Thursday, March 01, 2012

Entry-Entry FB Sepanjang Bulan Februari 2012

23.
Orang-Orang Yang Beriman, Bertaqwa dan Berbuat Kebajikan:

Surah al-Baqarah (2): 177

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat,
tetapi kebajikan itu ialah:
berimannya seseorang kepada Allah,
dan hari akhirat,
dan segala malaikat,
dan segala Kitab,
dan sekalian Nabi;
dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya,
- kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta,
dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi;
dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat;
dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian;
Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan,
dan dalam masa kesakitan,
dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.
(orang-orang yang demikian sifatnya),
mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan);
dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."

-------------------------------------------------------
22.
Experience is simply the name
we give our mistakes.
- Oscar Wilde

A failure is a man who has blundered
but is not capable of cashing in on the experience.
- Elbert Hubbard


-------------------------------------------------------
21.
Semua Kebajikan Yang Boleh Dimanfaatkan Oleh Manusia Atau Haiwan Dinilai Sebagai Pahala Sedekah:

Diriwayatkan ada seseorang bertemu sahabat Nabi SAW. yang masyhur iaitu Abu Darda’ ra. yang ketika itu sedang menanam pokok. Kemudian lelaki itu bertanya kepada Abu Darda’:

“Wahai Abu Darda’, mengapa engkau tanam pokok ini padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil?.” Maka Abu Darda’ menjawab: “Bukankah aku yang akan memetik pahalanya di kala orang lain memakannya?”

Jawapan Abu Darda’ ra. ini bertepatan dengan sabda baginda saw., di mana Anas bin Malik ra. berkata; Rasulullah saw. telah bersabda:

“Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala ) sedekah.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(28.02.2012)

-------------------------------------------------------
20.
Bandingan Dunia Dengan Akhirat:

Almustaurid bin Sjaddad r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.:

Tiadalah perbandingan dunia ini dengan akhirat,
kecuali seperti seorang yang memasukkan jarinya dalam lautan besar
maka perhatikan berapa dapatnya. (Muslim)
(27.02.2012)

-------------------------------------------------------
19.
"Musalmah manis pergi ke Daik
Sampai ke Daik hari pun petang
Mulutnya manis hati pun baik
Sampai mati dikenang orang."

Anda tahu tentang lagu ghazal tersebut?
Sudikah anda nyanyikan untuk saya nanti?

-------------------------------------------------------
24.
Anda dah dengar seruan supaya orang-orang Melayu memperkukuhkan perpaduan bersandarkan kekuatan sediada 'parti tertentu' bagi memertabatkan kedudukan kaum itu di tempat yang tinggi dan semulia-mulianya? ".......Selagi belum kesampaian kita perlu perjuangkan, rapatkan barisan, kuatkan perpaduan agar cita-cita pengasas negara menjadi realiti." katanya.

Hah? Bangsa Melayu di tempat tertinggi dan semulia-mulianya? Anda ingin di bawa ke sanakah?
Anda percaya, jika tanpa Islam, ia boleh dicapaikah? Kerana al-Quran sebagai 'hudan' telahpun lama memaktubkan:" ...semulia-mulia kamu ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." Dan Rasulullah saw. telah meninggalkan pesanan beliau: al-Islam, yaklu wala yukla alaihi - "Islam itu tinggi, dan tidak ada (agama) lain yang boleh mengatasi ketinggiannya."

Tiada langsung janji Allah swt. tentang bangsa Melayu atau bangsa Arab sebagai bangsa keturunan Nabi Muhammad saw. dan sebagai penutur-penutur bahasa syurga sebagai semulia-mulia bangsa.

Tambahan lagi, apa pula pandangan saudara seIslam kita yang bukan berbangsa Melayu, termasuk di kalangan orang Siam dan orang Asal?

-------------------------------------------------------
23.
IMAM KHALIFAH AGONG PUSAKA GAYONG
telah dianugerahkan kepada YAB. PM DS NTR yang membawa gelaran:
SRI TRI BUANA GANGGA SIMANJAKINI CHULA SAKTI
oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Isteri PM pun mestilah tidak ketinggalan hebatnya, beliau dianugerahkan
SANDANG KEBESARAN GAYONG
yang membawa gelaran:
SERI PELANGI SRIKANDI UTAMA GAYONG.

Lalu YAB. PM pun umumkanlah penubuhan sebuah Yayasan di mana Kerajaan akan menyalurkan peruntukan melalui yayasan tersebut dan PM juga setuju peruntukan sewajarnya diberikan bagi membangunkan gelanggang silat...Alahai...beri dulu baru akan dapat, siapa yang memberi dia akan dapat? Sebagaimana biasa, ada udang disebalik mee rupanya..

Ada NGO lain yang berani anugerahkan gelaran yang lebih hebat kepada 'pihak yang satu lagi'? Gelaran apa tu?
(26.02.2012)
-------------------------------------------------------
22.
D A K W A H I T U
B E R I T A G E M B I R A.
-Dakmie.

Kata komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu Yang Terindah ini lagu tersebut
mengambil cerita cinta ibubapanya.Baca lanjut kisah penghijrahan Azmee Abdul Manap
dari Nasyeed.com dalam S3 UM hari ini 25 Feb. 2012.

-------------------------------------------------------
21.
It is better to keep your mouth closed
And let people think you are a fool
Than to open it
And remove all doubt.
-Mark Twain
(25.02.2012)

-------------------------------------------------------
20.
Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil iktibar
daripada apa yang dilihatnya.
Dan menerima nasihat
yang didengarnya.

(The most intelligent man
Derives lessons
From whatever he observes
And accepts adviceFrom what he hears)

-------------------------------------------------------
19.
Sekiranya engkau berada dalam kenikmatan,
peliharalah ia dengan melakukan ketaatan
kepada Tuhan Pengurnia segala nikmat.
Kerana sesungguhnya kemaksiatan
akan menghilangkan nikmat.

-------------------------------------------------------
18.
Kehidupan ini,
baik dan buruk,
segalanya adalah ilmu dan pengajaran.
(20.02.12)

-------------------------------------------------------
17.
Awas, Walaupun Mata Celik, Jangan Sampai Jadi Orang-Orang Yang Buta Hatinya:

Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa' (17): ayat 71 & 72:

[71] : "(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya;
kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya
(dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.

[72] : Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya."
(19.02.12)

-------------------------------------------------------
16.
Petua ulama':

Anda ulangi kata-kata ini di dalam hati:

"ALLAH BERSAMA KU.
ALLAH MEMPERHATIKAN KU.
ALLAH MENYAKSIKAN KU."

mula-mula 7 kali, kemudiannya 10 kali, pada setiap malam.
Sehingga anda akan merasai kemanisannya.
Lalu anda akan meneruskannya sehingga anda masuk ke dalam kubur.
Sebagaimana yang telah terbukti di zaman lalu.
InsyaAllah.
(18.02.2012)

------------------------------------------------------
15.
Allah SWT mencipta manusia dan semua yang lain.
Dan Dia mengatur segalanya.
Akhirnya semuanya akan di kembalikan kepada Nya,
mengikut giliran masing-masing, apabila tiba masa yang ditetapkan.
Penghidupan pula bukan hanya akan berlalu begitu saja,
tetapi setiap sesuatu akan dipertanggungjawapkan.

Wajar kita sentiasa menyedari hakikat ini.
Dengan itu KEPATUHAN mesti menjadi TUNJANG UTAMA dalam hidup.
Sebaliknya KEINGKARAN DISINGKIR JAUH sepanjang meniti hari yang dilalui.
Kerana hidup di dunia bukan untuk suka-suka.
Tetapi kita mesti ada tujuan menampakkan cahaya benderang dihujungnya.

Bahawa tepatlah kata-kata panglima perang Islam, Rub'ei bin Amir di hadapan Raja Parsi:

"Islam datang untuk membebaskan manusia dari menyembah sesama manusia
kepada menyembah Tuhan yang Esa."

Dunia hanyalah tempat persinggahan.
Kita hanya berteduh sebentar sambil mengumpul bekalan.
Tiba masanya kita juga akan berangkat,
seperti yang lain-lain yang telah mendahului kita.

(rumusan 678 ms. Tunggu Teduh Dulu)

-------------------------------------------------------
14.
"If you are a planner,
you've got to be on site."
- YAB. Dato' MB Selangor, SPC 130212

-------------------------------------------------------
13.
"Real living
is the conscious effort
to go upward
to larger life."

(anyone know what it mean?)
(14.02.2012)

-------------------------------------------------------
12.
Dunia hanya tempat singgahan untuk berteduh
setelah memulakan perjalanan.
Bukan berteduh sahaja
dan menunggu tanda untuk kembara lagi.

Berteduh mengumpul amalan.
Menghimpun kebaikan.........
Setelah puas berteduh di dunia,roh akan bergerak merantau ke alam lainnya.
Kita hanya berpindah dunia.
Di situ bukan lagi pondok, pangkin, dan taman untuk berteduh.
Di situ sudah menjadi tempat untuk dinilai bagi habuan
amalan mulia
ataubahana amalan celaka.
(Novel: Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani; ms. 615)

-------------------------------------------------------
11.
Firman Allah SWT. dalam Surah Al-Ahzab (33): ayat 70-71:

[70] : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah,
dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),

[71] : Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."
(13.02.2012)

-------------------------------------------------------
10.
Tulis TG Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat melalui Kata Aluan dalam buku:
Amalan Sunnah Selepas Solat & Kelebihannya (ulasan buku telah disampaikan sendiri oleh pengarangnya Ustaz Mohammad Subki Bin Abdul Rahman dalam Program Bicara Ad Din MSSAAS pagi tadi), antara lainnya :

Sekali lagi kalut dan sibuk menjaga hal ehwal dunia, selama itulah Allah SWT akan menjauhkan kita daripada rahmat-Nya dan selama itulah Allah SWT akan menjadikan kita golongan yang buta akhirat.

Lalu TG Dato' NAANM memetik Firman Allah SWT:

[124] : "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu,
maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,
dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

[125] : Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta,
padahal aku dahulu melihat?"

[126] : Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

-------------------------------------------------------
9.
Harta yang soleh
hanya berfaedah
pada tangan lelaki yang soleh.

-------------------------------------------------------
8.
Firman Allah SWT. :

"..... Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit;
dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki
dari limpah kurnia Allah;
dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya).
Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran;
dan dirikanlah sembahyang
serta berikanlah zakat;
dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).
Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu,
tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,
sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.
Dan mintalah ampun kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
- Surah Al Muzzammil (73) : 20
(11.02. 2012)

-------------------------------------------------------
7.
HIDUP HAKIKI BERMULA SELEPAS NAFAS INI BERHENTI.

- Kata-kata Buya Hamka dalam Tasauf Moden seperti yang disampaikan
oleh Ustaz Rashidy dalam sambungan Kuliah Sirah beliau di MSSAAS
(malam hari Rabu ke-2 setiap bulan) malam semalam.
Silalah hadir (bulan hadapan) kepada siapa yang berhampiran.
(09.02.2012)

-------------------------------------------------------
6.
Firman Allah SWT. dalam Surah Al-Ahzab 33: 21:

[transliteration: la- qad kaana la- -kum fe rasol 'allaah 'uswah hasanah li- man kaana yarjo 'allaah wa- al- yawm al- 'aakhir wa- dhakara 'allaah kather(an)]

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

"Ye have indeed in the Apostle of Allah a beautiful pattern of (conduct) for anyone
whose hope is in Allah and the Final Day and who engages much in the praise of Allah."
(translation by: Yusuf Ali)

"Verily in the messenger of Allah ye have a good example for him who looketh unto Allah
and the last Day, and remembereth Allah much."
(translation by: Pickthall)

"VERILY, in the Apostle of God you have a good example for everyone who looks forward
[with hope and awe] to God and the Last Day, and remembers God unceasingly."
(translation by: Asad)

------------------------------------------------------------------------
5.
There are two kinds of people
- wise people and fools.

The fools are the people who think
they have graduated.

The University of Hard Knocks;Ralph Parlette, pg. 11

------------------------------------------------------------------------
4.
All praise be to Allah, Lord of Creation and Ruler of the Day of Judgement.
To Him do we turn to seeking His pleasure, guidance, forgiveness and success.
Peace and blessings be upon the Prophet Muhammad, who was sent as a Mercy to Creation
so that it may be Rightly Guided.

A-Z Guide To The Qur'an - Mokhtar Stork (June 1999) - amongst others:

A : ADAB (Behaviour, Manners, Conduct)Islam is a religion that is full of honour and respect. Adab covers behaviour, manners and conduct towards everything. Allah has revealed (for full text refer pg. 5-9:

1.Enjoining Right Conduct (example: refer Surah Baqarah 2:44)
2. Personal Conduct (Surah Hujurat 49:11)
3. When Entering Homes (Surah Nur 24:27-29)
4. Seeking Permission to Leave (Surah Nur 24:62)
5. Towards One's Parents (Surah Isra' / Bani Isra'il 17:23-24)
6. Towards Relatives, Neighbours, Orphans, the Needy (Surah Nisa 4:36)
7. Towards Others (Surah Baqarah 2:263)
8. Between Husband and Wife (Surah Nisa 4:36)
9. Treatment of Wives (Tirmidhi)
10. Women's Conduct (Surah Nur 24:60)
11. The Raising of Children (Surah Nur 24:58)
12. On Modesty (Surah Nur 24:30-31)

....highly recommended..
(6.02.2012)

------------------------------------------------------------------------
3.
SALAM MAULIDUR RASUL 1433H KEPADA SEMUA RAKAN FB-

dengan harapan dan keazaman agar sambutan kali ini akan membawa peningkatan dalam ilmu dan amal Islami dalam kehidupan kita di semua peringkat

Bukti Mencintai Allah s.w.t. Ialah Dengan Mengikuti Rasulullah s.a.w.:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
- Surah Ali Imran (3) : 31

Mentaati Rasulullah s.a.w. Bermakna Mentaati Allah s.w.t.:

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;
dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahaiMuhammad),
kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."
- Surah An Nisaa' (4) : 80
(5.02.2012 - Maulidur Rasul 1433H)

------------------------------------------------------------------------
2.
10 tahun seterusnya dengan tertegaknya masyarakat dan negara Islam di Madinah telah mentransformasikan masyarakat Arab jahilliah dalam masa yang paling singkat kepada masyarakat Islam yang tinggi pekerti dan tamadunnya. Kerana mereka yang berpegang teguh kepada
ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda saw. memahami tentang kesempurnaan Islam sebagai Addeen (cara hidup, way of life; Surah 5: 3) dan mereka tidak sekali-kali akan mati melainkan dalam / dengan Islam (Surah 3:102).

Mereka membuktikan kecintaan mereka kepada Allah dengan mengikuti Rasulullah (Surah 3:31)
kerana mentaati Rasul samalah ertinya dengan mentaati Allah (Surah 4:80).
Mereka-mereka inilah apabila kembali kepada Allah nanti, akan dikatakan kepada mereka:
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetapdengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " Surah Al-Fajr (89): 27-30

Jika kita ingin mengikuti jejak-jejak mereka, tiada lain yang mesti dijadikan ikutan dan pegangan, sebagaimana mereka telah menerima Islam keseluruhannya (Surah 2:208) dengan berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw.
(4.02.2012)

------------------------------------------------------------------------
1.
13 tahun Rasulullah saw.berdakwah dan berjuang di Mekah adalah untuk menanamkan prinsip yang bertunjangkan tauhid. Bahawa diri, perasaan dan jiwa raga, keluarga, masyarakat dan negara adalah semata-mata untuk menterjemahkan hakikat penciptaan diri sebagai hamba dan mengabdikan diri hanya kepada Allah swt. dan meruntuhkan sebarang sifat atau lambang ketundukan kepada patung, benda, peraturan atau sesama manusia atau makhluk. Para sahabat r.a.hum. yang
meneruskan perjuangan di Madinah kemudiannya sangat memahami apa yang di seru oleh
Baginda saw. Adakah kita telah benar-benar telah menghayatinya dan memperjuangkannya dalam kehidupan kita hari ini?
(3.02.2012)

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment