SURAH AS-SAJDAH
1. | Daripada Ibn Abbas RA. menyebutkan: | Surah As-Sajdah: Terjemahan & Huraian, PPZ 2007, ms. 2 |
| | |
| “Nabi SAW. membaca surah as-Sajdah pada solat Subuh hari Jumaat dan surah al-Insan.” | |
| | |
2. | Daripada Jabir bin Abdullah RA., katanya: | ms. 2 |
| | |
| “Adalah Nabi SAW. tidak tidur melainkan setelah terlebih dahulu membaca surah al-Sajdah dan surah al-Mulk.” | Al- Darimi dalam Musnad al-Darimi |
| | |
3. | Sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya: | ms. 2 |
| | |
| “Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman: Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.” | Al- Darimi dalam Musnad al-Darimi |
SURAH AL WAAQ’IAH
1. | Nabi SAW. bersabda: | Fadhilat Surah-surah Pilihan, ms. 87 |
| (matan) | |
| “Barangsiapa membaca surah al-Waaqiah pada setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kepapaan buat selama-lamanya. Dan surah al-Waaqi’ah itu adalah surah kekayaan. Maka bacalah ia dan ajarkanlah kepada anak-anakmu. ” | (tidak ditimpa kepapaan) |
| | |
2. | Nabi SAW. bersabda: | Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 88 |
| (matan) | |
| “Orang yang membaca surah al-Hadiid, al-Waaqi’ah dan ar-Rahman akan disebut di alam malakut langit dan bumi sebagai penghuni syurga Firdaus.” | (penghuni syurga Firdaus) |
No comments:
Post a Comment