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Turmidzi)

-------------------------------------------------------
41.
Manusia memang selalu berbeza pendapat dalam mentafsirkan sesuatu perkara atau situasi yang berlaku. Orang yang bijak memilih interpretasi yang menjadikan mindanya bertambah kuat, imannya semakin mantap dan jiwanya terus kekal bahagia.

-------------------------------------------------------
40.
Cinta "High - Class"?

Ini doa untuk memilikinya:

"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk (ketika panas terik)."
(Riwayat al-Tirmizi)

-------------------------------------------------------
39.
It's very important to make yourself and others around you always happy.
Never, never, show your sadness or sympathy to them..
Kimoterapi or radioterapi @Institut Radioterapi & Onkologi dan Jabatan Perubatan Nuklear.

-------------------------------------------------------
38.
Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat
- Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, Jilid 1, Pustaka Darussalam:

Mutiara-mutiara Indah Dari Hadis-hadis Saidina Uthman Bin Affan ra. (ini adalah kumpulan yang penuh berkah dari rangkaian hadis-hadis Nabi, yang diriwayatkan oleh sahabat yang memiliki kemuliaan, pemilik sumur "Rumah", Amirul Mu'minin, Uthman bin Affan, yang para Malaikat merasa malu kepada beliau, dan beliau diberi gelar dengan Zun Nurain (orang yang memiliki dua cahaya), dan orang yang telah disaksikan oleh Rasulullah dengan syurga. Semoga Allah meredhai beliau (21 hadis):

Maksudnya:"Dari Uthman bin Affan r.a. bahawa beliau ingin membangun masjid, tapi orang-orang pun tidak menyetujuinya, dan mereka ingin agar beliau membiarkan masjid seperti keadaannya, lalu beliau berkata:Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa membangun masjid kerana Allah, maka Allah akan membangunkan baginya di dalam syurga sebuah rumah yang seumpamanya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim, At-Turmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ad-Darimi)
(28.03.2012)

-------------------------------------------------------
37.
Orang yang bijak tidak akan membenarkan orang lain
menentukan emosinya.
- Prof. Dr. Muhaya Muhammad

-------------------------------------------------------
36.
Don't try to do your best.
Just do your best!


-------------------------------------------------------
35.
Kalau anda belum tahu, gajet yang baru saya gunakan ini
(walaupun sememangnya saya selalu ketinggalan) namanya alat kelengkapan perang "jihad fi sabilillah". Kalau ikut istilah Ustaz Pahrol, boleh juga dinamakan "peralatan ibadah", InsyaALLAH...

Harap anda juga menggunakan semua gajet yang anda ada untuk tujuan yang sama...

-------------------------------------------------------
34.
Sahabat-sahabatku.
Berhentilah merokok sekarang!
Alasan apa lagi yang anda perlukan?
Saat anda telah terlantar dalam wad atau di dewan bedah ijn?

-------------------------------------------------------
33.
"Banyak pihak yakin selagi YB tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini selagi itulah mereka menasihatkan supaya YB menutup mulut sahaja. YB harus mencerminkan muka sendiri sebelum menuduh orang lain.

"Aduh! Pedasnya... Ini baru dinamakan 'bertemu buku dengan ruas'. Apa pengajarannya, terutama kepada ahli-ahli politik yang mulut celupar dan selalu suka membuat tuduhan kepada ahli politik lain? Lain kali, kalau dah tahu tak pandai berenang, bermain air sahajalah di kolam yang dikhaskan untuk kanak-kanak....hehehe...

Apa pendapat sahabat-sahabat pula? Anda ada sesuatu untuk dikatakan berkaitan isu tersebut?

-------------------------------------------------------
32.
"SOWAABA"

Perkataan ini disebut dihujung ayat 38, Surah An-Nabaa' (Berita Besar).

Saya sangat mengesyorkan semua sahabat fb 'mentadabbur' ayat tersebut kerana semua kita, suka atau tidak, seumpama 'membuka pekung di dada' akan terpaksa menyebut tentangnya satu ketika nanti...

Jangan nanti kita (nauzu billahi min zaalik!) seperti orang-orang kafir akan berkata dengan penuh penyesalan:

"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah!."(akhir Surah 78)

-------------------------------------------------------
31.
Pesanan Buat Diri (Suhili Nain, PTS, 2011):

"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan
ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan,
nescaya ia akan menghapuskan dosa kejahatan itu, dan
berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik."
(Direkod oleh at-Tirmizi)
(27.03.2012)

-------------------------------------------------------
30.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah (2), ayat 216:

"Dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada seuatu padahal ia buruk bagi kamu,
Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

Sesungguhnya seorang mukmin itu baik dalam semua keadaan, sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT dan redha menerima segala ketentuan-Nya.

Abu Hurairah ra. melaporkan, Rasulullab saw. pernah bersabda:

"Sesiapa yang Allah kehendaki dengannya kebaikan, Dia akan menimpakannya dengan cubaan."
(HR Al-Bukhari)

-------------------------------------------------------
29.
Pembangunan berteraskan Islam adalah bertujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Redha Allah menjadi ukuran kejayaan sesebuah pembangunan menurut al-Quran dan hadis.
Hal ini jelas berbeza dengan tasawur pembangunan lazim yang hanya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan dan peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sahaja.

Aspek keredhaan Allah SWT dan kejayaan di akhirat langsung tidak diambil kira.

(bacaan lanjut: Tiga Elemen Tasawur Pembangunan Islam, Mohd Shukri Hanafi,
Milenia Muslim, ms. 44)

-------------------------------------------------------
28.
DR HAMDAN: AYAT AL-QURAN MACAM KUDA LIAR

(Dr. Hamdan Saparwan, 28, seorang hafiz al-quran ialah doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan. Beliau ialah salah seorang teknokrat yang telah dilahirkan melalui Program Persijilan Tahfiz Al-quran yang kemudian diterima masuk ke UIA dalam pengajian seperti perubatan, farmasi dan jurutera. Maklumat lanjut tentang "kuda liar" dalam Milenia Muslim, April 2012, muka 15)
-------------------------------------------------------
27.
"Menjadi orang terkaya di perkuburan tiada maknanya...
Dapat berkata bahawa kita telah melakukan sesuatu yang hebat apabila hendak tidur di waktu malam lebih penting bagi saya."

- STEVE JOBS, mendiang Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc.,
apabila ditanya tentang prinsip perniagaannya. (Wall Street Journal)

-------------------------------------------------------
26.
"ALLAH memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan
orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah, ayat 269)"

HANYA sanya orang yang takut kepada Allah SWT ialah orang yang berilmu."
(Surah Al-Faatir, ayat 28)

-------------------------------------------------------
25.
Kata 'Second Finance Minister' Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah:

1. Ten Urban Transformation Centres (UTC) will be set up in cities throughout the country. (Sebelum ini istilah RTC juga digunakan dalam akhbar-akhbar berbahasa Melayu, membuktikan terlalu miskinnya istilah dalam bahasa itu.. Atau anda juga boleh membuat kesimpulan lain...)

2. ...the UTC will provide all these under one roof.

3. "There will also be interpreters stationed at the UTCs to aid the elderly and those who may not be well versed on Bahasa Melayu."

Pertanyaan saya kepada YB. SFM tersebut:

Setelah 55 tahun Merdeka, masih perlukah kepada khidmat penterjemah YB? Berapa elaun nak dibayar kepada 'interpreters' tersebut. Orang hampir pencen macam saya ada peluang untuk memohon ke?Ok lah, saya 're-phrase' soalan saya: Setelah 55 tahun, bolehkah kita benarkan wujud lagi warganegara yang 'buta' dalam bahasa kebangsaan negaranya? Macamana YB? (atau orang-orang yang sependapat dengan YB...)
(26.03.2012)

-------------------------------------------------------
24.
Orang yang tidak ikhlas dalam melakukan ibadah
dengan meniru orang semata-mata (klon)
samalah keadaannya dengan DUIT PALSU.
Walau sebanyak mana sekali pun amal perbuatannya,
ia tetap tidak bernilai.

- TG Dato' NAANM, Tafsir Surah At-Thaariq

-------------------------------------------------------
23.
Good Characteristics of MENTALLY HEALTY PEOPLE

1. Feels good about themselves:
- Respects yourself
- Is realistic
- Is tolerant
- Able to accept disappointments
- Able to deal with most challenges
- Takes pleasure in the simple things in life

2. Feels comfortable with other people :
- Trusts one another
- Feels part of a group
- Is responsible towards others
- Understands and respects the differences in people
- Does not take advantage of others nor allow others to take advantage of you
- Able to love and appreciate others
- Has satisfying and lasting relationships

3. Able to meet the demand of life:
- Uses your talent
- Plans ahead and is positive about the future
- Welcomes new experiences and ideas
- Sets realistic goals
- Accept responsibilities
- Does something about problems as they arise- Able to make own decision
- Satisfied with putting your best effort into what you do

Source: Ministry of Health's poster @HKL
(23.03.2012)

-------------------------------------------------------
22.
Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat yang diberkati kepada semua rakan fb:

Bismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah Khalikulalam,
Berkat Muhammad Sayid Alanam,
Memberi rahmat siang dan malam.

Awal bismillah fakir menyusun,
Di pangkal jalan memohon ampun,
Maklum bahasa tidak tersusun,
Banyak perkara hendak dihimpun.

(Dua rangkap pertama dari 48 rangkap ucapan bermadah Dr. Mohd Anuar Ridhwan, Sasterawan Negara Ke 10, dalam pidato penerimaan Anugerah Sastera Negara pada 20 Oktober 2009)
Ucapan beliau diakhiri dengan rangkap berikut:

Sudahlah dengan takdir Allah,
Tiadalah dapat lagi disalah,
di Lohmahfuz suratan terjumlah,
Barang yang datang disyukurkanlah.

(semoga ada manfaatnya diulangi kata-kata indah dari jiwa seniman yang halus)

-------------------------------------------------------
26.
Good Characteristics of MENTALLY HEALTY PEOPLE

1. Feels good about themselves
- Respects yourself
- Is realistic
- Is tolerant
- Able to accept disappointments
- Able to deal with most challenges
- Takes pleasure in the simple things in life

2. Feels comfortable with other people .......
3. Able to meet the demand of life .....
(23.03.2012)

-------------------------------------------------------
25.
Hah!!! Biar betul! Benarkah Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan telah meramalkan tentang prestasi BN yang dikatakan hanya mampu menang di tiga negeri sahaja? (rujuk akhbar Utusan, ms 3)

Pelik Sangat bin Sangat Ajaib!! Bagaimana berbagai 'kerosakan moral dan kesilapan tindakan politik' DSAI dan kemurahan hati kerajaan 1Malaysia tidak mampu memberi kemenangan mudah kepada BN? Ini mesti ada sesuatu yang tersembunyi yang rakyat biasa (yang tidak mempunyai akses kepada 'maklumat dalaman' seperti Tun Daim) tidak mengetahui tentang kelemahan besar kerajaan sehingga Tun boleh membuat ramalan sebegitu rupa.

Anda tahukah?

-------------------------------------------------------
24.
Anda pun tahu, percanggahan pendapat di antara para ulamak memang telah lama berlaku,
di atas kepentingan masing-masing. Antaranya isu berkaitan mengadakan perhubungan dengan orang berketurunan Yahudi:

1. Pada 17 Mac lalu, Presiden Pas, TG DS Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian bahawa parti itu menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi.Kata beliau:"Yahudi adalah satu bangsa manakala Zionos adalah satu ideologi. Kita menolak Zionis kerana ia satu ideologi yang meletakkan kefahaman bahawa bangsa Yahudi adalah mulia dan menganggap bangsa lain adalah 'goyim' atau hina."

2. Dua hari kemudian, Mufti Perak, TS Harussani Zakaria berkata: Sebarang bentuk kerjasama dengan Yahudi di Israel adalah haram di sisi agama Islam walaupun sebahagiab mereka tidak berfahaman Zionis. (dibawah tajuk: Haram adakan kerjasama dengan Yahudi)

3. Akhbar Sinar Harian hari ini melapurkan di bawah tajuk: Berurusan dengan Yahudi tidak ditegah, pendapat bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang berkata: Orang Islam sememangnya tidak ditegah daripada berurusan dengan orang Yahudi, termasuk dalam bidang perniagaan.Bagaimanapun katanya, keharusan itu tertakluk kepada orang Yahudi yang tidak memerangi atau memusuhi Islam. "Dalam konteks ini, dengan Yahudi Zionis yang memerangi Islam, tidak boleh." katanya. Kata Mohd Asri, Islam bukan agama yang menghukum seseorang berdasarkan keturunan.Malah Ustaz Asri juga berkata salah seorang isteri Rasulullah saw. iaitu Safiyyah Huyai adalah berasal dari Bani Nadhir, satu suku daripada kaum Yahudi di Madinah. Begitu juga seorang sahabat Rasulullah, Abdullah bin Salam juga asalnya adalah seorang rabbi atau ulama Yahudi.

Jadi sekarang, pendapat ulamak mana yang hendak anda ikut? Saya hanya bimbang semakin lama pendapat ulamak yang ada kaitan dengan kerajaan akan tidak lagi dianggap relevan dan tidak lagi akan dihormati. Kerana nampaknya pendapat dikeluarkan berdasarkan kepentingan tertentu dan berdasarkan emosi dan bukan berdasarkan ilmu Islam yang sebenarnya...
(22.03.2012)

-------------------------------------------------------
23.
MENTALLY HEALTHY PEOPLE
Good Characteristics:

1. Feels good about themselves;
2. Feels comfortable with other people; and
3. Able to meet the demands of life.

Are you interested to know more about it?

-------------------------------------------------------
22.
MENTAL HEALTH

Do you think or feel that you're ok? No?
Do something about it, now!

------------------------------------------------------
21.
Begitu juga jauhnya pengertian di antara "al-ashqo" (ayat 15) dan "al-atsqo" (ayat 17) dalam Surah 92.

"al-ashqo" - orang yang sungguh celaka, iaitu orang yang akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Iaitu orang-orang yang mendustakan kebenaran dan berpaling ingkar serta tidak mengambil peduli dan tidak mengambil endah dengan ayat-ayat al-Quran.

"al-atsqo" - orang yang sungguh bertaqwa - iaitu orang yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya dengan hanya mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi (ayat 20).

-------------------------------------------------------
20.
Antara "yusro" dengan "usro" dalam Surah al-Lail (92) terlalu banyak dan jauh bezanya.

"yusro" (ayat 7): kesenangan (syurga)
- Allah permudahkan manusia untuk mendapat kesenangan dalam melalui ranjau hidup
di dunia hingga selamat di akhirat.

"usro" (ayat 10): kesusahan dan kesengsaraan
- antaranya orang yang bakhil, merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan yang dimilikinya dan orang yang mendustakan perkara yang baik, Allah akan memberi "kemudahan" kepadanya untuk mendapat kepayahan dan jalan mati.
(21.03.2012)

-------------------------------------------------------
19.
Apa lagi yang kita mahukan di dunia ini,Selain dari titisan redha Allah SWT?
Di dunia berpuas hati dengan segala nikmat hidup.
Di Akhirat berpuas hati disambut para malaikat dan
mendapat keampunan dan kasih sayang Allah.

-------------------------------------------------------
18.
"Kamu tidak akan masuk ke dalam neraka,
kecuali kamu menjadi manusia-manusia yang sungguh celaka dan betul-betul malang."
Siapakah mereka-mereka yang celaka dan malang itu para sahabat?
Silalah 'tadabbur' ayat 15, Surah 92.

-------------------------------------------------------
17.
Bagi seorang yang jahil, perjalanan kehidupan itu baginya adalah sangat sukar dan penuh liku. Jika di dunia lagi telah merasakan kepayahan, apatah lagi keadaannya di akhirat kelak.
Jadilah seorang yang cerdik, jangan anda jadi seorang yang jahil. Dengan mendapatkan dan mengikuti panduan Illahi.
20.03.2012)

-------------------------------------------------------
16.
"Sesungguhnya tanggungjawab Kami adalah memberi hidayah kepada kamu semua.
Aku sebagai Tuhan telah sedia memelihara kamu 24 jam setiap hari,
kewajipan Ku mengingatkan kamu sebagai tanda Aku cintakan kamu semua.
Sama ada kamu setuju ataupun tidak, Aku wajib mengingatkan kamu semua.
Tetapi, tinggal satu perkara yang ingin Aku sebutkan buat peringatan kamu semua.
Kemanakah destinasi yang kamu semua hendak tujui selepas kematian?
Walau ke hujung dunia mana sekalipun kamu hendak lari, kamu tidak akan terlepas
dari pemerhatian Ku. Memandangkan telah sedia termaktub dunia dan akhirat itu adalah milik Ku."

Begitu tafsiran TG Dato' NAANM tentang ayat 12 & 13, Surah Al-Lail (92):

"Sesungguhnya tanggungjawab Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah), Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai Hari Akhirat dan alam dunia."
(19.03.2012)

------------------------------------------------------
15.
"Rasa tidak berilmu
ialah rasa orang berilmu"

- ustazpahrolmohdjuoi
(17.03.2012)

-------------------------------------------------------
14.
THE ROAD TO PROGRESS IS ALWAYS UNDER CONSTRUCTION.

(Slide terakhir persembahan Professor Salleh Buang pada pembentangan Forum 5 “Pusat Maklumat Bersepadu Hartanah Negara” di Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 pada 11 Ogos 2008 di Dewan Tun Hussein onn, PWTC, KL.)

-------------------------------------------------------
13.
Knowledge is power
– tidak lagi tepat dan sudah menjadi kurang relevan.
Kini apa yang sering diucapkan orang ialah:

“Knowledge means action” atau lebih tepat lagi:
“Knowledge is the prelude to action
(16.03.2012)

-------------------------------------------------------
12.
Firman Allah SWT. dalam Surah Al-Lail (92) : ayat 8 - 10

[8] : "Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,
[9] : Serta ia mendustakan perkara yang baik,
[10] : Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;"

-------------------------------------------------------
11.
Firman Allah SWT. dalam Surah Al-Lail (92) : ayat 5-7

[5] : "..adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan danbertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),
[6] :Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,
[7] : Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga)."

-------------------------------------------------------
10.
Firman Allah dalam Surah Asy Syam (91): ayat 9 & 10 :

[9] : "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10] : Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."

(sambungan...) Antara lainnya begini sambungan tafsiran YAB. TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang ayat-ayat tersebut:

Persoalannya kini, bagaimanakah caranya untuk menyucikan diri daripada kekangan nafsu. Sebenarnya ia tidaklah sesukar mana. Kalau kain, kita kenal ini kain. Kalau ia kotor, kita gunakan klorox dan sabun untuk membasuhnya. Akan tetapi jiwa yang kotoir lantaran terpedaya dengan nafsu, bagaimana untuk kita membasuhnya. Dengan apa kita dapat membersihkannya?Oleh kerana tiada siapapun tahu apa itu 'nafsu', maka samada hendak atau tidak mestilah diterima bulat-bulat apa sahaja yang Allah SWT. tetapkan demi kebaikan sendiri. Untuk membersihkan nafsu, bertaubatlah samada dengan memulangkan kembali barang yang dipinjam, berzikir, beristighfar, membaca ayat-ayat suci al-Quran, berselawat kepada Nabi saw., bersedekah dan melawat orang sakit.
(15.03.2012)
-------------------------------------------------------
9.
Firman Allah dalam Surah Asy Syam (91): ayat 9 & 10 :

[9] : "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10] : Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."

Antara lainnya begini tafsiran YAB. TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang ayat-ayat tersebut:

Manusia tidak akan mampu terlepas daripada melakukan dosa. Kalaulah kita sememangnya dicipta sebagai lembu atau kerbau, tidak mengapalah jika ingin memakan rumput. Malah jika mengamuk dan menyerang orang pun tidak dikira berdosa memandangkan diri telah ditakdirkan menjadi seekor kerbau. Sebaliknya, oleh sebab kita ini adalah manusia, maka kita perlu mengambil tahu bahawa dalam diri kita terdapat elemen yang bernama 'nafsu'. Nafsu ini diciptakan jahat atau berbuat kebaikan. Jika nafsu melakukan kemungkaran, maka sia-sialah hidup di dunia selama ini.

"Walaupun umur aku panjang, harta aku banyak, pangkat aku tinggi, dan berpengaruh di seluruh dunia, teatpi selagi nafsu ku kotor, bererti sia-sialah hidup selama ini."

Walaupun hidup sempurna di atas dunia ini selama 100 tahun kerana memakan sayuran, vitamin, susu atau tongkat ali, tetapi kesudahannya tetap terperuk di dalam neraka jahannam yang kekal abadi, andai nafsu yang menjadi raja dalam diri. Maka semua hanyalah sia-sia belaka.
(14.03.2012)

-------------------------------------------------------
8.
Kelebihan Membaca al-Quran:

(sambungan..) Berdasarkan Sabda Rasulullah saw. yang di riwayatkankan oleh al-Hakim dari Abdullah bin Mas'ud ra., Allah SWT. memberi ganjaran bagi setiap huruf al-Quran yang dibaca dengan sepuluh kebajikan. Lalu saya bertanya para sahabat: ....mestilah ada beza seseorang yang membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk atau tidak berwuduk dan membacanya di dalam solat ataupun di luar solat. Apakah perbezaan nilai ganjarannya?... Inilah jawapan kepada persoalan itu. Semoga ia dapat menambahkan ilmu dan menimbulkan keghairahan yang lebih untuk kita menambahkan amalan.

Dalam kitab ”Mencapai Ma’rifat (Satu Pendekatan) karangan Ibnu Abdullah Al-Naqshabandi (mukasurat 353) di nyatakan:Tentang pahala membaca Al-Quran bolehlah diambil kata-kata Saiyidina ’Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ’anhu, sebagaimana berikut:

i. Tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran di dalam sembahyang akan mendapat pahala 50 kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.
ii. Membaca Al-Quran di luar sembahyang dengan berwudhu’ pahalanya 25 kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.
iii. Dan membaca Al-Quran di luar sembahyang tanpa berwudhu’, maka pahalanya sepuluh (10) kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.

Fikirkanlah betapa besarnya pahala membaca Al-Quran. Allah memberi ganjaran kepada tiap-tiap huruf yang dibaca. Sebagai contoh, satu perkataan ”Alhamdulillah” sahaja mengandungi lapan perkataan.
- Kalau dibaca di dalam sembahyang mendapat 400 kebajikan.
- Jika dibaca diluar sembahyang dengan betrwudhu’ akan mendapat 200 kebajikan.
- Dan dibaca di luar sembahyang dengan tiada berwudhu’, maka pahalanya 80 kebajikan.Bandingkanlah jika kita baca satu surah, dua surah atau lebih lagi tentulah pahalanya dan rahmatNya berganda-ganda.

Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat dan Selamat Beramal...
(11.03.2012)

-------------------------------------------------------
7.
Kelebihan Membaca al-Quran:

(sambungan..) Huraian Imam Besar Masjid Negeri melalui 2 hadis Nabi saw.

3. Sabda Rasulullah saw. :

"Sebaik-baik dari kamu ialah mereka yang belajar membaca al-Quran kemudian ia mengajarnya kepada orang lain pula."

4. Sabda Rasulullah saw. (yang diriwayatkan oleh al-Hakim) :

"Al-Quran adalah bayangan Allah dan sinar cahayaNya yang terang benderang.Juga penawar yang amat mujarab, menjadi pengawal atau pelindung kepada orang yang berpegang dengannya. Malah ia menjadi penyelamat kepada orang-orang yang mengikutinya. Bacalah dia kerana Allah akan membalas pahala terhadap bacaannya dengan nilai tiap-tiap huruf itu sepuluh kebajikan. Sesungguhnya aku tidak mahu kata bahawa "alif laam miim" itu satu huruf, malah alif sahaja satu huruf, laam satu huruf manakala miim adalah satu huruf yang lain pula."

(tapi para sahabat, mestilah ada beza seseorang yang membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk atau tidak berwuduk dan membacanya di dalam solat ataupun di luar solat. Apakah perbezaan nilai ganjarannya?
(09.03.2012)

-------------------------------------------------------
6.
Kelebihan Membaca al-Quran:

Setelah bertalaqqi 5 muka surat dengan beliau, Imam Besar Masjid Negeri, MSSAAS menghuraikan kelebihan membaca al-Quran seperti dalam buku tulisan Haji Ishak Bin Hj Abas melalui 2 firman Allah SWT. dan 2 hadis Nabi saw.

1. Firman Allah SWT. dalam Surah Faathir (35): ayat 29-30 :

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikansembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka,secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian)mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengansebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)."

2. Firman Allah SWT. dalam Surah al-Baqarah (2): ayat 121:

"Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), merekaitulah orang-orang yang beriman kepadanya;..."

(akan datang: 2 hadis tentang kelebihan membaca al-Quran. Benarkan juga saya memperturunkan huraian tentang hadis ke 2 yang mashur, tetapi huraian lanjutnya kemungkinan ramai yang belum mengetahuinya)

------------------------------------------------------------------------
5.
Berusaha dan berilah sumbangan sementara masih ada kesempatan sebelum anda kesempitan.
Tapi manusia sering terlupa untuk memanfaatkan kesempatan, pangkat, kuasa dan peluang
yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka. Mereka hanya tersedar dan menyesal setelah kesempatan itu berlalu dengan sia-sia.Adakah anda menunggu anda pencen dulu dan dikala itu anda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa dan anda pula tidak lagi dipedulikan oleh sesiapa pun?
(08.03.2012)

------------------------------------------------------------------------
4.
Di Kala Itu Benar-benar 'Nasi Telah Menjadi Bubur', Sesalan Tiada Berguna Lagi:

"Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" Surah Al-Fajr (89) : 22-24
(06.03.2012)

------------------------------------------------------------------------
3.
Firman Allah SWT. dalam Surah Fusssilat (41) : ayat 33

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:

"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Bagaimanapun, sebarang usaha ke arah itu memang memerlukan kesabaran dan tindakan yang istiqamah. Ambillah pengajaran dari pepatah lama Cina:

Andai inginkan kebahagiaan setahun, semailah benih.
Andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok.
Andai inginkan kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia.
(05.03.2012)

------------------------------------------------------------------------
2.
Sayidina Ali k.w.j. berkata:

"Bagi orang yang riak itu ada alamat;
malas ketika keseorangan,
cergas ketika sesama manusia,
menambah amal apabila dipuji dan
kurangnya amal apabila dicaci."

Sama-sama kita sentiasa semak dan memperbaiki diri kita.
(02.03.2012)

------------------------------------------------------------------------
1.
Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah.
Tidak Dia jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Kadangkala Allah bekerja dengan sangat rahsia.
Dia mengambil sesuatu untuk kemudiannya memberikan sesuatu yang lebih baik.
Pengajaran ada di sebalik setiap kejadian.
Kita perlu yakin sepenuhnya kepada Nya.
Bergantung, berdoa dan berharap kepada Nya.
Hanya perlu pasrah dan redho.
(01.03.2012)

------------------------------------------------------------------------

Thursday, March 01, 2012

Entry-Entry FB Sepanjang Bulan Februari 2012

23.
Orang-Orang Yang Beriman, Bertaqwa dan Berbuat Kebajikan:

Surah al-Baqarah (2): 177

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat,
tetapi kebajikan itu ialah:
berimannya seseorang kepada Allah,
dan hari akhirat,
dan segala malaikat,
dan segala Kitab,
dan sekalian Nabi;
dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya,
- kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta,
dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi;
dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat;
dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian;
Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan,
dan dalam masa kesakitan,
dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.
(orang-orang yang demikian sifatnya),
mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan);
dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."

-------------------------------------------------------
22.
Experience is simply the name
we give our mistakes.
- Oscar Wilde

A failure is a man who has blundered
but is not capable of cashing in on the experience.
- Elbert Hubbard


-------------------------------------------------------
21.
Semua Kebajikan Yang Boleh Dimanfaatkan Oleh Manusia Atau Haiwan Dinilai Sebagai Pahala Sedekah:

Diriwayatkan ada seseorang bertemu sahabat Nabi SAW. yang masyhur iaitu Abu Darda’ ra. yang ketika itu sedang menanam pokok. Kemudian lelaki itu bertanya kepada Abu Darda’:

“Wahai Abu Darda’, mengapa engkau tanam pokok ini padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil?.” Maka Abu Darda’ menjawab: “Bukankah aku yang akan memetik pahalanya di kala orang lain memakannya?”

Jawapan Abu Darda’ ra. ini bertepatan dengan sabda baginda saw., di mana Anas bin Malik ra. berkata; Rasulullah saw. telah bersabda:

“Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala ) sedekah.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(28.02.2012)

-------------------------------------------------------
20.
Bandingan Dunia Dengan Akhirat:

Almustaurid bin Sjaddad r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.:

Tiadalah perbandingan dunia ini dengan akhirat,
kecuali seperti seorang yang memasukkan jarinya dalam lautan besar
maka perhatikan berapa dapatnya. (Muslim)
(27.02.2012)

-------------------------------------------------------
19.
"Musalmah manis pergi ke Daik
Sampai ke Daik hari pun petang
Mulutnya manis hati pun baik
Sampai mati dikenang orang."

Anda tahu tentang lagu ghazal tersebut?
Sudikah anda nyanyikan untuk saya nanti?

-------------------------------------------------------
24.
Anda dah dengar seruan supaya orang-orang Melayu memperkukuhkan perpaduan bersandarkan kekuatan sediada 'parti tertentu' bagi memertabatkan kedudukan kaum itu di tempat yang tinggi dan semulia-mulianya? ".......Selagi belum kesampaian kita perlu perjuangkan, rapatkan barisan, kuatkan perpaduan agar cita-cita pengasas negara menjadi realiti." katanya.

Hah? Bangsa Melayu di tempat tertinggi dan semulia-mulianya? Anda ingin di bawa ke sanakah?
Anda percaya, jika tanpa Islam, ia boleh dicapaikah? Kerana al-Quran sebagai 'hudan' telahpun lama memaktubkan:" ...semulia-mulia kamu ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." Dan Rasulullah saw. telah meninggalkan pesanan beliau: al-Islam, yaklu wala yukla alaihi - "Islam itu tinggi, dan tidak ada (agama) lain yang boleh mengatasi ketinggiannya."

Tiada langsung janji Allah swt. tentang bangsa Melayu atau bangsa Arab sebagai bangsa keturunan Nabi Muhammad saw. dan sebagai penutur-penutur bahasa syurga sebagai semulia-mulia bangsa.

Tambahan lagi, apa pula pandangan saudara seIslam kita yang bukan berbangsa Melayu, termasuk di kalangan orang Siam dan orang Asal?

-------------------------------------------------------
23.
IMAM KHALIFAH AGONG PUSAKA GAYONG
telah dianugerahkan kepada YAB. PM DS NTR yang membawa gelaran:
SRI TRI BUANA GANGGA SIMANJAKINI CHULA SAKTI
oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Isteri PM pun mestilah tidak ketinggalan hebatnya, beliau dianugerahkan
SANDANG KEBESARAN GAYONG
yang membawa gelaran:
SERI PELANGI SRIKANDI UTAMA GAYONG.

Lalu YAB. PM pun umumkanlah penubuhan sebuah Yayasan di mana Kerajaan akan menyalurkan peruntukan melalui yayasan tersebut dan PM juga setuju peruntukan sewajarnya diberikan bagi membangunkan gelanggang silat...Alahai...beri dulu baru akan dapat, siapa yang memberi dia akan dapat? Sebagaimana biasa, ada udang disebalik mee rupanya..

Ada NGO lain yang berani anugerahkan gelaran yang lebih hebat kepada 'pihak yang satu lagi'? Gelaran apa tu?
(26.02.2012)
-------------------------------------------------------
22.
D A K W A H I T U
B E R I T A G E M B I R A.
-Dakmie.

Kata komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu Yang Terindah ini lagu tersebut
mengambil cerita cinta ibubapanya.Baca lanjut kisah penghijrahan Azmee Abdul Manap
dari Nasyeed.com dalam S3 UM hari ini 25 Feb. 2012.

-------------------------------------------------------
21.
It is better to keep your mouth closed
And let people think you are a fool
Than to open it
And remove all doubt.
-Mark Twain
(25.02.2012)

-------------------------------------------------------
20.
Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil iktibar
daripada apa yang dilihatnya.
Dan menerima nasihat
yang didengarnya.

(The most intelligent man
Derives lessons
From whatever he observes
And accepts adviceFrom what he hears)

-------------------------------------------------------
19.
Sekiranya engkau berada dalam kenikmatan,
peliharalah ia dengan melakukan ketaatan
kepada Tuhan Pengurnia segala nikmat.
Kerana sesungguhnya kemaksiatan
akan menghilangkan nikmat.

-------------------------------------------------------
18.
Kehidupan ini,
baik dan buruk,
segalanya adalah ilmu dan pengajaran.
(20.02.12)

-------------------------------------------------------
17.
Awas, Walaupun Mata Celik, Jangan Sampai Jadi Orang-Orang Yang Buta Hatinya:

Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa' (17): ayat 71 & 72:

[71] : "(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya;
kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya
(dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.

[72] : Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya."
(19.02.12)

-------------------------------------------------------
16.
Petua ulama':

Anda ulangi kata-kata ini di dalam hati:

"ALLAH BERSAMA KU.
ALLAH MEMPERHATIKAN KU.
ALLAH MENYAKSIKAN KU."

mula-mula 7 kali, kemudiannya 10 kali, pada setiap malam.
Sehingga anda akan merasai kemanisannya.
Lalu anda akan meneruskannya sehingga anda masuk ke dalam kubur.
Sebagaimana yang telah terbukti di zaman lalu.
InsyaAllah.
(18.02.2012)

------------------------------------------------------
15.
Allah SWT mencipta manusia dan semua yang lain.
Dan Dia mengatur segalanya.
Akhirnya semuanya akan di kembalikan kepada Nya,
mengikut giliran masing-masing, apabila tiba masa yang ditetapkan.
Penghidupan pula bukan hanya akan berlalu begitu saja,
tetapi setiap sesuatu akan dipertanggungjawapkan.

Wajar kita sentiasa menyedari hakikat ini.
Dengan itu KEPATUHAN mesti menjadi TUNJANG UTAMA dalam hidup.
Sebaliknya KEINGKARAN DISINGKIR JAUH sepanjang meniti hari yang dilalui.
Kerana hidup di dunia bukan untuk suka-suka.
Tetapi kita mesti ada tujuan menampakkan cahaya benderang dihujungnya.

Bahawa tepatlah kata-kata panglima perang Islam, Rub'ei bin Amir di hadapan Raja Parsi:

"Islam datang untuk membebaskan manusia dari menyembah sesama manusia
kepada menyembah Tuhan yang Esa."

Dunia hanyalah tempat persinggahan.
Kita hanya berteduh sebentar sambil mengumpul bekalan.
Tiba masanya kita juga akan berangkat,
seperti yang lain-lain yang telah mendahului kita.

(rumusan 678 ms. Tunggu Teduh Dulu)

-------------------------------------------------------
14.
"If you are a planner,
you've got to be on site."
- YAB. Dato' MB Selangor, SPC 130212

-------------------------------------------------------
13.
"Real living
is the conscious effort
to go upward
to larger life."

(anyone know what it mean?)
(14.02.2012)

-------------------------------------------------------
12.
Dunia hanya tempat singgahan untuk berteduh
setelah memulakan perjalanan.
Bukan berteduh sahaja
dan menunggu tanda untuk kembara lagi.

Berteduh mengumpul amalan.
Menghimpun kebaikan.........
Setelah puas berteduh di dunia,roh akan bergerak merantau ke alam lainnya.
Kita hanya berpindah dunia.
Di situ bukan lagi pondok, pangkin, dan taman untuk berteduh.
Di situ sudah menjadi tempat untuk dinilai bagi habuan
amalan mulia
ataubahana amalan celaka.
(Novel: Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani; ms. 615)

-------------------------------------------------------
11.
Firman Allah SWT. dalam Surah Al-Ahzab (33): ayat 70-71:

[70] : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah,
dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),

[71] : Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."
(13.02.2012)

-------------------------------------------------------
10.
Tulis TG Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat melalui Kata Aluan dalam buku:
Amalan Sunnah Selepas Solat & Kelebihannya (ulasan buku telah disampaikan sendiri oleh pengarangnya Ustaz Mohammad Subki Bin Abdul Rahman dalam Program Bicara Ad Din MSSAAS pagi tadi), antara lainnya :

Sekali lagi kalut dan sibuk menjaga hal ehwal dunia, selama itulah Allah SWT akan menjauhkan kita daripada rahmat-Nya dan selama itulah Allah SWT akan menjadikan kita golongan yang buta akhirat.

Lalu TG Dato' NAANM memetik Firman Allah SWT:

[124] : "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu,
maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,
dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

[125] : Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta,
padahal aku dahulu melihat?"

[126] : Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

-------------------------------------------------------
9.
Harta yang soleh
hanya berfaedah
pada tangan lelaki yang soleh.

-------------------------------------------------------
8.
Firman Allah SWT. :

"..... Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit;
dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki
dari limpah kurnia Allah;
dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya).
Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran;
dan dirikanlah sembahyang
serta berikanlah zakat;
dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).
Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu,
tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,
sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.
Dan mintalah ampun kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
- Surah Al Muzzammil (73) : 20
(11.02. 2012)

-------------------------------------------------------
7.
HIDUP HAKIKI BERMULA SELEPAS NAFAS INI BERHENTI.

- Kata-kata Buya Hamka dalam Tasauf Moden seperti yang disampaikan
oleh Ustaz Rashidy dalam sambungan Kuliah Sirah beliau di MSSAAS
(malam hari Rabu ke-2 setiap bulan) malam semalam.
Silalah hadir (bulan hadapan) kepada siapa yang berhampiran.
(09.02.2012)

-------------------------------------------------------
6.
Firman Allah SWT. dalam Surah Al-Ahzab 33: 21:

[transliteration: la- qad kaana la- -kum fe rasol 'allaah 'uswah hasanah li- man kaana yarjo 'allaah wa- al- yawm al- 'aakhir wa- dhakara 'allaah kather(an)]

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

"Ye have indeed in the Apostle of Allah a beautiful pattern of (conduct) for anyone
whose hope is in Allah and the Final Day and who engages much in the praise of Allah."
(translation by: Yusuf Ali)

"Verily in the messenger of Allah ye have a good example for him who looketh unto Allah
and the last Day, and remembereth Allah much."
(translation by: Pickthall)

"VERILY, in the Apostle of God you have a good example for everyone who looks forward
[with hope and awe] to God and the Last Day, and remembers God unceasingly."
(translation by: Asad)

------------------------------------------------------------------------
5.
There are two kinds of people
- wise people and fools.

The fools are the people who think
they have graduated.

The University of Hard Knocks;Ralph Parlette, pg. 11

------------------------------------------------------------------------
4.
All praise be to Allah, Lord of Creation and Ruler of the Day of Judgement.
To Him do we turn to seeking His pleasure, guidance, forgiveness and success.
Peace and blessings be upon the Prophet Muhammad, who was sent as a Mercy to Creation
so that it may be Rightly Guided.

A-Z Guide To The Qur'an - Mokhtar Stork (June 1999) - amongst others:

A : ADAB (Behaviour, Manners, Conduct)Islam is a religion that is full of honour and respect. Adab covers behaviour, manners and conduct towards everything. Allah has revealed (for full text refer pg. 5-9:

1.Enjoining Right Conduct (example: refer Surah Baqarah 2:44)
2. Personal Conduct (Surah Hujurat 49:11)
3. When Entering Homes (Surah Nur 24:27-29)
4. Seeking Permission to Leave (Surah Nur 24:62)
5. Towards One's Parents (Surah Isra' / Bani Isra'il 17:23-24)
6. Towards Relatives, Neighbours, Orphans, the Needy (Surah Nisa 4:36)
7. Towards Others (Surah Baqarah 2:263)
8. Between Husband and Wife (Surah Nisa 4:36)
9. Treatment of Wives (Tirmidhi)
10. Women's Conduct (Surah Nur 24:60)
11. The Raising of Children (Surah Nur 24:58)
12. On Modesty (Surah Nur 24:30-31)

....highly recommended..
(6.02.2012)

------------------------------------------------------------------------
3.
SALAM MAULIDUR RASUL 1433H KEPADA SEMUA RAKAN FB-

dengan harapan dan keazaman agar sambutan kali ini akan membawa peningkatan dalam ilmu dan amal Islami dalam kehidupan kita di semua peringkat

Bukti Mencintai Allah s.w.t. Ialah Dengan Mengikuti Rasulullah s.a.w.:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
- Surah Ali Imran (3) : 31

Mentaati Rasulullah s.a.w. Bermakna Mentaati Allah s.w.t.:

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;
dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahaiMuhammad),
kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."
- Surah An Nisaa' (4) : 80
(5.02.2012 - Maulidur Rasul 1433H)

------------------------------------------------------------------------
2.
10 tahun seterusnya dengan tertegaknya masyarakat dan negara Islam di Madinah telah mentransformasikan masyarakat Arab jahilliah dalam masa yang paling singkat kepada masyarakat Islam yang tinggi pekerti dan tamadunnya. Kerana mereka yang berpegang teguh kepada
ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda saw. memahami tentang kesempurnaan Islam sebagai Addeen (cara hidup, way of life; Surah 5: 3) dan mereka tidak sekali-kali akan mati melainkan dalam / dengan Islam (Surah 3:102).

Mereka membuktikan kecintaan mereka kepada Allah dengan mengikuti Rasulullah (Surah 3:31)
kerana mentaati Rasul samalah ertinya dengan mentaati Allah (Surah 4:80).
Mereka-mereka inilah apabila kembali kepada Allah nanti, akan dikatakan kepada mereka:
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetapdengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " Surah Al-Fajr (89): 27-30

Jika kita ingin mengikuti jejak-jejak mereka, tiada lain yang mesti dijadikan ikutan dan pegangan, sebagaimana mereka telah menerima Islam keseluruhannya (Surah 2:208) dengan berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw.
(4.02.2012)

------------------------------------------------------------------------
1.
13 tahun Rasulullah saw.berdakwah dan berjuang di Mekah adalah untuk menanamkan prinsip yang bertunjangkan tauhid. Bahawa diri, perasaan dan jiwa raga, keluarga, masyarakat dan negara adalah semata-mata untuk menterjemahkan hakikat penciptaan diri sebagai hamba dan mengabdikan diri hanya kepada Allah swt. dan meruntuhkan sebarang sifat atau lambang ketundukan kepada patung, benda, peraturan atau sesama manusia atau makhluk. Para sahabat r.a.hum. yang
meneruskan perjuangan di Madinah kemudiannya sangat memahami apa yang di seru oleh
Baginda saw. Adakah kita telah benar-benar telah menghayatinya dan memperjuangkannya dalam kehidupan kita hari ini?
(3.02.2012)

------------------------------------------------------------------------

Sunday, February 19, 2012

Inilah Yang di Katakan "PENCEN KUBUR" Atau "SAHAM AKHIRAT"

TAFSIR HADIS: BIL. KE 2/2012

PAHALA YANG BERTERUSAN

1. TERJEMAHAN HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:

"APABILA SESEORANG MANUSIA ITU MENINGGAL DUNIA

MAKA TERPUTUSLAH AMALNYA MELAINKAN DARIPADA

TIGA SUMBER SAHAJA: IAITU

SEDEKAH JARIAH;

ILMU PENGETAHUAN YANG DAPAT DIAMBIL KEMANFA'ATAN

DARIPADANYA; DAN

ANAK YANG SOLEH YANG AKAN MENDOAKAN UNTUKNYA."



2. KETERANGAN HADIS :

Apabila seseorang telah meninggal dunia, terputuslah baginya peluang untuk menambah pahalanya. Sebanyak mana amalan yang telah dilakukannya semasa ia hidup dahulu, maka sebanyak itu sahaja pahala yang akan diterumanya. Dia tidak akan dapat menambah lagi pahalanya melainkan daripada tiga sumber yang telah diterangkan dalam hadis di atas.

Pertama:
Sedekah Jariah; iaitu segala waqaf yang pernah dijariahkan semasa hidupnya dahulu, seperti mewaqafkan tanah untuk kebajikan, membina masjid, surau, sekolah, jalan, jambatan dan sebagainya, selama harta benda ini digunakan orang, selama itulah ia mendapatkan pahala yang berterusan yang mengalir masuk ke dalam suratan amal kebaikannya.

Kedua:
Ilmu Yang Bermanfaat; iaitu segala ilmu yang dapat memberikan kemanfa'atan kepada orang lain, dan dapat menambahkan ketaqwaan mereka kepada Allah swt. Maka selama ilmu itu masih dikembangkan dan dipelajari turun temurun, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebaikannya. Begitu pula halnya seseorang yang mengarang kitab yang bermanfaat, ia akan mendapatkan pahala yang berterusan selama mana kitab tersebut dibaca dan dipelajari oleh orang lain.

Ketiga:
Anak Yang Soleh Yang Mendoakan Kepada Kedua Ibubapanya.
Melahirkan anak yang soleh yang bertaqwa dan berwibawa adalah impian bagi setiap ibubapa, namun di mana datangnya buah kelapa kalau yang ditanam itu adalah benih pinang. Insan soleh tidak dapat dilahirkan dengan didikan yang "tolih" (buruk) yang jauh dari nilai-nilai agama atau diasuh oleh suatu lingkungan yang tidak sihat. Insan soleh adalah buah dari didikan yang berterusan dan pembinaan yang tersusun rapi. Ia merupakan hasil daripada kegigihan ibubapa, guru dan lingkungan yang sihat dan suasana yang membina yang dapat menghantarkan anak tersebut ke pintu gerbang ketaatan.


3. RUMUSAN :

Cuba kita berfikir sebentar, adakah salah satu di antara tiga perkara di atas yang telah kita lakukan? Kalau belum, maka berusahalah dan kalau boleh himpunkan ketiga-tiga perkara ini sekaligus.


4. SUMBER :

Empat Puluh Hadis Penawar Hati (hadis ke tigapuluh lapan, ms. 98);
Susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam);
Khazanah Banjariah, Pokok Sena Kedah; 2003.

Saturday, February 18, 2012

Entry-Entry FB Sepanjang Bulan Januari 2012 (pilihan)

61.
" I can accept failure,everyone fails at something.
But I can't acceptnot trying."
- Michael Jordon

-------------------------------------------------------
60.
Surah al-Baqarah (2) : ayat 45-46

[45] : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
[46] : (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

-------------------------------------------------------
59.
TUHAN KU
SUNGGUH GANJIL
BAGAIMANA BISA SEKIAN LAMA
AKU TERGIUR
OLEH YANG BUKAN ENGKAU.

(puisi Emha Ainun Nadjib, seorang penyair besar Indonesia)
(30.01.12)

-------------------------------------------------------
58.
Selalu bertenang.
Berfikir dulu sebelum bertindak.
Jangan memutuskan sesuatu perkara dengan tergesa-gesa.
Jangan 'pre-judge' seseorang.
Jangan banyak berprasangka.
Jangan sekali-kali pandang rendah kepada sesiapa.
Jangan cepat yakin dengan apa yang kita hendak percaya.
Sentiasa ingat tentang kekuasaan dan takdir yang di dalam ketentuan Allah swt.
Kerana dalam banyak ketika,
kebenaran bukan seperti yang kita sangkakan.
(Jangan ulangi kesilapan Salsabila kepada Sazli dalam Tunggu Teduh Dulu,
jadikan ianya ikhtibar...)

-------------------------------------------------------
57.
KARYA YANG BAIK
LAHIR DARI HATI YANG IKHLAS.

(kesimpulan Halim Yazid setelah membandingkan irama blues dan dikir barat
di Chicago dalam Majalah 3 sebentar tadi. Rugi kalau anda tidak menontonnya)
(28.01.12)

-------------------------------------------------------
56.
Kekuatan sebenar datang dari diri,
bersumberkan limpah kurnia Ilahi.
Tiada kekuatan yang mampu diberi,
oleh mana-mana manusia atau makhluk sakti lain.
Yakinlah.

-------------------------------------------------------
55.
Surah Al Furqan (25): ayat 63:

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya),
ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun,
dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab hadapkan kata-kata kepada mereka,
mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."

"And the slaves of the Most Beneficent (Allah) are those who walk on the earth
in humility and sedateness, and when the foolish address them (with bad words)
they reply back with mild words of gentleness."
(27.01.12)

-------------------------------------------------------
54.
Surah At-Taubah (9) : ayat 24

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu,
dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu,
dan kaum keluargakamu, dan harta benda yang kamu usahakan,
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan(daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepadaorang-orang yang fasik (derhaka)."

Say: "If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your kindred,
the wealth that you have gained, the commerce in which you fear a decline,
and the dwellings in which you delight ... are dearer to you than Allah and His Messenger,
and striving hard and fighting in His Cause , then wait until Allah brings about His Decision (torment). And Allah guides not the people who are Al-Fasiqun (the rebellious, disobedient to Allah)."

-------------------------------------------------------
53.
Tuhan mencipta bumi, langit, syurga, bintang-bintang, bulan, dan hujan.
Tuhan mencipta manusia.
Tuhan mengatur semua.
Jalur hidup insan - warna cerah atau kelam, hujan atau teduh.
(pemulaan kata Prolog dalam Tunggu Teduh Dulu; Faisal Tehrani)

-------------------------------------------------------
52.
Di katakan di antara kata-kata hikmah ulama silam tersohor Almarhum Tok Kenali
tentang menggunakan masa dan kesempatan yang tersedia sekarang:

"Tiada hari bagi kitakalau kita tidak bergerak hari ini."
(24.01.12)

-------------------------------------------------------
51.
Keperluan Hidup - kewangan dan sumber rezeki lain.

Tujuan Hidup - mengabdi diri kepada Allah SWT.

Jangan sekali-kali anda mengabaikan TH dalam anda mengejar dan mengumpul KH
(tapi ingat: kalau sudah berlebihan, bukanlah pula dinamakan 'keperluan'
tapi kemahuan mengikut tuntutan nafsu..).Sebaliknya untuk mencapai TH,
tuntutan mencari dan mendapatkan habuan untuk KH tidak boleh diabaikan dan jangan anda perkecilkan..

(begitulah lebih kurang 'tazkirah' Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam segmen Mukmin Profesional beliau, yang sentiasa akan mempunyai idea, pendekatan dan ungkapan baru. Jika berpeluang,
anda dengarlah ia saban minggu.)
(22.01.12)

-------------------------------------------------------
50.
You are not finished
when you are defeated.....
You are finishedwhen you quit.
- Van Crauch

-------------------------------------------------------
49.
Orang yang tidak memahami erti kepayahan
tidak akan tahu nikmat sebenar kesenangan.

-------------------------------------------------------
48.
Teman manusia yang sebenar ialah akal.
Musuhnya yang celaka ialah jahil.
- Saidina Ali Abi Talib k.w.h.
(20.01.12)

-------------------------------------------------------
47.
HASAD DENGKI - YANG DILARANG DAN DIBENARKAN

i.) Dengki yang tidak dibenarkan:

Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hasad dengki memakan kebajikan manusia sepertimana api memakan kayu.
"Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda:"Janganlah engkau benci-membenci dan jangan hasad-menghasad dan janganlah menipu dan jadikanlah kamu hamba Allah yang bersaudara.

"Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ketahuilah bahawa bagi nikmat Allah ada seterunya. Ditanya kepada Nabi: siapakah musuh nikmat Allah itu ya Rasulullah? Jawab Nabi: "Ialah orang-orang yang dengki dengan nikmat Allah yang Allah berikan kepada manusia (hambaNya)."

ii.) Dengki yang dibenarkan:

Bagaimanapun ada perasaan dengki atau iri hati dalam bentuk yang positif dibenarkan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud:

Tidak boleh iri hati, selain pada dua keadaan:

Pertama – pada orang yang dianugerahi Allah Taala ilmu, maka ditegakkannya keadilan dengan ilmunya dan diajarkannya manusia.

Kedua – pada orang yang diberikan oleh Allah Taala harta,
maka dipergunakannya pada jalan kebajikan.

Lalu selepas ini apabila ada bibit-bibit perasaan iri hati kepada insan lain dalam hati kita, segeralah kita memuhasabah diri dan buat keputusan samada ia dari jenis yang tidak dibenarkan atau jenis kedua yang kita dianjurkan untuk kita meladaninya.
(19.01.12)

-------------------------------------------------------
46.
Search for the seed of good
in every adversity.

Carilah benih-benih kebaikan
dalam setiap kesukaran hidup
yang anda hadapi.
- Mandino

-------------------------------------------------------
45.
BEKALAN UNTUK DI BAWA KE AKHIRAT - APA YANG KITA TUNGGU LAGI?

Allah SWT. telah berulangkali memperingatkan kita melalui firman-firman Nya di dalam al-Quran. Kita sahaja yang degil, buat-buat 'donno', seringkali alpa, masih leka dan tidak mahu mengambil peringatan dari-Nya. Memanglah tiada alasan untuk kita 'berhujah' dengan-Nya di Hari Pembalasan kelak. Kalau kita kata segala nikmat dari-Nya kita syukuri, di mana buktinya? Sedangkan cinta kepada sang gadis pun, ada orang (yang katanya) sanggup berenang dalam lautan api (tidak pasti pula kita 'api' apa itu. Lepas ini kita pakat-pakat tanya kepada sang pencinta?)

Di antara peringatan Allah ialah melalui firman-Nya dalam ayat-ayat berikut:

Surah Al-Hasyr (Pengusiran):

18: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allahdan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
19: "Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah,lalu Allah menjadikan mereka lupakepada diri mereka sendiri.Mereka itulah orang-orang yang fasik."

Surah Al-Mulk (Kerajaan):

1: "Maha Suci Allah yang ditangan-Nyalahsegala kerajaan,dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
2: "Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

Surah Yaa Siin: ayat terakhir :

83: Maka Maha Suci (Allah)yang ditangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu
dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

- Dunia jambatan ke akhirat. Dunia ini tempat beramal, akhirat tempat menerima pembalasan -

-------------------------------------------------------
44.
Syirik kecil - Riak:

Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya yang paling aku khuatiri ke atas kamu ialah syirik kecil. Lalu ditanya kepada Nabi, "Apakah syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Nabi menjawab, "Riak." Pada hari kiamat nanti, Allah Azza wajalla apabila membalas terhadap amalan-amalan mereka lalu berfirman: "Pergilah kamu semua kepada orang-orang yang kamu riak dahulu di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu sebarang balasan?"

Sayidina Ali k.w.j. berkata:

"Bagi orang yang riak itu ada alamat;
malas ketika keseorangan,
cergas ketika sesama manusia,
menambah amal apabila dipuji
dan kurangnya amal apabila dicaci."

Jom kita sama-sama semak diri kita..
(17.01.12)

-------------------------------------------------------
43.
Masalah utama manusia
bukan kerana tiadanya Tuhan.
Tetapi kerana terlalu banyak tuhan-tuhanyang mereka puja dan sembah
yang akhirnya menyebabkan konflik
dalam jiwa mereka.

-------------------------------------------------------
42.
Orang yang ikhlas,
tandanya dia disayangi Allah.
Ikhlas itu bebas,kerana orang yang ikhlas hanya ada 1 Tuhan untuk dia abdikan dirinya.
Orang yang tidak ikhlas
ada banyak tuhan-tuhan kecil (riya', ujub, sum'ah dan syirik-syirik kecil lain)
yang membelenggu dan memenjara dirinya.
Ikhlas itu adalah bahagia.
Orang yang ikhlas adalah orang yang menemui kebahagiaan dalam hidupnya.

(olahan dari segmen Mukmin Professional di IKIM.fm: Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

-------------------------------------------------------
41.
Prophet Muhammad SAW. - speaks nothing except what Allah reveals:

"And he speaks not of his own desire.
It is but but a revelation revealed to him."
- Surah An-Najm, 53 : 3-4

-------------------------------------------------------
40.
"Sesungguhnya Allah beseta orang-orang yang bertaqwa
dan orang-orang yang berbuat kebaikan."

"Truly, Allah is with those who fear Him (keep their duty unto Him),
and those who are Muhsinin (good-doers)."
- Surah An-Nahl (16) : 128 (ayat terakhir)

-------------------------------------------------------
39.
We must embrace pain
and burn it as fuel
for our journey.
- Kenji Miyazawa

-------------------------------------------------------
38.
Meminjam satu sms yg diterima:

"Ada ketikanya:
MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir dan
HATI silap menduga"

Lalu:
"Dalam kelembutan lidah, ada ketelanjuran kata.
Dalam gurau dan senda, ada silap dan dosa.
Harap anda semua maafkan segalanya."

-------------------------------------------------------
37.
Firman Allah SWT. :

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah,
niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Dan orang-orang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka
dan Allah menyesatkan amal-amal mereka."
- Surah Muhammad (47): 7-8
(15.01.12)

-------------------------------------------------------
36.
Kata Ustaz Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi dalam Bicara Addin di MSSAAS pagi tadi:

Orang bodoh memang tak layak
masuk ke syurga!
Mengapakah begitu,
agaknya, para sahabat sekelian?

Atau anda rasa 'keras sangat' kah Ustaz itu?

-------------------------------------------------------
35.
Islam ini agama mudah.
Tapi untuk menggunakan kemudahan Islam,
Perlu berilmu terlebih dahulu.
Sebagaimana pesan Imam Syafie:

"Siapa yang hendakkan dunia, dia perlu berilmu.
Siapa yang hendakkan akhirat, dia perlu berilmu.
Siapa yang hendakkan dunia dan akhirat, dia perlu berilmu.

"Tanpa ilmu
Islam akan dianggap sukar,dan seolah-olah tiada penyelesaian
apabila amalan biasa yang difardhukan tidak boleh dilaksanakan.
Anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas
Dan waktu solat asar hampir tamat.
Anda tetap wajib mengerjakan solat sebelum azan maghrib berkumandang
Apa harus anda lakukan?
Anda telah mempunyai ilmu tentangnya?

(antaranya anda rujuklah buku:Pasport Musafir oleh Ustaz Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi)
(14.01.12)

-------------------------------------------------------
34.
"VERILY,MY SALAT (PRAYER), MY SACRIFICE, MY LIVING, AND MY DYINGARE FOR ALLAH.THE LORD OF THE 'ALAMIN (MANKIND, JINNS, AND ALL THAT EXISTS).SURAH AL-AN'AM (6) : 162......but let's question ourself now: is it true?

-------------------------------------------------------
33.
K E B A H A G I A A N
ADALAH SATU PILIHAN.
KITA SENDIRI MEMILIH UNTUK HIDUP BAHAGIA.

-------------------------------------------------------
32.
Kata Saidina Ali KWH. dalam sebahagian wasiatnya:

"Janganlah seseorang kamu takut melainkan pada dosanya,
janganlah mengharapkan melainkan kepada Tuhannya."

-------------------------------------------------------
31.
Firman Allah SWT.:"Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang menyakini.""This (Qur'an) is a clear insight and evidence for mankind,and a guidance and a mercy for people who have Faith with certainty."- Surah Al-Jaatsiyah (45) : 20
(13.01.12)

-------------------------------------------------------
30.
ILMU hanyalah permulaan. Selain itu sikap yang betul adalah sangat penting. Cara kita melihat sesuatu yang berlaku di depan mata kita, samada dengan pemikiran yang positif (cth: gelas itu separuh berisi) atau negatif (cth: gelas itu separuh kosong) akan mempengaruhi dan membentuk sikap kita. Dengan SIKAP YANG BETUL, ilmu yang bersesuaian boleh di cari dan diaplikasikan.

-------------------------------------------------------
29.
Ganjaran Menghadiri Majlis Ilmu dan Zikir (Mengingati Allah);Sabda Rasulullah SAW:“Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah. Maka bertanya para sahabat. Apa itu taman syurga? Jawab baginda, majlis zikir.”(HR at-Tirmidzi)Sabda Rasulullah SAW:“Tidaklah berhimpun suatu kaum kerana mengingati Allah, melainkan mereka akan dinaungi oleh para Malaikat, dilimpahi dengan rahmat serta diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah menyebut mereka (meningkatkan darjat) di kalangan orang yang berada di sisi Nya.”(HR Muslim)
(12.01.12)

-------------------------------------------------------
28.
Ar-Raheeq Al-Makhtum (The Sealed Nectar); Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri.Maktaba Daru-us-Salam.Awarded First Prize by the Muslim World League
at world-widecompetition on the biography of the Prophet saw. held at Makkah Al-Mukarramah in 1399 H/1979.
Hebahan: Bagi mereka yang berhampiran MSSAAS Shah Alam, mulai malam ini dan setiap malam hari Rabu minggu kedua, Ustaz Rashidy Jamil menyampaikan kuliah Sirah Nabawiyyah beliau berdasarkan buku tersebut di atas.Untuk kali kedua setelah Program Bicara Addin pada pagi Sabtu lepas, Ustaz Rashidy memetik ulama' berkata: "Jangan berbicara tentang perjuangan, kalau bab sirah pun belum khatam..."Bagi yang berkesempatan, silalah hadir bersama, sementara peluang masih terbuka luas. Rebutlah kesempatan, sebelum anda kesempitan..

-------------------------------------------------------
27.
H I D U P L A H D E N G A N K E B E N A R A N
C A R I L A H K E B E N A R A N D A L A M H I D U P M U

-------------------------------------------------------
26.
There are no big problems,
there are just a lot of little problems.
- Henry Ford

-------------------------------------------------------
25.
"AND IF ALL THE TREES ON EARTH WERE PENS,
AND THE SEA (WERE) INK,
WITH SEVEN (MORE) SEAS YET ADDED TO IT,
THE WORDS OF GOD WOULD NOT BE EXHAUSTED FOR,
VERILY, GOD IS ALMIGHTY, WISE.'
(QURAN 31:27)

-------------------------------------------------------
24.
Peperiksaan:
Ada waktu bermula dan semua calon dimaklumkan bila waktu peperiksaan akan tamat.
Jadi bolehlah kits 'bajet' supaya semua soalan sempat dijawab. Mana tahu, soalan yang di 'teka' saja jawapannya pun, mungkin betul dan dapat markah!

Kehidupan:
Semua sedar bila dilahir sahaja, bermulalah tempoh kehidupan. Tapi berapa baki umur tidak pernah diberitahu kepada sesuiapa pun. Pernahkah anda memikirkannya: Bagaimana kalau masih banyak 'soalan kehidupan' yang belum sempat kita jawab atau menyediakan jawapannya?

-------------------------------------------------------
23.
Imam Ghazali membuat perumpamaan:

Dunia adalah seperti ular yang berbisa.
Ianya berbahaya bagi orang yang tidak tahu membuang bisa ular tersebut.
Tetapi tidak mengapa bagi orang yang tahu bagaimana membuang bisanya.
- Paksu Daud 21.08.1986

(11.01,12)

-------------------------------------------------------
22.
ILMU memandu kepada kebenaran.
Orang yang mencari kebenaran,
akan menjumpai kebahagiaan.
(10.01.12)

-------------------------------------------------------
21.
The pessimist complains about the wind.
The optimist expects it to change.
The leaderad just the sails.

Which one is you?

-------------------------------------------------------
20.
Bergaullah dengan manusia dengan pergaulan
yang apabila kamu meninggal dunia
mereka menangisimu,
dan jika kamu hidup
mereka menyayangimu.
- Sayyidina Ali Abi Talib kwh.

-------------------------------------------------------
19.
Don't trouble troubles
until troubles
trouble you.

Jangan cari masalah
sehingga masalah
mencari kamu.
- Unknown

-------------------------------------------------------
18.
Social Media,
FB - It's here to stay.
so:USE IT WISELY.

-------------------------------------------------------
17.
Dari Abdullah bin Amru bin All-As R.A. Nabi SAW. bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu dengan cara mencabutnya daripada hamba,
tetapi Allah mengambil ilmu dengan mematikan ulamak, sehingga apabila tiada lagi ulamak,
manusia akan mengambil orang jahil sebagai pemimpin mereka. Apabila ditanya tentang sesuatu urusan agama, mereka akan memberi jawapan tanpa ilmu. Lalu mereka sesat dan menyesatkan." (Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas terkandung di kalender yang diedar oleh Ustaz Mohd Uda Kassim
(bekas Eksekutif Lembaga Zakat Selangor) yang dikeluarkan oleh sekolah beliau:
Maahad Dakwah Wa Irsyad Mohd Al-Fateh di Bandar Puteri, Klang (h/p: 019-267 9387)

Salurkan Infaq Anda Ke:
Maybank Islamic: 5126 4260 7135
CIMB Islamic: 1217 0000 3791 08
Ambank Islamic: 2402 0220 05642

(08.01.12)

-------------------------------------------------------
16.
Orang pandai kenal orang bodoh.
Sebaliknya orang bodoh tidak kenal orang pandai.
Mengapa?
Sebab orang pandai pernah jadi orang bodoh,
tetapi orang bodoh tidak pernah jadi orang pandai.

-------------------------------------------------------
15.
To avoid criticism...
do nothing,
say nothing,
be nothing.
(Elbert Hubbard)

What do you want to decide?
(07.01.12)

-------------------------------------------------------
14.
When we are foolish,
we want to conquer the world.
When we are wise,
we want to conquer ourself.
(Dr. John C. Maxwell)

-------------------------------------------------------
13.
The measurement of oneself
is with his two attributes:
his heart
and his tongue.

------------------------------------------------------
12.
Ilmu tidak akan singgah
pada hati seorang yang sombong.
(06.01.12)

-------------------------------------------------------
11.
Rasulullah saw. bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,
hendaklah dia berbicara dengan baik
atau diam.
(HR al-Bukhari)

-------------------------------------------------------
10.
Sekali lagi telah diperingatkan,
pagi ikhamis lalu kepada khalayak MBSA
di Cattlea, Renantanda:

"Kalau anda minum air di telaga,
jangan lupa kepada orang yang menggalinya.

-------------------------------------------------------
9.
Quality is not about being the best,
but doing your best.

-------------------------------------------------------
8.
Hari yang datang seperti hari yang mulia.
Setelah dia datang, dia tidak akan datang-datang lagi.
(05.01.12)

-------------------------------------------------------
7.
.....
Tolong ingatkan aku
Jika aku belum terjaga
Diulit mimpi memeluk rasa
Ingatkan aku yang semua itu
Bukan hak tetapi hanya fatamorgana.
Bila nanti aku tersedar
Tolong ingatkan aku
Bahawa jantung ini akan berhenti berdetak
Dan kehidupan ini umpama cermin rapuh menunggu retak..

(sebahagian lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan koir pada perhimpunan bulanan yang bertemakan "Tolong Ingatkan" pada 17 Mac 2011 jam 2.30 ptg di Auditorium INTAN anjuran
Pusat Penyelidikan dan Konsultasi.

Khabarnya diubahsuai dari lagu "Tolong Ingatkan Aku" oleh Ana Raffali.)

-------------------------------------------------------
6.
"Kamu menunda amal kebaikan kerana menantikan kesempatan yang lebih baik
merupakan tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa"

(Hikmah ke 18, Syarah Al-Hikam, ms. 162)
(04.01.12)

-------------------------------------------------------
5.
Memanglah dunia ini
diciptakan untuk manfaat kamu.
Tapi kamu diciptakanuntuk akhirat.
Jadi berpada-padalah dengan dunia.

-------------------------------------------------------
4.
Zikir - Ia adalah rahsia dan penghubung secara langsung antara hamba dengan Tuhannya.
Setiap mukmin yang mengingati Allah pasti akan diingati oleh Nya.

Firman Allah SWT:

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah Ar-Ra'du, ayat 28)

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis qudsi:

"Sesungguhnya Allah SWT. berfirman:
"Aku bersama dengan hamba-Ku selama dia mengingati-Ku dan bergerak kedua bibirnya dengan (menyebut nama) Ku."

dan dalam hadis qudsi yang lain:

"Allah SWT. berfirman:

"Aku adalah berdasarkan keyakinan hamba Ku terhadap-Ku
dan Aku bersamanya ketika dia mengingati-ku."
(03.01.12)

------------------------------------------------------------------------
3.
To whom does the future belong?

"The future belongs to people
who see possibilities
before they become obvious."
- Ted Levitt

------------------------------------------------------------------------
2.
"Jika kita nak pergi ke Kuala Lumpur, kena cari pemandu yang tahu jalan ke Kuala Lumpur.
Jika pemandu yang kita tumpang itu hanya tahu jalan setakat Gua Musang, kita tidak akan sampai ke Kuala Lumpur dan terpaksa turun menumpang kenderaan lain. Demikian juga dengan pemimpin,
kita kena cari pemimpin yang tahu jalan ke akhirat. Jika hanya tahu memimpin setakat dunia, bagaimana kita mahu meneruskan jalan ke akhirat..?"

(Ceramah TG Dato' NAANM di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa pada 29 April 2011).
(02.01.12)

------------------------------------------------------------------------
1.
Kata orang, salah satu protes senyap ialah dengan berdiam diri.
Ada kaitankah dengan sikap sunyi sepi, berdiam diri dan malas bersuaranya golongan budayawan, sasterawan dan para intelektual negara sejak akhir-akhir ini? Di mana mereka?
Ada kaitankah dengan kontroversi novel Interlok yang telah dipinda dan telah dicetak kerana kononnya mengandungi perkataan-perkataan yang tiba-tiba menjadi sensitif kepada sesuatu kaum tertentu, tetapi akhirnya digantikan juga dengan novel Konserto Terakhir?

Khabarnya sebelum itu Kerajaan telah mengambil ketetapan tidak akan berganjak walau diterjah desakan sebesar mana sekalipun? Tapi akhirnya Interlok kalah juga?
Kerajaan pula tak takutkah akan kehilangan sokongan atas kelemahan dan berlemah lembutnya (sebenarnya lemah kah atau lembut kah?) pendiriannya itu?

Di awal tahun baru ni , saya hanya sekadar bertanya saja..
(01.01.2012)

------------------------------------------------------------------------