50.
Manusia lebih mempercayai matanya
(apa yang mereka lihat dengan 'mata kepala' mereka sendiri)
daripada telinganya
(kata-kata atau nasihat yang diberikan).
— at Dataran Takaful
-------------------------------------------------------
49.
"Apa erti semuanya ini Dong Zong?
Adakah anda tidak mahu bangsa asing di SJKC?"
Tanya Tan Sri Abdul Rahman Arshad, bekas KP Pelajaran. Beliau juga berkata:
"Dengan tuntutan Dong Zong ini, ia berertj perpaduan yang dilaung-laungkan tidak ada erti lagi oleh kerana perasaan kecinaan bertambah tebal. Kadang kala bila kita beri betis, mereka nak paha pula."
(Dong Zong - Gabungan Persatuan JK Sekolah Cina Malaysia dalam perhimpunannya di Kajang Ahad lalu antara lain menuntut pihak Kem. Pelajaran memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC yang tidak tahu berbahasa Cina. Ini termasuk guru-guru baahasa Melayu dan bahasa Inggeris)
rof. Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula mengingatkan kaumnya bahawa Bahasa Cina bukanlah bahasa kebangsaan, sambil berkata:
"Sekarang kita adalah orang Cina di Malaysia,bukannya kita berada di China. Kita sudah jadi orang Malaysiakan."
Komen saya: Kesian YAB. PM. Semua hendak ambil kesempatan menjelang PRU ni. Mentang-mentanglah dia seorang yang baik dan murah hati...
-------------------------------------------------------
48.
Apa yang kita
fikir, cakap atau tulis :
Itulah kita.
(pertanyaan:ada ke orang yang:tidak berfikir,
tidak bercakap dan tidak menulis?)
-------------------------------------------------------
47.
Pada zaman awal Islam, ...
umat Islam berlumba-lumba menuntut ilmu,
sehinggakan majlis ilmu para ulama mencapai ratusan,
bahkan ribuan orang pelajar dalam satu-satu masa pengajian.
Salih bin Muhammad Al-Baghdadi berkata:
"Muhammad bin Ismail duduk di Baghdad dan satu ketika saya menulis untuknya, waktu itu lebih daripada dua puluh ribu orang yang berada dalam majlis tersebut."
Kerana cintanya orang terdahulu kepada ilmu, mereka sanggup menempuh perjalanan yang memakan masa selama berbulan-bulan dan merentas gurun semata-mata bagi menuntut ilmu. Sebab itu umat Islam ketika itu berjaya mencapai kegemilangannya. Disebabkan oleh ketinggian ilmu yang mereka miliki...
Baca lanjut: Pesanan Buat Diri, Suhili Nain, ms. 2.
-------------------------------------------------------
46.
Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat, Jilid 1
- Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.
(sahabat ke-3) Tangga Untuk Menuju Kedudukan Yang Tinggi Dari Sebahagian Hadis-hadis Saidina Abdullah Bin Mas'ud ra. (67 hadis):
(11) Tidak Ada Hasad Kecuali Pada Dua Perkara
"Dari Ibnu Mas'ud r.a. beliau berkata: Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak ada hasad, kecuali pada dua perkara: Seseorang yang Allah berikan harta, lalu dia habiskan hartanya itu dalam kebenaran, dan seseorang yang Allah berikan ilmu, lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain."
(Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Humaidi)
(46) - Keutamaan Surah Al-Mulk
Maksudnya: "Dari Ibnu Mas'ud r.a., beliau berkata: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah akan memeliharanya dari seksa kubur, dan pada masa Rasulullah s.a.w., kami menamakannya Al-Mani'ah (pemelihara), dan sesungguhnya dia adalah salah satu surah dalam kitab Allah, barangsiapa yang membacanya setiap malam, maka dia telah memperbanyak kebaikan."
(Hadis riwayat An-Nasa'i)
(62) - Orang Yang Diharamkan Atas Neraka
Maksudnya: "Dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak kalian ingin saya beritahukan siapakah orang yang diharamkan dari neraka, atau neraka diharamkan daripadanya; iaitu tiap-tiap orang yang dekat dengan manusia, sangat ramah dan lembut dalam pergaulannya."
Dan dalam riwayat lain: "Akan diharamkan dari api neraka, setiap orang yang sangat mudah, lemah lemah-lembut dan orang yang dekat dengan manusia."
(Hadis riwayat Ahmad dan At-Turmidzi)
(30.03.2012)
-------------------------------------------------------
45.
Abu Hurairah ra. berkata (dalam satu hadis sahih) bahawa Rasulullah saw. bersabda:
"Sesungguhnya Allah redha (suka) tiga perkara untuk kamu lakukan dan benci tiga perkara yang kamu lakukan.
Allah suka :
(1) kamu menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya,
(2) kamu berpegang teguh dengan tali Allah dan tidak berpecah belah serta (3) kamu menasihati pemimpin kamu.
Allah membenci:
(1) kamu bercakap-cakap kosong (bawa khabar angin),
(2) banyak bertanya (benda yang tidak berfaedah) dan
(3) membazirkan harta."
(HR Muslim)
-------------------------------------------------------
44.
Nasihat untuk siapa?
Untuk Allah,
kitab-Nya,
Rasul-Nya,
pemimpin Islam dan
umatnya.
Dalam konteks fb ini, terutamanya untuk diri saya sendiri, yang saya baca berulang-ulang kali. Para sahabat percayakah?
Tapi saya tertanya-tanya juga: kecuali 6-8 rakan fb yang begitu setia membaca setiap 'lontaran' dari Aasa4u, baki 396 rakan fb lain ada ambil kisah ke tentang Nasihat Agama itu?
Silalah beri respon sikit, para sahabat. Janganlah terus menjadi pembaca yang pasif...maaf.
-------------------------------------------------------
43.
Intai hamba sementara nampak
jangan kelak rindu rinduan
apa yang berlaku jangan tak nampak
kelak hidup tidak keruan
Raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah
hamba merayu di bumi berkah
ayuh rakyat cepat berubah
Kata tua lenguh belikat
kata muda akal cerdas
indeks rasuah masih meningkat
media pula tidak bebas
Adat bertemu bertanya khabar
adat bertamu berkirim bekal
maruah negara kian tercalar
demokrasi kabur di bumi glokal
Melafaz cinta di menara Taj Mahal
kasih sayang bertaut erat
keperluan asas semakin mahal
kos hidup terus menghambat
jauh berjalan banyak pengalaman
luas pandangan bijak perhitungan
negara berkebajikan satu tawaran
untuk rakyat buat pertimbangan
khabar indah berbanding rupa
penglipur lara mengubat resah
PRU 13 jangan dilupa
peluang rakyat untuk berubah
Kayuh basikal keliling negara
Jelajah Orang Muda untuk Perubahan
insan berakal sayang negara
tidak mungkin dibiar tanpa perubahan.
Hujan emas di negeri orang
tanah lombong tidak bertuan
ajak berubah bukan berperang
ayuh semua sahut seruan
Hasil nukilan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
-------------------------------------------------------
42.
Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat, Jilid 1
- Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.(sahabat ke-2)
Tujuan Yang Mulia Dari Sebahagian Hadis-Hadis Saidina Ali Bin Abi Thalib (49 hadis):
(2) - Iman Adalah Makrifat, Perkataan Dan Perbuatan:
Maksudnya: "Dari Ali bin Abi Thalib r.a. beliau berkata: Rasululllah s.a.w. bersabda:
Iman adalah makrifat di dalam hati, ucapan dengan lidah dan perbuatan dengan anggota.
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah).
(29) - Adab Dalam Memutuskan Perkara:
Maksudnya : "Dari Ali bin Abi Thalib r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku:
"Apabila dua orang laki-laki minta putuskan suatu perkara kepadamu, maka janganlah kamu memberikan keputusan kepada orang yang pertama, sehingga kamu mendengar perkataan orang yang kedua, maka kamu akan mengetahui apa yang akan kamu putuskan."
Ali berkata: "Maka aku pun sentiasa menjadi qadhi setelah itu."
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Turmidzi)
-------------------------------------------------------
41.
Manusia memang selalu berbeza pendapat dalam mentafsirkan sesuatu perkara atau situasi yang berlaku. Orang yang bijak memilih interpretasi yang menjadikan mindanya bertambah kuat, imannya semakin mantap dan jiwanya terus kekal bahagia.
-------------------------------------------------------
40.
Cinta "High - Class"?
Ini doa untuk memilikinya:
"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk (ketika panas terik)."
(Riwayat al-Tirmizi)
-------------------------------------------------------
39.
It's very important to make yourself and others around you always happy.
Never, never, show your sadness or sympathy to them..
Kimoterapi or radioterapi @Institut Radioterapi & Onkologi dan Jabatan Perubatan Nuklear.
-------------------------------------------------------
38.
Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat
- Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, Jilid 1, Pustaka Darussalam:
Mutiara-mutiara Indah Dari Hadis-hadis Saidina Uthman Bin Affan ra. (ini adalah kumpulan yang penuh berkah dari rangkaian hadis-hadis Nabi, yang diriwayatkan oleh sahabat yang memiliki kemuliaan, pemilik sumur "Rumah", Amirul Mu'minin, Uthman bin Affan, yang para Malaikat merasa malu kepada beliau, dan beliau diberi gelar dengan Zun Nurain (orang yang memiliki dua cahaya), dan orang yang telah disaksikan oleh Rasulullah dengan syurga. Semoga Allah meredhai beliau (21 hadis):
Maksudnya:"Dari Uthman bin Affan r.a. bahawa beliau ingin membangun masjid, tapi orang-orang pun tidak menyetujuinya, dan mereka ingin agar beliau membiarkan masjid seperti keadaannya, lalu beliau berkata:Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa membangun masjid kerana Allah, maka Allah akan membangunkan baginya di dalam syurga sebuah rumah yang seumpamanya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim, At-Turmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ad-Darimi)
(28.03.2012)
-------------------------------------------------------
37.
Orang yang bijak tidak akan membenarkan orang lain
menentukan emosinya.
- Prof. Dr. Muhaya Muhammad
-------------------------------------------------------
36.
Don't try to do your best.
Just do your best!
-------------------------------------------------------
35.
Kalau anda belum tahu, gajet yang baru saya gunakan ini
(walaupun sememangnya saya selalu ketinggalan) namanya alat kelengkapan perang "jihad fi sabilillah". Kalau ikut istilah Ustaz Pahrol, boleh juga dinamakan "peralatan ibadah", InsyaALLAH...
Harap anda juga menggunakan semua gajet yang anda ada untuk tujuan yang sama...
-------------------------------------------------------
34.
Sahabat-sahabatku.
Berhentilah merokok sekarang!
Alasan apa lagi yang anda perlukan?
Saat anda telah terlantar dalam wad atau di dewan bedah ijn?
-------------------------------------------------------
33.
"Banyak pihak yakin selagi YB tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini selagi itulah mereka menasihatkan supaya YB menutup mulut sahaja. YB harus mencerminkan muka sendiri sebelum menuduh orang lain.
"Aduh! Pedasnya... Ini baru dinamakan 'bertemu buku dengan ruas'. Apa pengajarannya, terutama kepada ahli-ahli politik yang mulut celupar dan selalu suka membuat tuduhan kepada ahli politik lain? Lain kali, kalau dah tahu tak pandai berenang, bermain air sahajalah di kolam yang dikhaskan untuk kanak-kanak....hehehe...
Apa pendapat sahabat-sahabat pula? Anda ada sesuatu untuk dikatakan berkaitan isu tersebut?
-------------------------------------------------------
32.
"SOWAABA"
Perkataan ini disebut dihujung ayat 38, Surah An-Nabaa' (Berita Besar).
Saya sangat mengesyorkan semua sahabat fb 'mentadabbur' ayat tersebut kerana semua kita, suka atau tidak, seumpama 'membuka pekung di dada' akan terpaksa menyebut tentangnya satu ketika nanti...
Jangan nanti kita (nauzu billahi min zaalik!) seperti orang-orang kafir akan berkata dengan penuh penyesalan:
"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah!."(akhir Surah 78)
-------------------------------------------------------
31.
Pesanan Buat Diri (Suhili Nain, PTS, 2011):
"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan
ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan,
nescaya ia akan menghapuskan dosa kejahatan itu, dan
berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik."
(Direkod oleh at-Tirmizi)
(27.03.2012)
-------------------------------------------------------
30.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah (2), ayat 216:
"Dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada seuatu padahal ia buruk bagi kamu,
Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
Sesungguhnya seorang mukmin itu baik dalam semua keadaan, sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT dan redha menerima segala ketentuan-Nya.
Abu Hurairah ra. melaporkan, Rasulullab saw. pernah bersabda:
"Sesiapa yang Allah kehendaki dengannya kebaikan, Dia akan menimpakannya dengan cubaan."
(HR Al-Bukhari)
-------------------------------------------------------
29.
Pembangunan berteraskan Islam adalah bertujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Redha Allah menjadi ukuran kejayaan sesebuah pembangunan menurut al-Quran dan hadis.
Hal ini jelas berbeza dengan tasawur pembangunan lazim yang hanya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan dan peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sahaja.
Aspek keredhaan Allah SWT dan kejayaan di akhirat langsung tidak diambil kira.
(bacaan lanjut: Tiga Elemen Tasawur Pembangunan Islam, Mohd Shukri Hanafi,
Milenia Muslim, ms. 44)
-------------------------------------------------------
28.
DR HAMDAN: AYAT AL-QURAN MACAM KUDA LIAR
(Dr. Hamdan Saparwan, 28, seorang hafiz al-quran ialah doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan. Beliau ialah salah seorang teknokrat yang telah dilahirkan melalui Program Persijilan Tahfiz Al-quran yang kemudian diterima masuk ke UIA dalam pengajian seperti perubatan, farmasi dan jurutera. Maklumat lanjut tentang "kuda liar" dalam Milenia Muslim, April 2012, muka 15)
-------------------------------------------------------
27.
"Menjadi orang terkaya di perkuburan tiada maknanya...
Dapat berkata bahawa kita telah melakukan sesuatu yang hebat apabila hendak tidur di waktu malam lebih penting bagi saya."
- STEVE JOBS, mendiang Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc.,
apabila ditanya tentang prinsip perniagaannya. (Wall Street Journal)
-------------------------------------------------------
26.
"ALLAH memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan
orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah, ayat 269)"
HANYA sanya orang yang takut kepada Allah SWT ialah orang yang berilmu."
(Surah Al-Faatir, ayat 28)
-------------------------------------------------------
25.
Kata 'Second Finance Minister' Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah:
1. Ten Urban Transformation Centres (UTC) will be set up in cities throughout the country. (Sebelum ini istilah RTC juga digunakan dalam akhbar-akhbar berbahasa Melayu, membuktikan terlalu miskinnya istilah dalam bahasa itu.. Atau anda juga boleh membuat kesimpulan lain...)
2. ...the UTC will provide all these under one roof.
3. "There will also be interpreters stationed at the UTCs to aid the elderly and those who may not be well versed on Bahasa Melayu."
Pertanyaan saya kepada YB. SFM tersebut:
Setelah 55 tahun Merdeka, masih perlukah kepada khidmat penterjemah YB? Berapa elaun nak dibayar kepada 'interpreters' tersebut. Orang hampir pencen macam saya ada peluang untuk memohon ke?Ok lah, saya 're-phrase' soalan saya: Setelah 55 tahun, bolehkah kita benarkan wujud lagi warganegara yang 'buta' dalam bahasa kebangsaan negaranya? Macamana YB? (atau orang-orang yang sependapat dengan YB...)
(26.03.2012)
-------------------------------------------------------
24.
Orang yang tidak ikhlas dalam melakukan ibadah
dengan meniru orang semata-mata (klon)
samalah keadaannya dengan DUIT PALSU.
Walau sebanyak mana sekali pun amal perbuatannya,
ia tetap tidak bernilai.
- TG Dato' NAANM, Tafsir Surah At-Thaariq
-------------------------------------------------------
23.
Good Characteristics of MENTALLY HEALTY PEOPLE
1. Feels good about themselves:
- Respects yourself
- Is realistic
- Is tolerant
- Able to accept disappointments
- Able to deal with most challenges
- Takes pleasure in the simple things in life
2. Feels comfortable with other people :
- Trusts one another
- Feels part of a group
- Is responsible towards others
- Understands and respects the differences in people
- Does not take advantage of others nor allow others to take advantage of you
- Able to love and appreciate others
- Has satisfying and lasting relationships
3. Able to meet the demand of life:
- Uses your talent
- Plans ahead and is positive about the future
- Welcomes new experiences and ideas
- Sets realistic goals
- Accept responsibilities
- Does something about problems as they arise- Able to make own decision
- Satisfied with putting your best effort into what you do
Source: Ministry of Health's poster @HKL
(23.03.2012)
-------------------------------------------------------
22.
Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat yang diberkati kepada semua rakan fb:
Bismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah Khalikulalam,
Berkat Muhammad Sayid Alanam,
Memberi rahmat siang dan malam.
Awal bismillah fakir menyusun,
Di pangkal jalan memohon ampun,
Maklum bahasa tidak tersusun,
Banyak perkara hendak dihimpun.
(Dua rangkap pertama dari 48 rangkap ucapan bermadah Dr. Mohd Anuar Ridhwan, Sasterawan Negara Ke 10, dalam pidato penerimaan Anugerah Sastera Negara pada 20 Oktober 2009)
Ucapan beliau diakhiri dengan rangkap berikut:
Sudahlah dengan takdir Allah,
Tiadalah dapat lagi disalah,
di Lohmahfuz suratan terjumlah,
Barang yang datang disyukurkanlah.
(semoga ada manfaatnya diulangi kata-kata indah dari jiwa seniman yang halus)
-------------------------------------------------------
26.
Good Characteristics of MENTALLY HEALTY PEOPLE
1. Feels good about themselves
- Respects yourself
- Is realistic
- Is tolerant
- Able to accept disappointments
- Able to deal with most challenges
- Takes pleasure in the simple things in life
2. Feels comfortable with other people .......
3. Able to meet the demand of life .....
(23.03.2012)
-------------------------------------------------------
25.
Hah!!! Biar betul! Benarkah Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan telah meramalkan tentang prestasi BN yang dikatakan hanya mampu menang di tiga negeri sahaja? (rujuk akhbar Utusan, ms 3)
Pelik Sangat bin Sangat Ajaib!! Bagaimana berbagai 'kerosakan moral dan kesilapan tindakan politik' DSAI dan kemurahan hati kerajaan 1Malaysia tidak mampu memberi kemenangan mudah kepada BN? Ini mesti ada sesuatu yang tersembunyi yang rakyat biasa (yang tidak mempunyai akses kepada 'maklumat dalaman' seperti Tun Daim) tidak mengetahui tentang kelemahan besar kerajaan sehingga Tun boleh membuat ramalan sebegitu rupa.
Anda tahukah?
-------------------------------------------------------
24.
Anda pun tahu, percanggahan pendapat di antara para ulamak memang telah lama berlaku,
di atas kepentingan masing-masing. Antaranya isu berkaitan mengadakan perhubungan dengan orang berketurunan Yahudi:
1. Pada 17 Mac lalu, Presiden Pas, TG DS Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian bahawa parti itu menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi.Kata beliau:"Yahudi adalah satu bangsa manakala Zionos adalah satu ideologi. Kita menolak Zionis kerana ia satu ideologi yang meletakkan kefahaman bahawa bangsa Yahudi adalah mulia dan menganggap bangsa lain adalah 'goyim' atau hina."
2. Dua hari kemudian, Mufti Perak, TS Harussani Zakaria berkata: Sebarang bentuk kerjasama dengan Yahudi di Israel adalah haram di sisi agama Islam walaupun sebahagiab mereka tidak berfahaman Zionis. (dibawah tajuk: Haram adakan kerjasama dengan Yahudi)
3. Akhbar Sinar Harian hari ini melapurkan di bawah tajuk: Berurusan dengan Yahudi tidak ditegah, pendapat bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang berkata: Orang Islam sememangnya tidak ditegah daripada berurusan dengan orang Yahudi, termasuk dalam bidang perniagaan.Bagaimanapun katanya, keharusan itu tertakluk kepada orang Yahudi yang tidak memerangi atau memusuhi Islam. "Dalam konteks ini, dengan Yahudi Zionis yang memerangi Islam, tidak boleh." katanya. Kata Mohd Asri, Islam bukan agama yang menghukum seseorang berdasarkan keturunan.Malah Ustaz Asri juga berkata salah seorang isteri Rasulullah saw. iaitu Safiyyah Huyai adalah berasal dari Bani Nadhir, satu suku daripada kaum Yahudi di Madinah. Begitu juga seorang sahabat Rasulullah, Abdullah bin Salam juga asalnya adalah seorang rabbi atau ulama Yahudi.
Jadi sekarang, pendapat ulamak mana yang hendak anda ikut? Saya hanya bimbang semakin lama pendapat ulamak yang ada kaitan dengan kerajaan akan tidak lagi dianggap relevan dan tidak lagi akan dihormati. Kerana nampaknya pendapat dikeluarkan berdasarkan kepentingan tertentu dan berdasarkan emosi dan bukan berdasarkan ilmu Islam yang sebenarnya...
(22.03.2012)
-------------------------------------------------------
23.
MENTALLY HEALTHY PEOPLE
Good Characteristics:
1. Feels good about themselves;
2. Feels comfortable with other people; and
3. Able to meet the demands of life.
Are you interested to know more about it?
-------------------------------------------------------
22.
MENTAL HEALTH
Do you think or feel that you're ok? No?
Do something about it, now!
------------------------------------------------------
21.
Begitu juga jauhnya pengertian di antara "al-ashqo" (ayat 15) dan "al-atsqo" (ayat 17) dalam Surah 92.
"al-ashqo" - orang yang sungguh celaka, iaitu orang yang akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Iaitu orang-orang yang mendustakan kebenaran dan berpaling ingkar serta tidak mengambil peduli dan tidak mengambil endah dengan ayat-ayat al-Quran.
"al-atsqo" - orang yang sungguh bertaqwa - iaitu orang yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya dengan hanya mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi (ayat 20).
-------------------------------------------------------
20.
Antara "yusro" dengan "usro" dalam Surah al-Lail (92) terlalu banyak dan jauh bezanya.
"yusro" (ayat 7): kesenangan (syurga)
- Allah permudahkan manusia untuk mendapat kesenangan dalam melalui ranjau hidup
di dunia hingga selamat di akhirat.
"usro" (ayat 10): kesusahan dan kesengsaraan
- antaranya orang yang bakhil, merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan yang dimilikinya dan orang yang mendustakan perkara yang baik, Allah akan memberi "kemudahan" kepadanya untuk mendapat kepayahan dan jalan mati.
(21.03.2012)
-------------------------------------------------------
19.
Apa lagi yang kita mahukan di dunia ini,Selain dari titisan redha Allah SWT?
Di dunia berpuas hati dengan segala nikmat hidup.
Di Akhirat berpuas hati disambut para malaikat dan
mendapat keampunan dan kasih sayang Allah.
-------------------------------------------------------
18.
"Kamu tidak akan masuk ke dalam neraka,
kecuali kamu menjadi manusia-manusia yang sungguh celaka dan betul-betul malang."
Siapakah mereka-mereka yang celaka dan malang itu para sahabat?
Silalah 'tadabbur' ayat 15, Surah 92.
-------------------------------------------------------
17.
Bagi seorang yang jahil, perjalanan kehidupan itu baginya adalah sangat sukar dan penuh liku. Jika di dunia lagi telah merasakan kepayahan, apatah lagi keadaannya di akhirat kelak.
Jadilah seorang yang cerdik, jangan anda jadi seorang yang jahil. Dengan mendapatkan dan mengikuti panduan Illahi.
20.03.2012)
-------------------------------------------------------
16.
"Sesungguhnya tanggungjawab Kami adalah memberi hidayah kepada kamu semua.
Aku sebagai Tuhan telah sedia memelihara kamu 24 jam setiap hari,
kewajipan Ku mengingatkan kamu sebagai tanda Aku cintakan kamu semua.
Sama ada kamu setuju ataupun tidak, Aku wajib mengingatkan kamu semua.
Tetapi, tinggal satu perkara yang ingin Aku sebutkan buat peringatan kamu semua.
Kemanakah destinasi yang kamu semua hendak tujui selepas kematian?
Walau ke hujung dunia mana sekalipun kamu hendak lari, kamu tidak akan terlepas
dari pemerhatian Ku. Memandangkan telah sedia termaktub dunia dan akhirat itu adalah milik Ku."
Begitu tafsiran TG Dato' NAANM tentang ayat 12 & 13, Surah Al-Lail (92):
"Sesungguhnya tanggungjawab Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah), Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai Hari Akhirat dan alam dunia."
(19.03.2012)
------------------------------------------------------
15.
"Rasa tidak berilmu
ialah rasa orang berilmu"
- ustazpahrolmohdjuoi
(17.03.2012)
-------------------------------------------------------
14.
THE ROAD TO PROGRESS IS ALWAYS UNDER CONSTRUCTION.
(Slide terakhir persembahan Professor Salleh Buang pada pembentangan Forum 5 “Pusat Maklumat Bersepadu Hartanah Negara” di Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 pada 11 Ogos 2008 di Dewan Tun Hussein onn, PWTC, KL.)
-------------------------------------------------------
13.
Knowledge is power
– tidak lagi tepat dan sudah menjadi kurang relevan.
Kini apa yang sering diucapkan orang ialah:
“Knowledge means action” atau lebih tepat lagi:
“Knowledge is the prelude to action”
(16.03.2012)
-------------------------------------------------------
12.
Firman Allah SWT. dalam Surah Al-Lail (92) : ayat 8 - 10
[8] : "Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,
[9] : Serta ia mendustakan perkara yang baik,
[10] : Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;"
-------------------------------------------------------
11.
Firman Allah SWT. dalam Surah Al-Lail (92) : ayat 5-7
[5] : "..adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan danbertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),
[6] :Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,
[7] : Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga)."
-------------------------------------------------------
10.
Firman Allah dalam Surah Asy Syam (91): ayat 9 & 10 :
[9] : "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10] : Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
(sambungan...) Antara lainnya begini sambungan tafsiran YAB. TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang ayat-ayat tersebut:
Persoalannya kini, bagaimanakah caranya untuk menyucikan diri daripada kekangan nafsu. Sebenarnya ia tidaklah sesukar mana. Kalau kain, kita kenal ini kain. Kalau ia kotor, kita gunakan klorox dan sabun untuk membasuhnya. Akan tetapi jiwa yang kotoir lantaran terpedaya dengan nafsu, bagaimana untuk kita membasuhnya. Dengan apa kita dapat membersihkannya?Oleh kerana tiada siapapun tahu apa itu 'nafsu', maka samada hendak atau tidak mestilah diterima bulat-bulat apa sahaja yang Allah SWT. tetapkan demi kebaikan sendiri. Untuk membersihkan nafsu, bertaubatlah samada dengan memulangkan kembali barang yang dipinjam, berzikir, beristighfar, membaca ayat-ayat suci al-Quran, berselawat kepada Nabi saw., bersedekah dan melawat orang sakit.
(15.03.2012)
-------------------------------------------------------
9.
Firman Allah dalam Surah Asy Syam (91): ayat 9 & 10 :
[9] : "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10] : Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
Antara lainnya begini tafsiran YAB. TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang ayat-ayat tersebut:
Manusia tidak akan mampu terlepas daripada melakukan dosa. Kalaulah kita sememangnya dicipta sebagai lembu atau kerbau, tidak mengapalah jika ingin memakan rumput. Malah jika mengamuk dan menyerang orang pun tidak dikira berdosa memandangkan diri telah ditakdirkan menjadi seekor kerbau. Sebaliknya, oleh sebab kita ini adalah manusia, maka kita perlu mengambil tahu bahawa dalam diri kita terdapat elemen yang bernama 'nafsu'. Nafsu ini diciptakan jahat atau berbuat kebaikan. Jika nafsu melakukan kemungkaran, maka sia-sialah hidup di dunia selama ini.
"Walaupun umur aku panjang, harta aku banyak, pangkat aku tinggi, dan berpengaruh di seluruh dunia, teatpi selagi nafsu ku kotor, bererti sia-sialah hidup selama ini."
Walaupun hidup sempurna di atas dunia ini selama 100 tahun kerana memakan sayuran, vitamin, susu atau tongkat ali, tetapi kesudahannya tetap terperuk di dalam neraka jahannam yang kekal abadi, andai nafsu yang menjadi raja dalam diri. Maka semua hanyalah sia-sia belaka.
(14.03.2012)
-------------------------------------------------------
8.
Kelebihan Membaca al-Quran:
(sambungan..) Berdasarkan Sabda Rasulullah saw. yang di riwayatkankan oleh al-Hakim dari Abdullah bin Mas'ud ra., Allah SWT. memberi ganjaran bagi setiap huruf al-Quran yang dibaca dengan sepuluh kebajikan. Lalu saya bertanya para sahabat: ....mestilah ada beza seseorang yang membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk atau tidak berwuduk dan membacanya di dalam solat ataupun di luar solat. Apakah perbezaan nilai ganjarannya?... Inilah jawapan kepada persoalan itu. Semoga ia dapat menambahkan ilmu dan menimbulkan keghairahan yang lebih untuk kita menambahkan amalan.
Dalam kitab ”Mencapai Ma’rifat (Satu Pendekatan) karangan Ibnu Abdullah Al-Naqshabandi (mukasurat 353) di nyatakan:Tentang pahala membaca Al-Quran bolehlah diambil kata-kata Saiyidina ’Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ’anhu, sebagaimana berikut:
i. Tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran di dalam sembahyang akan mendapat pahala 50 kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.
ii. Membaca Al-Quran di luar sembahyang dengan berwudhu’ pahalanya 25 kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.
iii. Dan membaca Al-Quran di luar sembahyang tanpa berwudhu’, maka pahalanya sepuluh (10) kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya.
Fikirkanlah betapa besarnya pahala membaca Al-Quran. Allah memberi ganjaran kepada tiap-tiap huruf yang dibaca. Sebagai contoh, satu perkataan ”Alhamdulillah” sahaja mengandungi lapan perkataan.
- Kalau dibaca di dalam sembahyang mendapat 400 kebajikan.
- Jika dibaca diluar sembahyang dengan betrwudhu’ akan mendapat 200 kebajikan.
- Dan dibaca di luar sembahyang dengan tiada berwudhu’, maka pahalanya 80 kebajikan.Bandingkanlah jika kita baca satu surah, dua surah atau lebih lagi tentulah pahalanya dan rahmatNya berganda-ganda.
Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat dan Selamat Beramal...
(11.03.2012)
-------------------------------------------------------
7.
Kelebihan Membaca al-Quran:
(sambungan..) Huraian Imam Besar Masjid Negeri melalui 2 hadis Nabi saw.
3. Sabda Rasulullah saw. :
"Sebaik-baik dari kamu ialah mereka yang belajar membaca al-Quran kemudian ia mengajarnya kepada orang lain pula."
4. Sabda Rasulullah saw. (yang diriwayatkan oleh al-Hakim) :
"Al-Quran adalah bayangan Allah dan sinar cahayaNya yang terang benderang.Juga penawar yang amat mujarab, menjadi pengawal atau pelindung kepada orang yang berpegang dengannya. Malah ia menjadi penyelamat kepada orang-orang yang mengikutinya. Bacalah dia kerana Allah akan membalas pahala terhadap bacaannya dengan nilai tiap-tiap huruf itu sepuluh kebajikan. Sesungguhnya aku tidak mahu kata bahawa "alif laam miim" itu satu huruf, malah alif sahaja satu huruf, laam satu huruf manakala miim adalah satu huruf yang lain pula."
(tapi para sahabat, mestilah ada beza seseorang yang membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk atau tidak berwuduk dan membacanya di dalam solat ataupun di luar solat. Apakah perbezaan nilai ganjarannya?
(09.03.2012)
-------------------------------------------------------
6.
Kelebihan Membaca al-Quran:
Setelah bertalaqqi 5 muka surat dengan beliau, Imam Besar Masjid Negeri, MSSAAS menghuraikan kelebihan membaca al-Quran seperti dalam buku tulisan Haji Ishak Bin Hj Abas melalui 2 firman Allah SWT. dan 2 hadis Nabi saw.
1. Firman Allah SWT. dalam Surah Faathir (35): ayat 29-30 :
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikansembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka,secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian)mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengansebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)."
2. Firman Allah SWT. dalam Surah al-Baqarah (2): ayat 121:
"Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), merekaitulah orang-orang yang beriman kepadanya;..."
(akan datang: 2 hadis tentang kelebihan membaca al-Quran. Benarkan juga saya memperturunkan huraian tentang hadis ke 2 yang mashur, tetapi huraian lanjutnya kemungkinan ramai yang belum mengetahuinya)
------------------------------------------------------------------------
5.
Berusaha dan berilah sumbangan sementara masih ada kesempatan sebelum anda kesempitan.
Tapi manusia sering terlupa untuk memanfaatkan kesempatan, pangkat, kuasa dan peluang
yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka. Mereka hanya tersedar dan menyesal setelah kesempatan itu berlalu dengan sia-sia.Adakah anda menunggu anda pencen dulu dan dikala itu anda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa dan anda pula tidak lagi dipedulikan oleh sesiapa pun?
(08.03.2012)
------------------------------------------------------------------------
4.
Di Kala Itu Benar-benar 'Nasi Telah Menjadi Bubur', Sesalan Tiada Berguna Lagi:
"Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" Surah Al-Fajr (89) : 22-24
(06.03.2012)
------------------------------------------------------------------------
3.
Firman Allah SWT. dalam Surah Fusssilat (41) : ayat 33
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:
"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
Bagaimanapun, sebarang usaha ke arah itu memang memerlukan kesabaran dan tindakan yang istiqamah. Ambillah pengajaran dari pepatah lama Cina:
Andai inginkan kebahagiaan setahun, semailah benih.
Andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok.
Andai inginkan kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia.
(05.03.2012)
------------------------------------------------------------------------
2.
Sayidina Ali k.w.j. berkata:
"Bagi orang yang riak itu ada alamat;
malas ketika keseorangan,
cergas ketika sesama manusia,
menambah amal apabila dipuji dan
kurangnya amal apabila dicaci."
Sama-sama kita sentiasa semak dan memperbaiki diri kita.
(02.03.2012)
------------------------------------------------------------------------
1.
Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah.
Tidak Dia jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Kadangkala Allah bekerja dengan sangat rahsia.
Dia mengambil sesuatu untuk kemudiannya memberikan sesuatu yang lebih baik.
Pengajaran ada di sebalik setiap kejadian.
Kita perlu yakin sepenuhnya kepada Nya.
Bergantung, berdoa dan berharap kepada Nya.
Hanya perlu pasrah dan redho.
(01.03.2012)
------------------------------------------------------------------------