Sunday, August 08, 2010

Fadhilat Surah Ali Imran & Surah al-Kahfi

SURAH ALI IMRAN

1.

Daripada Ibnu Abbas RA. Rasulullah SAW. bersabda:

Warisan Suci – Doa-doa Imam Hasan al-Banna

ms. 59.

“Barangsiapa membaca surah yang di dalamnya di sebut keluarga Imran pada hari Jumaat, akan membacakan selawat baginya Allah dan malaikat sampai tenggelam matahari.”

HR Tabrani dalam al-Ausath dan al-Kabir.

SURAH AL-KAHFI

1.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA. sesungguhnya Rasulullah SAW. bersabda:

Warisan Suci – Doa-doa Imam Hasan al-Banna

ms. 59.

“Barangsiapa membaca surat Kahfi pada malam Jumaat, Allah menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat.”

HR Nasaii, Baihaqi dan Marfu’.

Fadhilat Surah as-Sajdah & Surah al-Waaq'iah

SURAH AS-SAJDAH

1.

Daripada Ibn Abbas RA. menyebutkan:

Surah As-Sajdah: Terjemahan & Huraian, PPZ 2007, ms. 2

“Nabi SAW. membaca surah as-Sajdah pada solat Subuh hari Jumaat dan surah al-Insan.”

2.

Daripada Jabir bin Abdullah RA., katanya:

ms. 2

“Adalah Nabi SAW. tidak tidur melainkan setelah terlebih dahulu membaca surah al-Sajdah dan surah al-Mulk.”

Al- Darimi dalam Musnad al-Darimi

3.

Sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya:

ms. 2

“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman: Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.”

Al- Darimi dalam Musnad al-Darimi

SURAH AL WAAQ’IAH

1.

Nabi SAW. bersabda:

Fadhilat Surah-surah Pilihan, ms. 87

(matan)

“Barangsiapa membaca surah al-Waaqiah pada setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kepapaan buat selama-lamanya. Dan surah al-Waaqi’ah itu adalah surah kekayaan. Maka bacalah ia dan ajarkanlah kepada anak-anakmu. ”

(tidak ditimpa kepapaan)

2.

Nabi SAW. bersabda:

Fadilat Surah-surah Pilihan, ms. 88

(matan)

“Orang yang membaca surah al-Hadiid, al-Waaqi’ah dan ar-Rahman akan disebut di alam malakut langit dan bumi sebagai penghuni syurga Firdaus.”

(penghuni syurga Firdaus)

Monday, August 02, 2010

ISMUL A'ZOM

ISMUL A’ZOM – NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR

Kelebihan membaca akhir Surah Al Hasyr: Ayat 21 – 24

1.

Abu Hurairah RA. menyatakan: Aku telah bertanya kepada kekasih ku Abu Qassim (Rasulullah SAW.) tentang nama Allah yang paling besar.

Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abu Hurairah, kamu hendaklah selalu dengan akhir surah Hasyr dan perbanyaklah membacanya.”

2.

Anas bin Malik RA. berkata, Rasulullah SAW. telah bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Hasyr, maka Allah Ta’ala mengampunkan apa yang terdahulu daripada dosanya dan yang terkemudian.”

3.

Abu Umamah RA. berkata bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda:

“Sesiapa yang membaca penutup surah Hasyr sama ada di waktu malam ataupun siang, lalu Allah Ta’ala mencabut nyawanya pada malam itu ataupun pada hari itu, maka sesungguhnya Allah Ta’ala telah memastikan kepadanya syurga.”