Saturday, May 19, 2012

Entry-Entry FB Sepanjang Bulan April 2012

47. 3 syarat untuk menjadi pemimpin yang baik:

1. Memiliki KEBERSIHAN HATI (ini dipanggil cerah spiritual);
2. Memiliki KECERDASAN (cerah intelek); dan
3. Memiliki KEBERANIAN (cerah mental).

Jadi kalau anda seorang yang pengecut, contohnya, baiklah anda berdiam diri tanpa memberi berbagai alasan, duduklah dalam rumah atau BERSIH kanlah saja kamar beradu dan tandas rumah anda! — at Sekyen 7 Shah Alam

-------------------------------------------------------
46. Bandaraya mampan tapi kurang selamat? Buatlah sesuatu sebelum yang dijangkakan, berlaku.. — at Seksyen 14 (27.04.2012)

-------------------------------------------------------
45. Memanglah jelas tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Sebab itu tidurnya seorang yang alim jauh lebih baik berbanding ibadah orang yang jahil. Tahukah anda mengapa pula begitu jadinya? Imam al-Ghazali dalam kitab "Minhajul Abidin" menjelaskan ia adalah kerana orang alim tidur dengan niat beribadah kerana Allah, tetapi ibadah orang yang tiada ilmu belum tentu dilakukan kerana Allah SWT. Jadi hendaklah kita berusaha menjadi orang yang berilmu, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar atau orang yang mencintai tiga golongan di atas. Jangan jadi kelompok kelima, yang menyebabkan kita tersesat dan binasa.. (26.04.2012)

-------------------------------------------------------
44. Terdapat dua adegan minum arak dalam klip video promosi 'Malaysia Truly Asia': lalu penulis bertanya kepada Malaysia Tourism: "Adakah minum minuman keras menjadi budaya Malaysia?" (25.04.2012)

-------------------------------------------------------
43. "NOT KNOWING is a terrible thing."

-------------------------------------------------------
42. Semoga ada yang mahu mengambil ikhtibar dan pengajaran dari pengalaman orang lain. Kata bijak pandai: "History repeats itself because no one is listening the first time." — at Restoran Hakim Sdn bhd, Seksyen 7, Shah Alam

-------------------------------------------------------
41. ..penonton kita macam budak kecil, disumbat apa pun semuanya makan termasuklah rancangan hiburan yang sampah...Kalau drama Melayu yang merapu dan meleret-leret tak payahlah menonton, buat buang karan saja. Itu Siti Jarum yang tulis, saya tolong salin semula saja. Yang pastinya, seperti SJ, saya tak suka menonton televisyen.. — at Sekyen 7 Shah Alam

-------------------------------------------------------
40. On a boring Tuesday afternoon, to idle away the time, Azrina Syazwani posted: "Saya xtau nk tulis ape, ni pon main tekan2 jew ni." in her Facebook status box and it generated 607 likes. A total of 99 people commented.... Itu cerita benar dalam fb. Anda tidak rasa pelik kah dengan 607 orang yang like dan 99 orang yang sanggup memberi komen kepada tulisan yang "kosong dan sangat remeh" seperti itu? Jika anda membaca lanjut tentangnya anda akan tahu, inilah realiti sebenar yang saya, antaranya, sedang bersaing dengannya. Mengikut adatnya, dan sebagai perbandingan, orang seperti saya tidak mungkin akan "menang" — at Jalan Krisoberil, Seksyen 7, SA (22.04.2012)

-------------------------------------------------------
39. Ustaz Shahril Long kata semua yang hadir pagi ini sangat beruntung kerana dia akan membocorkan soalan-soalan yang akan ditanya di alam kubur nanti, iaitu: 1. Man robbuka?; 2. Ma dinnuka?; dan 3. Man nabiyuka? Eh, mudahnya soalan dan jawapannya... Tapi tak perlulah kita semua menghafalnya, kerana yang akan menjawab nanti bukan lidah yang fasih bertutur dan 'berdebat' di dunia, tetapi pegangan Islam yang betul dan semua amalan baik dan buruk di atas bumi yang fana ini. — at Surau At Taqwa Seksyen 7 Jalan Jasper 7/15 (22.04.2012)

-------------------------------------------------------
38. Berkata Penyair: "Jika Allah tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk menolongnya, Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlah kamu sekalipun pakar yang menunjukkannya."

-------------------------------------------------------
37. Hikmah 26: Ibnu Athaillah Iskandary mengatakan: "Antara alamat atau tanda kejayaan sesuatu pada akhirnya adalah dengan kembali kepada Allah pada permulaannya." Ibn 'Ajibah berkata: "Sesiapa yang mengenali Alah SWT sudah pasti dia kembali kepada Nya dalam setiap urusan dan bergantung kepada Nya pada semua keadaan." Syeikh Zarruq berkata: "Cukuplah dengan cara ini iaitu kembali kepada Allah SWT merupakan tanda keuntungan. Sebaliknya kembali kepada nafsu ialah tanda kerugian." Ustaz Dr. Roslan Mohammad mensyarahkannya di dalam program PROMISE — at Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam (21.04.2012)

-------------------------------------------------------
36. Bob Lokman bertanya: "Anda mahu mati di atas kalimah syahadah atau di atas cara hidup anda? Adakah ada maknanya lafaz syahadah jika Allah SWT. tidak lagi anda kenali?" — at Seksyen 18, Shah Alam (20.04.2012)

-------------------------------------------------------
35. Al-Quran dinamakan juga Al-Furqan (menceraikan) kerana di dalamnya mengandungi beberapa hukum yang menceraikan di antara perkara-perkara yang hak (benar) dengan perkara-perkara yang batil (salah); sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Furqan ayat 1. Maha suci Tuhan yang telah menurunkan 'Al-Furqan' kepada hambaNya supaya adalah sekelian penduduk 'alam berasa takut.(ms. 9) — at Perpustakaan MSSAAS, Shah Alam

-------------------------------------------------------
34. Antara cerita tentang "Alam Barzah" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof Arbain ialah seperti berikut: Ibn Abi ad-Dunya telah menceritakan dalam kitab "al-Muhtadharin": "Ada seorang peniaga yang kaya raya yang akan meninggal dunia. Maka orang ramai yang ada di sekelilingnya mengajarkannya kalimah Laa Ilaha Illahah, namun dia tidak mahu mengucapkannya." Dia hanya berkata: "Berapakah hasil lima darab enam?" Pertanyaan tersebut diulangi-ulangi sehinggalah dia meninggal dunia." Allah SWT. berfirman dalam Surah al-Munafiqun, ayat 9: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). (Ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." — at Surau At Taqwa Seksyen 7 Jalan Jasper 7/15

-------------------------------------------------------
33. "Wahai MANUSIA,Aku jadikan dunia ini dan semua makhluk lain untuk kamu. Kamu tahukah untuk apa? Supaya kamu menegakkan agama Ku dan menggunakan agama itu untuk mentadbir dunia dan makhluk lain tersebut. Memang benar, golongan jin juga diminta mengabdikan diri mereka kepada Ku. Tapi adakah kamu, manusia mengharapkan mereka menubuhkan kerajaan di dunia dan melaksanakan Islam, satu-satunya agama yang telah Aku sempurnakan dan hanya itu saja agama yang Aku redhai?" Firman Allah SWT. dalam Surah Ali Imran, ayat 85: "Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam,maka tidak akan diterima daripadanya.Pada hari akhirat kelak, dia tergolong daripada orang yang rugi." — at Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam (18.04.2012)

-------------------------------------------------------
32. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 1 & 2 oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Syeikh Nuruddin telah mengumpulkan sejumlah 632 hadis-hadis yang menyentuh berbagai hukum dan aspek kehidupan, yang telah diriwayatkan oleh 10 orang sahabat Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

1. Saidina Uthman bin Affan r.a. (21 hadis);
2. Saidina Ali bin Abi Thalib r.a. (49);
3. Saidina Abdullah bin Mas'ud r.a. (67);
4. Saidina Jabir bin Abdullah (60);
5. Saidina Abdullah bin'Amru bin 'Ash r.a. (72);
6. Saidina Abu Sa'id Al-Khudri r.a. (55);
7. Saidina bdullah bin Ibnu Umar r.a.huma (110);
8. Saidina Anas bin Malik r.a. (80);
9. Saidina Ibnu Abbas r.a.huma (92); dan
10. Saidina Abu. Musa al-Asy'ari r.a. (26).

 Jilid 1 telah diterbitkan oleh Pustaka Darussalam, Alor Star dan
Jilid 2 oleh Halaqah Resources, Shah Alam. Sangat penting anda juga memilikinya sebagai rujukan dan dalil pegangan hidup. (16.04.2012)

-------------------------------------------------------
31. Orang yang memburu dan mencintai ilmu,akan menemui kebahagiaan. Kerana ilmu akan memandu mengenal Allah, mengenal Islam, menemui keselamatan. Sedangkan Islam itu berita gembira untuk sekelian manusia dan seluruh alam. Yang membebaskan manusia dari kegelapan kejahilan kepada cahaya kebenaran dan keimanan. Kebodohan dan kejahilan pula, adalah sesuatu yang membosankan dan menyedihkan. Orang yang berterusan dalam kejahilan memang menjadi 'makanan' dan mainan iblis dan syaitan. Anda boleh huraikan dengan lebih jelaskaitan antara ilmu dan kebahagiaan?

-------------------------------------------------------
30. Tentang keelokan dan kebagusan budi pekerti, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat melapangkan manusia dengan harta kamu. Sebab itu, maka lapangkan mereka dengan muka yang jernih berseri dan keelokkan budi. Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling elok budi pekerti." (15.04.2012)

-------------------------------------------------------
29. Dalam bukunya "Jumaat Bersama Tok Guru" di bawah tajuk 'Pelajaran daripada Tok Guru', Ann Wan Seng memulakan dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran (3), ayat 104: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." Saya kira itu antara pengajaran utama dan terpenting yang telah dipelajari oleh pengarang setelah mengikuti kuliah Tok Guru pada setiap Jumaat sejak lebih 20 tahun! Lanjutan itu, saya berpesan kepada diri sendiri supaya tidak terlalu asyik dan syok sendiri dengan sentiasa menyeru kepada amal makruf, termasuk melalui fb ini, sebaliknya meninggalkan sama sekali (atas apa juga alasan) tanggungjawab nahi munkar! Allahu Akbar!

 -------------------------------------------------------
28. Dalam akhbar MM, berita bertajuk: "Ahli PKR tidak puas hati Wan Azizah, Shamsidar batal sidang media" dua rangkap terakhir ialah seperti berikut: Ia dinantikan oleh seluruh penyokong pembangkang kerana mereka dijangka menjawab pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan mereka antaranya dakwaan bahawa Shamsidar mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Shamsidar juga seperti yang didakwa beberapa blog anti pembangkang mempunyai hubungan sulit dengan Anwar sehingga membawa kepada kelahiran seorang anak perempuan pada 1997. Amboi, amboi, sedapnya membuat dakwaan! Eh, eh, ada sesiapa yang nak buat tuduhan satu perzinaan telah berlaku sehingga melahirkan anak ke? Dahsyat sungguh tuduhan tu! Ayuh, kalau berani ke depanlah siapa anak jantan tu (atau anak betina) dan buatlah tuduhan secara rasmi.. Tapi sebelum tu, kalau mereka tidak tahu atau terlupa, baiklah diperingatkan tentang hukuman qazaf seperti firman Allah SWT. dalam Surah an-Nur (24): ayat 4; "Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka delapan pulih kali, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (15.04.2012)

-------------------------------------------------------
27. Khutbah Rasulullah Kepada Penghuni Kubur: Ketika Rasulullah SAW berada di kawasan kubur, dia berseru, "Wahai penghuni kubur, saya akan memberitahu kepada kamu apa yang akan berlaku selepas peninggalan kamu. Isteri kamu akan berkahwin lain, rumah kamu akan dijual, harta kamu akan dibahagikan. Apakah kamu dapat menceritakan apa yang kamu hadapi?" Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Sekiranya mereka dibenarkan menjawab, tentu mereka akan belaku, "Kami mendapat bekal yang paling baik, iaitu takwa." (Dicatatkan oleh az-Zamakhsyari dalam bukunya Muntakhab Rabi'ul-Asrar)

-------------------------------------------------------
26. Jika kamu menolong menaikkan dan mendaulatkan agama Allah, maka Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi dan kehidupan selepasnya. Dan saya kira ianya terpakai, walaupun melalui medium facebook ini. Walaupun ianya dicipta oleh Mark Zuckerberg, seorang Yahudi sekalipun! Eh, eh, tapi bukan ke ada seorang Sahibus Samahah, Mufti sebuah negeri di utara mengatakan kita tidak boleh berurusan dengan Yahudi, walaupun dia tidak berfahaman zionis? Ish, ish, ish....macamana tu? Saya sekadar bertanya saja.. (13.04.2012)

 -------------------------------------------------------
25. Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 2: Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Sahabat Ke 10 - Kutipan Dari Riwayat Sayyidina Abu Musa al-Asy'ari r.a. (26 hadits):  

(12) Mu'min Dengan Mu'min Yang Lain Seperti Bangunan
Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., dari Nabi s.a.w. baginda bersabda: "Seorang mu'min dengan mu'min yang lain seperti bangunan, saling menguatkan satu sama lain." Dan baginda s.a.w. menghimpunkan antara jari-jari tangan beliau. (Hadits riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Humaidi dan 'Abdu bin Humaid)  
(19) Bertemu Allah Yang Maha Agung
Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., dari Nabi s.a.w. baginda bersabda: "Barangsiapa ingin bertemu Allah, Allah juga ingin menemuinya danbarangsiapa benci bertemu Allah, Allah juga benci menemuinya." (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)  
(26) Syafaat Itu Untuk Umatnya Rasulullah s.a.w.
Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku diberi pilihan antara syafa'at atau setengah umatku masuk syurga, maka aku memliih syafa'at, kerana sesungguhnya ia lebih umum dan cukup. Adakah kalian mengiranya itu diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa? Tidak, akan tetapi aku akan memberikannya kepada orang-orang yang berdosa,yang bersalah, yang bergelumang dengan kesalahan."(Hadits riwayat Ibnu Majah) (13.04.2012)

-------------------------------------------------------
24. Talaqqi Tajwid Bersanad Bersama Imam Besar: Ilmu Tajwid wajib dipelajari antaranya untuk memelihara dan menjaga keaslian al-Quran. Sebaliknya para orientalis, ada di antaranya yang menjadi "musrif", 'supervisor' kursus Bahasa Arab di universiti-universiti di negara Barat 'menyelewengkan' BA. Ada pula yang menganjurkan dibenci orang Arab dan di tolak BA dan hanya menerima terjemahan al-Quran. Berhati-hatilah.. — at Masjid Negeri (12.04.2012)

 -------------------------------------------------------
23. Orang yang tidak pandai menunjukkan kasih sayang, tidak akan disayangi. Orang yang tidak tahu menghargai, akhirnya tidak akan dipedulikan oleh sesiapapun. Orang yang tidak bijak menilai kepentingan ilmu, ianya akan berlalu begitu saja, tanpa memberi sebarang manfaat dunia akhirat kepadanya. Termasuklah dalam fesbuk ini! Segalanya akan menjadi saksi dan bahan bukti di kampung abadi kita kelak. "Dunia tempat beramal. Akhirat tempat menerima pembalasan."

------------------------------------------------------
22. Istiqamah; Berjuang walaupun terpaksa merangkak tetapi sampai, adalah lebih baik dari berlari tetapi lelah dan terhenti di pertengahan jalan. (11.04.2012)

-----------------------------------------------------
21. HAH!! Sampai boleh menunjukkan kemaluan pelakon Emile Hirsch di TV3 dalam "Negara Islam" Malaysia? Ahli LPF tidurkah masa tu, lalaikah atau tak kisah? Saya cenderung untuk mempercayai pilihan yang terakhir. Anda pula? — at Federal Highway

-------------------------------------------------------
20. There's no one in this world that can take your place, Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, I will use every chance I get, To make you smile, whenever I'm around you, Now I will try to love you like you love me, Only God knows how much you mean to me. (do you know who is "Number One For Me"?)

-------------------------------------------------------
19. Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 2: Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Sahabat Ke 9 - Limpahan Rahmat Dari Tuhan Yang Maha Pencipta Dari Hadits-Hadits Riwayat Sayyidina Ibnu Abbas r.a. huma (92 hadits):

(22) Takutilah Neraka Walaupun Dengan Sebelah Kurma 
  Dari Ibnu Abbas r.a. huma, dari Rasulullah s.a.w. baginda bersabda: "Peliharalah diri kalian dari siksaan api neraka, sekalipun hanya dengan sebelah kurma." (Hadits riwayat Imam Ibnu Khuzaimah)  
(74) Siapa Teman Yang Paling Baik
Dari Ibnu Abbas r.a. huma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. ditanya: Siapakah di antara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah s.a.w. menjawab:"Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan pembicaraannya dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalnya." (Hadits riwayat Imam Abdu bin Humaidi)  
(77) Melazimi Beristighfar
Dari Ibnu Abbas r.a. huma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa melazimi beristighfar, maka Allah jadikan bagi tiap-tiap kesulitannya jalan keluar dan bagi tiap-tiap yang menyedihkan hatinya kelapangan serta memberikannya rezeki yang tidak dikira-kira." (Hadits riwayat Imam Abu Daud, Ahmad dan an-Nasa'i)  
(90) Kesihatan Dan Kelapangan
Dari Ibnu Abbas r.a. huma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu dengannya ialah kesihtan dan kelapangan."(Hadits riwayat Imam al-Bukhari, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad, ad-Darimi dan Abdu bin Humaid) (10.04.2012)

-------------------------------------------------------
18. Chorus: Kini ku tahu rasanya Hidup dalam cahaya kasih-Mu Kini ku tahu rasanya Menemukan damai di hati Seandainya semua tahu Indah mengabdi pada-Mu Seandainya semua tahu Kasih-Mu lepaskan belenggu Bebaskanku, kuatkanku. (lagu: Ku Milik-Mu, lirik oleh Maher Zain & Bara Kherigi & Bilal Haji; dalam album terbaru Maher Zain: forgive me) Mujur hanya ada 2 lagu dalam Bahasa Melayu dalam album tersebut. Kalau tidak MZ akan menjadi penyanyi Lagu Melayu sepenuhnya. Dia pun kedengaran sangat 'ikhlas'. Oh, sebaliknya bukankah ada penyanyi Malaysia yang bangga menyanyikan lagu dalam albumnya dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya?...

-------------------------------------------------------
17. Anda jangan silap sangka ye! Ini bukan kawasan setinggan, tapi satu kawasan penempatan orang Melayu di dalam kawasan Bandaraya, MBSA, dalam sebuah negeri maju. 8 tahun menjelang 2020, negara maju pula..... — at Padang Jawa Shah Alam.

-------------------------------------------------------
16. Firman Allah SWT:

 [128] : "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman. [129] : Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

(128) : "Now hath come unto you an Messenger from amongst yourselves: it grieves Him that ye should perish: ardently anxious is He over you: to the believers is He Most kind and Merciful. (129) : But if They turn away, say: "(Allah) sufficeth Me: there is no god but He: on Him is My trust,- He the Lord of the Throne (of Glory) Supreme!". (Surah At-Taubah)

------------------------------------------------------
15. Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 2, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Sahabat Ke 8 - Bekalan Seorang Salik Dari Hadits-Hadits Riwayat Sayyidina Anas Bin Malik r.a. (80 hadits):  

(1) Kedudukan Cinta
Artinya: Dari Anas Bin Malik r.a., dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda: "Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga dia menginginkan untuk saudaranya apa yang dia inginkan untuk dirinya sendiri. (Hadits rwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan ad-Darimi)  
(42) Bala Bencana Akan Membersihkan Dosa
Artinya: Dari Anas Bin Malik r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila Allah menimpakan suatu bala musibah di tubuh seorang muslim, Allah berfirman: Tulislah untuk hambaKu amal shaleh yang biasa dia lakukan, maka jika dia sembuh, Allah akan membersihkan dan menyucikannya, dan jika Dia mengambil nyawanya, Allah akan mengampuni dan merahmatinya." (Hadits riwayat al-Bukhari di dalam kitab 'al-Adab' dan Ahmad) (09.04.2012)

 -------------------------------------------------------
14. Politik, seperti juga peperangan adalah tipu daya. Anda baca dengan teliti dan pelajari kebijaksanaan pemimpin ulung dunia, Rasulullah s.a.w. melalui Perjanjian Hudaibiyyah yang pada zahirnya banyak mengalah dan memberikan terlalu banyak kelebihan kepada Abu Suffian dan orang kafir Quraish, tetapi akhirnya telah memberikan ruang dan kemenangan besar kepada Islam. Jadi jangan mudah dan lembut mulut dan lidah anda mengkritik para Tuan Guru dan ulama haraki yang lebih bijaksana. Ustaz Mohd Uda Kasim menyampaikan dengan panjang lebar tentang pengajaran dari Perjanjian Hudaibiyyah. — at Masjid Sultan Abdul Aziz Shah (08.04.2012)

-------------------------------------------------------
13. Hamba Allah yang beradap lebih baik dari hamba yang taat kepada perintah Nya. "Jadikan ilmumu seperti garam, jadikan adapmu seperti tepung." - Ustaz Yussaine Yahya dalam Forum Bicara Aqidah — at Surau At Taqwa Seksyen 7 Jalan Jasper 7/15

-------------------------------------------------------
12. "Tidak berhenti (terhalang) sesuatu permintaan yang engkau minta dengan bersandarkan kepada kurnia (kekuasaan) Tuhanmu, dan tidak mudah tercapai permintaan (pengharapan) yang engkau sandarkan kepada dirimu sendiri." Hikmah Ke 25 Al-Hikam, di syarahkan oleh oleh Ustaz Khairul Zaman Abdul Kadir — at Muzium Negeri Selangor, Shah Alam

-------------------------------------------------------
11. "Saya bukan ustaz, tapi saya fikir dalam tempoh kehidupan saya yang singkat ini, kalau saya tidak menyampaikan mesej-mesej ketuhanan, saya rasa saya sangat rugi. Kalau Allah SWT mengangap usaha saya ini satu usaha dakwah, itulah bahagian saya." - Ybhg. Sdr. Mohd. Nur Iman Ramli, penulis buku Fail Sulit Presiden Amerika dalam Bicara Addin MSSAAS 7 April 2012. (07:15 pg.) — at Masjid Negeri (07.04.2012)

-------------------------------------------------------
10. To achieve, first, we must believe in what we are doing. We must also have someone to lead us, a leader we trust and respect and obey.

-------------------------------------------------------
9. Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 2: Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.Sahabat Ke 7 - Bintang Yang Berkilau Dari Hadits-Hadits Riwayat Sayyidina Abdullah Ibnu Umar r.a. (110 hadits):  

(49) Pedagang Yang Jujur Dan Terpecaya
Dari Ibnu Umar r.a. huma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pedagang yang jujur lagi terpercaya pada hari kiamat nanti akan berserta para syuhada." (Hadits riwayat Imam an-Nasa'i)  
(78) Berbuat Baik Kepada Tetangga
Dari Ibnu Umar r.a. huma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jibrail senantiasa menasihatiku agar berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku menyangka bahwa aku dan dia saling waris-mewarisi." (Hadits riwayat Imam al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)  
(106) Pemimpin Yang Menipu Rakyatnya
Dari Ibnu Umar r.a. huma, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ketika baginda berada di kamar 'Aisyah: "Akan ditegakkan nanti pada hari qiamat bagi semua orang yang menipu dan tidak ada penipuan yang terbesar selain daripada penipuan seorang pemimpin kepada rakyatnya."(Hadits riwayat Imam Ahmad) (06.04.2012)

-------------------------------------------------------
8. Dulu khabarnya kita "gah" dan orang luar pun melihat kita ini satu bangsa besar yang hebat dan dipandang mulia....

 "I CANNOT BUT CONSIDER THE MELAYU NATION AS ONE PEOPLE SPEAKING ONE LANGUAGE THOUGH SPREAD OVER SO WIDE A SPACE, PRESERVING THEIR CHARACTER AND WISDOMS, IN ALL THE MARITIME STATES LYING BETWEEN SULU SEASAND THE SOUTHERN OCEANS."

Stanford Raffles (1816)@ Muzium Kesenian Islam Malaysia, 040412. Tapi kini, kita, orang Melayu, di mana? Di mana kita telah keciciran?....

------------------------------------------------
7. Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Jilid 2: Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Sahabat Ke 6 - Bintang Yang Bercahaya Dari Hadits-Hadits Riwayat Sayyidina Abu Sa'id Al-Khudri (55 hadits):  

(6) Paling Jelek Manusia Adalah Pencuri
Dari Abu Said al-Khudri r.a.beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya sejelek-jelek manusia adalah pencuri yang mencuri shalatnya." Para sahabat bertanya:Ya Rasulullah! Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan mencuri shalat itu? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Yaitu orang yang tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya." (Hadits riwayat Ahmad dan Abdu bin Humaid)  
(34) Majlis Zikir
Dari Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri r.a. huma, keduanya menyaksikan Rasulullah s.a.w. sesungguhnya bersabda: "Tidaklah duduk satu kaum serta berzikir kepada Allah, melainkan mereka dikelilingi oleh para malaikat dan mereka diliputi pula oleh rahmat dan turunlah atas mereka ketenangan dan Allah menyebut (membanggakan) mereka pada para malaikat." (Hadits riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Abdu bin Humaid)  
(48) Mendekatkan Diri Kepada Allah Dengan Perbuatan Taat
Dari Abu Said al-Khudri r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mendekatkan diri kepada Allah satu jengkal, Allah akan mendekat kepadanya satu hasta, dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepada Allah satu hasta, Allah akan mendekat kepadanya satu depa, dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan bejalan, maka Allah akan mendekatnya dengan berlari (kinayah kerana cepatnya)." (Hadits riwayat Ahmad) (05.04.2012)


-------------------------------------------------------
6. "Manusia hidup di dunia ini hanyalah sementara. Oleh itu carilah sebanyak mungkin keredaan Allah supaya ia dapat jadi bekalan di akhirat nanti. Janganlah hidup di dunia ini hanya untuk marah, tidak mahu memaafkan orang kerana ia adalah sifat mazmumah dan amat merugikan kita. Oleh itu kita perlu mudah memaafkan orang InsyaAllah orang lain juga akan mudah memaafkan kita dan hidup kita akan bahagia di dunia dan akhirat. "Kesimpulan Bab 1 - Maafkan Diri Anda dan Orang Lain dalam buku Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad; Bahagia & Membahagiakan, 2012. — at Sekyen 7 Shah Alam

------------------------------------------------------------
5. Siapakah yang telah memasuki syurga tetapi mereka lebih rela keluar darinya, supaya mereka dapat memasuki syurga semula berulang kali? Mereka lebih suka dibunuh sepuluh kali! Hebatnya para syuhada'. Jika anda tulus memohon Allah akan beri.

-------------------------------------------------------------
4. Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman. Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan. Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam. Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah kita cintakan Tuhan. Jika mereka dambakan dunia biarlah kita dambakan akhirat... (Ivan Loke semasa memberi respon kepada 'foto' Datuk Jem. Kedua-duanya bukan sahabat fb saya tapi saya doakan Allah SWT. merahmati anda berdua....)

-------------------------------------------------------------
3. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat, Jilid 1- Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. (sahabat ke-5) Pelajaran Yang Bermanfaat Bagi Orang Umum dan Khusus Dari Sebahagian Hadis-Hadis Saidina Abdullah Bin 'Amru Bin 'Ash (72 hadis):  

(5) - Ada Empat Sifat Orang Munafiq
Maksudnya: "Dari Abdullah bin 'Amar r.a. Huma, dari Nabi s.a.w. bersabda: Ada empat perkara, yang apabila ada pada diri seseorang, dia adalah seorang munafiq, atau seseorang yang ada salah satu dari empat, maka dalam dirinya ada sifat munafiq, kecuali dia meninggalkannya iaitu: apabila dia berbicara, dia berdustaa, apabila dia berjanji, dia menyalahi, apabila dia mengadakan perjanjian, dia khianat, dan apabila dia bermusuhan, dia berbuat buruk (jahat)." (Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad, At-Tiirmidzi, An-Nasa'i dan Abdu bin Humaid)  
(16) - Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat
Maksudnya: "Dari Abdullah bin 'Amar r.a. Beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, melainkan Allah akan memeliharanya dari fitnah kubur. (Hadis riwayat Ahmad dan Abdu bin Humaid) Dan dalam riwayat lain: "Barangsiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, dia akan terpelihara dari fitnah kubur." (Hadis riwayat Ahmad dan Abdu bin Humaid)

Ulasan ringkas saya: Macamana para sahabat fb semua? Mulai hari ini marilah kita berdoa agar Allah SWT. memerintahkan malaikat Izrail menarik nyawa kita pada hari Jumaat atau malamnya. Para sahabat setujukah? (03.04.2012)

---------------------------------------------------------
2. Dunia ini dikatakan "bangkai" dan orang-orang yang mengejarnya digelar "anjing-anjing"? Tapi bukankah dunia ini juga "mazroatul akhirah" dan "darul amal"? Apa pula kata rencana di muka 50 Solusi?

---------------------------------------------------------
1. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat - Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. sahabat ke - 4) - Curahan Rahmat Allah Dari Hadis-Hadis Saidina Jabir Bin Abdullah r.a. (60 hadis):  

(35) Makan Dengan Tangan Kiri
Maksudnya: Dari Jabir r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kalian makan dengan tangan kiri, kerana sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri." (Hadis riwayat Muslim, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)  
(41) Sakit Merupakan Penebus Dosa
Maksudnya: Dari Jabir r.a. bahawasanya beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Tidaklah sakit seorang mukmin dan mukminah, juga seorang Muslim dan Muslimah, kecuali Allah s.w.t. menghapuskan kesalahannya dengan sebab penyakit tersebut." (Hadis riwayat Ahmad)  
(60) Baik Sangka Kepada Allah
Maksudnya: Dari Jabir r.a. beliau berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tiga hari sebelum wafatnya: "Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kalian mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah." (Hadis riwayat Ahmad dan Abdu) (02.04.2012)

No comments:

Post a Comment