
Monday, August 22, 2011
Antara Khatam Atau Tadabbur al-Quran?

Sunday, August 14, 2011
Doa Memohon Dipermudahkan Urusan
(Daripada Kitab 101 Doa Hadis-hadis Sahih Terbitan Telagabiru)
by Ustaz Zahazan Mohamed on Friday, 27 May 2011 at 09:05
Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :
اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً
،
وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]
Petua Beramal
Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu menghadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَل
Maksudnya : "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.
Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya. [2]
Dalam buku As’ad Imra`atan Fil Alam, Dr Aid Al-Qarni menjelaskan kepentingan memiliki semangat yang jitu dengan katanya yang bermaksud :
“Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki ke arah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang. Ketahuilah bahwa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah…” [3]
Ini juga merupakan tip berharga buat dikongsi bersama meniti kehidupan .
[1] HR Ibn Hibban no 2427 , Ibnus Sunni no 351 , Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2886
[2] Lihat buku Mauqif al-Muslim , muka surat 51
[3] Lihat Kitab As’ad Imra`atin Fil Alam Bab Unzuri Ila al-Sahab Wa La Tanzuri Ila al-Turab, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni
Saturday, August 13, 2011
Hikmah Puasa Ramadhan dan Persoalan Yang Berlegar


Saturday, August 06, 2011
Kelebihan Bulan Ramadhan al-Mubaraq




Saturday, July 30, 2011
Khutbah Rasulullah SAW. Ketika Menyambut Bulan Ramadhan

Thursday, July 28, 2011
Marilah Kita Bersedia Untuk Menyambut Tetamu Yang Agung - Bahagian 2

Entry FB Sebelum Ramadhan dan awal Syawal 1431 H
(selepas 15 Ramadhan)
#30:16R
-Natijah berpuasa: moga
-moga kamu bertaqwa

(2:183). Abdullah bin Mas'ud r.a. mengatakan:
"Taqwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari."
#31:17R-Daripada Ibn Umar r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. telah bersabda: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak." (HR Ibn Majah dan al-Hakim).
Ibnu Amru apabila berbuka, dia akan berdoa: "Ya Allah Ya Tuhanku, dengan rahmat Mu yang Engkau limpahkan pada setiap kejadian, ampunilah aku." (Athar riwayat Ibn Majah).
#32:18R-Ramadhan dihiasi dgn al-Quran, tarawikh & berbagai amalan sunat lain dgn harapan akan meningkatkan ketakwaan. Tapi kata Ustaz Hj. Yussaine Yahya, Pengerusi/Mudir MATIN (dlm Program Bicara Ad-Din MSSAAS pd pg ini) "Takwa mustahil dijelmakan kecuali dgn ilmu." & "Kata Saidina Umar al-Khattab: Matinya seorg hamba Alllah yg fakih lebih disukai oleh syaitan berbanding matinya 70 orang ahli ibadat tanpa ilmu."
#33:19R-Dianjurkan berdoa (oleh Ustaz Rosmadi di Surau At Taqwa, Sek7 SA dlm kuliah subuh beliau) sebelum berbuka (mungkin ada kaitan dgn hadis mustajabnya doa semasa berbuka):"Allahummaj alna lil muttaqiina imaamaa" Ya Allah jadikanlah kami pemimpin kpd org yg bertakwa
#34:20R-Abu Dzar r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. tentang bilakah malam al-Qadr (kelebihan beribadah pd mlm tsb digandakan pahalanya bersamaan dgn 83 tahun 3 bulan) itu? Maka Nabi SAW. menjawab: "Carilah ia pd 10 malam terakhir (dari bulan Ramadhan)." (HR Imam Ahmad).
#35:21R-Cepat, cepat! 1 Syawal semakin tiba. Tempoh jualan (pahala) dgn harga yg sgt murah hampir tamat. Rebut sebanyak mungkin, sebanyak mana yg anda mahu. Cukup utk semua yg menghendakinya. Tawaran tinggal 10 hari saja lagi! Siapa yg paling tamak, dialah yg paling untung..
#36:22R-Daripada U'badah ibn al-Samit, bahawa Rasulullah SAW. bersabda: Malam al-Qadr berlaku pd 10 terakhir. Brgsiapa yg menghayati mlmnya dgn penuh kesungguhan, maka Allah akan mengampunkan segala dosa yg telah lalu dan akan dtg. Mlm al-Qadr berlaku pd mlm yg ganjil.." (HR Imam Ahmad).
#37:23R-Tentang pahala yg dijual murah oleh Allah SWT. Antaranya: setiap RM7 zakat fitrah seorang dibalas dgn nilai RM470 ('watashi' bayar utk 11 org!). Solat sunat subuh ganjarannya seolah-olah solat fardhu subuh. Dan jika kena ketikanya, amalan hanya pada sebahagian mlm mendpt ganjaran lebih baik dari amalan lebih 83 thn! Rugilah siapa yg tidak mahu..
#38:24R-Aisyah r.h. meriwayatkan bahawa dia bertanya: "Wahai Rasulullah, apa pendptmu jika aku mengetahui Lailatulqadar, apa yg harus aku ucapkan di dlmnya?" Baginda menjwb, katakanlah: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai pengampunan, maka ampunilah aku." (HR Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Majah).
#39:25R-Imam Ahmad tlh meriwayatkan sebuah hadis drpd Ibn Umar R.Anhuma yg bermaksud: "Sesiapa yg mencari Lailatul Qadar, dia hendaklah mencarinya pd mlm yg ke-27, carilah kamu Lailatul Qadar pd mlm yg ke-27. Dr. Wahbah al-Zuhaili dlm Tafsir al-Munir menyebut kebanyakan ulama menyatakan mlm al-Qadr berlaku pd mlm ke -27.
#40:26-Tentang anjuran ikhtikaf dan usaha mencari Lailatul Qadar: Rasulullah SAW. bersabda: "Dan terhadap apa yg aku suruh tentang sesuatu, maka lakukanlah ia sesuai dgn kemampuanmu" (Muttafaq 'Alaihi). Dan kaedah Ilmu Usul juga menyatakan: "Jika tidak mampu melakukan (suruhan) kesemuanya, maka janganlah pula ia ditinggalkan seluruhnya." Moga kita bersama berusaha sedaya mungkin.
#41:27R-Sabda Nabi SAW. "Puasa dan al-Quran memberi syafaat kpd hamba pd hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya drpd makan & syahwat pd siang hari. Maka berilah syafaatku pdnya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku menegahnya drpd tidur mlm, maka berilah syafaatku pdnya. Kemudian kedua2nya diberi syafaat." (HR Ahmad dgn sanad sahih).
#42:28R-Sebenarnya terdpt 3 matlamat/kesan dari puasa Ramadhan yg diharap2kan spt berikut: 1. 'laallakum tattakun' - agar kamu bertakwa (2:183); 2. 'wa laallakum tashkurun' - agar kamu bersyukur (2:185); dan 3. 'laallahum yar syudun' - agar mereka (iaitu org yg berdoa) memperoleh kebenaran. (2:186). Di akhir Ramadhan ini, mari bermuhasabah samada kita merasakan telah memperolehi ketiga-tiganya..
#43:29R-Allah SWT berfirman dalam hadis qudsi: "Barangsiapa yg mendekatkan diri kpd Ku sejengkal, maka aku akan mendekatinya satu hasta, .. barangsiapa yg mendekatkan diri kpd Ku dgn berjalan, maka aku akan mendekatinya dgn berlari." (HR al-Bukhari dan Muslim). Seharusnya disepanjang 29 hari yg lalu kita lebih byk 'mendakap' Allah SWT melebihi bulan2 yg lain..
#44:30R-Di akhir Ramadhan 1431H ini marilah kita bersyukur dan berdoa semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan pd thn depan. "Ya Allah, jgnlah Engkau jadikan puasa kami pd tahun ini puasa yg terakhir dlm hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa dan amal ibadat kami sepanjang bulan ini dirahmati dan dilipatgandakan ganjarannya, bukannya amalan adat yg sia-sia.."
Syawal 1432H
#45:1 Syawal 1431H - Saya memohon kemaafan kepada semua atas kekhilafan yg dilakukan samada sengaja atau tidak disengajakan. Sekiranya ada kesilapan pd coretan saya sepanjang Ramadhan lalu, diharapkan para Ustaz atau org yg lebih berilmu menegur dan memperbaikinya. Harap sgt ada yg telah mendpt manafaat, walau sedikit. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, "kullu 'amin wa antum bi khoir"..
#46: Meminjam satu sms yg diterima tahun lalu: "Ada ketikanya: MATA silap memandang, TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata, FIKIRAN khilaf menafsir dan HATI silap menduga" Lalu: "Dalam kelembutan lidah, ada ketelanjuran kata. Dalam gurau dan senda, ada silap dan dosa. Harap anda semua maafkan segalanya."
#47: Setelah melalui madrasah Ramadhan, marilah bersihkan hati-hat kita dgn:
1. Selalu berzikir kpd Allah;
2. Sentiasa merenung dan mengkaji ayat/tanda kekuasaan Allah; dan
3. Berusaha memaksa diri terus beribadat dgn ibadah terbaik. (rujuk juga Aa Gym: Menjadi Muslim Terbaik, ms. 32).
Marilah Kita Bersedialah Untuk Menyambut Tetamu Yang Agung - Bahagian 1
Entry FB Sebelum Ramadhan dan awal Syawal 1431 H
(sehingga 15 Ramadhan)
Marhaban Ya Ramadhan! Marilah kita

mulakan persediaan
mental, emosi, fizikal dan ilmu. Kerana tetamu yang agung dan mulia bakal tiba lagi. Moga kita penuh bersedia menyambut kedatangannya. "Ya Allah, berkatilah kami di bulan Syaaban ini dan panjangkan umur kami agar dapat kami berpesta (ibadah) lagi di bulan Ramadhan!"
Doa Ketika Telah Masuk Bulan Ramadhan:
"Dari Thalhah bin 'Ubaidillah, sesungguhnya bila Nabi SAW. melihat hilal, Baginda berdoa: "Wahai Tuhan yg telah menampakkan awal bulan kpd kami dgn aman dan iman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah, hilal yang benar dan baik."
(HR Tirmidzi). (Catatan: Doa ini juga diucapkan oleh Rasulullah SAW. pada awal bulan2 hijriah yang lain).
Ramadhan 1431H
#16: 1R - Rasulullah SAW. bersabda: Malaikat menyeru dalam bulan Ramadhan: Wahai org yg menginginkan kebaikan, bergembiralah! Wahai org yg menginginkan kejahatan, hentikanlah!
#17:2R - Malaikat pun berterus-terusan menyeru (ucapan seperti di #16) sehingga berakhir bulan Ramadhan.. (HR Ahmad dan Al-Nasaai).
Lalu jalan manakah yang hendak kita pilih? Jalan yang membawa mahmudah atau mazmumah...
#18:3R - Abu Sa'id Al Chudry r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Mula (bulan Ramadhan) rahmat, tengahnya pengampunan dan akhirnya merdeka dari api neraka." (HR Muslim).
#19:4R- Daripada Abi Mas'ud al-Ghifari, katanya Rasulullah SAW. bersabda: "Kalaulah hamba2 Allah mengetahui kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan, nescaya mereka bercita2 supaya bulan Ramadhan berlaku sepanjang tahun." (HR al-Tabarani, Ibn Kuzaimah dan al-Baihaqi).
(sempena Bicara Addin oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di MSSAAS pd pg 140810, dan seperti terkandung dlm buku beliau; Ahkam wa Fatawa al-Siyam, ms.13)
#20:5R-Antara adap-adap berpuasa
1. Melambatkan sahur
2. Menyegerakan berbuka
3. Berbuka dengan korma (rutab/korma segar, tamar/korma kering atau air)
4. Berdoa ketika berbuka
5. Memperbanyakkan sedekah
6. Memberi makan orang2 yg berpuasa.. (bersambung..)
Moga kita sama-sama dapat mengamalkan semampu yang boleh.
#21:6R-Antara adap-adap berpuasa (sambungan.):
7. Banyak membaca al-Quran
8. Menjauhi segala maksiat
9. Qiyam Ramadhan -mendirikan malam2 dgn tarawikh dan witir
10.Bersungguh-sungguh beribadat di 10 akhir Ramadhan dan berikhtikaf.
#22:7R-The prophet (pbuh) was reported to have said: "Whoever did not give up lying and practicing falsehood, Allah is in no need of his giving up food and water." (Bukhari).
#23:9R-Daripada Anas RA. bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa berada dalam ibadah, sekalipun dia sedang tidur atas tilamnya." (HR al-Dailami).
#24:10R-"Kau bulan kerinduan, Hadirmu amat dinanti, Dirimu membentang samudera keampunan, Bernaung kasih tiada tepian."
Bulan ini telah tiba, maka sejahterkanlah kami di dalamnya dan sejahterakanlah bulan ini untuk kami. (Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan, buku tazkirah percuma edaran Grupbuku Karangkraf).
#25:11R-Being hungry and abstaining from pleasure is no pleasure in itself except when it is experienced for the sake of Allah. Sawm in this sense is exclusively for Allah. The Almighty (reported by the Prophet SAW) says, "Fasting is for Me and I shall reward it." (Bukhari).
#26:12R-Daripada Anas r.a. berkata: "Rasulullah SAW. ditanya: Wahai Rasulullah, yang mana satukah sedekah yang paling baik? Rasulullah SAW. menjawab: Sedekah pada bulan Ramadhan." (HR Tarmizi).
#27:13R-Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda: "Puasa adalah separuh kesabaran dan atas setiap sesuatu ada zakatnya dan zakat badan itu dengan berpuasa." (HR al-Baihaqi).
#28:14R-Daripada Abu Hurairah r.a. , Rasulullah SAW. bersabda: "Solat yang lima dan Jumaat ke Jumaat berikutnya dan Ramadan ke Ramadan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa di antaranya, jika dosa-dosa besar dijauhi." (HR Muslim).
#29:15R-Antara hikmah puasa : Kekenyangan yg berterusan dlm kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dgn sifat2 keras hati dan keterlaluan. Kedua2nya adalah bertentangan dgn sifat seorang Islam. Justeru, pensyariatan puasa dpt mendidik jiwanya dan mengurangkan sifat2 tersebut. (Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ahkam wa Fatawa al-Siyam, ms.30).