Tuesday, August 13, 2013
Perbezaan Besar Antara Istilah "YUSRO" Dengan "USRO"
Monday, June 13, 2011
Kemerduan Suara Rasulullah SAW. Membaca al-Quran
Sunday, August 08, 2010
Fadhilat Surah Ali Imran & Surah al-Kahfi
SURAH ALI IMRAN
| 1. | Daripada Ibnu Abbas RA. Rasulullah SAW. bersabda: | Warisan Suci – Doa-doa Imam Hasan al-Banna ms. 59. |
| |
| |
|
| “Barangsiapa membaca surah yang di dalamnya di sebut keluarga Imran pada hari Jumaat, akan membacakan selawat baginya Allah dan malaikat sampai tenggelam matahari.” | HR Tabrani dalam al-Ausath dan al-Kabir. |
| | | |
SURAH AL-KAHFI
| 1. | Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA. sesungguhnya Rasulullah SAW. bersabda: | Warisan Suci – Doa-doa Imam Hasan al-Banna ms. 59. |
| |
| |
|
| “Barangsiapa membaca | HR Nasaii, Baihaqi dan Marfu’. |
| | | |
Fadhilat Surah as-Sajdah & Surah al-Waaq'iah
SURAH AS-SAJDAH
| 1. | Daripada Ibn Abbas RA. menyebutkan: | Surah As-Sajdah: Terjemahan & Huraian, PPZ 2007, ms. 2 |
| | | |
| | “Nabi SAW. membaca surah as-Sajdah pada solat Subuh hari Jumaat dan surah al-Insan.” | |
| | | |
| 2. | Daripada Jabir bin Abdullah RA., katanya: | ms. 2 |
| | | |
| | “Adalah Nabi SAW. tidak tidur melainkan setelah terlebih dahulu membaca surah al-Sajdah dan surah al-Mulk.” | Al- Darimi dalam Musnad al-Darimi |
| | | |
| 3. | Sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya: | ms. 2 |
| | | |
| | “Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman: Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.” | Al- Darimi dalam Musnad al-Darimi |
SURAH AL WAAQ’IAH
| 1. | Nabi SAW. bersabda: | Fadhilat Surah-surah Pilihan, ms. 87 |
| | (matan) | |
| | “Barangsiapa membaca surah al-Waaqiah pada setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kepapaan buat selama-lamanya. Dan surah al-Waaqi’ah itu adalah surah kekayaan. Maka bacalah ia dan ajarkanlah kepada anak-anakmu. ” | (tidak ditimpa kepapaan) |
| | | |
| 2. | Nabi SAW. bersabda: | Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 88 |
| | (matan) | |
| | “Orang yang membaca surah al-Hadiid, al-Waaqi’ah dan ar-Rahman akan disebut di alam malakut langit dan bumi sebagai penghuni syurga Firdaus.” | (penghuni syurga Firdaus) |
Saturday, July 24, 2010
Fadhilat Surah Yaasin
SURAH YAASIIN
| 1. | Daripada Anas RA (Radhiallahu ‘anhu), beliau berkata: Nabi Rasulullah SAW (Shallahu ‘alaihi wasallam) telah bersabda: | Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 39 |
| | (matan) | |
| | “Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai hati, adapun hati al-Quran adalah Yaasiin. Barangsiapa yang membaca Yaasiin maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” | HR Tirmizi. (hati al-Quran dan seumpama membaca al-Quran 10 kali) |
| | | |
| 2. | Daripada Ma’qil ibnu Yasar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: | Warisan Suci – Doa-doa Imam Hasan al-Banna, ms. 58. |
| | | |
| | “Jantung al-Quran itu Yaasiin. Tidak membaca Yaasiin seseorang dengan mengharapkan Allah dan hari akhirat kecuali Allah ampuni dosanya; bacakan Yaasiin pada orang-orang yang akan meninggal di antara kamu.” | HR Ahmad, Abu Dawud, Nasaii dan lain-lain. |
| | | |
| 3. | Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: | Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 41 |
| | (matan) | |
| | “Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada malam Jumaat, maka ia akan mendapat keampunan.” | (mendapat keampunan) |
| | | |
| 4. | Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda: | Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 41 |
| | (matan) | |
| | “Barangsiapa yang masuk makam kemudian membaca surah Yaasiin, maka Allah meringankan seksaan kepada ahli kubur pada hari itu dan memberi pelbagai kebajikan.” | (meringankan seksaan ahli kubur) |
| 5. | Nabi SAW telah bersabda: | Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 41 |
| | (matan) | |
| | “Barangsiapa yang membaca surah Yaasiin ikhlas kerana Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu, maka bacakanlah kepada orang-orang yang akan mati (atau orang yang telah mati).” | HR Baihaqi. (meringankan bebanan orang yang sedang nazak) |
| 6. | Daripada Aisyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: | Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 42 |
| | (matan) | |
| | “Di dalam al –Quran itu terdapat surah yang boleh memberi syafaat kepada orang yang membaca dan memberi pengampunan kepada orang yang mendengarnya. Ingatlah! Iaitu surah Yaasiin yang di dalam kitab Taurat dinamakan dengan surah al Mu’ammamah.” Rasulullah SAW ditanya: “Ya Rasulullah, mengapa surah Yaasiin dinamakan dengan surah al Mu’ammamah?” Nabi SAW menjawab: “Ya, sebab orang yang membaca itu akan mendapat kebajikan di dunia dan akan dihilangkan bencana di akhirat. Dan surah Yaasiin juga dinamakan dengan surah ad Daafi’ah dan al Qaadhiyah.” Nabi ditanya lagi: “Ya Rasulullah mengpa surah Yaasiin dinamakan dengan surah ad Daafi’ah dan al Qaadhiyah?” Nabi SAW menjawab: “Ini kerana surah Yaasiin apabila dibaca boleh menolak perkara yang buruk dan boleh menunaikan segala hajatnya.” | (mendapat kebajikan di dunia, dihilangkan bencana di akhirat serta ditunaikan hajat pembacanya) |
| | | |
| 7. | Rasulullah SAW bersabda: | Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 43 |
| | (matan) | |
| | “Barangsiapa yang membiasakan diri dengan membaca surah Yaasiin, kemudian dia mati maka dia tergolong bersama golongan yang mati syahid.” | (termasuk golongan yang mati syahid) |
| | | |
| 8. | Rasulullah SAW bersabda: | Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 44 |
| | (matan) | |
| | “Apabila ada orang yang akan meninggal dunia, kemudian dibacakankan surah Yaasiin, maka Allah memudahkan keluarnya roh dari jasadnya.” | (memudahkan keluar roh dari badan) |
| | | |
| 9. | Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW : | Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 44 |
| | (matan) | |
| | “Sesungguhnya Allah Taala telah membaca surah Taha dan Yaasiin seribu tahun sebelum mencipta langit dan bumi. Apabila Malaikat mendengar bacaan tersebut, mereka berkata: “Seungguhnya beruntung umat yang diturunkan ke atasnya bacaan ini, sungguh beruntung hati yang membawa (menghafal bacaan) ini dan sungguh beruntung bagi lidah-lidah yang menuturkannya.” | Sunan Ad Darimi. (Ucapan Allah 1,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi) |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | Latest 150409 | |
Sunday, July 11, 2010
Fadhilat Surah al-Mulk
SURAH AL MULK – PENGHALANG AZAB KUBUR
| 1. | Daripada Abu Hurairah RA (Radhiallahu ‘anhu), Nabi SAW (Shallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: | Jambatan Ke Akhirat, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned – Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ms. 86 |
| | (matan) | |
| | “Sesungguhnya dalam al-Qu’ran itu terdapat satu surah mengandungi tiga puluh ayat tabarakallazi biyadihil mulk. Ia memberi syafaat (pertolongan) kepada seseorang sehingga orang itu diampunkan (dosanya oleh Allah)” | HR al-Arba’ah, Ibnu Hibban dan al-Hakim. |
| | | |
| 2. | Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW baginda bersabda: | Surah Al-Mulk- Terjemahan & Huraian, PPZ 2006, ms. 5 |
| | (matan) | |
| | “Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.” | HR Imam Ahmad. |
| | | |
| 3. | Daripada Ibnu ‘Abbas RA. Nabi SAW bersabda: | Jambatan Ke Akhirat, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned – Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ms. 86 |
| | “Ia (Surah tabaraka atau al-Mulk) adalah penghalang daripada azab Allah, penyelamat daripada azab kubur.” | HR at-Tirmidzi. |
| | | |
| 4. | Daripada Ibnu Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda: | Jambatan Ke Akhirat, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned – Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ms. 87 |
| | “Barangsiapa membaca tabarakallazi biyadihil mulk pada tiap-tiap malam, nescaya Allah memeliharanya dengan (berkat) surah ini daripada azab kubur.” | HR an-Nasa’i. |
| | | |
| 5. | Riwayat Abu ad-Darda’ RA pula menyebutkan, bahawa Nabi SAW telah bersabda: | Jambatan Ke Akhirat, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned – Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ms. 87 |
| | “Barangsiapa membaca tabarakallazi biyadihil mulk, nescaya jadi pembela ia kepada tuannya di dalam kubur.” | |
| | | |
| 6. | Daripada Ibn Abbas RA katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah SAW memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tiba-tiba (terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: | Surah Al-Mulk- Terjemahan & Huraian, PPZ 2006, ms. 5-6 |
| | (matan) | |
| | “Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.” | HR al-Tirmidzi. |
| 7. | Daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: | Jambatan Ke Akhirat, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned – Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ms. 87 |
| | (matan) | |
| | “Tiada satu surah daripada al-Quran (yang terdiri daripada) tiga puluh ayat, melainkan melawan ia untuk tuannya, sehinggalah (berjaya) ia memasukkan tuannya itu ke syurga, iaitulah tabaraka.” | HR ath-Thabarani. |
| | | |
| 8. | Daripada Jabir RA bahawa Rasulullah SAW tidak tidur melainkan baginda membaca alif lam min tanzil (surah al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk). | Surah Al-Mulk- Terjemahan & Huraian, PPZ 2006, ms. 6 |
| | (matan) | HR al-Tirmidzi. |
| | | |
| 9. | Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah SAW bersabda: | Surah Al-Mulk- Terjemahan & Huraian, PPZ 2006, ms. 7 |
| | (matan) | |
| | “Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk.” | HR al-Tabarani. |
| | | |
| 10. | Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar iaitu: | Surah Al-Mulk- Terjemahan & Huraian, PPZ 2006, ms. 7-8 |
| | (matan) | |
| | “Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. Rasulullah SAW bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.” | HR Abd bin Humaid dalam Musnadnya. |
| | | |
| | | |
| | | |
Fadhilat Surah al-Ikhlas
SURAH AL IKHLAS – TERLEPAS DARIPADA FITNAH KUBUR
| 1. | Daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: | Jambatan Ke Akhirat, ms. 88 |
| | (matan) | |
| | “Barang siapa membaca qul huwallahu ahad dalam masa sakitnya yang membawa kepada kematiannya, nescaya terlepas dia daripada fitnah kubur, aman daripada himpitan kbur dan malaikat pula membawanya dengan tapak tangannya sehinggalah berjaya dia melintasi as-Sirath terus ke syurga.” | HR ath-Thabarani dan Abu Nu’aim, dalam al-Itqan. |
| | | |
| 2. | Hadis Anas RA, katanya “Kami pada masa itu bersama-sama dengan Rasulullah SAW di Tabuk. Matahari telah tebit dengan sinar dan cahayanya yang belum pernah kami saksikan seumpamanya sebelum ini. Adapun jarak antara tabuk dengan Madinah ialah perjalanan selama sebulan. Maka Jibrail ‘Alaihissalam pun turun. Lalu nabi SAW bersabda kepadanya: | Jambatan Ke Akhirat, ms. 89 |
| | (matan) | |
| | “Wahai Jibril, apa halnya ini, matahari berubah (tidak seperti keadaannya yang biasa)?” Menjelaskan Jibril ‘Alaihissalam: “Wahai Rasulullah, (ini ialah) kerana terlalu banyaknya sayap-sayap para malaikat. Perkara ini berlaku, kerana Mu’awiah bin Mu’awiah al-Laitsi (riwayat lain ada yang menyebut al-Muzani- penulis) telah meninggal dunia di Madinah pada hari ini, lalu Allah telah mengutus untuknya seramai tujuh puluh ribu malaikat untuk menyembahyangkannya.” Ditanya pula: “Kerana apakah perkara itu terjadi?” Menjawab Jibril: “Kerana banyaknya dia membaca qul huwallahu ahad pada malam dan siang hari, pada masa berjalan, berdiri, duduk, datang dan pergi, (pendeknya) atas semua keadaan.” Kemudian berkata pula Jibril: “Adakah akan aku sempitkan untuk Tuan bumi ini supaya dapat Tuan sembahyang ke atasnya?” Menjawab baginda: “ya” lalu dengan sayapnya dipukulnya bumi sehingga tidak tinggal sebatang pohon pun dan tidak juga sebuah tempat melainkan semuanya tumbang, lalu diangkatkan baginya katil mayat sehingga membolehkan Baginda melihatnya. Di belakang Baginda berbaris dua barisan malaikat, tiap-tiap satu barisan ada tujuh puluh ribu malaikat, Maka Baginda pun sembahyang ke atas mayat kemudian balik semula ke Tabuk.” Demikian dalam Tafsir al-kabir. | As-Sayyid Haqqi an-Nazili, Khazinah al-Asrar, ms. 164. |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | Latest 150409 | |